Sekadar renungan : Kasih epal
Suatu ketika, hiduplah sebatang
pohon epal besar dan kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di bawah
pohon epal itu setiap hari.
Kanak-kanak itu suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur dibawah keteduhan rendang daun-daunnya.
Kanak-kanak lelaki itu sangat sayangkan pohon epal itu.
Demikian juga pohon epal sangat sayang kepada kanak-kanak kecil itu.
Waktu terus berlalu.
Kanak-kanak lelaki itu kini telah dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal itu setiap hari, seperti kebiasaannya.
Suatu hari dia mendatangi pohon epal itu.
Wajahnya nampak sedih.
“Mari ke sini bermain-main lagi denganku” kata pohon epal itu.
“Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi” jawab kanak-kanak lelaki itu.
“Aku ingin sekali memiliki mainan, tetapi aku tiada wang untuk membelinya.”
Pohon
epal itu menyahut, “Erm, maaf aku pun tiada wang.. Tetapi kamu boleh
mengambil semua buahku dan menjualnya. Kamu boleh mendapatkan wang untuk
membeli mainan idamanmu” . Kanak-kanak lelaki itu sangat gembira. Dia
memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka
cita.
Namun, setelah itu kanak-kanak lelaki itu tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih.
Suatu hari kanak-kanak lelaki itu datang lagi.
Pohon epal sangat gembira melihatnya datang.
“Mari bermain-main denganku lagi” kata pohon epal.
“Aku tiada waktu” jawab kanak-kanak lelaki itu.
“Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?”
“Maaf aku pun tidak memiliki rumah. Tetapi kamu boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu” kata pohon epal itu.
Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira.
Pohon epal itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu gembira. Tetapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi.
Pohon epal itu sekali lagi merasa kesepian dan sedih.
Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi.
Pohon epal merasa sangat gembira menyambutnya.
“Jom bermain-main lagi denganku” kata pohon epal.
“Aku sedih” kata anak lelaki itu.
“Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bersiar-siar dan berlayar. Mahukah kamu memberikan aku sebuah kapal?”
“Maaf
aku tidak mempunyai kapal, tetapi kamu boleh memotong batang tubuhku
dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar
dan bersenang-senanglah “
Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya.
Dia pun pergi berlayar dan tidak pernah lagi datang menemui pohon epal itu.
Akhirnya, anak lelaki itu kembali setelah bertahun-tahun kemudian.
“Maaf anakku” kata pohon epal itu.
“Aku sudah tidak memiliki buah epal lagi untukmu.”
“Tak apa. Aku pun sudah tidak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu” jawab anak lelaki itu.
“Aku juga tidak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat” kata pohon epal.
“Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu semua” jawab anak lelaki itu.
“Aku
benar-benar tidak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu.
Yang tinggal hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekerat ini” kata
pohon epal itu sambil menitikkan air mata.
“Aku tidak memerlukan apa-apa lagi sekarang” kata anak lelaki itu.
“Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat. Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu”
“Oooh,
bagus sekali. Tahukah kamu, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik
untuk berbaring dan beristirehat. Mari, marilah berbaring di pelukan
akar-akarku dan berehatlah dengan tenang.”
Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon.
Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.
Apa yang dapat kita ambil dari cerita tersebut adalah ini adalah tentang cerita kita semua
Pohon epal itu adalah ibu bapa kita.
Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ayah dan ibu kita.
Ketika
kita semakin besar, kita meninggalkan mereka (seperti sekolah yang
jauh dan universiti), dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu
atau dalam kesulitan.
Tidak peduli apa-apa pun, ibubapa
kita akan selalu ada untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan
untuk membuat kita bahagia.
Kita mungkin berfikir bahawa anak lelaki itu telah bertindak sangat kasar terhadap pohon itu,
Tetapi kadangkala tanpa kita sedari begitulah sikap kita terhadap orang tua kita.
Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.
Sekarang,
lihatlah ayah dan ibu anda ketika sedang tidur. Bagaimana jika saat
kita jauh tidak disampingnya, kita tak dapat lagi melihatnya kerana
mereka sudah tidur untuk selamanya.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat
Betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan mereka ini untuk kebahagiaan anda.
Cintailah mereka kita, dengan sebenar-benarnya cinta
Ucapkan
pada ibubapa kita sekarang, betapa kita mencintainya; dan berterima
kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikannya pada kita.
Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tidak lagi membuka matanya, selamanya..
Ahad, 31 Ogos 2014
PENGINAPAN - HOMESTAY DAN ASRAMA DI KUALA LUMPUR DAN MELAKA...JOM JALAN2
HOSTEL KUALA LUMPUR
No 2 Jalan Maktab 5, Persiaran Gurney, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
( Kg Datuk Keramat, Bersebelaan UTM dan FELDA )
PENGURUS HOSTEL 100 KATIL - Hasif ( 0192120510 )
WISMA BELIA KUALA LUMPUR / HOTEL MAYC Tingkat 3, Wisma belia, Kompleks MAYC, 40 Jln Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur TEL :603-2274 6262 / 62 FAKS: 603-22748046
HOMESTAY KG BARU Tel No : 019234951 H/P No : 012-7081241 Homestay in Golden Triangle KL Tel No : 016-6033179 H/P No : 0192628399
Santai Homestay MELAKA 019-2080690 atau 019-2507109 .
HOME2STAY TAMAN LIMBONGAN PERMAI, No.2, Jalan LP8, Taman Limbongan Permai, Lorong Pandan, Melaka. HP: 013-2987378 (Hana)
VILLA HERITAGE RESIDENCE No 2 Jalan BSJ 1, Taman Bukit Serindit Jaya, Bandaraya Melaka, 75400 Melaka, HUBUNGI HP: 017-6921909 (Hana) Email: sales@worldheritage.com.my
HOME2STAY TAMAN LIMBONGAN PERMAI, No.2, Jalan LP13, Taman Limbongan Permai, Lorong Pandan, Melaka. HUBUNGI HP: 017-6921909 (Hana)
Penginapan Muzium Telekom KL
047202901 / 0134200299
WISMA BELIA KUALA LUMPUR / HOTEL MAYC Tingkat 3, Wisma belia, Kompleks MAYC, 40 Jln Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur TEL :603-2274 6262 / 62 FAKS: 603-22748046
HOMESTAY KG BARU Tel No : 019234951 H/P No : 012-7081241 Homestay in Golden Triangle KL Tel No : 016-6033179 H/P No : 0192628399
Santai Homestay MELAKA 019-2080690 atau 019-2507109 .
HOME2STAY TAMAN LIMBONGAN PERMAI, No.2, Jalan LP8, Taman Limbongan Permai, Lorong Pandan, Melaka. HP: 013-2987378 (Hana)
VILLA HERITAGE RESIDENCE No 2 Jalan BSJ 1, Taman Bukit Serindit Jaya, Bandaraya Melaka, 75400 Melaka, HUBUNGI HP: 017-6921909 (Hana) Email: sales@worldheritage.com.my
HOME2STAY TAMAN LIMBONGAN PERMAI, No.2, Jalan LP13, Taman Limbongan Permai, Lorong Pandan, Melaka. HUBUNGI HP: 017-6921909 (Hana)
Penginapan Muzium Telekom KL
047202901 / 0134200299
Pengarah,
Kompleks Rakan Muda Daerah Alor Gajah,
Lot 117 Mukim Lendu,
78000 Alor Gajah,
Melaka
Fax : 06-3853018
Kolej Pendeta Zaaba, UKM 038921008 / FAKS 0389216846
PENGINAPAN - HOMESTAY DAN ASRAMA DI KELANTAN DAN TERENGGANU...ADA JUGA NEGERI SEMBILAN DAN SHAH ALAM
TERENGGANU
Rumah Penginapan As Salam di Terengganu
untuk di tempah :
untuk di tempah :
Ada 12 Teres
Kg. Tok Jiring, Belakang Petronas, Jalan Kelantan
Kg. Tok Jiring, Belakang Petronas, Jalan Kelantan
Ada 7 Teres
Kg. Tanjung Jaafar,
Jalan Lapangan Terbang
Kg. Tanjung Jaafar,
Jalan Lapangan Terbang
Ada 2 Teres 2 Tingkat
Taman Koinsaf 1,
Depan SK Tok jiring
Taman Koinsaf 1,
Depan SK Tok jiring
Ada 2 Semi D
Kg. Banggol Tok Jiring,
Belakang SMU Tok Jiring
Kg. Banggol Tok Jiring,
Belakang SMU Tok Jiring
Ada 2 Semi D
Kg. Bukit Tok Ris,
Jalan Pengkalan Batu
Kg. Bukit Tok Ris,
Jalan Pengkalan Batu
Ada 2 Semi D 2 Tingkat
Kg. Banggol Air Lilih,
Taman Kalungan Impian
Kg. Banggol Air Lilih,
Taman Kalungan Impian
Ada 1 Banglo
Kg. Bukit Datu,
Taman Impian Murni
Kg. Bukit Datu,
Taman Impian Murni
Ada 19 Bilik Hotel
Pekan Batu 6, Jalan Kelantan
Pekan Batu 6, Jalan Kelantan
Hubungi :
017-3883 100
019-9824 100
013-9488 100
013-9775 100
SYAQIRA HOMESTAY
Kak Shima(Syaqira Homestay Manager) di Kuala Terengganu – 0199317720
019-9824 100
013-9488 100
013-9775 100
SYAQIRA HOMESTAY
Kak Shima(Syaqira Homestay Manager) di Kuala Terengganu – 0199317720
ATZ HOMESTAY, JERTEH, BESUT& SENAWANG, N.SEMBILAN& KOTA KEMUNING, SHAH ALAM
Jerteh Branch - LOT 3414,KAMPUNG TOK RAJA,22000,JERTEH,BESUT TERENGGANU Senawang Branch- NO. 165, JALAN TM 3,TAMAN MERPATI, 70450 , SEREMBAN N.9 Shah Alam Branch - TAMAN KHALID AL WALID, NO. 30 JLN API-API 30 /11, SEKSYEN 30, JALAN KEBUN,KOTA KEMUNING - SHAH ALAM... Email :- atzhomestay@yahoo.com AZUE :- 012-3134100 HALIM : 019-3346151 / 012-3305021
KELANTAN
Jerteh Branch - LOT 3414,KAMPUNG TOK RAJA,22000,JERTEH,BESUT TERENGGANU Senawang Branch- NO. 165, JALAN TM 3,TAMAN MERPATI, 70450 , SEREMBAN N.9 Shah Alam Branch - TAMAN KHALID AL WALID, NO. 30 JLN API-API 30 /11, SEKSYEN 30, JALAN KEBUN,KOTA KEMUNING - SHAH ALAM... Email :- atzhomestay@yahoo.com AZUE :- 012-3134100 HALIM : 019-3346151 / 012-3305021
Chendor Budget Homestay Address, Homestay in Kemaman, Terengganu, Malaysia
|
|
KELANTAN
HOMESTAY SEROJA
Double-storey bungalow house
4 Bilik tidur dan 3 bilik air ( boleh menginap
lebih 20 orang)
all or SMS 019-9323361 (Wan)
Call or SMS 019-9313361 (Ramli)
Call 09-5343362
F & Z Homestay
Kota Bharu,
Jalan Raja Perempuan
Zainab I, Kubang Kerian, Kota Bharu.
Mohd Fauzi Ahmed (012-9838032)
Mohd Fauzi Ahmed (012-9838032)
7H Homestay
0179800317
0179800317
Seri
Anggerik Rest House.
013-9816538, |
|
Rumah Tamu Nur Fatin
012 9588242 |
|
Rumah Tumpangan Budi
019-9111963 (Zaman), 019-9899148 (Ku Na), 09-7647134 |
|
Homestay Desa
Dekat Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan Banglo /3 bilik Cikgu Din 013-9207364 / 018-9009104 / ashida07@streamyx.com |
|
Kondominium
Kota Bharu 0139461309 |
|
Rumah Tamu Al-ukhuwwah
09-7482971, 013-9822733 |
|
Kayumas
Homestay
013-9367393/019-2708867 |
|
Aiza Homestay
0199716232/aidi_wako@hotmail.com |
|
Homestay Warisan
Taman Tiong, Kg Tiong Bungalow 0125091307 Guest House and Homestay 013-9869097 |
|
Hussin Palace
0199961960 |
|
Rumah dua tingkat
013-9694664/ adzi65@yahoo.com.my |
|
Rumah Rehat As Sakinah
PT 621(NO 47) Taman Damai Perdana SBJ Wakaf Che Yeh Kelantan 012-9011726/9011736/fazlialias@yahoo.com |
|
Zan'Guest House
Lot 189,Kg,Belukar,Tapang,Jln.Hospital,Kota Bharu 0139084300,0139201668 |
|
Pelangi Homestay
Condominium Pelangi No.10 Tingkat 18 Blok B 014-5050181/mohdrahmani@hotmail.com |
|
Mak Dah
Homestay
Hilir Pasar Borong Wakaf Che Yeh, 017-5872145/017-9160339 |
Homestay
Tok Ayah ( Cikgu Lah)
Tel:
012-5100612
AMALAN RASUL
40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW
---------------------------
01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isya.
---------------------------
02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
---------------------------
03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.
---------------------------
04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.
---------------------------
05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda.
---------------------------
06. Jangan mematah-matahkan jari anda.
---------------------------
07. Periksa kasut anda sebelum memakainya.
---------------------------
08. Jangan mendongak ketika sedang solat.
---------------------------
09. Jangan meludah didalam tandas.
---------------------------
10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.
---------------------------
11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain
---------------------------
12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda.
---------------------------
13. Jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya.
---------------------------
14. Jangan mencari kesalahan orang lain.
---------------------------
15. Jangan bercakap diantara waktu azan dan iqamat.
---------------------------
16. Jangan bercakap didalam tandas.
---------------------------
17. Jangan berkata dongeng(palsu) tentang rakan anda.
---------------------------
18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.
---------------------------
19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.
---------------------------
20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.
---------------------------
21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.
---------------------------
22. Jangan menipu sepanjang masa.
---------------------------
23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.
---------------------------
24. Berkata dengan jelas, agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan.
---------------------------
25. Hindarkan berjalan sendirian.
---------------------------
26. Jangan membuat keputusan sendiri, tapi rujuk pada yang arif.
---------------------------
27. Jangan bangga(riak) akan diri sendiri.
---------------------------
28. Jangan mencela makanan anda.
---------------------------
29. Jangan bermegah(sombong).
---------------------------
30. Jangan menghalau pengemis.
---------------------------
31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik.
---------------------------
32. Sabar ketika dalam kesusahan.
---------------------------
33. Membantu dengan tujuan yang baik.
---------------------------
34. Muhasabah diri dan bertaubat.
---------------------------
35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.
---------------------------
36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini.
---------------------------
37. Jangan tidur berlebihan-ini akan menyebabkan penyakit lupa.
---------------------------
38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari (istighfar).
---------------------------
39. Jangan makan dalam gelap.
---------------------------
40. Jangan makan dengan mulut yang penuh.
---------------------------
---------------------------
01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isya.
---------------------------
02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
---------------------------
03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.
---------------------------
04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.
---------------------------
05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda.
---------------------------
06. Jangan mematah-matahkan jari anda.
---------------------------
07. Periksa kasut anda sebelum memakainya.
---------------------------
08. Jangan mendongak ketika sedang solat.
---------------------------
09. Jangan meludah didalam tandas.
---------------------------
10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.
---------------------------
11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain
---------------------------
12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda.
---------------------------
13. Jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya.
---------------------------
14. Jangan mencari kesalahan orang lain.
---------------------------
15. Jangan bercakap diantara waktu azan dan iqamat.
---------------------------
16. Jangan bercakap didalam tandas.
---------------------------
17. Jangan berkata dongeng(palsu) tentang rakan anda.
---------------------------
18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.
---------------------------
19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.
---------------------------
20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.
---------------------------
21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.
---------------------------
22. Jangan menipu sepanjang masa.
---------------------------
23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.
---------------------------
24. Berkata dengan jelas, agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan.
---------------------------
25. Hindarkan berjalan sendirian.
---------------------------
26. Jangan membuat keputusan sendiri, tapi rujuk pada yang arif.
---------------------------
27. Jangan bangga(riak) akan diri sendiri.
---------------------------
28. Jangan mencela makanan anda.
---------------------------
29. Jangan bermegah(sombong).
---------------------------
30. Jangan menghalau pengemis.
---------------------------
31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik.
---------------------------
32. Sabar ketika dalam kesusahan.
---------------------------
33. Membantu dengan tujuan yang baik.
---------------------------
34. Muhasabah diri dan bertaubat.
---------------------------
35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.
---------------------------
36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini.
---------------------------
37. Jangan tidur berlebihan-ini akan menyebabkan penyakit lupa.
---------------------------
38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari (istighfar).
---------------------------
39. Jangan makan dalam gelap.
---------------------------
40. Jangan makan dengan mulut yang penuh.
---------------------------
Isnin, 25 Ogos 2014
TESIS: HUBUNGAN ANTARA KEAGAMAAN DAN STRES DALAM KALANGAN GURU
HUBUNGAN ANTARA KEAGAMAAN DAN STRES DALAM KALANGAN GURU
CAMPAKA BINTI YAAKOB
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
[2014]
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Kamus Oxford mendefinisikan stres sebagai satu
tekanan atau desakan, usaha, tuntutan ke atas keupayaan fizikal atau mental.
Ini bermaksud stres adalah suatu keadaan dimana kekuatan fizikal, mental dan
emosi seseorang individu teruji melampaui keupayaan tubuh dan mindanya yang
tidak mampu menahan dan menanggungnya lagi. Seorang ahli psikologi terkenal,
Walter Cannon (1920) dalam Anuar Mat Som (2000) menyatakan bahawa stres
bermaksud gerak balas lawan atau lari (fight or flight). Hans Selye (1963)
telah memberikan maksud yang baru mengenai stres dengan membuktikan di dalam
kajiannya terhadap binatang. Beliau menunjukkan bahawa stres boleh menyebabkan
penyakit, seterusnya penyakit yang dihidapi akibat daripada stres yang
berlebihan boleh membawa maut. Ini juga boleh berlaku ke atas manusia.
Menurut Hatta Sidi dan Mohamed
Hatta Shaharom (2002), stres merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa
disedari. Ia berubah wajah mengikut peredaran masa. Stres bukanlah suatu
perkara yang asing bagi masyarakat negara ini. Stres biasanya dialami oleh
semua manusia apabila berada dalam keadaan yang tidak menyeronokkan.
Menurut kajian
yang telah dilakukan oleh Institute Of Stress di New York, Amerika dalam Noornazifah (2008), mendapati bahawa 90
peratus daripada lelaki dewasa mengalami stres yang amat tinggi
sekurang-kurangnya dua kali seminggu, manakala 25 peratus mengalami stres
setiap hari. Perangkaan ini menunjukkan bahawa stres dalam kehidupan seseorang
individu yang semakin menjadi gaya semasa. Kebanyakan dari kita hanya
mengetahui atau mengganggap stres dari aspek yang negatifnya sahaja. Ini
termasuklah kecenderungan untuk melakukan keganasan serta meningkatkan risiko
penyakit mental. Sebenarnya, jika kita lihat dari satu aspek lagi, sebenarnya
stres juga mempunyai kebaikan apatah lagi dalam kehidupan yang serba moden dan
canggih kini.
Fenomena stres dalam
kalangan guru kini sedang hebat diperbincangkan dan dijadikan sebagai bahan
kajian ilmiah. Malahan kajian-kajian lepas juga mendapati bahawa profesion
perguruan adalah bidang kerjaya yang menghadapi stres yang tinggi (Cooper
1988). Arus pendidikan hari ini semakin mendesak para professional pendidikan
untuk bekerja keras dan lebih masa demi mencapai permintaan pendidikan yang
tinggi. Disamping usaha peningkatan dan perlaksaan, guru-guru mula tertekan
atau sekurang-kurangnya pernah berasa tertekan dengan permintaan tinggi bebanan
pendidikan ini.
Menurut Sapora
Sipon (2007) dalam Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon (2013),
stres terhadap guru memang kecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam
keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal
mengawal diri akibat stres akan memberi kesan
kepada perhubungan antara guru dengan murid dan juga mutu pengajaran dan
pembelajaran. Perkara ini seterusnya
boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang
seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu
membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikan.
Perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan terutamanya masalah murid,
bebanan kerja dan perubahan dasar tidak pernah selesai. Kesemua ini
menuntut kepada perubahan pandangan guru
terhadap persekitaran mereka. Perubahan ini pasti menyebabkan stres ke atas guru. Terdapat pelbagai bukti bukti
menunjukkan bahawa stress dalam kalangan guru kian ketara dan perlu diberikan
perhatian yang serius.
Sebenarnya
stres adalah sebahagian daripada kehidupan setiap insan, setiap golongan
masyarakat tidak mengira usia akan berisiko untuk mengalami stres, cuma yang
membezakannya adalah mengetahui kehadirannya atau tidak dan cara mengendalikan
stres di dalam kehidupan seharian seseorang itu.
Dalam kajian ini, pengkaji
meletakkan nilai keagamaan sebagai isu
yang utama untuk diberikan perhatian dalam menangani stres. Faktor keagamaan
adalah penting kerana ia memberi kesan kepada kesihatan mental, mengubah sikap
individu ke arah kehidupan yang positif yang akhirnya akan mengubah ekonomi dan
gaya hidup individu dalam jangka panjang. Menurut Syed Ismail Syed Mustafa
(2003), di dalam agama Islam sendiri terdapat usaha yang dilakukan untuk
merawat masalah kesihatan mengikut kaedah yang menggunakan pendekatan agama.
Pendekatan ini dapat digambarkan menerusi amalan agama, sembahyang dan juga
kepercayaan kepada Tuhan.
Nilai keagamaan yang
dilihat dalam kajian ini akan dilihat dari segi akidah dan tingkahlaku
keagamaan. Menurut penelitian Dr. Haji Orang Kaya Rahmat(1984),
Islam adalah agama sejagat (universal) dan kesejagatan ini adalah
terkandung dalam intipati ajaran yang terkandung dalam al-Qur’an yang
seharusnya menjadi pedoman kepada keseluruhan manusia. Islam adalah agama yang
syumul dan lengkap dalam segenap bidang kehidupan samada dalam konteks akidah,
ibadat mahupun akhlak. Kesempurnaan ini jelas menunjukkan bahawa Islam
merupakan agama yang bukan hanya menekankan kepada spiritual semata-mata bahkan
meliputi segenap bidang kehidupan. Asas kesejagatan inilah yang telah
menjadikan Islam telah mampu bertapak dan mewarnai pemikiran masyarakat Melayu
dan nilai-nilai Islam ini telah diterjemahkan dalam kehidupan mereka sebagai
asas yang kukuh. Dalam kajian ini
pengkaji berfokus kepada hubungan keagamaan dan stres dikalangan guru, melalui
kajian ini adalah untuk melihat kepentingan agama dalam membantu mengurangi
stres guru.
Banyak kajian yang telah dilakukan
menunjukkan aspek keagamaan mempunyai banyak kelebihan terhadap manusia
termasuklah mengurangkan aktiviti yang melalaikan dan jenayah (Freeman, 1986;
dan Hull, 2000), malah menurut Greene dan Yoon (2004), Adam Smith juga telah
sekian lamanya menganggap aspek keagamaan sebagai pembina kehidupan aspek
psikologi dan kebahagiaan seseorang individu. Menurut Greene dan Yoon (2004),
ahli ekonomi kini sebenarnya telah mula mengkaji semula dua bidang asas iaitu dimensi ekonomi dalam aspek agama dan
kebahagiaan manusia dan melihat hubungan antara keagamaan dan kebahagiaan (Ellison,
1991).
Bagi keagamaan dalam
kajian ini, pengkaji melihat dua aspek iaitu akidah dan tingkahlaku keagamaan.
Menurut Mohamad Sulaiman (1988) akidah Islam itu ialah kepercayaan dan keimanan
kepada hakikat dan nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan
hakiki lagi kudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh Islam iaitu kepercayaan
yang tersimpul kukuh dan teguh dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan terhurai
atau terputus walau oleh apa pun jua keadaan dan suasana.
Tingkahlaku
pula adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu.
Tingkahlaku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan
dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak,
secara sedar atau separa sedar. Tingkahlaku adalah manifestasi fizikal sebarang
sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Al-Ghazali (2005) dalam
Norsaleha Mohd Saleeh (2013), dari perspektif Islam, tingkahlaku manusia
mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.Tingkahlaku normal dan tidak normal
adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai
masalah psikologi. Menurut al-Qaradawi (2005) dalam Norsaleha Mohd Saleeh (2013), kemerosotan tingkahlaku
hanya boleh diatasi melalui kekuatan akidah dan hubungan yang berterusan
dengan Allah Taala.
Tingkahlaku keagamaan
adalah dasar dalam pembentukan jiwa atau nurani manusia. Menurut Al
Ghazali(2005) dalam Mohd Najid bin Omar (2013), akhlak yang memberi manusia
kepada kesan kepada melahirkan manusia yang berfungsi sepenuhnya iaitu akhlak
manusia kepada penciptanya, akhlak manusia kepada manusia dan ianya termasuk
akhlak kepada keluarga, peribadi daan jiran. Menurut Azura Abu Bakar (2009),
jika seseorang itu mengamalkan tingkahlaku dalam kehidupan mereka itu
berteraskan agama Islam maka akan melahirkan tingkahlaku positif kepada manusia
lain, alam sekitar dan hidupan yang berada di muka bumi ini. Azura Abu Bakar
(2009) juga berpendapat, sikap dan tingkahlaku berasaskan penghayatan agama
akan melahirkan keperibadian yang baik dalam diri seseorang individu.
Manakala menurut Aulia
(1970) dalam Norsaleha Mohd (2013), pengetahuan tentang kesyumulan agama Islam
terutamanya akidah dan tingkahlaku Islam
dapat membantu mereka yang mengalami
kerisauan atau anxiety daripada terus berhadapan dengan situasi yang
mengganggu jiwa mereka. Kekuatan akidah dan tingkahlaku keagamaan harus
dikuasai bagi membersihkan emosi, fikiran dan perlakuan daripada melakukan
perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak Islam dan tidak bermanfaat.
1.2 Penyataan
Masalah
Permasalahan stres
dikalangan guru semakin berleluasa.
Pelbagai faktor dikatakan menjadi penyumbang kepada permasalahan guru, malahan
banyak kajian-kajian dilakukan untuk membantu mengurangkan stres guru. Namun
kajian sedia ada banyak menfokuskan faktor-faktor luaran seperti bebanan tugas
hakiki, gaji, ketiadaan sistem sokongan sosial yang kuat, sikap ibu bapa yang
mudah lepas tangan, disiplin pelajar dan keadaan persekitaran tempat kerja.
Kelemahan yang boleh dilihat dalam faktor-faktor luaran adalah penyelesaian masalah ini bukan dibidangkuasa
guru untuk menangani tetapi melibatkan pihak atasan atau pihak luar.
Kajian-kajian faktor
luaran ini mungkin berguna kepada pengkaji-pengkaji atau pembuat polisi namun
tidak dapat membantu kaunselor dalam menguruskan permasalahan klien iaitu guru.
Malahan tidak dapat memberi panduan atau kaedah kepada klien atau mangsa untuk
menangani stres serta membantu diri. Dalam Smither
(1994), stres sebagai kebangkitan minda dan fizikal seseorang dalam memberi
tindakbalas kepada sesuatu permintaan terhadap diri seseorang
Pengkaji melihat
menguruskan faktor-faktor stres dalaman lebih berperanan dalam membantu guru
mengurangkan stres dalam diri mereka. Ini kerana stres dalaman akan memberi
kesan kepada emosi dan mental seseorang individu. Penyelesaian faktor-faktor
stres dalaman lebih sesuai dan releven kepada kaunselor kerana penyelesaian ini
dapat membantu klien atau guru untuk memupuk atau mempunyai sifat-sifat dalaman
yang kalis stres. Pengkaji melihat faktor keagamaan adalah salah satu faktor
dalaman yang dapat membantu stres
dalaman, apabila stres dalaman dapat dikurangkan secara tidak langsung
membantu dalam menangani stres luaran.
Terdapat kajian-kajian
yang menunjukkan keagamaan membantu mengurangkan stres seperti Ellison (1991) yang mengkaji keagamaan dan
kepuasan hidup, Penny Pei Minn Chai (2011) mengkaji keagamaan dalam membantu
mengurangkan stress pelajar dan Mohd Najid Omar (2013) yang mengkaji keagamaan
mengurangkan disiplin pelajar. Walaupun
terdapat kajian keagamaan dan stres diluar negara, namun tidak terdapat lagi
kajian yang kajian keagamaan dalam menguruskan stres guru di Malaysia. Justeru
itu dalam memahami isu stres di kalangan guru, pembolehubah keagamaan cuba diketengahkan dalam kajian ini bagi
menguji hubungan yang mungkin menjadi penyumbang kepada dalam membantu
mengurangkan isu stres di kalangan guru
di Malaysia.
Kajian ini juga diharapkan agar dapat mengesan serta memperbaiki masalah
stres yang dialami oleh para guru dengan bantuan aspek keagamaan seperti akidah
dan tingkahlaku keagamaan, seterusnya dapat mencapai wawasan pendidikan. Akidah
adalah untuk menilai kepercayaan, ibadah dan pemikiran individu berkaitan
amalan manusia di dunia dan akhirat. Manakala tingkahlaku keagamaan pula adalah
untuk menilai asas-asas moral, tindakan dan kelakuan manusia. Kajian ini
adalah untuk melihat hubungan
di antara keagamaan dan stres di kalangan para guru.
1.3 Objektif
Kajian
Secara
keseluruhannya, kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara tahap
stres guru dengan keagamaaan yang dimiliki oleh guru. Oleh itu, objektif kajian
ini adalah untuk:
1.3.1
Mengenalpasti hubungan antara keagamaan dengan
tahap stres guru.
1.3.2
Mengenalpasti hubungan antara akidah keagamaan
dengan tahap stres guru.
1.3.3
Mengenalpasti hubungan antara tingkahlaku
keagamaan dengan tahap stres guru .
1.4 Persoalan
Kajian
Untuk memenuhi
objektif kajian yang dinyatakan beberapa persoalan dikemukakan di dalam kajian
ini untuk melihat hubungan di antara stres dengan keagamaan.
1.4.1
Adakah terdapat hubungan di antara keagamaan
dengan tahap stres?
1.4.2
Adakah terdapat hubungan di antara akidah dengan
tahap stres?
1.4.3
Adakah terdapat hubungan di antara tingkahlaku
keagamaan dengan tahap stres?
1.5 Hipotesis
Kajian
1.5.1
Hipotesis
H01 : Tiada
terdapat hubungan di antara keagamaan dan stres.
H02 : Tiada
terdapat hubungan di antara akidah dan stres.
H03 : Tiada
terdapat hubungan di antara tingkahlaku keagamaan dan stres.
1.6 Batasan Kajian
Kajian ini dilaksanakan di
empat buah sekolah di Perlis. Responden yang di pilih secara persampelan
mudah adalah seramai 155 orang guru
sekolah menengah agama. Tumpuan kajian adalah untuk melihat adakah terdapat
hubungan keagamaan dan stres dikalangan guru. Kajian ini menggunakan instrumen
soal selidik sahaja, justeru itu kajian bergantung kepada keupayaan dan
kejujuran responden untuk menjawab setiap soalan yang diberikan. Kajian juga
hanya diberikan kepada responden yang beragama Islam dan merupakan guru tetap.
1.7
Kerangka Kajian
Kerangka kajian diperlukan
oleh pengkaji untuk memberi gambaran yang jelas tentang
pembolehubah-pembolehubah yang digunakan di dalam kajian ini. Satu model
konseptual telah disediakan oleh pengkaji berkenaan dengan masalah yang ingin
dikaji. Model konseptual yang telah dibentuk ini mengandungi dua elemen utama
yang cuba ditonjolkan iaitu satu pembolehubah bebas dan satu pembolehubah
bersandar. Ia dapat dilihat melalui rajah di bawah :-
|
HUBUNGAN |
-AKIDAH -TINGKAHLAKU |
Rajah 1.1 Kerangka kajian
1.8 Kepentingan
Kajian
Kajian ini
adalah penting kepada kaunselor/pakar psikologi dan pihak jabatan pelajaran. Ia
amat penting kepada :
1.8.1 Kaunselor / Pakar Psikologi
Ia boleh
dijadikan sebagai panduan dan maklumat kepada kaunselor atau pakar psikologi
untuk menjalankan kajian berkaitan keagamaan dan stres.
1.8.2
Pihak Jabatan Pelajaran
Boleh
menggunakan maklumat daripada dapatan kajian ini untuk membantu warga guru menangani
persoalan stres. Selain itu, pihak Jabatan Pelajaran boleh merangka suatu
program secara menyeluruh kepada warga guru dalam menangani stres agar ia akan
dijadikan perangsang serta memberi kesan yang positif dalam memperkasakan
profesion perguruan.
1.9 Definisi
Konseptual / Operasional
Kajian konseptual
adalah bertujuan untuk menjelaskan tentang istilah-istilah yang berkaitan dengan kajian yang telah
dijalankan. Beberapa istilah yang
dikenalpasti untuk diterangkan
pengertiannya bagi memberi penjelasan
dan kefahaman. Definisi istilah kajian
ini adalah berdasarkan kepada tajuk
penyelidikan “Hubungan Antara Keagamaan Dan Stres Dalam Kalangan Guru.”
1.9.1
Demensi Tahap Stres
Perkataan stres sebenarnya berasal daripada perkataan eutres yang membawa maksud dapat menyesuaikan diri atau stres yang
membina. Ia juga berasal daripada perkataan distress
yang bermaksud tidak dapat menyesuaikan diri ataupun dapat merosakkan diri.
Stres daripada sudut bahasa membawa maksud tekanan yang mana tekanan itu fitrah
kehidupan (Harunsani 2004 dalam Mohd Taib dan Hamdan 2006).
Menurut Hatta Sidi dan Mohammad Hatta (2005) dalam Syed Ismail Syed Mustafa
dan Ahmad Subki Miskon (2013), mentakrifkan stres sebagai tindak balas minda
dan fizikal yang terhasil daripada permintaan (atau cabaran) mengikut sesuatu
keadaan atau tempat. Stres melibatkan perasaan subjektif, yang pada mulanya
diterima oleh diri sendiri secara aman, tetapi lama kelamaan menjadi semakin
“kacau” apabila permintaan atau cabaran semakin bertambah. Stres terjadi akibat
perubahan yang berlaku di dalam tubuh dan mempunyai kaitan dengan keadaan
sekeliling. Stres yang dialami oleh seseorang adalah berbeza mengikut isu dan
kes begitu juga dengan persekitaran pekerjaan guru.
Dalam kajian ini, stres guru dikatakan berpunca daripada kepelbagaian
tuntutan peranan guru-guru samada ketika di dalam kelas, oleh
pihak pentadbiran dan pengurusan atau oleh pihak-pihak lain seperti ibu bapa,
murid-murid dan masyarakat. Stres dilihat dari segi faktor luaran dan
dalaman guru.
Instrumen yang digunakan untuk mengukur tahap stres ini adalah menggunakan
alat ukur tahap stres Job Related Tension
Index (Khn, Wolfe dan Resenthel, 1964) dalam Lem Boon(1981).
1.9.2 Demensi Keagamaan
Dalam kajian ini, pengkaji melihat
keagamaan tumpuan kepada agama Islam. Menurut Kamus Dewan (2002) dalam Mohd Najid Omar (2013),
keagamaan ialah suatu perihal agama iaitu hal-hal yang berkaitan dengan agama.
Agama juga membawa maksud kepercayaan kepada Tuhan dan sifat-sifat serta
kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya.
Menurut
Asjad bin Mohamed (2010) Islam adalah agama yang syumul dan lengkap dalam
segenap bidang kehidupan samada dalam konteks akidah, ibadat mahupun akhlak.
Kesempurnaan ini jelas menunjukkan bahawa Islam merupakan agama yang bukan
hanya menekankan kepada spiritual semata-mata bahkan meliputi segenap bidang
kehidupan. Dalam kajian ini, keagamaan adalah merujuk kepada agama Islam, di
mana pengkaji melihat hubungan tekanan dengan nilai keagamaan, iaitu agama
Islam.
Menurut Nadiyah Elias (2004), keagamaan merujuk kepada tahap
komitmen kepada sesuatu agama. Menurut Powell, Shahabi dan Thoresan (2003),
agama merupakan satu pertubuhan fenomena. Keagamaan selalunya dikaitkan dengan
kejiwaan. Sebenarnya agama merupakan institusi social dan didefinisikan
kepercayaan, praktik dan persepsi agama berdasarkan batasan masing-masing.
Agama dapat didefinisikan sebagai kepercayaan kepada Tuhan atau penyembahan
kepada dewa-dewa yang biasanya dinyatakan melalui perbuatan dan upacara atau
sistem kepercayaan, ibadah dan lain-lain.
Dalam kajian ini, insrumen yang digunakan
soal selidik yang diadaptasikan daripada
Nadiyah Elias (2004) dan Nadiyah Elias dan Nor Zakaria (2014).
1.9.3 Dimensi Akidah
Menurut Sabiq (2003) Norsaleha Mohd Saleeh (2013), dari segi
syarak pula, akidah bermakna segala perkara yang dengannya dapat dipercayai
sepenuhnya (tasdiq) hingga kepadanya
boleh menenangkan hati dan perasaan. Kedudukan akidah setaraf dengan keyakinan
yang sama sekali tidak bercampur dengan syak, keraguan dan kebimbangan. Ini
menunjukkan kepentingan agama dalam kehidupan seharian seseorang insan.
Dalam kajian ini, insrumen
yang digunakan soal selidik yang
diadaptasikan daripada Nadiyah Elias dan
Nor Zakaria (2014). Dalam soal selidik ini mengandungi 15 soalan item positif
dan 3 item negatif.
1.9.4 Dimensi Tingkahlaku Keagamaan
Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh
diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada
secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Pengkaji melihat
tingkahlaku keagamaan merupakan tingkahlaku yang melaksanakan segala suruhan agama
dan meninggalkan larangan agama.
Carl Rogers (1999) dalam Noornazifah (2008),
menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri
sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang
positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.
Menurut Al-Ghazali (2005) dalam Mohd Najid bin Omar pula dari perspektif Islam,
tingkahlaku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan. Tingkahlaku normal
dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa
dan mempunyai masalah psikologi.
Dalam kajian ini, pengkaji melihat nilai keagamaan
dari sudut tingkah laku keagamaan, iaitu semua tingkah laku yang dilakukan
adalah bersandarkan nilai keagamaan. Menurut Nadiyah Elias (2014), tingkahlaku
keagamaan adalah tingkahlaku yang amalan boleh diatriburasi dalam agama khusus
seperti mengerjakan solat, menutup aurat, menjauhi larangan agama seperti tidak
mencuri. Dalam
kajian ini, insrumen yang digunakan soal selidik yang diadaptasikan daripada Nadiyah Elias
(2004). Dalam soal selidik ini mengandungi 16 item positif dan 8 item negatif.
1.10
Penutup
Secara
ringkasnya, dalam bab ini telah dihuraikan dan dijelaskan perkara-perkara yang
menjadi asas dan hala tuju kajian ini. Di dalam bahagian objektif kajian,
pengkaji telah menetapkan matlamat-matlamat yang hendak dicapai di akhir kajian
ini. Seterusnya persoalan-persoalan kajian turut ditentukan berdasarkan
objektif-objektif yang telah ditetapkan terlebih dahulu dan beberapa hipotesis
turut dibentuk berdasarkan objektif-objektif serta persoalan-persoalan kajian.
Kajian ini dapat memberi manfaat kepada kaunselor atau pakar psikologi, Jabatan
Pelajaran Negeri dan juga pihak penyelidik sendiri. Kajian ini turut dibataskan
skopnya agar ia mudah dan munasabah untuk dilakukan. Akhir sekali, dalam
bahagian definisi operasional telah diterangkan maksud beberapa istilah dan
konsep yang penting dalam kajian ini.
BAB 11
SOROTAN
KARYA
2.1 Pendahuluan
Di dalam bab ini, akan membincangkan dan meninjau
kajian-kajian yang lalu berkaitan dengan tajuk kajian iaitu hubungan keagamaan
dan stres. Kajian yang berkaitan hubungan dengan keagamaan dan stres memang
banyak dilaksanakan sama ada di dalam mahupun luar negara. Malah ianya
dibincangkan secara meluas terutamanya stres pekerjaan. Walaubagaimanapun,
terdapat juga berapa jurnal yang mengaitkan hubungan stres dan keagamaan.
Tujuan utama tinjauan ini dibuat adalah untuk melihat
hubungan yang akan didapati dari dapatan yang akan dijalankan. Oleh itu, dalam
bab ini perbincangan dan ulasan terperinci akan dilakukan ke atas dapatan lepas
yang berhubung dengan hubungan keagamaan dan stres guru sekolah.
2.2 Kajian-kajian
faktor stres
Terdapat banyak kajian terhadap stres guru dan pekerja telah
dilaksanakan di dalam dan di luar negara. Menurut Gerhard Vossel (1987),
peristiwa kehidupan yang berbeza akan membawa kepada konsep stres yang berbeza.
Bagi membuat perbandingan kajian yang lepas masalah ini boleh dilihat dari
aspek yang terhampir, memandangkan tiada kajian terhadap hubungan di antara
keagamaan dan stres terhadap guru.
Kebanyakkan kajian berkaitan guru melibatkan stres yang ditemui lebih berkaitan
stres di tempat kerja, stres keluarga dan stres hubungan masyarakat.
Kajian-kajian stres pula terbahagi kepada dua iaitu stres faktor luaran dan stres faktor dalaman.
2.2.1 Kajian –kajian faktor stres
luaran
Faktor
luaran bermaksud persekitaran fizikal seperti tugasan dan tanggungjawab di
pejabat, tahap perhubungan dengan manusia lain, keadaan fizikal kediaman, tahap
kebisingan, kesesakan jalanraya dan sebagainya yang berkaitan dengan kehidupan
seharian manusia. Pengkaji melihat stres faktor luaran adalah melibatkan
keadaan persekitaran orang yang menghadapi stres.
Menurut Freeman, Longan dan Mc Coy (1989), telah
menyenaraikan bahawa wanita bekerja sepenuh masa lebih terdedah kepada stres
yang lebih tinggi iaitu 90 peratus manakala bagi pekerja lelaki pula hanya 10
peratus. Ini mungkin disebabkan atau berpunca dari masalah kewangan, keadaan tempat
kerja, diskriminasi di tempat kerja, bidang tugas, ”hypertension” dan kesukaran mendapat kepuasan yang sama dengan
pasangan. Tidak dapat dinafikan bahawa stres dan pertukaran perasaan (mood) biasanya akan berlaku serentak.
Ia adalah faktor semulajadi, hanya cara individu mengawalnya akan menjadikan
ianya positif atau sebaliknya. Ini telah disokong oleh fakta yang dinyatakan
oleh WHO bahawa stres merupakan pembunuh terbesar penduduk dunia. Statistik
menunjukkan bahawa stres adalah “penyakit gaya hidup moden”.
Borget (1991) telah membuat kajian ke
atas 1074 orang guru sekolah rendah di Malta dan mendapati 32.6 peratus atau
710 responden mengakui pekerjaan mereka menyebabkan stres yang tinggi kepada
diri. Justeru itu, Dodge dan Martin (1993) juga telah menggunakan kajian yang sama ke atas
guru-guru sekolah menengah di Malta dan mendapati bahawa 50 peratus responden
mengalami tahap stres yang sederhana, 30.7 peratus pada tahap rendah dan 15
peratus responden bertanggapan bahawa pekerjaan mereka mendatangkan stres yang
tinggi.
Kajian stres dari segi pekerjaan dan staf akademik oleh
Kyriacou & Sutcliffe (1977, 1978 &1979) di England telah dijadikan
sebagai rujukan. Dari kajian ini didapati bahawa guru mengalami masalah stres
iaitu antara 29.3 peratus hingga 30.7 peratus dan seterusnya mendapati bahawa
stres guru wanita lebih tinggi daripada guru lelaki. Fletcher dan Payne (1982)
dalam Ahmad Shakri, (1998) telah membuat kajian terhadap stres di kalangan guru
di United Kingdom dan hasilnya didapati bahawa 44 peratus responden mengalami
stres dan ianya boleh diatasi sendiri. Manakala 25 peratus mengalami stres dan
menyukainya. Dua puluh lima peratus lagi yang mengalami stres beranggapan ia
sebahagian dari kehidupan dan selebihnya enam peratus menginginkan stres dalam
pekerjaan agar tidak bosan.
Donald Meichenbaum dan Matt E. Jaremho (1983) dalam Anuar Mat
Som (2000) menunjukkan bahawa punca stres guru yang paling utama ialah beban
tugas. Beban tugas pula boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
i. Tugas Kuantitatif ( jumlah banyak kerja dilakukan )
ii. Tugas Kualitatif (kurang keupayaan untuk melaksanakan
tugas).
Kedua-duanya berbeza tetapi mempunyai perkaitan. Ini
bermaksud bahawa jika seorang guru diberikan tugas yang banyak, kesannya ialah
mengalami stres yang tinggi. Kesannya akan bertambah buruk sekiranya ia
berpunca dari daya upaya guru itu sendiri. Hasilnya stres guru berganda
disebabkan guru tidak mampu melakukan beban tugas untuk dilaksanakan. Selain
itu kajian oleh Mc Cormick & Solmon (1992) di New South Wales mendapati
bahawa guru-guru yang memegang kelas mempunyai tahap stres lebih tinggi
berbanding guru yang berjawatan pengetua atau penolong kanan. Seterusnya
didapati bahawa guru-guru di sekolah menengah mengalami stres lebih tinggi
berbanding guru-guru di sekolah rendah.
Manakala kajian di
Malaysia mengenai stres telah mula dijalankan walaupun sebelum ini tidak ramai
pengkaji yang berminat. Antaranya Siti Radziah (1982) dalam kajiannya ke atas
71 orang guru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapati bahawa guru-guru
mengalami stres pada tahap sederhana. Chang Fui Chin (1996) pula membuat kajian
terhadap pentadbir sekolah di George Town dan mendapati tiga perpuluhan dua
peratus responden mengalami stres pada tahap amat tinggi, 57.1 peratus alami
tahap stres yang tinggi, 38.1 peratus tahap stres sederhana dan satu perpuluhan
enam peratus tahap rendah.
Majalah Skudai Post (Januari 2000) dalam Mohd Taib Dora
(2006) stres boleh mengawal hati, perut dan tekanan darah. Stres boleh berlaku
disebabkan:
· Faktor intrinsik pekerjaan seperti panas, kebisingan,
kemudahan yang tidak lengkap atau kurang sesuai.
· Struktur organisasi.
· Pembangunan karier / pekerjaan yang terhalang
· Peraturan organisasi yang mengongkong.
· Perhubungan di tempat kerja.
Steven Bellman, Nick Forster, Leonie, Cary L.Cooper (2002)
dalam Noornazifah (2008) telah melakukan kajian
terhadap 204 orang pengurus di Australia dan mendapati 55 peratus adalah wanita
dengan purata umur 41.4 tahun mempunyai perbezaan stres dari segi jantina.
Selain dari itu, satu kajian yang dilakukan di New York State (1979) mendapati
punca stres yang paling tinggi adalah menangani masalah kenakalan murid,
pengurusan yang tidak cekap dan pengawalan diri apabila marah.Ini sokong dengan
adanya satu lagi kajian yang dibuat di Chicago oleh Cichon dan Koff (1980)
mendapati bahawa antara punca stres yang tertinggi di kalangan guru-guru di
situ ialah perpindahan yang terpaksa, masalah murid yang nakal, dan tiada
kepuasan kerja.
Dalam kajian oleh Kyriacou dan Sutchliffe
(1978) ke atas 257 orang guru daripada
16 buah sekolah di England menunjukkan kerjaya perguruan adalah merupakan satu
kerjaya yang mendatangkan tahap tekanan yang tinggi. Di dalam kajiannya, guru
yang menjadi responden mengalami tahap tekanan yang boleh dikategorikan sebagai
ekstrim stres. Kajiannya juga merumuskan empat faktor yang menyebabkan tekanan
kerja iaitu disiplin pelajar, persekitaran kerja yang tidak memberangsangkan,
kekangan masa dan semangat sekolah yang lemah.
Sebenarnya di Malaysia, kajian berkaitan stres pekerjaan
dalam kalangan guru telah menarik ramai pengkaji seperti Siti Radziah(1982), Ahmad
Shakri (1988), Helen, Rojiah, Nor’ azian, Eldrana, Mustafa Kamal (2005) dalam
Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon (2013). Bukti-bukti daripada
kajian stres ke atas guru menunjukkan
masalah ini berada tahap yang perlu diberi perhatian. Guru-guru menyedari
bahawa sedikit stres yang diberikan dalam melaksanakan tugas akan memberi
kebaikan dan memberi kesan dalam prestasi kerja. Namun stres berlebihan akan
mengurangkan prestasi kerja serta menjejaskan kesihatan dari segi mental dan
fizikal.
Satu kajian telah dibuat oleh NUTP, pada tahun 2005 mengenai
stres di kalangan kakitangan perguruan. Seramai 9328 guru telah memberikan
maklumbalas terdiri daripada guru kelas, pengetua, pensyarah dan pegawai
jabatan pelajaran. Daripada kajian itu, didapati seramai 69 peratus responden
bersetuju bekerja dalam keadaan stres dan faktor utama yang menyebabkan stres
ialah tekanan daripada ibubapa dan pelajar yang sering menimbulkan masalah
sehingga ada yang ingin menyaman dan membawa kes kesalahan guru ke mahkamah.
Faktor lain seperti bebanan kerja dan prospek kenaikan pangkat yang tidak
mencukupi iaitu daripada 320 000 orang guru, hanya 40 000 kekosongan sahaja
untuk kenaikan pangkat.
Oleh yang demikian, ramai guru yang kecewa sehingga mereka
bersara. Ini ditambah lagi dengan ketidakadilan dalam penilaian kenaikan gaji
oleh pengetua sedangkan prestasi guru cemerlang. Akibatnya stres berpanjangan
ketidakpuasan dalam bekerja menyebabkan guru ingin berhenti kerja atau
meluahkan ketidakpuasan melalui tingkahlaku yang tidak sepatutnya.
Ini menunjukkan bahawa memang terdapat masalah stres di
kalangan guru. Secara keseluruhannya, stres membawa maksud tindakbalas dan
bukan rangsangan. Ini adalah petunjuk stres termasuklah aspek fizikal,
psikologi, dan sosial. Tahap stres pula sebagai tahap amaran, tahap penahanan
yang maksimum dan tahap tenat. Kesan negatifnya hingga boleh menyebabkan hilang
pertimbangan dan membunuh diri. Kaedah psikoterapi boleh digunakan untuk
mengatasi masalah stres. Kini tidak dapat dinafikan lagi, bahawa tugas dan
tanggungjawab Menteri Pelajaran Malaysia, YB Dato’ Seri Hihamuddin Tun Hussien
adalah untuk menjamin kebajikan guru tanpa kompromi. Ini berikutan tanggapan
sesetengah pihak kerjaya guru adalah kakitangan kerajaan kelas kedua bukan
kakitangan kerajaan yang tulen. Hak mereka telah diumumkan untuk menikmati
kerja lima hari seminggu, tetapi masih menerima aduan mengenai kerja pada hari
Sabtu.
Kajian terbaru oleh NUTP bagi tahun 2006 mendapati bahawa
inventori stres guru telah meningkat walaupun masih berada pada tahap
sederhana. Jumlah sampel yang terlibat 9 300 orang guru terdiri daipada
pelbagai peringkat termasuk guru besar dan pengetua. Malah faktor-faktor yang
menyebabkan stres juga turut bertambah. Ini dapat dilihat daripada jadual di
bawah:
Jadual 2.1 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Stres
____________________________________________________________________
Bil. Faktor-faktor Stres Sampel Setuju ( % )
Tidak Setuju( %) ____________________________________________________________________
1. Tekanan Ibu Bapa / Pelajar 9 300 83 17
2. Beban Tugas 9
300 79 21
3. Kenaikan Pangkat dan Laluan
Kerjaya 9 300
74 26
4. Ketidakadilan Penilaian Prestasi 9 300 72 28
5. Minat
9 300 60 40
6. Infrastruktur 9 300 60 40
7. Lokasi Sekolah 9 300 32 66
____________________________________________________________________
Lantaran itulah, NUTP telah bekerjasama dengan Pusat
Perundingan dan Latihan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menjalankan
satu kursus iaitu “Kursus Pengurusan Stres dalam Kerjaya Perguruan” , pada Jun
2006 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur. Di antara topik
yang diperbincangkan adalah “ Pengurusan Stres Dalam Organisasi, Kejuruteraan
Semula Sikap Dan Budaya Dalam Menghadapi Stres, Derita Dalam Diam, Stres:
Sejauh Mana Memusnahkan Kehidupan dan Membina Jati Diri Dalam Menangani Stres”.
Seramai 45 orang pemimpin NUTP telah menyertai kursus ini dan program ini akan
dijadikan acara tahunan serta terbuka kepada ahli NUTP pada tahun berikutnya.
Tanggungjawab Kesatuan (NUTP) untuk membela nasib warga guru masih tidak padam
walaupun menghadapi pelbagai masalah akibat ledakan semasa dalam pendidikan.
2.2.3 Kajian-kajian faktor
stres dalaman
Faktor
dalaman pula bermaksud faktor yang mempengaruhi seseorang di dalam menangani
faktor-faktor luaran tadi seperti tahap kesihatan fizikal dan mental, emosi dan
perasaan serta rehat yang mencukupi. Bagi mereka yang mempunyai tahap kesihatan
yang tinggi, kemungkinan untuk mereka menghadapi stres disebabkan perkara yang
remeh-temeh adalah rendah dan cara mereka bertindakbalas juga adalah secara
sederhana. Manakala mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang rendah mempunyai
kemungkinan untuk mengalami stres dan bertindakbalas secara agresif walaupun
atas sebab-sebab yang kecil akibat ketahanan mental dan fizikal yang lemah.
Fontana (1989) juga
menyatakan bahawa stres adalah satu bentuk permintaan yang dibuat ke atas
keupayaan untuk menyesuaikan minda dan fizikal serta seterusnya menjelaskan
sekiranya seseorang itu dapat menerima dan menangani permintaan tersebut, maka
stres tersebut akanmendatangkan kesan yang positif. Hal ini menunjukkan bahawa
cara seseorang menangani stres bergantung kepada tahap kesediaan minda dan
fizikal seseorang untuk menerima atau menyerap sesuatu tekanan yang diterima. Sekiranya
individu terbabit tidak bersedia dari segi fizikal dan mental, maka sudah
pastinya stres yang datang dalam bentuk permintaan ini tidak mampu dihadapi
dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan individu tersebut tertekan dan
menghadapi masalah yang lebih besar.
Menurut Marshall dan Cooper (1979) dalam Aishah
Bee binti Ahmad Tajudeen(2004), stres
yang berlarutan akan membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan masalah
kesihatan mental. Masalah kesihatan adalah seperti kenaikan kadar nadi, tekanan
darah tinggi, paras kolestrol yang tinggi serta penyakit jantung. Masalah
kesihatan mental pula termasuklah kurang motivasi, emosi tertekan, tiada
kepuasan kerja dan kurang aspirasi. Kesan-kesan tekanan yang paling kerap
dilaporkan ialah keletihan dan kekecewaan guru.
2.3
Tahap Keagamaan
Menurut Kamus Dewan Edisi
Ketiga (2002) dalam Mohd Najid Omar (2013), amalan agama merujuk kepada sesuatu
yang dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan dan sebagainya) sebagai suatu
kebiasaan. Manakala agama adalah kepercayaan kepada Tuhan dan sifat-sifat serta
kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintahNya, kepercayaan kepada yang
Maha Kuasa: Agama Islam, Agama Kristian dan lain-lain.
Menurut Ratna Roshida Abd.
Razak (2007), agama memainkan peranan penting dan menghasilkan kesan yang
mendalam terhadap pembentukan peribadi anak-anak. Agama merupakan santapan
rohani yang perlu diberi pemakanan hiasan akhlak dan peribadi yang indah supaya
tidak berlaku perlakuan yang melanggar norma-norma batas kehidupan sebagai
hamba Allah. Keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi
anak-anak sesuai dengan ajaran agama yang suci.
2.4
Kajian keagamaan
Nilai-nilai keagamaan yang
terkandung dalam agama, apapun agamanya, memiliki makna penting bagi kehidupan
manusia di dunia ini. Nilai-nilai keagamaan menjadi energi spiritual yang mampu
membawa mereka ke dalam ketenangan dan ketenteraman jiwa. Manusia, dengan
potensi spiritual yang dimilikinya, cenderung menjadikan agama dengan segala
nilai-nilai yang terkandung di dalamnya menjadi panduan hidup, penyemai
kedamaian dan ketenteraman, serta menjadi jiwa lebih positif dalam mengharap
kebahagiaan kehidupan di dunia dan akhirat.
Terdapat banyak kajian yang cuba menganggarkan tahap
keagamaan dan keimanan seseorang individu namun sejauh mana pengukuran boleh
diterima secara ilmiah masih lagi diperbincangkan. Ia melibatkan perkara peribadi antara
individu dan Allah s.w.t. dan tiada siapa yang boleh mengukurnya dengan tepat
melainkan Allah s.w.t. Namun begitu pembolehubah ini cuba dianggarkan
berpandukan tindakan seseorang individu yang rasional mengikut ketetapan
syariah. Ini bermakna jika seseorang individu yang taat menjalankan perintah
Allah s.w.t secara konsisten dan mengharapkan keredhaanNya, maka individu tersebut
dianggap lebih baik dan lebih keislamannya berbanding mereka yang tidak taat
menjalankan perintah Allah (Siti Adilah, 1999;dan Naziruddin dan Shabri, 2003;
h. 40).
Terdapat beberapa kajian oleh Ellison (1989) dan Ellison (1991) yang
telah mengkaji hubungan antara komitmen kepada agama dan tahap kepuasan hidup
individu. Ellison (1991)contohnya telah mengkaji sekumpulan kecil masyarakat di
Amerika Syarikat (US) di mana beliau mengkaji tingkahlaku individu yang
terlibat secara langsung dalam organisasi keagamaan, kekerapan kehadiran ke
tempat sembahyang , tahap kepercayaan terhadap agama dan sebagainya. Hasil
kajian beliau mendapati penglibatan dalam organisasi keagamaan dan tahap
kepercayaan agama yang tinggi akan meningkatkan tahap kepuasan kualiti hidup
mereka.
Apa yang pasti kajian ini sebenarnya telah mengkaji aspek keagamaan dan
hubungannya dengan tahap kepuasan hidup individu terutamanya dalam aspek
psikologi individu tersebut. Kajian ini juga merumuskan aspek keagamaan yang
penting adalah aspek penyertaan seseorang dalam kegiatan agama yang akan
memberi kesan positif terhadap kepuasan hidup. Timbul persoalan yang lain,
adakah pengaruh keagamaan itu memberi kesan yang langsung atau terus menerus
terhadap kepuasan kualiti hidup? Ellison (1989) telah menjelaskan komitmen
dalam aspek keagamaan sebenarnya adalah penglibatan individu dalam kegiatan
masyarakat yang melibatkan program keagamaan. Kesannya penyertaan dalam
kegiatan sosial akan meningkatkan hubungan kemasyarakatan yang memberi kesan
positif kepada kesihatan mentalnya yang akhirnya akan meningkatkan kepuasan
hidup individu tersebut.
2.5 Kajian hubungan keagamaan dan
stres
Melalui kajian-kajian
stres dan keagamaan, pengkaji melihat kaitan keagamaan dalam membantu
pengurangan stres dikalangan guru. Menurut Penny Pei Minn Chai (2011),
berdasarkan kajian ke atas 679 orang pelajar universiti, membuktikan bahawa
pelajar Asia lebih gemar menggunakan pendekatan agama sebagai satu sumber
menangani stres. Pelajar Asia yang menggunakan pendekatan agama dapat
mengekalkan kesihatan mental dan kualiti hidup. Kajian lepas juga membuktikan
bahawa pelajar yang menggunakan pendekatan agama memberi kesan yang positif
kepada diri. Sebagai contoh, Abdel-Khalek (2010) mendapati bahawa tahap nilai
agama pelajar universiti Kuwait secara positif mempunyai hubungan dengan
kesejahteraan dan Kim dan Seidlitz (2002) melaporkan bahawa kerohanian atau
agama telah memberi kesan dan penyesuaian fizikal yang baik kepada pelajar
universiti Korea.
2.6 Penutup
Bab ini telah membincangkan kajian stres yang lepas dan
kajian tentang pengurusan stres dari aspek keagamaan. Dari kajian-kajian yang
lalu didapati bahawa kebanyakkan guru mengalami stres dan ianya berpunca dari
pelbagai masalah. Antaranya ialah tekanan daripada ibu bapa, kenakalan murid,
ketidakadilan dalam kenaikan pangkat atau kenaikan gaji, jawatan yang
disandang, pengurusan yang tidak cekap, bebanan kerjaya yang bertambah dan
sebagainya.
Walaupun
begitu, penyelesaian yang wajar harus dicari bagi meringankan beban ini
kerana jika stres atau tekanan berpanjangan di dalam hidup seseorang guru dan
tidak bijak untuk menguruskannya, ia akan menyebabkan penyakit-penyakit
tertentu yang akan menjejaskan kesihatan dan kecergasan guru itu sendiri,
selanjutnya memberi kesan negatif kepada murid. Antara penyakit-penyakit
yang berpunca akibat mengalami stres adalah sakit jantung, stroke, kencing manis, darah tinggi dan kemurungan. Kesukaran tidur
atau dikenali sebagai ‘insomnia’
adalah salah satu penyakit yang berpunca daripada stres.
Stres yang datang dari bebanan tugas yang
melampau, etika kepimpinan pihak atasan sekolah dan tahap disiplin pelajar yang
rendah merupakan faktor utama mengapa guru berniat meninggalkan kerjaya utama
mereka. (Azrul Hisham Abdul Manaf, 2009). Isu ini turut disentuh oleh satu
kajian kes yang telah dijalankan oleh Erkultu dan Chafra (2006) yang menyebut
bahawa stres yang terlampau tinggi boleh mengakibatkan pekerja berfikir untuk
meletakkan jawatan. Justeru, tidak hairanlah para guru yang sememangnya berhadapan
dengan bebanan kerja yang tinggi akan berniat untuk menarik diri daripada
jawatan ini. Secara ringkasnya banyak kajian menunjukkan keagamaan dapat
membantu mengurangkan stres dalam semua pekerjaan.