Ahad, 31 Ogos 2014

kisah epal...kisah pengajaran

Sekadar renungan : Kasih epal
Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari.
Kanak-kanak itu suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur dibawah keteduhan rendang daun-daunnya.
Kanak-kanak lelaki itu sangat sayangkan pohon epal itu.
Demikian juga pohon epal sangat sayang kepada kanak-kanak kecil itu.

Waktu terus berlalu.
Kanak-kanak lelaki itu kini telah dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal itu setiap hari, seperti kebiasaannya.


Suatu hari dia mendatangi pohon epal itu.
Wajahnya nampak sedih.
“Mari ke sini bermain-main lagi denganku” kata pohon epal itu.
“Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi” jawab kanak-kanak lelaki itu.
“Aku ingin sekali memiliki mainan, tetapi aku tiada wang untuk membelinya.”

Pohon epal itu menyahut, “Erm, maaf aku pun tiada wang.. Tetapi kamu boleh mengambil semua buahku dan menjualnya. Kamu boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan idamanmu” . Kanak-kanak lelaki itu sangat gembira. Dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita.
Namun, setelah itu kanak-kanak lelaki itu tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih.

Suatu hari kanak-kanak lelaki itu datang lagi.

Pohon epal sangat gembira melihatnya datang.
“Mari bermain-main denganku lagi” kata pohon epal.
“Aku tiada waktu” jawab kanak-kanak lelaki itu.
“Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?”
“Maaf aku pun tidak memiliki rumah. Tetapi kamu boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu” kata pohon epal itu.
Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira.
Pohon epal itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu gembira. Tetapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi.

Pohon epal itu sekali lagi merasa kesepian dan sedih.

Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi.
Pohon epal merasa sangat gembira menyambutnya.
“Jom bermain-main lagi denganku” kata pohon epal.
“Aku sedih” kata anak lelaki itu.
“Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bersiar-siar dan berlayar. Mahukah kamu memberikan aku sebuah kapal?”
“Maaf aku tidak mempunyai kapal, tetapi kamu boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah “
Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya.
Dia pun pergi berlayar dan tidak pernah lagi datang menemui pohon epal itu.

Akhirnya, anak lelaki itu kembali setelah bertahun-tahun kemudian.
“Maaf anakku” kata pohon epal itu.
“Aku sudah tidak memiliki buah epal lagi untukmu.”
“Tak apa. Aku pun sudah tidak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu” jawab anak lelaki itu.
“Aku juga tidak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat” kata pohon epal.
“Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu semua” jawab anak lelaki itu.
“Aku benar-benar tidak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tinggal hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekerat ini” kata pohon epal itu sambil menitikkan air mata.
“Aku tidak memerlukan apa-apa lagi sekarang” kata anak lelaki itu.
“Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat. Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu”
“Oooh, bagus sekali. Tahukah kamu, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan berehatlah dengan tenang.”

Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon.
Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.

Apa yang dapat kita ambil dari cerita tersebut adalah ini adalah tentang cerita kita semua
Pohon epal itu adalah ibu bapa kita.
Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ayah dan ibu kita.
Ketika kita semakin besar, kita meninggalkan mereka (seperti sekolah yang jauh dan universiti), dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan.

Tidak peduli apa-apa pun, ibubapa kita akan selalu ada untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita bahagia.
Kita mungkin berfikir bahawa anak lelaki itu telah bertindak sangat kasar terhadap pohon itu,
Tetapi kadangkala tanpa kita sedari begitulah sikap kita terhadap orang tua kita.

Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.
Sekarang, lihatlah ayah dan ibu anda ketika sedang tidur. Bagaimana jika saat kita jauh tidak disampingnya, kita tak dapat lagi melihatnya kerana mereka sudah tidur untuk selamanya.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat
Betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan mereka ini untuk kebahagiaan anda.
Cintailah mereka kita, dengan sebenar-benarnya cinta
Ucapkan pada ibubapa kita sekarang, betapa kita mencintainya; dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikannya pada kita.
Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tidak lagi membuka matanya, selamanya..

PENGINAPAN - HOMESTAY DAN ASRAMA DI KUALA LUMPUR DAN MELAKA...JOM JALAN2

HOSTEL KUALA LUMPUR No 2 Jalan Maktab 5, Persiaran Gurney, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur ( Kg Datuk Keramat, Bersebelaan UTM dan FELDA ) PENGURUS HOSTEL 100 KATIL - Hasif ( 0192120510 )


WISMA BELIA KUALA LUMPUR / HOTEL MAYC Tingkat 3, Wisma belia, Kompleks MAYC, 40 Jln Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur TEL :603-2274 6262 / 62 FAKS: 603-22748046


HOMESTAY KG BARU Tel No : 019234951 H/P No : 012-7081241 Homestay in Golden Triangle KL Tel No : 016-6033179 H/P No : 0192628399


Santai Homestay MELAKA 019-2080690 atau 019-2507109 .


 HOME2STAY TAMAN LIMBONGAN PERMAI, No.2, Jalan LP8, Taman Limbongan Permai, Lorong Pandan, Melaka. HP: 013-2987378 (Hana)


VILLA HERITAGE RESIDENCE No 2 Jalan BSJ 1, Taman Bukit Serindit Jaya, Bandaraya Melaka, 75400 Melaka, HUBUNGI HP: 017-6921909 (Hana) Email: sales@worldheritage.com.my


HOME2STAY TAMAN LIMBONGAN PERMAI, No.2, Jalan LP13, Taman Limbongan Permai, Lorong Pandan, Melaka. HUBUNGI HP: 017-6921909 (Hana)


Penginapan  Muzium Telekom KL
047202901 / 0134200299




Pengarah,
Kompleks Rakan Muda Daerah Alor Gajah,
Lot 117 Mukim Lendu,
78000 Alor Gajah,
Melaka
Fax : 06-3853018


Kolej Pendeta Zaaba, UKM 038921008 / FAKS 0389216846


PENGINAPAN - HOMESTAY DAN ASRAMA DI KELANTAN DAN TERENGGANU...ADA JUGA NEGERI SEMBILAN DAN SHAH ALAM

TERENGGANU


Rumah Penginapan As Salam  di Terengganu
untuk di tempah :
 Ada 12 Teres
Kg. Tok Jiring, Belakang Petronas, Jalan Kelantan
 Ada 7 Teres
Kg. Tanjung Jaafar,
Jalan Lapangan Terbang
 Ada 2 Teres 2 Tingkat
Taman Koinsaf 1,
Depan SK Tok jiring
 Ada 2 Semi D
Kg. Banggol Tok Jiring,
Belakang SMU Tok Jiring
 Ada 2 Semi D
Kg. Bukit Tok Ris,
Jalan Pengkalan Batu
 Ada 2 Semi D 2 Tingkat
Kg. Banggol Air Lilih,
Taman Kalungan Impian
 Ada 1 Banglo
Kg. Bukit Datu,
Taman Impian Murni
 Ada 19 Bilik Hotel
Pekan Batu 6, Jalan Kelantan
Hubungi :
017-3883 100
019-9824 100
013-9488 100
013-9775 100


 SYAQIRA HOMESTAY
 Kak Shima(Syaqira Homestay Manager) di Kuala Terengganu – 0199317720

 ATZ HOMESTAY, JERTEH, BESUT& SENAWANG, N.SEMBILAN& KOTA KEMUNING, SHAH ALAM
Jerteh Branch - LOT 3414,KAMPUNG TOK RAJA,22000,JERTEH,BESUT TERENGGANU Senawang Branch- NO. 165, JALAN TM 3,TAMAN MERPATI, 70450 , SEREMBAN N.9 Shah Alam Branch - TAMAN KHALID AL WALID, NO. 30 JLN API-API 30 /11, SEKSYEN 30, JALAN KEBUN,KOTA KEMUNING - SHAH ALAM... Email :- atzhomestay@yahoo.com AZUE :- 012-3134100 HALIM : 019-3346151 / 012-3305021

Chendor Budget Homestay Address, Homestay in Kemaman, Terengganu, Malaysia

Contact Details
Tel No: 012-3370460 (Din)
Rate / Night*: RM 70
Address :
Lot 10791 Jln Kuantan-Kemaman, Kg Chendor
26080, Kemaman
Terengganu

KELANTAN

HOMESTAY SEROJA
Double-storey bungalow house
4 Bilik tidur dan 3 bilik air ( boleh menginap lebih 20 orang)
 all or SMS 019-9323361 (Wan)
 Call or SMS 019-9313361 (Ramli)
Call 09-5343362

F & Z Homestay Kota Bharu,
Jalan Raja Perempuan Zainab I, Kubang Kerian, Kota Bharu.

Mohd Fauzi Ahmed (012-9838032)

7H Homestay
0179800317

Seri Anggerik Rest House.
013-9816538,
Rumah Tamu Nur Fatin
012 9588242


Rumah Tumpangan Budi

019-9111963 (Zaman), 019-9899148 (Ku Na), 09-7647134




Homestay Desa
Dekat Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan
Banglo /3 bilik
Cikgu Din 013-9207364 / 018-9009104 / ashida07@streamyx.com


Kondominium
Kota Bharu
0139461309



Rumah Tamu Al-ukhuwwah
09-7482971, 013-9822733


Kayumas Homestay
013-9367393/019-2708867

Aiza Homestay
0199716232/aidi_wako@hotmail.com




Homestay Warisan
Taman Tiong, Kg Tiong
Bungalow
0125091307



Guest House and Homestay
013-9869097

Hussin Palace
0199961960


Rumah dua tingkat
013-9694664/ adzi65@yahoo.com.my


Rumah Rehat As Sakinah
PT 621(NO 47) Taman Damai Perdana SBJ Wakaf Che Yeh Kelantan
012-9011726/9011736/fazlialias@yahoo.com


Zan'Guest House
Lot 189,Kg,Belukar,Tapang,Jln.Hospital,Kota Bharu
0139084300,0139201668


Pelangi Homestay
Condominium Pelangi No.10 Tingkat 18 Blok B
014-5050181/mohdrahmani@hotmail.com



Mak Dah Homestay
Hilir Pasar Borong Wakaf Che Yeh,
017-5872145/017-9160339


Homestay Tok Ayah ( Cikgu Lah)
Tel: 012-5100612

AMALAN RASUL

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW
---------------------------
01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isya.
---------------------------
02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
---------------------------
03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.
---------------------------
04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.
---------------------------
05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda.
---------------------------
06. Jangan mematah-matahkan jari anda.
---------------------------
07. Periksa kasut anda sebelum memakainya.
---------------------------
08. Jangan mendongak ketika sedang solat.
---------------------------
09. Jangan meludah didalam tandas.
---------------------------
10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.
---------------------------
11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain
---------------------------
12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda.
---------------------------
13. Jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya.
---------------------------
14. Jangan mencari kesalahan orang lain.
---------------------------
15. Jangan bercakap diantara waktu azan dan iqamat.
---------------------------
16. Jangan bercakap didalam tandas.
---------------------------
17. Jangan berkata dongeng(palsu) tentang rakan anda.
---------------------------
18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.
---------------------------
19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.
---------------------------
20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.
---------------------------
21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.
---------------------------
22. Jangan menipu sepanjang masa.
---------------------------
23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.
---------------------------
24. Berkata dengan jelas, agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan.
---------------------------
25. Hindarkan berjalan sendirian.
---------------------------
26. Jangan membuat keputusan sendiri, tapi rujuk pada yang arif.
---------------------------
27. Jangan bangga(riak) akan diri sendiri.
---------------------------
28. Jangan mencela makanan anda.
---------------------------
29. Jangan bermegah(sombong).
---------------------------
30. Jangan menghalau pengemis.
---------------------------
31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik.
---------------------------
32. Sabar ketika dalam kesusahan.
---------------------------
33. Membantu dengan tujuan yang baik.
---------------------------
34. Muhasabah diri dan bertaubat.
---------------------------
35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.
---------------------------
36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini.
---------------------------
37. Jangan tidur berlebihan-ini akan menyebabkan penyakit lupa.
---------------------------
38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari (istighfar).
---------------------------
39. Jangan makan dalam gelap.
---------------------------
40. Jangan makan dengan mulut yang penuh.
---------------------------

Isnin, 25 Ogos 2014

TESIS: HUBUNGAN ANTARA KEAGAMAAN DAN STRES DALAM KALANGAN GURU

HUBUNGAN ANTARA KEAGAMAAN DAN STRES DALAM KALANGAN GURU

 
CAMPAKA BINTI YAAKOB


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
 [2014]














PENGENALAN
1.1  Pendahuluan

Kamus Oxford mendefinisikan stres sebagai satu tekanan atau desakan, usaha, tuntutan ke atas keupayaan fizikal atau mental. Ini bermaksud stres adalah suatu keadaan dimana kekuatan fizikal, mental dan emosi seseorang individu teruji melampaui keupayaan tubuh dan mindanya yang tidak mampu menahan dan menanggungnya lagi. Seorang ahli psikologi terkenal, Walter Cannon (1920) dalam Anuar Mat Som (2000) menyatakan bahawa stres bermaksud gerak balas lawan atau lari (fight or flight). Hans Selye (1963) telah memberikan maksud yang baru mengenai stres dengan membuktikan di dalam kajiannya terhadap binatang. Beliau menunjukkan bahawa stres boleh menyebabkan penyakit, seterusnya penyakit yang dihidapi akibat daripada stres yang berlebihan boleh membawa maut. Ini juga boleh berlaku ke atas manusia.

Menurut Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom (2002), stres merupakan sebahagian daripada  kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari. Ia berubah wajah mengikut peredaran masa. Stres bukanlah suatu perkara yang asing bagi masyarakat negara ini. Stres biasanya dialami oleh semua manusia apabila berada dalam keadaan yang tidak menyeronokkan.

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Institute Of Stress di New York, Amerika dalam  Noornazifah (2008), mendapati bahawa 90 peratus daripada lelaki dewasa mengalami stres yang amat tinggi sekurang-kurangnya dua kali seminggu, manakala 25 peratus mengalami stres setiap hari. Perangkaan ini menunjukkan bahawa stres dalam kehidupan seseorang individu yang semakin menjadi gaya semasa. Kebanyakan dari kita hanya mengetahui atau mengganggap stres dari aspek yang negatifnya sahaja. Ini termasuklah kecenderungan untuk melakukan keganasan serta meningkatkan risiko penyakit mental. Sebenarnya, jika kita lihat dari satu aspek lagi, sebenarnya stres juga mempunyai kebaikan apatah lagi dalam kehidupan yang serba moden dan canggih kini.

Fenomena stres dalam kalangan guru kini sedang hebat diperbincangkan dan dijadikan sebagai bahan kajian ilmiah. Malahan kajian-kajian lepas juga mendapati bahawa profesion perguruan adalah bidang kerjaya yang menghadapi stres yang tinggi (Cooper 1988). Arus pendidikan hari ini semakin mendesak para professional pendidikan untuk bekerja keras dan lebih masa demi mencapai permintaan pendidikan yang tinggi. Disamping usaha peningkatan dan perlaksaan, guru-guru mula tertekan atau sekurang-kurangnya pernah berasa tertekan dengan permintaan tinggi bebanan pendidikan ini.


Menurut Sapora Sipon (2007) dalam Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon (2013), stres terhadap guru memang kecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat stres akan memberi kesan  kepada perhubungan antara guru dengan murid dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini seterusnya  boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikan. Perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan terutamanya masalah murid, bebanan kerja dan perubahan dasar tidak pernah selesai. Kesemua ini menuntut  kepada perubahan pandangan guru terhadap persekitaran mereka. Perubahan ini pasti menyebabkan stres  ke atas guru. Terdapat pelbagai bukti bukti menunjukkan bahawa stress dalam kalangan guru kian ketara dan perlu diberikan perhatian yang serius.

Sebenarnya stres adalah sebahagian daripada kehidupan setiap insan, setiap golongan masyarakat tidak mengira usia akan berisiko untuk mengalami stres, cuma yang membezakannya adalah mengetahui kehadirannya atau tidak dan cara mengendalikan stres di dalam kehidupan seharian seseorang itu.


Dalam kajian ini, pengkaji meletakkan nilai keagamaan sebagai  isu yang utama untuk diberikan perhatian dalam menangani stres. Faktor keagamaan adalah penting kerana ia memberi kesan kepada kesihatan mental, mengubah sikap individu ke arah kehidupan yang positif yang akhirnya akan mengubah ekonomi dan gaya hidup individu dalam jangka panjang. Menurut Syed Ismail Syed Mustafa (2003), di dalam agama Islam sendiri terdapat usaha yang dilakukan untuk merawat masalah kesihatan mengikut kaedah yang menggunakan pendekatan agama. Pendekatan ini dapat digambarkan menerusi amalan agama, sembahyang dan juga kepercayaan kepada Tuhan.

Nilai keagamaan yang dilihat dalam kajian ini akan dilihat dari segi akidah dan tingkahlaku keagamaan. Menurut penelitian Dr. Haji Orang Kaya Rahmat(1984), Islam adalah agama sejagat (universal) dan kesejagatan ini adalah terkandung dalam intipati ajaran yang terkandung dalam al-Qur’an yang seharusnya menjadi pedoman kepada keseluruhan manusia. Islam adalah agama yang syumul dan lengkap dalam segenap bidang kehidupan samada dalam konteks akidah, ibadat mahupun akhlak. Kesempurnaan ini jelas menunjukkan bahawa Islam merupakan agama yang bukan hanya menekankan kepada spiritual semata-mata bahkan meliputi segenap bidang kehidupan. Asas kesejagatan inilah yang telah menjadikan Islam telah mampu bertapak dan mewarnai pemikiran masyarakat Melayu dan nilai-nilai Islam ini telah diterjemahkan dalam kehidupan mereka sebagai asas yang kukuh.  Dalam kajian ini pengkaji berfokus kepada hubungan keagamaan dan stres dikalangan guru, melalui kajian ini adalah untuk melihat kepentingan agama dalam membantu mengurangi stres guru.

Banyak kajian yang telah dilakukan menunjukkan aspek keagamaan mempunyai banyak kelebihan terhadap manusia termasuklah mengurangkan aktiviti yang melalaikan dan jenayah (Freeman, 1986; dan Hull, 2000), malah menurut Greene dan Yoon (2004), Adam Smith juga telah sekian lamanya menganggap aspek keagamaan sebagai pembina kehidupan aspek psikologi dan kebahagiaan seseorang individu. Menurut Greene dan Yoon (2004), ahli ekonomi kini sebenarnya telah mula mengkaji semula dua bidang asas iaitu dimensi ekonomi dalam aspek agama dan kebahagiaan manusia dan melihat hubungan antara keagamaan dan kebahagiaan (Ellison, 1991).

Bagi keagamaan dalam kajian ini, pengkaji melihat dua aspek iaitu akidah dan tingkahlaku keagamaan. Menurut Mohamad Sulaiman (1988) akidah Islam itu ialah kepercayaan dan keimanan kepada hakikat dan nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki lagi kudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh Islam iaitu kepercayaan yang tersimpul kukuh dan teguh dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan terhurai atau terputus walau oleh apa pun jua keadaan dan suasana.


Tingkahlaku pula adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkahlaku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkahlaku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Al-Ghazali (2005) dalam Norsaleha Mohd Saleeh (2013), dari perspektif Islam, tingkahlaku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.Tingkahlaku normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi. Menurut al-Qaradawi (2005) dalam Norsaleha Mohd Saleeh (2013), kemerosotan tingkahlaku  hanya boleh diatasi melalui kekuatan akidah dan hubungan yang berterusan dengan Allah Taala.
           
Tingkahlaku keagamaan adalah dasar dalam pembentukan jiwa atau nurani manusia. Menurut Al Ghazali(2005) dalam Mohd Najid bin Omar (2013), akhlak yang memberi manusia kepada kesan kepada melahirkan manusia yang berfungsi sepenuhnya iaitu akhlak manusia kepada penciptanya, akhlak manusia kepada manusia dan ianya termasuk akhlak kepada keluarga, peribadi daan jiran. Menurut Azura Abu Bakar (2009), jika seseorang itu mengamalkan tingkahlaku dalam kehidupan mereka itu berteraskan agama Islam maka akan melahirkan tingkahlaku positif kepada manusia lain, alam sekitar dan hidupan yang berada di muka bumi ini. Azura Abu Bakar (2009) juga berpendapat, sikap dan tingkahlaku berasaskan penghayatan agama akan melahirkan keperibadian yang baik dalam diri seseorang individu.

Manakala menurut Aulia (1970) dalam Norsaleha Mohd (2013), pengetahuan tentang kesyumulan agama Islam terutamanya akidah  dan tingkahlaku Islam dapat  membantu mereka yang mengalami kerisauan atau anxiety daripada terus berhadapan dengan situasi yang mengganggu jiwa mereka. Kekuatan akidah dan tingkahlaku keagamaan harus dikuasai bagi membersihkan emosi, fikiran dan perlakuan daripada melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak Islam dan tidak bermanfaat.

1.2  Penyataan Masalah

Permasalahan stres dikalangan guru  semakin berleluasa. Pelbagai faktor dikatakan menjadi penyumbang kepada permasalahan guru, malahan banyak kajian-kajian dilakukan untuk membantu mengurangkan stres guru. Namun kajian sedia ada banyak menfokuskan faktor-faktor luaran seperti bebanan tugas hakiki, gaji, ketiadaan sistem sokongan sosial yang kuat, sikap ibu bapa yang mudah lepas tangan, disiplin pelajar dan keadaan persekitaran tempat kerja. Kelemahan yang boleh dilihat dalam faktor-faktor luaran adalah  penyelesaian masalah ini bukan dibidangkuasa guru untuk menangani tetapi melibatkan pihak atasan atau pihak luar.

Kajian-kajian faktor luaran ini mungkin berguna kepada pengkaji-pengkaji atau pembuat polisi namun tidak dapat membantu kaunselor dalam menguruskan permasalahan klien iaitu guru. Malahan tidak dapat memberi panduan atau kaedah kepada klien atau mangsa untuk menangani stres serta membantu diri. Dalam Smither (1994), stres sebagai kebangkitan minda dan fizikal seseorang dalam memberi tindakbalas kepada sesuatu permintaan terhadap diri seseorang

Pengkaji melihat menguruskan faktor-faktor stres dalaman lebih berperanan dalam membantu guru mengurangkan stres dalam diri mereka. Ini kerana stres dalaman akan memberi kesan kepada emosi dan mental seseorang individu. Penyelesaian faktor-faktor stres dalaman lebih sesuai dan releven kepada kaunselor kerana penyelesaian ini dapat membantu klien atau guru untuk memupuk atau mempunyai sifat-sifat dalaman yang kalis stres. Pengkaji melihat faktor keagamaan adalah salah satu faktor dalaman yang dapat membantu stres  dalaman, apabila stres dalaman dapat dikurangkan secara tidak langsung membantu dalam menangani stres luaran.

Terdapat kajian-kajian yang menunjukkan keagamaan membantu mengurangkan stres seperti  Ellison (1991) yang mengkaji keagamaan dan kepuasan hidup, Penny Pei Minn Chai (2011) mengkaji keagamaan dalam membantu mengurangkan stress pelajar dan Mohd Najid Omar (2013) yang mengkaji keagamaan mengurangkan  disiplin pelajar. Walaupun terdapat kajian keagamaan dan stres diluar negara, namun tidak terdapat lagi kajian yang kajian keagamaan dalam menguruskan stres guru di Malaysia. Justeru itu dalam memahami isu stres di kalangan guru, pembolehubah keagamaan  cuba diketengahkan dalam kajian ini bagi menguji hubungan yang mungkin menjadi penyumbang kepada dalam membantu mengurangkan  isu stres di kalangan guru di Malaysia.

Kajian ini juga diharapkan agar dapat mengesan serta memperbaiki masalah stres yang dialami oleh para guru dengan bantuan aspek keagamaan seperti akidah dan tingkahlaku keagamaan, seterusnya dapat mencapai wawasan pendidikan. Akidah adalah untuk menilai kepercayaan, ibadah dan pemikiran individu berkaitan amalan manusia di dunia dan akhirat. Manakala tingkahlaku keagamaan pula adalah untuk menilai asas-asas moral, tindakan dan kelakuan manusia. Kajian ini adalah untuk melihat hubungan di antara keagamaan dan stres di kalangan para guru.







1.3  Objektif Kajian

Secara keseluruhannya, kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara tahap stres guru dengan keagamaaan yang dimiliki oleh guru. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk:
1.3.1        Mengenalpasti hubungan antara keagamaan dengan tahap stres guru.
1.3.2        Mengenalpasti hubungan antara akidah keagamaan dengan tahap stres guru.
1.3.3        Mengenalpasti hubungan antara tingkahlaku keagamaan dengan tahap stres guru .

1.4  Persoalan Kajian

Untuk memenuhi objektif kajian yang dinyatakan beberapa persoalan dikemukakan di dalam kajian ini untuk melihat hubungan di antara stres dengan keagamaan.
1.4.1        Adakah terdapat hubungan di antara keagamaan dengan tahap stres?
1.4.2        Adakah terdapat hubungan di antara akidah dengan tahap stres?
1.4.3        Adakah terdapat hubungan di antara tingkahlaku keagamaan dengan tahap stres?


1.5  Hipotesis Kajian

1.5.1 Hipotesis
H01 : Tiada terdapat hubungan di antara keagamaan dan stres.
H02 : Tiada terdapat hubungan di antara akidah dan stres.
H03 : Tiada terdapat hubungan di antara tingkahlaku keagamaan dan stres.

1.6  Batasan Kajian

Kajian ini dilaksanakan di empat buah sekolah di Perlis. Responden yang di pilih secara persampelan mudah  adalah seramai 155 orang guru sekolah menengah agama. Tumpuan kajian adalah untuk melihat adakah terdapat hubungan keagamaan dan stres dikalangan guru. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik sahaja, justeru itu kajian bergantung kepada keupayaan dan kejujuran responden untuk menjawab setiap soalan yang diberikan. Kajian juga hanya diberikan kepada responden yang beragama Islam dan merupakan guru tetap.



1.7  Kerangka Kajian

Kerangka kajian diperlukan oleh pengkaji untuk memberi gambaran yang jelas tentang pembolehubah-pembolehubah yang digunakan di dalam kajian ini. Satu model konseptual telah disediakan oleh pengkaji berkenaan dengan masalah yang ingin dikaji. Model konseptual yang telah dibentuk ini mengandungi dua elemen utama yang cuba ditonjolkan iaitu satu pembolehubah bebas dan satu pembolehubah bersandar. Ia dapat dilihat melalui rajah di bawah :-


Pembolehubah bebas                                                               Pembolehubah bersandar






 

STRES
   HUBUNGAN

    KEAGAMAAN
-AKIDAH
-TINGKAHLAKU



 
                                                             

Rajah 1.1 Kerangka kajian




1.8  Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah penting kepada kaunselor/pakar psikologi dan pihak jabatan pelajaran. Ia amat penting kepada :

1.8.1 Kaunselor / Pakar Psikologi
Ia boleh dijadikan sebagai panduan dan maklumat kepada kaunselor atau pakar psikologi untuk menjalankan kajian berkaitan keagamaan dan stres.

1.8.2  Pihak Jabatan Pelajaran
Boleh menggunakan maklumat daripada dapatan kajian ini untuk membantu warga guru menangani persoalan stres. Selain itu, pihak Jabatan Pelajaran boleh merangka suatu program secara menyeluruh kepada warga guru dalam menangani stres agar ia akan dijadikan perangsang serta memberi kesan yang positif dalam memperkasakan profesion perguruan.



1.9  Definisi Konseptual  / Operasional

Kajian konseptual  adalah bertujuan untuk menjelaskan tentang istilah-istilah  yang berkaitan dengan kajian yang telah dijalankan. Beberapa  istilah yang dikenalpasti  untuk diterangkan pengertiannya bagi  memberi penjelasan dan kefahaman. Definisi istilah  kajian ini adalah berdasarkan  kepada tajuk penyelidikan “Hubungan Antara Keagamaan Dan Stres Dalam Kalangan Guru.”

1.9.1        Demensi Tahap Stres

Perkataan stres sebenarnya berasal daripada perkataan eutres yang membawa maksud dapat menyesuaikan diri atau stres yang membina. Ia juga berasal daripada perkataan distress yang bermaksud tidak dapat menyesuaikan diri ataupun dapat merosakkan diri. Stres daripada sudut bahasa membawa maksud tekanan yang mana tekanan itu fitrah kehidupan (Harunsani 2004 dalam Mohd Taib dan Hamdan 2006).

Menurut Hatta Sidi dan Mohammad Hatta (2005) dalam Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon (2013), mentakrifkan stres sebagai tindak balas minda dan fizikal yang terhasil daripada permintaan (atau cabaran) mengikut sesuatu keadaan atau tempat. Stres melibatkan perasaan subjektif, yang pada mulanya diterima oleh diri sendiri secara aman, tetapi lama kelamaan menjadi semakin “kacau” apabila permintaan atau cabaran semakin bertambah. Stres terjadi akibat perubahan yang berlaku di dalam tubuh dan mempunyai kaitan dengan keadaan sekeliling. Stres yang dialami oleh seseorang adalah berbeza mengikut isu dan kes begitu juga dengan persekitaran pekerjaan guru.

Dalam kajian ini, stres guru dikatakan berpunca daripada kepelbagaian tuntutan peranan guru-guru samada ketika di dalam kelas, oleh pihak pentadbiran dan pengurusan atau oleh pihak-pihak lain seperti ibu bapa, murid-murid dan masyarakat.  Stres dilihat dari segi faktor luaran dan dalaman guru.

Instrumen yang digunakan untuk mengukur tahap stres ini adalah menggunakan alat ukur tahap stres Job Related Tension Index (Khn, Wolfe dan Resenthel, 1964) dalam Lem Boon(1981).




                                                                                            
1.9.2    Demensi Keagamaan

Dalam kajian ini, pengkaji melihat keagamaan  tumpuan kepada agama Islam. Menurut Kamus Dewan (2002) dalam Mohd Najid Omar (2013), keagamaan ialah suatu perihal agama iaitu hal-hal yang berkaitan dengan agama. Agama juga membawa maksud kepercayaan kepada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya.

Menurut Asjad bin Mohamed (2010) Islam adalah agama yang syumul dan lengkap dalam segenap bidang kehidupan samada dalam konteks akidah, ibadat mahupun akhlak. Kesempurnaan ini jelas menunjukkan bahawa Islam merupakan agama yang bukan hanya menekankan kepada spiritual semata-mata bahkan meliputi segenap bidang kehidupan. Dalam kajian ini, keagamaan adalah merujuk kepada agama Islam, di mana pengkaji melihat hubungan tekanan dengan nilai keagamaan, iaitu agama Islam.


Menurut Nadiyah Elias (2004), keagamaan merujuk kepada tahap komitmen kepada sesuatu agama. Menurut Powell, Shahabi dan Thoresan (2003), agama merupakan satu pertubuhan fenomena. Keagamaan selalunya dikaitkan dengan kejiwaan. Sebenarnya agama merupakan institusi social dan didefinisikan kepercayaan, praktik dan persepsi agama berdasarkan batasan masing-masing. Agama dapat didefinisikan sebagai kepercayaan kepada Tuhan atau penyembahan kepada dewa-dewa yang biasanya dinyatakan melalui perbuatan dan upacara atau sistem kepercayaan, ibadah dan lain-lain.

Dalam kajian ini, insrumen yang digunakan soal selidik  yang diadaptasikan daripada Nadiyah Elias (2004) dan Nadiyah Elias dan Nor Zakaria (2014).

1.9.3    Dimensi Akidah

Menurut Sabiq (2003) Norsaleha Mohd Saleeh (2013), dari segi syarak pula, akidah bermakna segala perkara yang dengannya dapat dipercayai sepenuhnya (tasdiq) hingga kepadanya boleh menenangkan hati dan perasaan. Kedudukan akidah setaraf dengan keyakinan yang sama sekali tidak bercampur dengan syak, keraguan dan kebimbangan. Ini menunjukkan kepentingan agama dalam kehidupan seharian seseorang insan.

Dalam kajian ini, insrumen yang digunakan soal selidik  yang diadaptasikan daripada  Nadiyah Elias dan Nor Zakaria (2014). Dalam soal selidik ini mengandungi 15 soalan item positif dan 3 item negatif.

1.9.4    Dimensi Tingkahlaku Keagamaan

Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Pengkaji melihat tingkahlaku keagamaan merupakan tingkahlaku yang melaksanakan segala suruhan agama dan meninggalkan larangan agama.

Carl Rogers (1999) dalam Noornazifah (2008), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut Al-Ghazali (2005) dalam Mohd Najid bin Omar pula dari perspektif Islam, tingkahlaku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan. Tingkahlaku normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi.

Dalam kajian ini, pengkaji melihat nilai keagamaan dari sudut tingkah laku keagamaan, iaitu semua tingkah laku yang dilakukan adalah bersandarkan nilai keagamaan. Menurut Nadiyah Elias (2014), tingkahlaku keagamaan adalah tingkahlaku yang amalan boleh diatriburasi dalam agama khusus seperti mengerjakan solat, menutup aurat, menjauhi larangan agama seperti tidak mencuri. Dalam kajian ini, insrumen yang digunakan soal selidik  yang diadaptasikan daripada Nadiyah Elias (2004). Dalam soal selidik ini mengandungi 16 item positif dan 8 item negatif.

1.10          Penutup

Secara ringkasnya, dalam bab ini telah dihuraikan dan dijelaskan perkara-perkara yang menjadi asas dan hala tuju kajian ini. Di dalam bahagian objektif kajian, pengkaji telah menetapkan matlamat-matlamat yang hendak dicapai di akhir kajian ini. Seterusnya persoalan-persoalan kajian turut ditentukan berdasarkan objektif-objektif yang telah ditetapkan terlebih dahulu dan beberapa hipotesis turut dibentuk berdasarkan objektif-objektif serta persoalan-persoalan kajian. Kajian ini dapat memberi manfaat kepada kaunselor atau pakar psikologi, Jabatan Pelajaran Negeri dan juga pihak penyelidik sendiri. Kajian ini turut dibataskan skopnya agar ia mudah dan munasabah untuk dilakukan. Akhir sekali, dalam bahagian definisi operasional telah diterangkan maksud beberapa istilah dan konsep yang penting dalam kajian ini.




BAB 11
SOROTAN KARYA

2.1       Pendahuluan

Di dalam bab ini, akan membincangkan dan meninjau kajian-kajian yang lalu berkaitan dengan tajuk kajian iaitu hubungan keagamaan dan stres. Kajian yang berkaitan hubungan dengan keagamaan dan stres memang banyak dilaksanakan sama ada di dalam mahupun luar negara. Malah ianya dibincangkan secara meluas terutamanya stres pekerjaan. Walaubagaimanapun, terdapat juga berapa jurnal yang mengaitkan hubungan stres dan keagamaan.

Tujuan utama tinjauan ini dibuat adalah untuk melihat hubungan yang akan didapati dari dapatan yang akan dijalankan. Oleh itu, dalam bab ini perbincangan dan ulasan terperinci akan dilakukan ke atas dapatan lepas yang berhubung dengan hubungan keagamaan dan stres guru sekolah.




2.2       Kajian-kajian faktor stres

Terdapat banyak kajian terhadap stres guru dan pekerja telah dilaksanakan di dalam dan di luar negara. Menurut Gerhard Vossel (1987), peristiwa kehidupan yang berbeza akan membawa kepada konsep stres yang berbeza. Bagi membuat perbandingan kajian yang lepas masalah ini boleh dilihat dari aspek yang terhampir, memandangkan tiada kajian terhadap hubungan di antara keagamaan  dan stres terhadap guru. Kebanyakkan kajian berkaitan guru melibatkan stres yang ditemui lebih berkaitan stres di tempat kerja, stres keluarga dan stres hubungan masyarakat. Kajian-kajian stres pula terbahagi kepada dua iaitu stres  faktor luaran dan stres faktor dalaman.

2.2.1 Kajian –kajian faktor stres luaran

Faktor luaran bermaksud persekitaran fizikal seperti tugasan dan tanggungjawab di pejabat, tahap perhubungan dengan manusia lain, keadaan fizikal kediaman, tahap kebisingan, kesesakan jalanraya dan sebagainya yang berkaitan dengan kehidupan seharian manusia. Pengkaji melihat stres faktor luaran adalah melibatkan keadaan persekitaran orang yang menghadapi stres.

Menurut Freeman, Longan dan Mc Coy (1989), telah menyenaraikan bahawa wanita bekerja sepenuh masa lebih terdedah kepada stres yang lebih tinggi iaitu 90 peratus manakala bagi pekerja lelaki pula hanya 10 peratus. Ini mungkin disebabkan atau berpunca dari masalah kewangan, keadaan tempat kerja, diskriminasi di tempat kerja, bidang tugas, ”hypertension” dan kesukaran mendapat kepuasan yang sama dengan pasangan. Tidak dapat dinafikan bahawa stres dan pertukaran perasaan (mood) biasanya akan berlaku serentak. Ia adalah faktor semulajadi, hanya cara individu mengawalnya akan menjadikan ianya positif atau sebaliknya. Ini telah disokong oleh fakta yang dinyatakan oleh WHO bahawa stres merupakan pembunuh terbesar penduduk dunia. Statistik menunjukkan bahawa stres adalah “penyakit gaya hidup moden”.

Borget (1991) telah membuat kajian ke atas 1074 orang guru sekolah rendah di Malta dan mendapati 32.6 peratus atau 710 responden mengakui pekerjaan mereka menyebabkan stres yang tinggi kepada diri. Justeru itu, Dodge dan Martin (1993)  juga telah menggunakan kajian yang sama ke atas guru-guru sekolah menengah di Malta dan mendapati bahawa 50 peratus responden mengalami tahap stres yang sederhana, 30.7 peratus pada tahap rendah dan 15 peratus responden bertanggapan bahawa pekerjaan mereka mendatangkan stres yang tinggi.

Kajian stres dari segi pekerjaan dan staf akademik oleh Kyriacou & Sutcliffe (1977, 1978 &1979) di England telah dijadikan sebagai rujukan. Dari kajian ini didapati bahawa guru mengalami masalah stres iaitu antara 29.3 peratus hingga 30.7 peratus dan seterusnya mendapati bahawa stres guru wanita lebih tinggi daripada guru lelaki. Fletcher dan Payne (1982) dalam Ahmad Shakri, (1998) telah membuat kajian terhadap stres di kalangan guru di United Kingdom dan hasilnya didapati bahawa 44 peratus responden mengalami stres dan ianya boleh diatasi sendiri. Manakala 25 peratus mengalami stres dan menyukainya. Dua puluh lima peratus lagi yang mengalami stres beranggapan ia sebahagian dari kehidupan dan selebihnya enam peratus menginginkan stres dalam pekerjaan agar tidak bosan.

Donald Meichenbaum dan Matt E. Jaremho (1983) dalam Anuar Mat Som (2000) menunjukkan bahawa punca stres guru yang paling utama ialah beban tugas. Beban tugas pula boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
i. Tugas Kuantitatif ( jumlah banyak kerja dilakukan )
ii. Tugas Kualitatif (kurang keupayaan untuk melaksanakan tugas).

Kedua-duanya berbeza tetapi mempunyai perkaitan. Ini bermaksud bahawa jika seorang guru diberikan tugas yang banyak, kesannya ialah mengalami stres yang tinggi. Kesannya akan bertambah buruk sekiranya ia berpunca dari daya upaya guru itu sendiri. Hasilnya stres guru berganda disebabkan guru tidak mampu melakukan beban tugas untuk dilaksanakan. Selain itu kajian oleh Mc Cormick & Solmon (1992) di New South Wales mendapati bahawa guru-guru yang memegang kelas mempunyai tahap stres lebih tinggi berbanding guru yang berjawatan pengetua atau penolong kanan. Seterusnya didapati bahawa guru-guru di sekolah menengah mengalami stres lebih tinggi berbanding guru-guru di sekolah rendah.

Manakala  kajian di Malaysia mengenai stres telah mula dijalankan walaupun sebelum ini tidak ramai pengkaji yang berminat. Antaranya Siti Radziah (1982) dalam kajiannya ke atas 71 orang guru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapati bahawa guru-guru mengalami stres pada tahap sederhana. Chang Fui Chin (1996) pula membuat kajian terhadap pentadbir sekolah di George Town dan mendapati tiga perpuluhan dua peratus responden mengalami stres pada tahap amat tinggi, 57.1 peratus alami tahap stres yang tinggi, 38.1 peratus tahap stres sederhana dan satu perpuluhan enam peratus tahap rendah.

Majalah Skudai Post (Januari 2000) dalam Mohd Taib Dora (2006) stres boleh mengawal hati, perut dan tekanan darah. Stres boleh berlaku disebabkan:
· Faktor intrinsik pekerjaan seperti panas, kebisingan, kemudahan yang tidak lengkap atau kurang sesuai.
· Struktur organisasi.
· Pembangunan karier / pekerjaan yang terhalang
· Peraturan organisasi yang mengongkong.
· Perhubungan di tempat kerja.

Steven Bellman, Nick Forster, Leonie, Cary L.Cooper (2002) dalam Noornazifah (2008) telah melakukan kajian terhadap 204 orang pengurus di Australia dan mendapati 55 peratus adalah wanita dengan purata umur 41.4 tahun mempunyai perbezaan stres dari segi jantina. Selain dari itu, satu kajian yang dilakukan di New York State (1979) mendapati punca stres yang paling tinggi adalah menangani masalah kenakalan murid, pengurusan yang tidak cekap dan pengawalan diri apabila marah.Ini sokong dengan adanya satu lagi kajian yang dibuat di Chicago oleh Cichon dan Koff (1980) mendapati bahawa antara punca stres yang tertinggi di kalangan guru-guru di situ ialah perpindahan yang terpaksa, masalah murid yang nakal, dan tiada kepuasan kerja.

Dalam kajian oleh Kyriacou dan Sutchliffe (1978)  ke atas 257 orang guru daripada 16 buah sekolah di England menunjukkan kerjaya perguruan adalah merupakan satu kerjaya yang mendatangkan tahap tekanan yang tinggi. Di dalam kajiannya, guru yang menjadi responden mengalami tahap tekanan yang boleh dikategorikan sebagai ekstrim stres. Kajiannya juga merumuskan empat faktor yang menyebabkan tekanan kerja iaitu disiplin pelajar, persekitaran kerja yang tidak memberangsangkan, kekangan masa dan semangat sekolah yang lemah.

Sebenarnya di Malaysia, kajian berkaitan stres pekerjaan dalam kalangan guru telah menarik ramai pengkaji seperti Siti Radziah(1982), Ahmad Shakri (1988), Helen, Rojiah, Nor’ azian, Eldrana, Mustafa Kamal (2005) dalam Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon (2013). Bukti-bukti daripada kajian  stres ke atas guru menunjukkan masalah ini berada tahap yang perlu diberi perhatian. Guru-guru menyedari bahawa sedikit stres yang diberikan dalam melaksanakan tugas akan memberi kebaikan dan memberi kesan dalam prestasi kerja. Namun stres berlebihan akan mengurangkan prestasi kerja serta menjejaskan kesihatan dari segi mental dan fizikal.

Satu kajian telah dibuat oleh NUTP, pada tahun 2005 mengenai stres di kalangan kakitangan perguruan. Seramai 9328 guru telah memberikan maklumbalas terdiri daripada guru kelas, pengetua, pensyarah dan pegawai jabatan pelajaran. Daripada kajian itu, didapati seramai 69 peratus responden bersetuju bekerja dalam keadaan stres dan faktor utama yang menyebabkan stres ialah tekanan daripada ibubapa dan pelajar yang sering menimbulkan masalah sehingga ada yang ingin menyaman dan membawa kes kesalahan guru ke mahkamah. Faktor lain seperti bebanan kerja dan prospek kenaikan pangkat yang tidak mencukupi iaitu daripada 320 000 orang guru, hanya 40 000 kekosongan sahaja untuk kenaikan pangkat.

Oleh yang demikian, ramai guru yang kecewa sehingga mereka bersara. Ini ditambah lagi dengan ketidakadilan dalam penilaian kenaikan gaji oleh pengetua sedangkan prestasi guru cemerlang. Akibatnya stres berpanjangan ketidakpuasan dalam bekerja menyebabkan guru ingin berhenti kerja atau meluahkan ketidakpuasan melalui tingkahlaku yang tidak sepatutnya.

Ini menunjukkan bahawa memang terdapat masalah stres di kalangan guru. Secara keseluruhannya, stres membawa maksud tindakbalas dan bukan rangsangan. Ini adalah petunjuk stres termasuklah aspek fizikal, psikologi, dan sosial. Tahap stres pula sebagai tahap amaran, tahap penahanan yang maksimum dan tahap tenat. Kesan negatifnya hingga boleh menyebabkan hilang pertimbangan dan membunuh diri. Kaedah psikoterapi boleh digunakan untuk mengatasi masalah stres. Kini tidak dapat dinafikan lagi, bahawa tugas dan tanggungjawab Menteri Pelajaran Malaysia, YB Dato’ Seri Hihamuddin Tun Hussien adalah untuk menjamin kebajikan guru tanpa kompromi. Ini berikutan tanggapan sesetengah pihak kerjaya guru adalah kakitangan kerajaan kelas kedua bukan kakitangan kerajaan yang tulen. Hak mereka telah diumumkan untuk menikmati kerja lima hari seminggu, tetapi masih menerima aduan mengenai kerja pada hari Sabtu.

Kajian terbaru oleh NUTP bagi tahun 2006 mendapati bahawa inventori stres guru telah meningkat walaupun masih berada pada tahap sederhana. Jumlah sampel yang terlibat 9 300 orang guru terdiri daipada pelbagai peringkat termasuk guru besar dan pengetua. Malah faktor-faktor yang menyebabkan stres juga turut bertambah. Ini dapat dilihat daripada jadual di bawah:

Jadual 2.1 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Stres
____________________________________________________________________
Bil.        Faktor-faktor Stres Sampel                Setuju   ( % )       Tidak Setuju( %) ____________________________________________________________________
1.          Tekanan Ibu Bapa / Pelajar                                        9 300                     83 17
2.          Beban Tugas                                                              9 300                     79 21
3.          Kenaikan Pangkat dan Laluan Kerjaya                     9 300                     74 26
4.          Ketidakadilan Penilaian Prestasi                                9 300                     72 28
5.          Minat                                                                           9 300                     60 40
6.          Infrastruktur                                                               9 300                      60 40
7.          Lokasi Sekolah                                                           9 300                      32 66
____________________________________________________________________

Lantaran itulah, NUTP telah bekerjasama dengan Pusat Perundingan dan Latihan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menjalankan satu kursus iaitu “Kursus Pengurusan Stres dalam Kerjaya Perguruan” , pada Jun 2006 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur. Di antara topik yang diperbincangkan adalah “ Pengurusan Stres Dalam Organisasi, Kejuruteraan Semula Sikap Dan Budaya Dalam Menghadapi Stres, Derita Dalam Diam, Stres: Sejauh Mana Memusnahkan Kehidupan dan Membina Jati Diri Dalam Menangani Stres”. Seramai 45 orang pemimpin NUTP telah menyertai kursus ini dan program ini akan dijadikan acara tahunan serta terbuka kepada ahli NUTP pada tahun berikutnya. Tanggungjawab Kesatuan (NUTP) untuk membela nasib warga guru masih tidak padam walaupun menghadapi pelbagai masalah akibat ledakan semasa dalam pendidikan.

2.2.3 Kajian-kajian faktor stres dalaman

Faktor dalaman pula bermaksud faktor yang mempengaruhi seseorang di dalam menangani faktor-faktor luaran tadi seperti tahap kesihatan fizikal dan mental, emosi dan perasaan serta rehat yang mencukupi. Bagi mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang tinggi, kemungkinan untuk mereka menghadapi stres disebabkan perkara yang remeh-temeh adalah rendah dan cara mereka bertindakbalas juga adalah secara sederhana. Manakala mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang rendah mempunyai kemungkinan untuk mengalami stres dan bertindakbalas secara agresif walaupun atas sebab-sebab yang kecil akibat ketahanan mental dan fizikal yang lemah.

Fontana (1989) juga menyatakan bahawa stres adalah satu bentuk permintaan yang dibuat ke atas keupayaan untuk menyesuaikan minda dan fizikal serta seterusnya menjelaskan sekiranya seseorang itu dapat menerima dan menangani permintaan tersebut, maka stres tersebut akanmendatangkan kesan yang positif. Hal ini menunjukkan bahawa cara seseorang menangani stres bergantung kepada tahap kesediaan minda dan fizikal seseorang untuk menerima atau menyerap sesuatu tekanan yang diterima. Sekiranya individu terbabit tidak bersedia dari segi fizikal dan mental, maka sudah pastinya stres yang datang dalam bentuk permintaan ini tidak mampu dihadapi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan individu tersebut tertekan dan menghadapi masalah yang lebih besar.

Menurut Marshall dan Cooper (1979) dalam Aishah Bee binti Ahmad Tajudeen(2004),  stres yang berlarutan akan membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan masalah kesihatan mental. Masalah kesihatan adalah seperti kenaikan kadar nadi, tekanan darah tinggi, paras kolestrol yang tinggi serta penyakit jantung. Masalah kesihatan mental pula termasuklah kurang motivasi, emosi tertekan, tiada kepuasan kerja dan kurang aspirasi. Kesan-kesan tekanan yang paling kerap dilaporkan ialah keletihan dan kekecewaan guru.


2.3    Tahap Keagamaan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) dalam Mohd Najid Omar (2013), amalan agama merujuk kepada sesuatu yang dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan dan sebagainya) sebagai suatu kebiasaan. Manakala agama adalah kepercayaan kepada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintahNya, kepercayaan kepada yang Maha Kuasa: Agama Islam, Agama Kristian dan lain-lain.

Menurut Ratna Roshida Abd. Razak (2007), agama memainkan peranan penting dan menghasilkan kesan yang mendalam terhadap pembentukan peribadi anak-anak. Agama merupakan santapan rohani yang perlu diberi pemakanan hiasan akhlak dan peribadi yang indah supaya tidak berlaku perlakuan yang melanggar norma-norma batas kehidupan sebagai hamba Allah. Keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak-anak sesuai dengan ajaran agama yang suci.





2.4    Kajian keagamaan

Nilai-nilai keagamaan yang terkandung dalam agama, apapun agamanya, memiliki makna penting bagi kehidupan manusia di dunia ini. Nilai-nilai keagamaan menjadi energi spiritual yang mampu membawa mereka ke dalam ketenangan dan ketenteraman jiwa. Manusia, dengan potensi spiritual yang dimilikinya, cenderung menjadikan agama dengan segala nilai-nilai yang terkandung di dalamnya menjadi panduan hidup, penyemai kedamaian dan ketenteraman, serta menjadi jiwa lebih positif dalam mengharap kebahagiaan kehidupan di dunia dan akhirat.

Terdapat banyak kajian yang cuba menganggarkan tahap keagamaan dan keimanan seseorang individu namun sejauh mana pengukuran boleh diterima secara ilmiah masih lagi diperbincangkan.  Ia melibatkan perkara peribadi antara individu dan Allah s.w.t. dan tiada siapa yang boleh mengukurnya dengan tepat melainkan Allah s.w.t. Namun begitu pembolehubah ini cuba dianggarkan berpandukan tindakan seseorang individu yang rasional mengikut ketetapan syariah. Ini bermakna jika seseorang individu yang taat menjalankan perintah Allah s.w.t secara konsisten dan mengharapkan keredhaanNya, maka individu tersebut dianggap lebih baik dan lebih keislamannya berbanding mereka yang tidak taat menjalankan perintah Allah (Siti Adilah, 1999;dan Naziruddin dan Shabri, 2003; h. 40).

Terdapat beberapa kajian oleh Ellison (1989) dan Ellison (1991) yang telah mengkaji hubungan antara komitmen kepada agama dan tahap kepuasan hidup individu. Ellison (1991)contohnya telah mengkaji sekumpulan kecil masyarakat di Amerika Syarikat (US) di mana beliau mengkaji tingkahlaku individu yang terlibat secara langsung dalam organisasi keagamaan, kekerapan kehadiran ke tempat sembahyang , tahap kepercayaan terhadap agama dan sebagainya. Hasil kajian beliau mendapati penglibatan dalam organisasi keagamaan dan tahap kepercayaan agama yang tinggi akan meningkatkan tahap kepuasan kualiti hidup mereka.

Apa yang pasti kajian ini sebenarnya telah mengkaji aspek keagamaan dan hubungannya dengan tahap kepuasan hidup individu terutamanya dalam aspek psikologi individu tersebut. Kajian ini juga merumuskan aspek keagamaan yang penting adalah aspek penyertaan seseorang dalam kegiatan agama yang akan memberi kesan positif terhadap kepuasan hidup. Timbul persoalan yang lain, adakah pengaruh keagamaan itu memberi kesan yang langsung atau terus menerus terhadap kepuasan kualiti hidup? Ellison (1989) telah menjelaskan komitmen dalam aspek keagamaan sebenarnya adalah penglibatan individu dalam kegiatan masyarakat yang melibatkan program keagamaan. Kesannya penyertaan dalam kegiatan sosial akan meningkatkan hubungan kemasyarakatan yang memberi kesan positif kepada kesihatan mentalnya yang akhirnya akan meningkatkan kepuasan hidup individu tersebut.
2.5 Kajian hubungan keagamaan dan stres

Melalui kajian-kajian stres dan keagamaan, pengkaji melihat kaitan keagamaan dalam membantu pengurangan stres dikalangan guru. Menurut Penny Pei Minn Chai (2011), berdasarkan kajian ke atas 679 orang pelajar universiti, membuktikan bahawa pelajar Asia lebih gemar menggunakan pendekatan agama sebagai satu sumber menangani stres. Pelajar Asia yang menggunakan pendekatan agama dapat mengekalkan kesihatan mental dan kualiti hidup. Kajian lepas juga membuktikan bahawa pelajar yang menggunakan pendekatan agama memberi kesan yang positif kepada diri. Sebagai contoh, Abdel-Khalek (2010) mendapati bahawa tahap nilai agama pelajar universiti Kuwait secara positif mempunyai hubungan dengan kesejahteraan dan Kim dan Seidlitz (2002) melaporkan bahawa kerohanian atau agama telah memberi kesan dan penyesuaian fizikal yang baik kepada pelajar universiti Korea.



2.6 Penutup

Bab ini telah membincangkan kajian stres yang lepas dan kajian tentang pengurusan stres dari aspek keagamaan. Dari kajian-kajian yang lalu didapati bahawa kebanyakkan guru mengalami stres dan ianya berpunca dari pelbagai masalah. Antaranya ialah tekanan daripada ibu bapa, kenakalan murid, ketidakadilan dalam kenaikan pangkat atau kenaikan gaji, jawatan yang disandang, pengurusan yang tidak cekap, bebanan kerjaya yang bertambah dan sebagainya.

Walaupun begitu, penyelesaian yang wajar  harus dicari bagi meringankan beban ini kerana jika stres atau tekanan berpanjangan di dalam hidup seseorang guru dan tidak bijak untuk menguruskannya, ia akan menyebabkan penyakit-penyakit tertentu yang akan menjejaskan kesihatan dan kecergasan guru itu sendiri, selanjutnya memberi kesan negatif kepada murid. Antara penyakit-penyakit yang berpunca akibat mengalami stres adalah sakit jantung, stroke, kencing manis, darah tinggi dan kemurungan. Kesukaran tidur atau dikenali sebagai ‘insomnia’ adalah salah satu penyakit yang berpunca daripada stres.

Stres yang datang dari bebanan tugas yang melampau, etika kepimpinan pihak atasan sekolah dan tahap disiplin pelajar yang rendah merupakan faktor utama mengapa guru berniat meninggalkan kerjaya utama mereka. (Azrul Hisham Abdul Manaf, 2009). Isu ini turut disentuh oleh satu kajian kes yang telah dijalankan oleh Erkultu dan Chafra (2006) yang menyebut bahawa stres yang terlampau tinggi boleh mengakibatkan pekerja berfikir untuk meletakkan jawatan. Justeru, tidak hairanlah para guru yang sememangnya berhadapan dengan bebanan kerja yang tinggi akan berniat untuk menarik diri daripada jawatan ini. Secara ringkasnya banyak kajian menunjukkan keagamaan dapat membantu mengurangkan stres dalam semua pekerjaan.