Drama bersiri sebenarnya memperkenalkan lagi berkaitan kagat. Selalunya kagat hanya yang sekolah agama ja tahu, masyarakat luar bukan tak tahu tapi ramai lagi yang tak tahu. Sesuai la yang pegang watak Kapten Mukhriz tu, nampak baik je dan bersih je penampilan. Memang la ada yang pandang negatif pada watak Ariana, kononnya tak tahu malu dan perigi mencari timpa. Pada aku baik tak tahu malu macam tu untuk mencari jodoh yang baik dari buat perangat pelik macam bertudung tapi sentuh yang bukan muhrim atau kononnya jaga martabat wanita tapi kaki kelab, tak pun sibuk hang orang mengumpat sana sini. Sebenarnya aku kagum juga dengan watak Ariana tu, amat berani walaupun orang kata berani tak kena gaya, kira muka tebal la. Tapi apa salahnya, tu tandanya yakin kat diri sendiri dan berusaha untuk mendapat yang terbaik tanpa menyalahkan takdir. Ish, susah ooooo, nak jumpa realiti orang berani macam ni , kagum juga la aku. Kadang-kadang masyarakat kita ni bila perempuan mengorat lelaki pandang perempuan tu tak malu la, gedik la, gatal la , perigi cari timba la macam-macam, sedangkan kalau lelaki nak jodoh yang baik sudah tentu perempuan nak macam tu juga. Bila perempuan tak mengedik dan jaga tarasusila tapi tak kawin-kawin juga pun kata juga andartu la, adalusia la, memilih la dan macam-macam lagi. Kita tidak support mereka dengan perkenal dengan orang yang baik, cakap yang baik-baik. Sedangkan semua tu ketentuan Allah tapi kita lebih memilih untuk menghukum hanya kerana dia perempuan, dia wanita. Kita lupa mungkin Allah nak bagi yang terbaik untuk dia tapi dalam masa yang sama Allah sedang beri ujian kepada kita. Apapun sebenarnya cerita ni bagi aku fun la, memang la nampak watak heroin /watak utama perempuan tu tergedik-gedik , jadi kira menjadi la lakonan ni. Nak hairan apa kata orang pasal gedik-gedik ni, yang penting tergedik-gedik tu nak cari suami yang baik dan sempurna. Yang diluar cerita banyak lagi tergedik-gedik. Kira bagus la imaginasi penulis novel dan pengarah drama.
Ahad, 31 Julai 2016
Sabtu, 30 Julai 2016
contoh kertas kerja : kem kecemerlangan spm
Kem
Kecemerlangan SPM
2013
Anjuran
Panitia Bahasa Melayu, Sejarah,
Ekonomi Asas, Matematik, Sains dan Fizik, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Pusat
Sumber Sekolah
dan
Unit Asrama
(Nama sekolah)
Tarikh: 20 hingga
22 September, 2013
Tempat:
Masa: 3 Hari 2 Malam
PENDAHULUAN
Program
ini adalah rentetan daripada kem SPM Siri 1 yang telah diadakan pada awal April
2013. Cuma pada kali ini, slotnya dihadkan kepada enam subjek sahaja secara
keseluruhan. Oleh sebab bilangan subjek
terhad, slot bagi setiap subjek bertambah dan perhatian guru terhadap subjek
tersebut akan menjadi lebih.
Sebenarnya,
kesedaran untuk mengadakan program ini adalah lahir daripada keinginan untuk
membuka ruang dan peluang yang lebih luas kepada para pelajar khususnya
Tingkatan 5 untuk meningkatkan tahap ilmu pengetahuan dan daya saing mereka
dalam menghadapi Peperiksaan SPM sebenar.
Dengan perkataan lain para pelajar akan dilengkapkan dengan ilmu, teknik
dan kemahiran serta pengetahuan yang mencukupi agar mereka dapat mengharungi
cabaran peperiksaan yang bakal mendatang.
Kem ini mensasarkan
matlamatnya kepada 108 orang pelajar Tingkatan Lima
( Lelaki dan Perempuan) .Pelajar-pelajar ini akan
dipisahkan kepada dua kumpulan mengikut jenis subjek yang diambil dan mereka
akan dikendalikan oleh beberapa orang
guru atau fasilitator yang dilantik. Beberapa biro akan ditubuhkan bagi
memudahkan pengurusan dan perjalanan kem.
Harapan saya, program ini akan
mendapat kerjasama daripada pihak
sekolah, panitia, Unit Asrama, para guru dan peserta yang terlibat.
OBJEKTIF
Antara objektif kem ini adalah;
1.
Menambah, mengaya dan mengukuhkan pengetahuan
pelajar khususnya berkaitan subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Ekonomi Asas,
Matematik, Sains dan Fizik.
2.
Mendedahkan pelajar dengan kaedah pembelajaran
berkesan dan pengurusan masa yang cekap.
3.
Menjelaskan tentang kaedah dan teknik menjawab
soalan peperiksaan yang betul dan sesuai dengan format.
4.
Merangsang mental dan fizikal pelajar supaya
sentiasa bersemangat dan bersiap siaga untuk menghadapi peperiksaan pada
bila-bila masa.
5.
Melahirkan lebih ramai pelajar yang lulus cemerlang
dalam Peperiksaan SPM 2013.
6.
Memupuk sikap pelajar supaya sentiasa memanfaatkan
masa ( pengurusan masa yang cekap ) untuk belajar lebih-lebih lagi dalam
saat-saat yang genting ini.
7.
Meningkatkan ilmu, kemahiran dan skil pelajar bagi
menghadapi peperiksaan SPM 2013.
PENGISIAN
Program ini akan diisi dengan pelbagai aktiviti. Antaranya
ialah Ceramah Teknik Menjawab dan Bengkel Peperiksaan, Latih tubi dan
Pecutan, Aplikasi Guru Muda dan Pembentangan Tugasan. Sesi soal jawab dan
penilaian semasa juga akan diadakan sepanjang program. Bagi memudahkan
perjalanan program, para peserta akan akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang
aktivitinya akan berjalan secara serentak. Inovasi yang dibuat sebelum ini
iaitu Sembang-Sembang Sebelum Lelap akan dikekalkan dan diberi nafas
baru secara akademik. Semua slot ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak
urusetia dan guru-guru yang dilantik.
URUSETIA/ FASILITATOR
Nama-nama Urusetia yang dilantik
adalah seperti berikut;
i)
En ................... (
Pengangkutan dan Persiapan Tempat)
ii)
En ...................... ( Program dan
Pengurusan Peserta)
iii)
Puan .................. ( Pengurusan Dewan dan
Riadah )
iv)
Puan .................. ( Ujian
dan Penilaian )
v)
En ................... ( Kaunselor)
vi)
Cik ................... (Kaunselor)
vii)
Cik ................ (Modul dan Bahan)
viii)
En ................... (Laporan dan
Dokumentasi)
ix)
En ..................... (Kebajikan dan Keselamatan )
x)
En ..................... (Sijil
Penyertaan dan Hadiah)
xi)
Pn ........................ (
Makan-minum peserta)
xii)
En ................... (Kebersihan
dan Riadah)
xiii)
En ....................... . (
Kerohanian)
ANGGARAN PENDAPATAN;
Sumbangan peserta ( 106 x RM 10.00 ): RM 1
060. 00
Sumbangan Asrama (106 x RM 11.00 x 2 hari) RM 2 332. 00
Dana Pengangkutan RM 900. 00
Sumbangan PIBG untuk Program: RM 500.00
Sumbangan Unit Bimbingan Dan Kaunseling RM 300.00
Peruntukan Panitia: RM 1
401.00
Bahasa Melayu ( 106 x RM 3.00) =RM 318.00 )
Ekonomi Asas (
50 x RM 3.00) =RM 150.00 )
Matematik ( 106 x RM 3.00) =RM 318.00 )
Sains (
58 x RM 3.00) =RM 174.00 )
Sejarah ( 106 x RM 3.00) =RM 318.00 )
Fizik ( 41 x RM 5.00 = RM 123. 00 )
Jumlah Pendapatan : RM
6 493. 00
ANGGARAN PERBELANJAN
1. Sewa Dorm ( 106 x RM 8.00x 2 ) RM
1 696.00
2. Pengangkutan bas RM 900.00
3. Makan-minum ( 106 x RM 11.00 x 2 ) RM 2 332.00
4. Minyak Van RM 200.00
5. Fail, Modul peserta (fotostat: 106 x RM 10.00) RM
1 060.00
6. Perbelanjaan Runcit lain RM 240.00
7. Laporan dan Dokumentasi RM 65.00
Jumlah Perbelanjaan: RM 6 493.00
HARAPAN
Adalah diharapkan agar perkhemahan ini
mendatangkan faedah yang besar kepada
semua peserta dan urusetia yang
terlibat. Kejayaan yang bakal diraih akan menjadi titik tolak ke arah
pembentukan modal insan yang berminda kelas pertama. Semoga impian terlaksana.
PENUTUP
Saya
berharap kem seperti ini dapat
meningkatkan lagi kesedaran dan kesungguhan pelajar untuk berjaya bukan sahaja
dalam peperiksaan malah juga dalam aspek kehidupan yang lain. Disamping dapat
menimba ilmu, mereka juga memperoleh
pengalaman baru yang saya kira sangat menguntungkan. Kepada semua pelajar SPM
2013, saya cadangkan supaya mengambil peluang keemasan ini demi masa hadapan
anda. Kami hanya berupaya membantu sedaya yang boleh…Insya Allah anda berjaya.
Semoga kertas kerja ini mendapat pertimbangan yang
sewajarnya daripada pihak tuan
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
___________________
( )
Setiausaha
Program Kecemerlangan SPM 2013
TENTATIF PROGRAM
MASA
|
AKTIVITI
|
TINDAKAN
|
KHAMIS ( 20
Sept, 2013)
7.30- 7.45 pagi
7.45- 8.00 pagi
8.30- 9.00 pagi
9.00-9.30 pagi
9.30-9.45 pagi
9.45- 11.00
pagi
11.00 pg- 12.30
tgh
12.30 tgh-2.30
tgh
2.30- 4.00 ptg
4.00-5.30 ptg
5.30- 6.45 ptg
6.45 ptg- 8.00
mlm
8.00- 9.30 mlm
9.30-11.00 mlm
11.00-12.00 mlm
12.00 mlm-6.00 pagi
|
Berkumpul di
Pondok Pengawal
Bertolak ke Tapak
Kem
Tiba di tapak
kem
Slot 1: Pendaftaran/
Taklimat 1-Pembahagian kumpulan
Jamuan ringan
Slot 2: Ceramah Motivasi ( Motivasi dan
Permainan Minda)
Slot 3: Sejarah SPM
Makan Tengahari/ Masuk Dorm/ Mandi/ Solat Zohor
Slot 4: Bahasa Melayu
Slot 5: Fizik/ Prinsip Akaun
Slot 6: Santaian minda/ Riadah/ Treasure Hunt
Slot 7: Mandi/ Makan Malam/ Solat Maghrib/ Kuliah Kepenggunaan
Slot 8: Matematik
Slot 9: Biologi/
Slot 10: Kudapan
(+ Kepenggunaan (3SL)
Lelap Mata
|
Urusetia
pengangkutan
Urusetia
Pengangkutan
Urusetia Pendaftaran/
Persiapan Tempat
Urusetia
Pendaftaran/ Program
Urusetia Persiapan tempat dan Urusetia Makan-Minum
Urusetia Program/
Kebajikan, Kerohanian dan Riadhah
Urusetia
Program
Urusetia
Makan-minum/ Kebajikan
Urusetia
Program
Urusetia
Program
Urusetia Program/
Kebajikan, Kerohanian dan Riadhah
Urusetia Makan-Minum/ Program/ Kebajikan
Urusetia Program
Urusetia Program
Urusetia Makan-Minum/ Program/ Kebajikan
Urusetia
Disiplin/ keselamatan
|
JUMAAT (5
April, 2013)
5.30- 6.30 pagi
6.30- 7.30
7.30- 8.00
8.00- 9.30
9.30- 9.45 pagi
9.45 pg- 11.15
pagi
11.15- 12.45
tgh
12.45 tgh-2.30
ptg
2.30- 4.00 ptg
4.00- 5.30 ptg
5.30- 6.45 ptg
6.45 ptg- 8.00
mlm
8.00- 9.30 mlm
9.30-11.00 mlm
11.00-12.00 mlm
12.00 mlm-6.00 pagi
|
Mandi/ Solat subuh/ tazkirah
Malaysia Cergas ( Senaman 1Malaysia)
Hemat Diri/ Sarapan
Slot 11: Eko Asas/ P. Akaun/ Fizik
Rehat : Jamuan
ringan
Slot 12: B/ Melayu
Slot 13: Sejarah
Rehat/ Solat Zohor/ makan tengahari
Slot 14: Sains/
Slot 15:
Matematik
Slot 16: Santaian minda/ Riadah/ Treasure Hunt
Slot 17: Mandi/ Makan Malam/
Solat Maghrib/ Kuliah Kepenggunaan
Slot 18: Eko/ Biologi
Slot 19:
Slot 20: Kudapan
(+ Kepenggunaan (3SL)
Lelap Mata/ Kawalan
Keselamatan
|
Urusetia kebajikan,
kerohanian dan riadhah
Urusetia
kebajikan, kerohanian dan riadhah
Urusetia makan- minum/ Kebajikan
Urusetia Program
Urusetia
makan-minum/ Kebajikan
Urusetia
program
Urusetia
Program
Urusetia Kebajikan/ Makan minum
Urusetia
Program
Urusetia Program
Urusetia
kebajikan, kerohanian dan riadhah
Urusetia Disiplin/ Kebajikan
Urusetia makan-minum
Urusetia Program
Urusetia
Program
Urusetia
Program/ Kebajikan dan Kerohanian
Urusetia
Disiplin dan keselamatan
|
SABTU ( 6
April, 2013)
5.30- 6.30 pagi
6.30- 7.30
7.30- 8.00
8.00- 9.30
9.30- 9.45 pagi
9.45 pg- 11.15
pagi
11.15- 12.45
tgh
12.45 tgh-2.30
ptg
2.30- 4.00 ptg
4.00- 5.30 ptg
5.30- 6.45 ptg
6.45 ptg- 8.00
mlm
8.00- 9.30 mlm
9.30-11.00 mlm
11.00-12.00 mlm
12.00 mlm-6.00
pagi
AHAD ( 7 April, 2013 )
5.30- 6.30 pagi
6.30- 7.30
7.30- 9.00
9.00- 10.30
10.30-10.45
pagi
10.45- 12.15
tgh
12.15 tgh-12.45
tgh
12.45- 2.15 ptg
2.15- 3.00 ptg
3.00 ptg
|
Mandi/ Solat
subuh/ tazkirah
Malaysia Cergas
( Senaman 1Malaysia)
Hemat Diri/ Sarapan
Slot 21: Kimia/ Ekonomi Asas/ Prinsip Akaun
Rehat : Jamuan
ringan
Slot 22: B/ Melayu
Slot 23:Matematik
Rehat/ Solat Zohor/ makan tengahari
Slot 24: Bahasa Melayu
Slot 25: Sains/
Biologi
Slot 26: Santaian minda/ Riadah/ Treasure Hunt
Slot 27: Mandi/ Makan Malam/
Solat Maghrib/ Kuliah Kepenggunaan
Slot 28:
Slot 29: Sejarah
Slot 30: Kudapan
(+ Kepenggunaan (3SL)
Lelap Mata/ Kawalan
Keselamatan
Mandi/ Solat
subuh/ tazkirah
Hemat Diri/ Sarapan
Slot 31:Ekonomi Asas/ Prinsip Akaun
Slot 32 :
Matematik
Rehat : Jamuan
ringan
Slot 33: B/ Melayu
Rumusan dan Penilaian Kem
Pembersihan kawasan/ Mandi/ Solat Zohor/ Makan tengahari
Majlis Penutup dan Penyampian Sijil
Bertolak pulang
ke Al Maad
|
Urusetia
kebajikan, kerohanian dan riadhah
Urusetia
Kebajikan, kerohanian dan riadhah
Urusetia Makan-minum/ Kebajikan
Urusetia
Program
Urusetia Makan-minum/ Kebajikan
Urusetia
Program
Urusetia Program
Urusetia Disiplin, Kebajikan/ Makan-minum
Urusetia Program
Urusetia
Program
Urusetia
Program/ Kebajikan/ Riadhah
Urusetia Makan-Minum/ Program/ Kebajikan
Urusetia Program
Urusetia Program
Urusetia Makan-Minum/ Program/ Kebajikan
Urusetia
Disiplin/ Keselamatan
Urusetia
Kebajikan/ Riadhah
Urusetia Makan-Minum/ Program/ Kebajikan
Urusetia Program
Urusetia Program
Urusetia Makan-Minum/ Program/ Kebajikan
Urusetia
Program
Urusetia Program/ Kebajikan
Urusetia Makan-Minum/ Program/ Kebajikan
Urusetia Program
Urusetia Pengangkuta
|
loLampiran-lampiran
Dokumen penting
Surat Makluman Pengarah/ Permit Jabatan Pelajaran
Surat Mohon Kebenaran Ibu bapa/ waris/ Borang Kebenaran/ Kesihatan Pelajar
Surat Mohon Tapak Kem/ Perjanjian sewa tapak
Surat Pelantikan Urusetia Kem/ Perincian Tugas
Borang pendaftaran kem/ kontrak
Barang-barang bawaan pelajar/ peribadi
Barang-barang keperluan khemah/ kumpulan
Barang-barang keperluan urusetia/ biro
Barang-barang larangan bawa
Peraturan keselamatan peserta/ fasilitator
Jadual kawalan keselamatan
Senarai/ hadiah pertandingan - jika ada
Borang pertandingan/ aktiviti kem
Borang soal selidik kem
Apa lagi-fikirkan?
*****Urusan UUM konteks
Mohd Hafizullah Jamil
Uniutama Management Holdings Sdn Bhd
Lot 260-265, UUM Business Center,
Lorong 1, Taman Universiti, 06010 Sintok, Kedah.
Fax 04 9232254
Dapatkan kerjasama daripada;
-pejabat menteri besar-slot jati diri
-pejabat exco kangar
-pejabat belia perlis ( En Kamaruzzaman )
-pejabat pelancongan
-pejabat pengguna-masukkan slot
-balai bomba kangar
-pibg sekolah
-sumbangan dewan makan- atas nama Jamil Rosli
-wang panitia
-dana pelajar
-sumbangan yayasan
-sumbangan individu kaya
-
Langgan:
Catatan (Atom)