Selasa, 19 Disember 2017

my resepi : roti telur inti sardin

roti keping
3 biji telur yang dikacau bersama lada sulah dan sedikit garam
sedikit ikan sardin yang digaul bersama bawang besar , cili besar dan tomato yang dipotong halus2


roti bililing nipis, boleh je guna gelas .... letakkan sardin dibahagian tepi roti dan gulungkan roti..
celupkan dalam telur ...goreng dengan minyak/ marjerin yang sedikit .

bila siap boleh dihidangkan bersama sos dan mayonis ...



laksa kuah sardin tin

1 tin sardin saiz besar
3 ulas bawang merah
belacan sebesar ibu jari
1 sudu besar garan
sedikit serbuk perisa
blander semua ... masukkan dlm periuk
masukkan dlm periuk 3 keping asam keping , sekuntum bunga kantan yang diketuk / sedikit daun kesum dan se jag air ... masak hingga mendidih

rebus laksa dan hidangkan bersama ulaman dan telur rebus








simple kek kukus / bakar

2-21/2 cawan teping gandum
1 cawan gula halus
4 biji telur
1 1/2 cawan  coklat / pisang/kurma/ strawberi /oren
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat / eno
1 sudu ovalett
1 cawan minyak



tepung gandum diayak  .... bahan lain selain tepung gandum dibelender ....bila siap campur dengan tepung gandum ... adunkan ...ikut suka nak warna biasa atau campur dengan pewarna... bakar atau kukus pun boleh .... bakar suhu 150-180 cc selama 45-60 minit.... kukus pulak api berlahan , sehingga masak...









my craft : sheets of sheets







Ahad, 10 Disember 2017

SOMTAM VERSI CIK BUNGA

SEBIJI BUAH MANGGA/ MEMPELAM DISAGAT ..... SAYA GUNA MEMPELAM SALA SEBAB ADA RASA MASAM
1/3 BUAH BETIK MUDA DISAGAT
1-2 BIJI BUAT TOMATO DIPOTONG KECIL
1 BIJI BAWANG BESAR DIPOTONG KECIL
SEDIKIT KUBIS DIPOTONG KECIL
4 BATANG KACANG PANJANG DIPOTONG KECIL
5-8 BIJI CILI MELAKA DIPOTONG KECIL
2-3 SUDU UDANG GERAGAU
SEGENGGAM IKAN BILIS YANG DIGORENG
2 SUDU BESAR GULA THAI -- KALAU TAK DA 2 SUDU GULA KASAR
2-4 SUDU CUKA
SEBELAH LEMON ---PERAH AIRNYA
SATU SUDU KECIL GARAM HALUS .. BOLEH TAMBAH IKUT KESESUAIAN
3-4 SUDU BESAR KACANG TANAH YANG DIGORENG DAN DITUMBUK
SATU BATANG SERAI DIPOTONG KECIL
2 HELAI DAUN LIMAU PURUT DIPOTONG KECIL
1 KUNTUM BUNGA KANTAN DIPOTONG KECIL


GAUL SEMUA ...SIAP...







YONG TAU FU ..... SEDAPNYA .....

BARU -BARU NI CUBA BUAT YONG TAU FU ... IKUT RESEPI PAK CIK GOOGLES ... OK LA SEDAP JUGA.... BUAT SENDIRI NI SERONOK BOLEH MAKAN BANYAK ORANG DAN AMAT JIMAT .... KUAH YONG TAU FU NI KALAU BAKI SIMPAN SAJA DALAM PETI AIS ... NAK MAKAN PANASKAN SAJA....








ANTARA JENIS2 SIPUT LAUT DI UTARA

SIPUT LALA

KERANG


MENTARANG
KEPAH

RETAK SERIBU





3 HOMESTAY DI PERLIS BOLEH MENJADI PILIHAN ANDA : IMAN KASIH , D QASEH DAN NUR KASIH

IMAN KASEH HOMESTAY  , NO 31 TAMAN MASMUDA 5 , TAMAN MASMUDA ,BINTONG , KANGAR PERLIS


D QASEH HOMESTAY ,  NO 88 JALAN HIJRAH 18 ,TAMAN HIJRAH , KANGAR , PERLIS


NUR KASIH HOMESTAY , TAMAN TERATAI , DEPAN SEKOLAH MENENGAH SYED ALWI , JALAN RAJA SYED ALWI, KANGAR PERLIS

ImanKaseh Homestay
Bintong, Perlis

D'Qaseh Homestay
Kangar, Perlis

Nur Kasih Homestay
Kangar, Perlis

Pada yg masih tercari2 penginapan ..
Sila2 lh hubungi kami seperti talian yg tertera utk pertanyaan/tempahan.. 📲📞📱
- tempah awai xkalut..
- mai selit2 order..
- kita check tarikh yg masih ada kekosongan.
HUBUNGI : CALL , WHATAPPS ATAU SMS NOMBOR DIBAWAH

0124657327
0174397752
0125455400
0124399185
0125795705


MAI2 BERCUTI DIPERLIS ...... KITA SAMBUT DENGAN KASIH

Sabtu, 9 Disember 2017

panduan menyediakan makanan berpantang untuk wanita yang mengalami keguguran

Sebenarnya akupun tidak pakar tapi belajar dari cara emak menyediakan makanan berpantang untuk adik yang mengalami keguguran. Semoga panduan ni boleh  membantu orang lain juga.... ada orang kata berpantang 2 minggu saja tapi mak aku tetap juga teguh berpantang keguguran tetap jugak 44 hari.  Dari segi makanan pun dipantaulah.

SARAPAN , MAKAN PETANG  DAN MAKAN TENGAH MALAM
Air kopi
Roti canai tanpa kuah kedai ( boleh ja kuah kari tapi syaratnya dirumah... maksud dia bukan yang kedai masak, )
Roti kosong
Nasi putih tambah lauk2 yg seperti masakan tengahari dibawah.
 Kuih Apom
Biskut kering yang kat Perlis Kedah selalu panggil kuih sekut .... Biskut kering selalu org jual sekampit besar tu.

 MAKAN TENGAHARI DAN MAKAN MALAM
Stok yang wajid ada untuk sebulan...... ikan talang kering yang dipotong kecik2 .... digoreng bersama bawang merah , bawang putih dan halia, digoreng ranggup ....he.he.he ..kadang-kadang aku tumpang sekali makan sedap .... (lepas 2 minggu ikan talang kering boleh juga diganti dengan ikan haruan kering  atau ikan bilis).... selain itu sayur yang boleh makan dalam sebulan tu hanya sayur sawi dan lobak merah... ikan goreng ( ian tu syarat mak kata kena bersisik jadi ikan gelama , gelama tengkerong, ikan merah , ikan kerisi.... lepas semiggu berpantang boleh la goreng ikan temenung/ kembung .... mak kata ikan temenung pun bersisik)

Cara masak sayur sawi dan lobak merah, mula potong dulu lobak merah nipis2, sayur sawi diasingkan ketika potong daun dengan batang ( batang sawitak payah diketuk). Tumis bawang putih dan bawang merah, masukkan lobak merah dan batang sayur sawi, kacau dalam 2 minit, lepas tu masukkan air ( anggaran la nak kuah banyak mana), letakkan garam dan gula secukup rasa. Perasa untuk makanan berpantang hanya garam , gula dan lada saja .... jadi boleh la selang seli ada hari masak sayur letak lada dan ada hari tak letak ....

Minggu ke 3-4 boleh la tambah sikit menu masakan dengan
1.Ayam goreng ( letak kunyit dan garam saja untuk perapan)2.Ayam masak kunyit ( tumis bawang dan halia ,masukkan kunyit, masak ayam mcm biasa ... cuma bahan perasa hanya garam dan gula sahaja ....boleh tambah juga lada).
3. Daging masak kunyit ( resepi sama dengan ayam).
4. Sup ikan haruan ( cara masak lebih kurang sama , cuma jgn letak kunyit je ..he.he.he)
5. Sup ayam
6. Sup daging

Minggu penghujung minggu ke 4 dan hingga hari ke 44  Boleh tambah menu masakan dengan

 1. Kari ikan ( temenung@ tenggiri @ ikan talang masin) .... masakan lebih kurang sama ... tumis bawang putih , bawang merah, halia, rempah... masukkan santan dan air, masukkan ikan... seperti biasa bahan pelengkap rasa hanya garam dan gula.. ok untuk minggu ni boleh tambah dalam masakan tu air asam jawa atau asam keping ( asam keping tu pun paling tinggi 2 keping je)
2. Kari daging atau kari ayam atau kurma ayam atau daging....... sama ja resepi , cuma masukan mading atau ayam lepas tumis bawang dan rempah dulu ..baru masukkan santan ( apapun pastikan rempah betul2 masak).
3. Sup ikan merah , ikan seludu atau ikan tenggiri
4. Sambal tumis ikan bilis @ ayam@daging@ ikan talang kering

Dilarang sama sekali masukkan bahan lain dalam sup , kari atau masak kurma ....kalau nak letak juga setakat lobak merah .... yang lain tak boleh ....jangan sesekali letak kentang la , bendi la , terung la...

Dilarang juga letak bahan perisa lain seperti ajinomoto, perencah hilal, secukup rasa atau apa2..







Selasa, 5 Disember 2017

I THINK KURSUS KILT .... sedikit panduan i think untuk guru

1. Pergi ke  www.mygfl.moe.gov.my
2. Pergi ke  I THINK OFFLINE COURSE. Untuk guru pilih reacher , untuk pentadbir pilih leadership.
2. Pilih Window untuk laptop/ komputer. Apps untuk android. Mac untk i phone. Buatkan laptop lagi ok.
3. Klik window, download.



untuk login id kali ke2 dan seterusnya
1. off wifi / data
2. masukkan username : kad pengenalan kita
3. password: password
4. tekan login
5. on wifi semula
6. sila amalkan tekan update / progress untuk simpan kerja yang telah buat.

yg kali pertama perlukan talian internet.

boleh siapkan i think tanpa perlu talian internet hingga modul ke 26. Modul ke 27 final test perlu ada internet atau wifi

Selasa, 3 Oktober 2017

CONTOH SIJIL PENGHARGAAN PENANDA ARAS



                                                                                                                                                                                                     LOGO KEDUA-DUA SEKOLAH 

Sijil Penghargaan
Dengan ini adalah diperakuikan bahawa
SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL MADRASAH AL ALAWIYAH AD DINIAH, ARAU, PERLIS
dan
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA DATO' HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL, PEDAS, NEGERI SEMBILAN
Telah menjalinkan kerjasama bagi menjayakan program
PROGRAM PENANDA ARAS DAN JALINAN MAHABBAH 2017
Pada
30 SEPTEMBER 2017 ( 10 MUHARRAM 1439)
Bertempat di
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA DATO' HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL, PEDAS , NEGERI SEMBILAN

……………………………………                                                  ………………………………..
(                                                 )                                                           (                        )
                        


Selasa, 12 September 2017

KERTAS KERJA KECEMERLANGAN SAHSIAH TINGKATAN 1 DAN 2



Jawatankuasa Kecemerlangan Tingkatan 1 
( ALAMAT SEKOLAH)                   __________________________________________________________________________________

Pengetua,
(ALAMAT SEKOLAH).                                                                        Tarikh                                                                                                                                                                                                                                 

U/P : Unit Pengurusan Asrama Dan Kewangan

Tuan,

PERMOHONAN KELULUSAN DAN PERUNTUKAN MENGADAKAN KEM MENGGILAP PERMATA TINGKATAN 1 & 2

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2.            Untuk makluman tuan, Jawatankuasa Kecemerlangan Tingkatan 1 & 2 telah bercadang untuk mengadakan Kem Menggilap Permata .

3.            Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon kelulusan dan peruntukan daripada pihak tuan untuk mengadakan program ini. Bersama-sama ini, disertakan kertas kerja program untuk rujukan tuan. Program akan diadakan seperti berikut :-             

 Tarikh   :  
               Tempat:   
               Peserta:   
               
4.            Segala kerjasama daripada pihak tuan di dalam membantu menjayakan program ini didahulukan dengan jutaan terima kasih.


Sekian. Terima kasih.


“BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA”

Yang benar,



………………………………………………………………

Pengarah
Kem Kecemerlangan Tingkatan 1 & 2
(nama sekolah)




KERTAS KERJA
KEM KECEMERLANGAN TINGKATAN 1 DAN 2

1.       PENDAHULUAN

Kejayaan yang cemerlang tidak akan datang bergolek sebaliknya semua pelajar hendaklah berusaha secara konsisten dan berterusan untuk memastikan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan disamping mempunyai akhlak dan peribadi yang unggul. Jadi, pelajar perlu mengaplikasikan kemahiran belajar yang betul dan mempunyai motivasi serta keazaman yang tinggi untuk berjaya dalam peperiksaan khasnya serta kehidupan amnya.Kem Menggilap Permata ini diadakan adalah bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran teknik belajar dan juga membina sahsiah yang jitu sebagai seorang pelajar muslim.

  1. MATLAMAT

2.1  Melahirkan individu yang bersikap positif dalam  pembelajaran.

2.2   Melahirkan pelajar yang bermotivasi dan berakhlak mulia.

2.3   Mempersiapkan diri dan meningkatkan keyakinan diri pelajar agar dapat  melaksanakan tanggungjawab seorang pelajar yang cemerlang.

3.    OBJEKTIF

3.1   Memberikan pendedahan tentang teknik belajar yang betul dan tepat.

3.2   Memupuk pelajar agar mengamalkan situasi pembelajaran yang berteraskan   peperiksaan.

3.3   Memberi motivasi dan yakin diri untuk memantapkan lagi persediaan minda mereka  dalam pembelajaran.

3.4    Membentuk jati diri yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan  intelek.

3.       KUMPULAN SASARAN

217  Pelajar Tingkatan 1 & 2

  1. ANJURAN

Jawatankuasa Kecemerlangan Tingkatan 1 & 2

5.       PERLAKSANAAN PROGRAM

Program akan diadakan seperti maklumat berikut:-

                 TARIKH             :              
                 TEMPAT           :               
   PESERTA           :               


6.       TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran A

7.       JAWATANKUASA  PROGRAM

            
Penasihat              :     Pengetua
                               :     PK Pentadbiran
       :     PK KBD dan Ulum Azhari                                                                              :      PK HEM
                               :      PK Ko Kurikulum
                                   
Ex Officio              GKMP Pendidikan Islam/ Pengerusi    Kecemerlangan Tingkatan 1
        GKMP Bahasa / Pengerusi Kecemerlangan Tingkatan 2)
       : GBKSM
                                              : Ketua Panitia KBD
                                                : SUMUR
                                                 

                                                                                                       
Pengarah                                                                : GKMP  

Tim. Pengarah                                                      : GBKSM      

Setiausaha                                                             : SU Kecemerlangan Tingkatan 1
Naib Setiausaha                                                  :   SU Kecemerlangan Tingkatan 2
Kem Komander                                                   :Naib SU Kecemerlangan Tingkatan 1
Pen. Kem Komander                                         : SUMUR

Bendahari                                                              : GBKSM
               

AHLI JAWATANKUASA

                UNIT PENGISIAN DAN MODUL                                  : KBD
                                                                                                                  SUMUR
                                                                                                                  KAUNSELING

                MAKANAN DAN RAWATAN                                        :
                                                                                                           :

                UNIT PENGANGKUTAN DAN PENGINAPAN         :
                                                                                                                 

                UNIT DISIPLIN DAN KESELAMATAN                         :
                                                                                                                 
                UNIT DOKUMENTASI DAN FOTOGRAFI                  :
                                                                                                                 

                FASILITATOR                                                                   :Alumni

  
8.       PERUNTUKAN PERBELANJAAN

PENDAPATAN
                                                                                                              
                                               
Peruntukan Panintia                                                                                                                 RM
Wang SUWA                                                                                                                            RM          
Yuran Penyertaan                                                                                                                     RM        
Pibg                                                                                                                              RM                                                                                                                                                       Sumbangan                                                                                                                              RM Jumlah Pendapatan                                                                                                               RM    

PERBELANJAAN

Bas     ( 5 buah bas )                                                                                                                               
Pakej Makanan                                                                                                                      RM            
Makanan Guru/ urusetia                                                                                                        RM              Rentas Halangan & Kawad                                                                                                  RM        
Penceramah                                                                                                                           RM                                                                                                                                                 
Bahan Cetak Program ( fail/ modul)                                                                                     RM            
Kotegensi                                                                                                                               RM                                                                                  

Jumlah Perbelanjaan                                                                                                        RM    

9.PENUTUP

Diharapkan dengan program ini dapat menjadi momentum kepada kecemerlangan pelajar tingkatan 1 & 2 (SEKOLAH) seiring dalam pembentukan sahsiah unggul murid.


Disediakan oleh:                                                                              

 ..................................................................
 (                                                                )

Pengarah Program Kecemerlangan Tingkatan 1
SMA AL MADRASAH AL ALAWIYAH AD DINIAH



Lampiran A.

TENTATIF




JUMAAT



BERTOLAK KE PLKN
SLOT
KAUNSELING
( Ice breaking & Kemahiran Belajar )

Khidmat diri/ makan /solat




KBD
  Rehat
Solat Asar / minum petang

Riadhah
( urusetia )
Khidmat Diri/ makan/ solat / kuliah Maghrib

 SUMUR ( modal insan )

DISIPLIN
( Jati diri )

SABTU
Solat Subuh / tazkirah
Sarapan
Riadhah

SUMUR
( Akhlak Mulia )

Kawad


KBD
PENGAWAS
( Kepimpinan teladan )
Rentas Halangan


KBD




AHAD




BEKAS PELAJAR
(Mughamarat )






Penutup




pulang




 JADUAL GURU BERTUGAS




















*Sebarang pindaan dan perubahan tertakluk kepada perbincangan mesyuarat ahli jawatankuasa program.