Sabtu, 30 Julai 2016

contoh kertas kerja : kem kecemerlangan spm



Kem
Kecemerlangan SPM
2013

Anjuran
Panitia Bahasa Melayu, Sejarah, Ekonomi Asas, Matematik, Sains dan Fizik, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Pusat Sumber Sekolah
dan
Unit Asrama
(Nama sekolah)

Tarikh:   20 hingga 22 September, 2013

Tempat:

Masa:     3 Hari 2 Malam











PENDAHULUAN
            Program ini adalah rentetan daripada kem SPM Siri 1 yang telah diadakan pada awal April 2013. Cuma pada kali ini, slotnya dihadkan kepada enam subjek sahaja secara keseluruhan.  Oleh sebab bilangan subjek terhad, slot bagi setiap subjek bertambah dan perhatian guru terhadap subjek tersebut akan menjadi lebih. 
          Sebenarnya, kesedaran untuk mengadakan program ini adalah lahir daripada keinginan untuk membuka ruang dan peluang yang lebih luas kepada para pelajar khususnya Tingkatan 5 untuk meningkatkan tahap ilmu pengetahuan dan daya saing mereka dalam menghadapi Peperiksaan SPM sebenar.  Dengan perkataan lain para pelajar akan dilengkapkan dengan ilmu, teknik dan kemahiran serta pengetahuan yang mencukupi agar mereka dapat mengharungi cabaran peperiksaan yang bakal mendatang. 
Kem ini mensasarkan matlamatnya kepada 108 orang pelajar Tingkatan Lima
( Lelaki dan Perempuan) .Pelajar-pelajar ini akan dipisahkan kepada dua kumpulan mengikut jenis subjek yang diambil dan mereka akan  dikendalikan oleh beberapa orang guru atau fasilitator yang dilantik. Beberapa biro akan ditubuhkan bagi memudahkan pengurusan dan perjalanan kem.
Harapan saya, program ini akan mendapat kerjasama daripada pihak  sekolah, panitia, Unit Asrama, para guru dan peserta yang terlibat.

OBJEKTIF
Antara objektif kem ini adalah;
1.                  Menambah, mengaya dan mengukuhkan pengetahuan pelajar khususnya berkaitan subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Ekonomi Asas, Matematik, Sains dan Fizik.
2.                  Mendedahkan pelajar dengan kaedah pembelajaran berkesan dan pengurusan masa yang cekap.
3.                  Menjelaskan tentang kaedah dan teknik menjawab soalan peperiksaan yang betul dan sesuai dengan format.
4.                  Merangsang mental dan fizikal pelajar supaya sentiasa bersemangat dan bersiap siaga untuk menghadapi peperiksaan pada bila-bila masa.
5.                  Melahirkan lebih ramai pelajar yang lulus cemerlang dalam Peperiksaan SPM 2013.


6.                  Memupuk sikap pelajar supaya sentiasa memanfaatkan masa ( pengurusan masa yang cekap ) untuk belajar lebih-lebih lagi dalam saat-saat yang genting ini.
7.                  Meningkatkan ilmu, kemahiran dan skil pelajar bagi menghadapi peperiksaan SPM 2013.


PENGISIAN

Program ini akan diisi dengan pelbagai aktiviti. Antaranya ialah Ceramah Teknik Menjawab dan Bengkel Peperiksaan, Latih tubi dan Pecutan, Aplikasi Guru Muda dan Pembentangan Tugasan. Sesi soal jawab dan penilaian semasa juga akan diadakan sepanjang program. Bagi memudahkan perjalanan program, para peserta akan akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang aktivitinya akan berjalan secara serentak. Inovasi yang dibuat sebelum ini iaitu Sembang-Sembang Sebelum Lelap akan dikekalkan dan diberi nafas baru secara akademik. Semua slot ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak urusetia dan guru-guru yang dilantik.

URUSETIA/ FASILITATOR

Nama-nama Urusetia yang dilantik adalah seperti berikut;
i)                     En    ...................                   ( Pengangkutan dan Persiapan Tempat)
ii)                   En  ......................                  ( Program dan Pengurusan Peserta)
iii)                  Puan  ..................               ( Pengurusan Dewan dan Riadah )
iv)                 Puan ..................                   ( Ujian dan Penilaian )
v)                   En ...................                      ( Kaunselor)
vi)                 Cik ...................                    (Kaunselor)
vii)                Cik  ................                     (Modul dan Bahan)
viii)              En ...................                     (Laporan dan Dokumentasi)
ix)                 En .....................                      (Kebajikan dan Keselamatan )
x)                   En .....................                       (Sijil Penyertaan dan Hadiah)
xi)                 Pn ........................                     ( Makan-minum peserta)
xii)                En ...................                         (Kebersihan dan Riadah)
xiii)              En .......................     .         ( Kerohanian)




ANGGARAN PENDAPATAN;
Sumbangan peserta ( 106 x RM 10.00 ):                             RM   1 060. 00
Sumbangan Asrama (106 x RM 11.00 x 2 hari)                 RM   2 332. 00
Dana Pengangkutan                                                             RM      900. 00
Sumbangan PIBG untuk Program:                                    RM      500.00
Sumbangan Unit Bimbingan Dan Kaunseling                   RM      300.00
Peruntukan Panitia:                                                              RM  1 401.00
Bahasa Melayu            ( 106 x RM 3.00) =RM 318.00 )
Ekonomi Asas             (   50 x RM 3.00) =RM 150.00 )
Matematik                   ( 106 x RM 3.00) =RM 318.00  )
Sains                            (   58 x RM 3.00) =RM 174.00 )
Sejarah                         ( 106 x RM 3.00) =RM 318.00 )
Fizik                            ( 41 x RM 5.00 = RM 123. 00 )

Jumlah Pendapatan  :                                                           RM 6 493. 00

ANGGARAN PERBELANJAN

1. Sewa Dorm ( 106 x RM 8.00x 2 )                                                  RM   1 696.00
2. Pengangkutan bas                                                               RM      900.00
3. Makan-minum ( 106 x RM 11.00 x 2 )                               RM   2 332.00
4. Minyak Van                                                                        RM      200.00
5. Fail, Modul peserta (fotostat: 106 x RM 10.00)                 RM   1 060.00
6. Perbelanjaan Runcit lain                                                     RM      240.00
7. Laporan dan Dokumentasi                                                  RM        65.00
Jumlah Perbelanjaan:                                                          RM  6 493.00
                                                                                                                                  












HARAPAN

Adalah diharapkan agar perkhemahan ini mendatangkan faedah yang besar  kepada semua peserta dan urusetia  yang terlibat. Kejayaan yang bakal diraih akan menjadi titik tolak ke arah pembentukan modal insan yang berminda kelas pertama. Semoga impian terlaksana.

PENUTUP
            Saya berharap  kem seperti ini dapat meningkatkan lagi kesedaran dan kesungguhan pelajar untuk berjaya bukan sahaja dalam peperiksaan malah juga dalam aspek kehidupan yang lain. Disamping dapat menimba  ilmu, mereka juga memperoleh pengalaman baru yang saya kira sangat menguntungkan. Kepada semua pelajar SPM 2013, saya cadangkan supaya mengambil peluang keemasan ini demi masa hadapan anda. Kami hanya berupaya membantu sedaya yang boleh…Insya Allah anda berjaya.

Semoga kertas kerja ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

___________________
(                                            )
Setiausaha
Program Kecemerlangan SPM 2013










TENTATIF PROGRAM
MASA
AKTIVITI
TINDAKAN

KHAMIS ( 20 Sept, 2013)

7.30- 7.45 pagi


7.45- 8.00 pagi

8.30- 9.00 pagi


9.00-9.30 pagi



9.30-9.45 pagi


9.45- 11.00 pagi



11.00 pg- 12.30 tgh

12.30 tgh-2.30 tgh


2.30- 4.00 ptg

4.00-5.30 ptg


5.30- 6.45 ptg


6.45 ptg- 8.00 mlm



8.00- 9.30 mlm

9.30-11.00 mlm

11.00-12.00 mlm


12.00 mlm-6.00 pagi



Berkumpul di Pondok Pengawal

Bertolak ke Tapak Kem

Tiba di tapak kem


Slot 1: Pendaftaran/ Taklimat  1-Pembahagian kumpulan

Jamuan ringan


Slot 2: Ceramah Motivasi ( Motivasi dan Permainan Minda)

Slot 3: Sejarah SPM

Makan Tengahari/ Masuk Dorm/ Mandi/ Solat Zohor

Slot 4: Bahasa Melayu

Slot 5: Fizik/ Prinsip Akaun

Slot 6: Santaian minda/ Riadah/ Treasure Hunt

Slot 7: Mandi/ Makan Malam/ Solat Maghrib/ Kuliah Kepenggunaan

Slot 8: Matematik

Slot 9: Biologi/

Slot 10: Kudapan
(+ Kepenggunaan (3SL)

Lelap Mata




Urusetia pengangkutan


Urusetia Pengangkutan

Urusetia Pendaftaran/ Persiapan Tempat

Urusetia Pendaftaran/ Program



Urusetia Persiapan tempat dan Urusetia Makan-Minum

Urusetia Program/ Kebajikan, Kerohanian dan Riadhah


Urusetia Program

Urusetia Makan-minum/ Kebajikan

Urusetia Program

Urusetia Program


Urusetia Program/ Kebajikan, Kerohanian dan Riadhah

Urusetia Makan-Minum/ Program/ Kebajikan


Urusetia Program

Urusetia Program

Urusetia Makan-Minum/ Program/ Kebajikan

Urusetia Disiplin/ keselamatan


JUMAAT (5 April, 2013)

5.30- 6.30 pagi


6.30- 7.30


7.30- 8.00


8.00- 9.30


9.30- 9.45 pagi


9.45 pg- 11.15 pagi

11.15- 12.45 tgh

12.45 tgh-2.30 ptg


2.30- 4.00 ptg

4.00- 5.30 ptg

5.30- 6.45 ptg


6.45 ptg- 8.00 mlm



8.00- 9.30 mlm

9.30-11.00 mlm

11.00-12.00 mlm


12.00 mlm-6.00 pagi







Mandi/ Solat subuh/ tazkirah

Malaysia Cergas ( Senaman 1Malaysia)

Hemat Diri/ Sarapan


Slot 11: Eko Asas/ P. Akaun/ Fizik

Rehat : Jamuan ringan


Slot 12: B/ Melayu

Slot 13: Sejarah

Rehat/ Solat Zohor/ makan tengahari

Slot 14: Sains/

Slot 15: Matematik

Slot 16: Santaian minda/ Riadah/ Treasure Hunt

Slot 17: Mandi/ Makan Malam/ Solat Maghrib/ Kuliah Kepenggunaan

Slot 18: Eko/ Biologi

Slot 19:

Slot 20: Kudapan
(+ Kepenggunaan (3SL)

Lelap Mata/ Kawalan Keselamatan



Urusetia kebajikan, kerohanian dan riadhah

Urusetia kebajikan, kerohanian dan riadhah

Urusetia makan- minum/ Kebajikan

Urusetia Program


Urusetia makan-minum/ Kebajikan

Urusetia program

Urusetia Program

Urusetia Kebajikan/ Makan minum

Urusetia Program

Urusetia Program

Urusetia kebajikan, kerohanian dan riadhah

Urusetia Disiplin/ Kebajikan
Urusetia makan-minum


Urusetia Program

Urusetia Program

Urusetia Program/ Kebajikan dan Kerohanian

Urusetia Disiplin dan keselamatan



SABTU ( 6 April, 2013)

5.30- 6.30 pagi


6.30- 7.30


7.30- 8.00


8.00- 9.30


9.30- 9.45 pagi


9.45 pg- 11.15 pagi

11.15- 12.45 tgh

12.45 tgh-2.30 ptg


2.30- 4.00 ptg

4.00- 5.30 ptg

5.30- 6.45 ptg


6.45 ptg- 8.00 mlm


8.00- 9.30 mlm

9.30-11.00 mlm

11.00-12.00 mlm


12.00 mlm-6.00 pagi









AHAD ( 7 April, 2013 )

5.30- 6.30 pagi


6.30- 7.30


7.30- 9.00


9.00- 10.30

10.30-10.45 pagi


10.45- 12.15 tgh

12.15 tgh-12.45 tgh


12.45- 2.15 ptg



2.15- 3.00 ptg


3.00 ptg






Mandi/ Solat subuh/ tazkirah

Malaysia Cergas ( Senaman 1Malaysia)

Hemat Diri/ Sarapan


Slot 21: Kimia/ Ekonomi Asas/ Prinsip Akaun

Rehat : Jamuan ringan


Slot 22: B/ Melayu

Slot 23:Matematik

Rehat/ Solat Zohor/ makan tengahari

Slot 24: Bahasa Melayu

Slot 25: Sains/ Biologi

Slot 26: Santaian minda/ Riadah/ Treasure Hunt

Slot 27: Mandi/ Makan Malam/ Solat Maghrib/ Kuliah Kepenggunaan

Slot 28:

Slot 29: Sejarah

Slot 30: Kudapan
(+ Kepenggunaan (3SL)

Lelap Mata/ Kawalan Keselamatan









Mandi/ Solat subuh/ tazkirah

Hemat Diri/ Sarapan


Slot 31:Ekonomi Asas/ Prinsip Akaun

Slot 32 : Matematik

Rehat : Jamuan ringan


Slot 33: B/ Melayu

Rumusan dan Penilaian Kem

Pembersihan kawasan/ Mandi/  Solat Zohor/ Makan tengahari

 Majlis Penutup dan Penyampian Sijil

Bertolak pulang ke Al Maad




Urusetia kebajikan, kerohanian dan riadhah

Urusetia Kebajikan, kerohanian dan riadhah

Urusetia Makan-minum/ Kebajikan

Urusetia Program


Urusetia Makan-minum/ Kebajikan

Urusetia Program

Urusetia Program

Urusetia Disiplin, Kebajikan/ Makan-minum

Urusetia Program

Urusetia Program

Urusetia Program/ Kebajikan/ Riadhah

Urusetia Makan-Minum/ Program/ Kebajikan


Urusetia Program

Urusetia Program

Urusetia Makan-Minum/ Program/ Kebajikan

Urusetia Disiplin/ Keselamatan









Urusetia Kebajikan/ Riadhah


Urusetia Makan-Minum/ Program/ Kebajikan

Urusetia Program


Urusetia Program

Urusetia Makan-Minum/ Program/ Kebajikan

Urusetia Program

Urusetia Program/ Kebajikan


Urusetia Makan-Minum/ Program/ Kebajikan


Urusetia Program


Urusetia Pengangkuta














loLampiran-lampiran
Dokumen penting
Surat Makluman Pengarah/ Permit Jabatan Pelajaran
Surat Mohon Kebenaran Ibu bapa/ waris/ Borang Kebenaran/ Kesihatan Pelajar
Surat Mohon Tapak Kem/ Perjanjian sewa tapak
Surat Pelantikan Urusetia Kem/ Perincian Tugas
Borang pendaftaran kem/ kontrak
Barang-barang bawaan pelajar/ peribadi
Barang-barang keperluan khemah/ kumpulan
Barang-barang keperluan urusetia/ biro
Barang-barang larangan bawa
Peraturan keselamatan peserta/ fasilitator
Jadual kawalan keselamatan
Senarai/ hadiah pertandingan - jika ada
Borang pertandingan/ aktiviti kem
Borang soal selidik kem
Apa lagi-fikirkan?

*****Urusan UUM konteks
Mohd Hafizullah Jamil
Uniutama Management Holdings Sdn Bhd
Lot 260-265, UUM Business Center,
Lorong 1, Taman Universiti, 06010 Sintok, Kedah.
Fax 04 9232254

Dapatkan kerjasama daripada;
-pejabat menteri besar-slot jati diri
-pejabat exco kangar
-pejabat belia perlis ( En Kamaruzzaman )
-pejabat pelancongan
-pejabat pengguna-masukkan slot
-balai bomba kangar
-pibg sekolah
-sumbangan dewan makan- atas nama Jamil Rosli
-wang panitia
-dana pelajar
-sumbangan yayasan
-sumbangan individu kaya
-