bahasa melayu dan bahasa thai
orang = kun
kampung =ban
perempuan = pujing
lelaki = puchai
makan =kin
nasi = kau
ada = mi
pergi = pai
mahu / ambil = au
tidak mahu = me au
anjing = ma
saya =can
kamu = meng
balik = lok
adik = nong
kak = pi sau
abang = pi chai
cantik = naraq
laut = taale
anak = lok
sedap = aroi
boleh la = dai le
orang = kun
pi mana = pai nai
bagi = hai
Jumaat, 11 Ogos 2017
Selasa, 8 Ogos 2017
Merdeka ..... Merdeka ... Merdeka
Hatiku gundah
Melihat gelodakkan jiwa remaja
Dalam mencanai diri membentuk seorang tokoh
Merekalah harapan kita
Merekalah impian kita
Moga zaman biar sentiasa bergerak
Merdeka .... Merdeka ...... Merdeka
Zaman sentiasa berubah
Namun biar hati yang cintakan negara masih utuh
Biar jiwa muda bangun dalam kemuliaan hati
Biar jiwa muda bangun dengan hati yang tulus
Biar jiwa muda bangun dengan akal yang jitu
Biar jiwa muda bangun dengan keazaman yang teguh
Biar jiwa muda bangun dengan semangat cintakan negara
Merdeka .. Merdeka ....Merdeka
Semoga akal yang teguh dapat mantapkan lagi negara
Bukan berpaksikan facebook
Bukan juga berpaksikan youtube
Bukan juga berpaksikan twetter
Tapi berpaksikan ilmu dan keperimanusiaan
Tapi berpaksikan agama dan sahsiah utuh
Merdeka ..Merdeka ..Merdeka
Semoga Negaraku sentiasa utuh
Tidak terhakis walau sedikit
Walau beribu anasir jahat datang
Negaraku tetap gagah .....
Kemunculan Tamadun Awal Manusia -spm
Tamadun
Pengertian Tamadun
Madana ( Bahasa Arab) = Tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.
Civilization ( Bahasa Inggeris) = berasal dari kata Yunani iaitu civitas yang bererti bandar.
Peradaban (Bahasa Melayu)
Tamadun Awal Dunia dan Sumbangannya
TamadunMesopotamia
Kod undang-undang Hammurabi
Penciptaaan :
-roda, kapal layar , arca dan tiang batu.
Perkembangan ilmu astronomi
Tamadun Mesir Purba
Pembinaan piramid
Penciptaan kertas
Teknik memumiakan mayat
Penciptaan kalendar
Tamadun Indus
Pembinaan bandar terancang.
Pembuatan batu bata daripada tanah liat melalui pembakaran
Tamadun Hwang Ho
Pegangan konsep Yin dan Yang
Sistem kalendar
Falsafah perang Sun Tzu diterapkan dalam urusan perniagaan.
Zaman Prasejarah
Zaman Paleotitik
-hidup secara nomad, kegiatan ekonomi adalah memburu dan mencari sumber makanan daripada tumbuhan liar, tinggal dalam gua yang berdekatan dengan sungai dan sekitar tasik serta menggunakan alat-alat yang dibuat daripada batu dan tulang.
Zaman Mesolitik ( tidak berlaku di Asia Tenggara)
Zaman Neolitik
-tidak hidup secara nomad, menetap dalam kelompok besar, bercucuk tanam, menternak binatang, perkakas daripada batu serta tembikar, alatan batu dicipta lebih halus dan licin,organisasi sosial mula wujud dalam bentuk keekluargaan, mereka juga menetap dalam kampungdengan ketua masing-masing, pengkhususan kerja atau pembahagian tugas telah wujud dan sisitem barter telah mula dilaksanakan.
Zaman Logam
terbahagi 2 zaman gangsa dan zaman besi
ciri2 adalah berjaya mencipta rumah dan perahu, manusia berupaya meneroka lautan, meningkatkan perdagangan maritim, bandar dan kota besar muncul. Antaranya Jericho di Jordan dan Catal Hujyuk di Turki.
Agama dan Kepercayaan
Masyarakat Mesir
- Menyembah tuhan matahari iaitu Amon Re
-Mereka memuja binatang. Contohnya kucing.
Masyarakat Mesopotamia
-Orang Sumeria menganggap raja sebagai wakil tuhan di dunia.
-Mereka tidak percaya kepada kehidupan selepas mati.
Masyarakat Indus
- Orang aryan mengamalkan agama politeisme.
-Mereka percaya kepada konsep hidup semula selepas mati.
- Mereka menganggap lembu sebagai binatang suci
Sejarah Perkembangan Tulisan
-Tulisan awal masyarakat bertamadun ialah tulisan bergambar.
-Orang Mesir mencipta tulisan.
- Orang Sumeria mencipta tulisan cuneiform.
-Orang Cina mencipta tulisan ideogram
-Sistem tulisan hari ini adalah warisan daripada bangsa Phoenicia.
Sains dan Teknologi
-Melalui proses urbanisasi , manusia mencipta pelbagai kemudahan untuk kegunaan mereka melalui perkembangan teknologi.

Jumaat, 4 Ogos 2017
PERKARA KECIL YANG SERING DIABAIKAN DAN AKHIRNYA MENJADI KUDIS DALAM PEMBENTUKKAN REMAJA
PERKARA KECIL YANG SERING DIABAIKAN DAN AKHIRNYA MENJADI KUDIS DALAM
PEMBENTUKKAN REMAJA
MASA SELEPAS SOLAT
Simpan sedikit masa dalam saling bertanya khabar sesame ahli keluarga.
Sekurang-kurangnya habis sibuk sangat-sangat. Ibubapa perlu sekurang-kurangnya
seminggu sekali khaskan masa berkualiti selepas solat berjemaah untuk masa
berbual dari hati ke hati bersama keluarga. Bercerita apa saja , meluahkan apa
saja, nyatakan harapan kepada keluarga. Ini bagi semua ahli keluarga sedar
kewujudan mereka dalam keluarga dissedari dan dihargai. Kadang-kadang tak salah
jika ibubapa mendengar pendapat
anak-anak.
MAKAN BERSAMA
Kadang-kadang ibubapa yang bekerjaya menyatakan alasan sibuk jadi tak
sempat masak , jadi paling senang membeli makanan luar. Tidak salah sekiranya
beli makanan luar atau makanan dikedai. Tapi seboleh-boleh mungkin , perlu
makan bersama ahli keluarga sekurang-kurangnya sekali sehari. Contohnya
disiplinkan ahli keluarga untuk makan malam bersama. Istilah makan bersama
perlu difahami semua ahli keluarga makan dimeja makan atau diruang makan
bersama-sama. Kadangkala memag la kita sebut makan dirumah tapi siibu dimeja
makan, ayah pula makan dengan hset ditangan, siabang makan depan tv, kakak
makan sambil online fb dan adik dengan game. Jadi walaupun dalam satu rumah
tapi dunia masing-masing. Zaman berubah tapi tak semestinya amalan lama telah
luput dan tidak rasional diguna pakai.Apapun boleh digunapakai asal masa
berkualiti ada bersama keluarga. Suka tidak suka peranan ibubapa tetap wujud
dalam pembentukan dan kemenjadian remaja. Amalan makan berhidang bersama ahli
keluarga akan membuatkan kitasaling menghargai, saling menyedari kewujudan ahli
keluarga dalam diri kita, tahu nilai
berkongsi makanan, tahu ada ahli keluarga kita mungkin belum makan, tahu
makanan sikit akan cukup kalau bersama-sama dan setidak-tidaknya kita tahu,
sedar serta hargai sebab kita masih lagi ada keluarga.
PENGHARGAAN / REWARD
Tahu apa perkembangan seharian remaja .
Jika ada perkara baik dilaksanakan apa hari tersebut berilah
penghargaaan walaupun hanya pujian. Kadang-kadang remaja bukan la mengharapkan
hadiah yang berlebihan tapi mahu ibubapa atau ahli keluarga sedar akan
pencapaian yang capai oleh mereka. Kalau masa kecil atau masa tadika dulu, dia
pandai baca abc atau baca doa makan kita puji serta bangga jadi tidak salahlah
perkara yang sama kita lakukan semasa mereka remaja.
PENGAULAN BERDASARKAN LATAR DAN
UMUR
Mendidik anak-anak untuk menghormati orang yang lebih berumur , dewasa
ataupun rakan sebaya. Ajari mereka cara bertutur , merendah diri walaupun latar
akademik dan latar belakang mereka lebih baik daripada orang lain. Mengajar
mereka dalam komunikasi. Takkan la dengan makcik-makcik yang dikampung kau
sembang seolah kau sorang ja ada ijazah, phd ataupun jawatan paling besar.
Didik remaja untuk sedarsetiap orang ada kelebihan masing-masing jadi salang
menghormati dan menghargai buat kau tidak jatuh miskin.
MENDENGAR JANGAN SEBELAH PIHAK
Kadang-kadang terdapat pertelingkahan dikalangan remaja, sebagai seorang
dewasa kita perlu menyelesaikan secara bertolak ansur, adil dan mendengar
kedua-dua belah pihak. Jangan sekali-kali wujudkan unsur pilih kasih. Ini akan
merosakkan bukan saja pihak yang kalah tapi juga pihak yang menang.
KAWAN DAN KELUARGA
Perlu memberi peluang mereka bersama rakan sebaya, dalam masa lang sama
keluarga juga berperanan menjadi ahli keluarga dan rakan. Contohnya ada masa
abang adalah abang, ada masa abang adalah rakan.
Nukilan : chem sanglang
Langgan:
Catatan (Atom)