ETIKA
Etika adalah batasan yang dikenakan bagi mengehadkan tingkahlaku
individu. Etika dalam kaunseling merangkumi etika kaunseling dan etika
kaunselor. Individu yang terlibat dalam profesion kaunseling perlu
memahami dan mematuhi etika yang ditetapkan supaya menjaga imej bidang
kaunseling. Etika menyentuh persoalan berkaitan apakah yang terbaik dan
tidak, sama ada perlakuan ataupun nilai. Berdasarkan perkara ini,
penetapan tingkahlaku beretika perlu berlandaskan agama atau sistem kepercayaan
masyarakat tempatan.
PENGENALAN
ETIKA
Etika adalah suatu tindakan yang
menuntut kepatuhan terhadap piawaian profesional serta undang-undang tentang
apa yang dianggap betul dan yang salah. Menurut Othman Mohamed, (dalam Othman
Mohamed, 2005:283-284), kod etika merupakan
tatasusila yang menentukan peraturan kawalan diri terhadap praktis yang
dijalankan oleh ahli sesuatu profesion. Ianya merupakan standard asas bagi
mencerminkan satu praktis profesional. Etika juga boleh membawa maksud yang
berlainan tetapi saling berhubungan di antara satu dengan yang lain, iaitu ;1) Pola
hidup am atau suatu cara hidup.2) Set peraturan tingkah laku atau kod moral
3) Tatacara mengenai cara hidup atau peraturan tingkah laku.
Daripada beberapa definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa etika mengkaji tingkah laku manusia sama ada patut atau tidak manusia bertingkah laku (bagaimana seharusnya manusia bertingkah laku). Etika melibatkan peraturan masyarakat yang didasarkan norma-norma dan nilai-nilai yang baik di dalam sesebuah masyarakat itu. Oleh itu mematuhi kod etika dianggap penting baik membantu membuat keputusan dalam pengendalian kelompok.
3) Tatacara mengenai cara hidup atau peraturan tingkah laku.
Daripada beberapa definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa etika mengkaji tingkah laku manusia sama ada patut atau tidak manusia bertingkah laku (bagaimana seharusnya manusia bertingkah laku). Etika melibatkan peraturan masyarakat yang didasarkan norma-norma dan nilai-nilai yang baik di dalam sesebuah masyarakat itu. Oleh itu mematuhi kod etika dianggap penting baik membantu membuat keputusan dalam pengendalian kelompok.
Menurut MacCluskie dan Intergersoll,
2011 (dalam Khadijah Rohani binti Mohd Yunus dan Nazariah bt Ab. Samad, 2006:
202) , etika
berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud “watak” atau “resam” yang
merujuk kepada piawaian perlakuan manusia. Menurut Corey, Corey dan Callanan
,1988 (dalam
Khadijah Rohani binti Mohd Yunus dan Nazariah bt Ab. Samad, 2006; 202), etika
merupakan tatasusila yang menentukan
peraturan kawalan diri terhadap praktis yang dijalankan oleh ahli sesuatu
profesion. Ia merupakan piawai asas bagi mencerminkan satu praktis professional
dan merupakan suatu system dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan atau
organisasi. Berdasarkan kepada Kamus Dewan , 1998 (dalam Khadijah Rohani binti
Mohd Yunus dan Nazariah bt Ab. Samad, 2006; 202), etika membawa makna “prinsip
moral (atau akhlak ) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang
individu atau sesuatu kumpulan ( persatuan, pekerjaan dan lain-lain)”. Ianya
adalah nilai dan garis panduan yang harus dipatuhi oleh kaunselor dalam
menjalankan tugas masing-masing.
Disamping itu , etika juga merupakan
satu ingatan kepada ahli supaya dibimbing dengan peraturan, membina serta boleh
menjaga martabat ahli, hak dan keselamatan pelajar. Etika juga memberi bantuan
kepada ahli dalam sesuatu profesion agar dapat memikirkan serta boleh boleh
mempertimbangkan tentang dilema membuat sesuatu keputusan apabila berhadapan
dengan isu moral.
Kitchener ( dalam Baharom Mohamad dan
Iliyas Hashim , 2010:56-57) menjelaskan etika melibatkan proses membuat
keputusan berkaitan sifat moral manusia dan interaksi mereka. Etika menyentuh
persoalan berkaitan apakah yang baik dan tidak, sama ada perlakuan ataupun
nilai. Etika kaunseling juga berkait rapat dengan prinsip-prinsip akhlak dan
moral yang perlu ada pada kaunselor semasa sesi kaunseling dijalankan. Semasa
sesi kaunseling dijalankan, satu perjanjian bertulis perlu dimeterai antara
klien dan kaunselor. Prosedur ini penting bagi melindungi hak klien dan juga
kaunselor.
Sesi kaunseling biasanya melibatkan sesi
seminggu yang mengambil masa 50 minit. Sesi ini dikenali sebagai sesi
terapeutik yang biasanya melibatkan kaunseling kumpulan, perkahwinan dan
keluarga. Masa rawatan adalah melalui persetujuan yang dilakukan dalam
perjanjian yang ditetapkan. Selalunya bagi merawat pesakit, sesi rawatan
susulan digalakkan kerana pertemuan pertama kadangkala tidak dapat
menyelesaikan masalah. Menurut Hodgkinson, 1992 ( dalam Baharom Mohamad dan
Iliyas Hashim , 2010:57) , sesi kaunseling melibatkan perjanjian jangka pendek
atau jangka panjang.
1. Kaunseling jangka pendek.
Perjanjian ini melibatkan sesi
kaunseling selama 6-12 sesi. Namun,
perjanjian boleh dilanjutkan sekiranya kaunseling terakhir tidak dapat
menyelesaikan masalah. Ini juga bergantung pada perjanjian baru.
2. Kaunseling jangka panjang.
Perjanjian yang melibatkan sesi
kaunseling selama setahun ataupun lebih.
Menurut
Peterson J.V. dan Nisenholz ( dalam Baharom Mohamad dan Iliyas Hashim ,
2010:57) ,dalam bidang kaunseling, etika amat dititik beratkan supaya rahsia
klien atau orang yang mendapat nasihat dapat dilindungi. Kaunselor harus
bertindak berdasarkan etika yang ditetapkan. Di Malaysia terdapat akta yang
melindungi kaunselor, iaitu Akta Kaunselor 580 dan Lembaga Kaunselor
Kebangsaan. Manakala di Amerika Syarikat
juga mempunyai standard kod etika bagi kaunseling yang dikenali sebagai
American Counseling Association (ACA). Dengan adanya persatuan, ia dapat
mengawal aktiviti kaunseling yang dijalankan kaunselor. Digariskan tiga
kepentingan etika kaunseling yang dibincangkan iaitu kerahsiaan , batasan
professional dan menangani seksual.
KOD
ETIKA DALAM KAUNSELING
Etika dalam bidang kaunseling bertujuan
menjamin keselamatan dan juga perhubungan yang dibina dalam sesuatu sesi.
Kaunselor perlu menjelaskan kepada klien mengenai etika kaunseling pada
peringkat awal supaya klien memahami konsep kaunseling. Menurut Persatuan
Kaunseling dan Perkembangan Amerika Syarikat ,1952 ( dalam Mohammad Aziz Shah
Mohamad Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin Jusoh , Syed Sofian Syed
Salim dan Md. Noor Saper , 2009 :206-208), penghuraian tentang Kod Etika
Kaunseling tersebut terbahagi kepada tujuh bahagian iaitu :
1. Kaunselor-kaunselor yang mempengaruhi
perkembangan profesion dengan usaha yang berterusan bagi membaiki perkhidmatan,
mengajar dan penyelidikan. Perkembangan profesion adalah untuk kerjaya
kaunselor. Kaunselor digalakkan mengumpul data berdasarkan kebolehan kereka,
juga dibimbing untuk mencari data.
2. Setiap kaunselor mempunyai
tanggungjawab dalam perkhidmatan terhadap individu yang dijaga dan juga
institusinya. Penerima sesuatu institusi bermakna seseorang kaunselor itu telah
bersetuju dengan polisi dan prinsip institusi itu. Jadi, aktiviti profesion
yang dijalankan adalah berdasarkan objektif institusi. Kaunselor akan
dihentikan dari institusi jika kaunselor tidak dapat memberi apa yang
dijanjikan dalam perjanjian dengan majikan.
3. Tingkah laku etika diharapkan
dikalangan profesion sering berlaku. Ahli boleh mengambil tindakan melalui
beberapa cara, berbincang dengan individu lain, mencari maklumat tambahan,
bertanya atau berunding dengan jawatankuasa setempat dan sebagainya.
4. Kaunselor tidak harus mencari
kemajuan dengan cara perbandingan yang merugikan orang lain.
5. Kaunselor juga tidak boleh menuntut
atau menunjukkan kelayakan yang ada padanya daripada orang lain. Tetapi,
bertanggungjawab untuk membetulkan segala interpretasi yang salah yang dibuat
oleh orang lain.
6. Bagi menentukan yuran ke atas
perkhidmatan prefesion, kaunselor mesti mengambil tahu bahawa yuran dibayar
hanya bergantung kepada kemampuannya.
7. Apabila kaunselor mendapat maklumat untuk awam, dia mesti memastikan
bahawa isi kandungan maklumat itu adalah tepat, tidak berat sebelah, objektif
dan data yang nyata.
8. Kaunselor mesti tahu perbezaan antara
tawaran perkhidmatan kaunseling dengan perkhidmatan penerangan awam. Perkhidmatan
kaunseling mungkin hanya melibatkan satu dengan satu. Perkhidmatan penerangan
disebarkan oleh media massa.
9. Berhubung dengan pekerjaan profesion, kaunselor mesti
menerima kedudukan yang sebenar supaya perkhidmatannya dapat diteruskan.
KEPENTINGAN
ETIKA
Seperti mana yang telah dinyatakan
bahawa etika kaunselor adalah
sebagai satu garis panduan
menjalankan tugas sebagai seorang
kaunselor. Menurut Van Hoose dan Kottler, 1985 ( dalam Amia Salleh, Zuria Mahmud
dan Salleh Amat,2009:261), segala
perbalahan dalam profesion dapat diselesaikan berdasarkan garis panduan
yang ada pada etika. Ini secara langsung
dapat menjamin kestabilan profesion itu sendiri. Secara umumnya , etika
ini memberitahu kaunselorapa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh
mereka dalam menjalankan tugasnya sebagai kaunselor profesional.
Selain itu, etika juga menggariskan
dengan jelas beberapa perkara yang dianggap sebagai tingkah laku menyeleweng
yang ditegah daripada dilakukan oleh kaunselor. Antara tingkah laku yang menyeleweng seperti tidak
menyimpan rahsia, mengaku mempunyai kelayakan yang beliau tidak memilikinya,
meletakkan nilai diri kepada klien, melakukan hubungan seks dengan klien,
mengambil kesempatan di atas kelemahan klien dan sebagainya. Glading ( dalam Amia
Salleh, Zuria Mahmud dan Salleh Amat,2009:261), menyatakan ada sesetengah
tingkah laku menyeleweng dapat dilihat dengan jelas dan ada juga yang tidak. Namun demikian, kesan yang timbul hasil daripada tindakan
menyeleweng itu akan memberi kesan yang negatif kepada klien dan juga profesion kaunseling itu sendiri.
Seterusnya PERKAMA ( dalam Amia Salleh,
Zuria Mahmud dan Salleh Amat,2009:261) menggariskan empat perkara utama iaitu dalam kod tatalaku yang perlu dipatuhi oleh para kaunselor
seperti :
1. Kaunselor hendaklah menjaga tata
lakunya demi memelihara piawaian dan identity sebagai kaunselor dan nama baik
profesion kaunseling.
2. Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
dalam bidang profesionnya.
3. Kaunselor hendaklah menjalankan
tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling.
4. Kaunselor mestilah diawasi serta
dinilai tugas kaunselingnya oleh Lembaga Kaunselor melalui penyeliaan lazim (
regular supervision) dan sokongan perundingan (consultative support).
Daripada penyataan yang dinyatakan dapat
disimpulkan bahawa dalam usaha untuk membantu klien, maka seseorang itu
haruslah mempunyai kemahiran membantu yang tertentu agar pertolongan yang
diberikan tidak mendatangkan kesan yang boleh memudaratkan klien. Disamping
itu, untuk membantu klien, kaunselor
juga perlu sedar batasan yang perlu dipatuhi. Kaunselor perlu menjalankan
tugasnya dengan ikhlas dan jujur, iaitu tidak mempunyai kepentingan peribadi apabila membantu klien.
Dengan cara ini, profesion kaunselor akan mendapat pengiktirafan lebih baik
daripada masyarakat.
Mohammad Aziz Shah Mohamad Arip ( dalam
Mohammad Aziz Shah Mohamad Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin Jusoh ,
Syed Sofian Syed Salim dan Md. Noor Saper , 2009 :206-208), setiap pegawai
dalam bidang kaunseling perlu mengetahui dan memahami etika yang dikenakan ke
atas diri mereka yang sebagai individu yang professional. Antara tatalaku yang
ditetapkan sebagai seorang pegawai ialah :
1. Menjaga dan mengekalkan tatalaku yang
cemerlang demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang kaunselor dan
integriti profesion kaunseling.
2. Sentiasa berusaha menilai dan
meningkatkan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.
3. Menjalankan tugasnya dengan cekap,
bertanggungjawab, objektif, jujur, ikhlas dan berdedikasi selaras dengan tahap
profesionalisme yang tinggi.
Etika penting semasa mengendalikan tatacara
kehidupan manusia dalam menguruskan individu,keluarga,organisasi dan masyarakat
bagi memastikan kesejahteraan dan kebahagiaan. Justeru, kepentingan etika
dilihat dalam konteks sejagat melalui individu,keluarga,organisasi dan
masyarakat.
Menurut
Mohammad Aziz Shah Mohamad Arip ( dalam Mohammad Aziz Shah Mohamad Arip,
Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin Jusoh , Syed Sofian Syed Salim dan Md.
Noor Saper , 2009 :206-208), etika membantu dalam kecemerlangan sesebuah
organisasi dan seseorang individu dalam melaksanankan tanggungjawab. Berikut
maklumat berkaitan tanggungjawab kepada individu / klien , masyarakat dan
organisasi
Individu
Individu yang beretika mendapat kebaikan fizikal,ketenangan jiwa dan perasaan.Individu yang beretika juga dapat membina sahsiah diri ataupun keperibadian yang baik kerana beliau memelihara dirinya dengan sifat-sifat yang terpuji. Masyarakat mengiktirafnya sebagai orang yang berbudi tinggi. Malahan pengurusan etika yang baik dalam diri individu akan menyebabkan individu tersebut berkeyakinan berada dalam organisasi.
Organisasi
Etika berperanan penting dalam menentukan kestabilan organisasi.Ia dapat memelihara nilai-nilai murni organisasi dengan sikap bertanggungjawab dan prihatin pada kebajikan masing-masing.Ia juga dapat memantapkan kestabilan,seterusnya mempertingkatkan produktiviti,meningkatkan kredibiliti dan reputasi serta menjamin perkembangan yang berterusan.
Individu yang beretika mendapat kebaikan fizikal,ketenangan jiwa dan perasaan.Individu yang beretika juga dapat membina sahsiah diri ataupun keperibadian yang baik kerana beliau memelihara dirinya dengan sifat-sifat yang terpuji. Masyarakat mengiktirafnya sebagai orang yang berbudi tinggi. Malahan pengurusan etika yang baik dalam diri individu akan menyebabkan individu tersebut berkeyakinan berada dalam organisasi.
Organisasi
Etika berperanan penting dalam menentukan kestabilan organisasi.Ia dapat memelihara nilai-nilai murni organisasi dengan sikap bertanggungjawab dan prihatin pada kebajikan masing-masing.Ia juga dapat memantapkan kestabilan,seterusnya mempertingkatkan produktiviti,meningkatkan kredibiliti dan reputasi serta menjamin perkembangan yang berterusan.
Masyarakat
Kepentingan etika dalam sesebuah masyarakat tidak dapat dipertikaikan kerana ia dapat memelihara keamanan,keadilan dan kesejahteraan yang berterusan.Masyarakat yang beretika juga dapat membentuk persekitaran yang sihat dan menghindari masalah-masalah sosial seperti pembuangan bayi,rompakan,penyeludupan barangan haram dan seumpamanya.
PRINSIP
ETIKA DALAM PERHUBUNGAN MENOLONG
Perhubungan
menolong amat utamakan kepada kebajikan dan kesejahteraan klien. Kaunselor
perlu memahami bahawa proses membuat pertolongan adalah berlandaskan kepada
prinsip yang telah digariskan. Prinsip etika merupakan garis panduan atau peraturan yang digunakan untuk menilai sama
ada sesuatu perkara yang dilakukan baik atau buruk. Menurut Kitchener ( dalam
Khadijah Rohani bt. Mohd Yunus dan Nazariah bt. Ab. Samad , 2007: 204-206),
telah mengenal pasti lima prinsip etika yang utama di dalam membuat
keputusan secara beretika di dalam
perhubungan menolong. Lima prinsip yang juga dikenali sebagai ‘golden five principles’ ialah autonomy, beneficence, nonmalefinence,
justice dan fidelity.
1.
Autonomi ( Kebebasan untuk membuat pilihan)
Autonomi
merujuk kepada kebebasan dalam membuat keputusan untuk diri sendiri. Setiap
individu mempunyai hak dan kebebasan untuk berfikir dan membuat keputusan
sendiri. Dalam hal ini , menurut Patterson dan Welfel ( dalam Khadijah Rohani
bt. Mohd Yunus dan Nazariah bt. Ab. Samad , 2007: 204-206), autonomi melibatkan
keadaan di mana individu berupaya untuk memahami implikasi dan akibat daripada
pilihan yang dibuat.
2. Beneficence
Beneficence
merujuk kepada melakukan sesuatu yang baik dan berfaedah. Bimbingan dan
penasihatan menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan klien. Oleh yang
demikian, apa sahaja bantuan yang diberikan kaunselor perlu berasaskan
kebajikan klien. Justeru itu, kaunselor perlu mempunyai komitmen dan kemahiran
yang secukupnya untuk membantu pelajar.
3.
Nonmaleficence
Nonmaleficence
bermaksud menjauhi daripada membuat sesuatu yang tidak baik terhadap pelajar
sama ada secara sengaja atau tidak. Menurut Patterson dan Welfel ( dalam
Khadijah Rohani bt. Mohd Yunus dan Nazariah bt. Ab. Samad , 2007: 205), kaunselor
bertanggungjawab untuk menghindari daripada melakukan sesuatu yang membahayakan
serta mendatangkan mudarat kepada klien. Mereka perlu menjaga batasan dalam
perhubungan, tidak cuai serta sentiasa mengekalkan rasa hormatnya kepada
pelajar di samping mengelak daripada melakukan sesuatu untuk kepentingan diri.
4.
Justice
Merujuk
kepada memberi keadilan kepada semua. Kaunselor perlu memberi layanan yang sama
rata kepada semua pelajar tanpa mengira umur, jantina, bangsa, agama dan
sebagainya. Keadilan merupakan asas kepada kepercayaan klien untuk membina
hubungan yang baik.
5.
Fidelity
Fidelity
melibatkan kejujuran dan keikhlasan dalam perhubungan menolong antara klien dan
kaunselor. Menurut Corey Patterson dan elfel ( dalam Khadijah Rohani bt. Mohd
Yunus dan Nazariah bt. Ab. Samad , 2007: 206), fidelity merupakan tanggungjawab
untuk memberikan kepercayaan serta membuat
janji yang jujur terhadap pelajar. Ianya merupakan aspek yang penting dalam
proses kaunseling. Fidelity merangkumi aspek kerahsiaan dan segala janji yang
diberikan oleh kaunselor terhadap klien. Selain daripada fidelity juga
merangkumi kepatuhan kaunselor kepada orgsanisasi , majikan dan profesionnya.
ISU ETIKA
Menurut
Othman Mohamed ( dalam Othman Mohamed, 2005 :284-285), kaunselor sebagai
professional akan berhadapan dengan isu etika dalam praktisnya. Dalam proses
kaunseling , banyak perkara yang boleh melibatkan isu etika dan seterusnya mendatangkan
dilemma bagi kaunselor. Kod etika juga adalah satu alat bantuan dalam usaha
berkaitan dengan persoalan menjaga hak klien , hak masyarakat, hak kebebasan,
kerahsiaan, keistimewaan penerimaan maklumat dan pengluahan professional oleh
kaunselor. Begitu juga pentingnya menjaga kepentingan proses kaunseling dan
salah praktis, kecuaian, menjaga keputusan, perhubungan penduaan dan proses
kaunseling serta tuntutan kerugian ke atas hak ketiga. Kaunselor juga perlu
mendapat persetujuan termaklum daripada klien bagi menjalankan proses
kaunseling, keadilan dan kesetiaan, perlaksanaan penyelidikandan isu menjaga
hak serta keselamatan subjek. Othman Mohamed ( dalam Othman Mohamed, 2005
:284-285), berpendapat walaupun kod etika diwujudkan bagi membantu kaunselor
membuat pertimbangan tindakan yang wajar serta sentiasa berwaspada kepada
tatasusila profesion, namun ada isu – isu yang tidak dapat diselesaikan hanya
dengan berpandukan kod etika sahaja.
Dalam keadaan demikian, kaunselor wajar menerapkan prinsip etika.
Suatu dilema itu wujud apabila
berlakunya suatu tindakan yang terselubung dalamnya perkara yang baik tetapi
mempunyai sebab etika yang agak bercanggah dan pincang.
Menurut
Kichener, 1989 ( dalam Othman Mohamed, 2005 :284), pergerakan kea rah penerapan
prinsip dalam membuat kata putus berkaitan dengan dilemma boleh berpandukan
penggunaan dua tahap penaakulan moral: 1) tahap intuisi; 2) tahap kritikan-penilaian. Tahap intuisis
berkisar kepada kepercayaan etika yang terhasil daripada penyataan apakah yang
wajar dilakukan dan apakah yang tidak wajar dilakukan. Prosedur intuisi
demikian mempunyai asas bahawa kaunselor sememangnya telah mempunyai suatu
keupayaan pengetahuan etika dan pengalaman kaunseling serta pengalaman hidup
yang luas. Tahap kritikan-penilaian ini dapat mengemukakan suatu justifikasi
dan rasional tentang elemen yang abstrak kea rah penghakiman yang seimbang dan
saksama. Banyak perkara yang bersangkut paut dengan proses kaunseling yang
menglibatkan tindakan sama ada oleh kaunselor , klien atau pihak ketiga yang
begitu abstrak.
KESIMPULAN
Perkhidmatan
kaunseling seperti uga perkhidmatan professional yang lain mempunyai etikanya
tersendiri yang perlu dipatuhi oleh ahlinya. Secara umumnya etika adalah satu
garis panduan atau peraturan yang perlu dipatuhi dalam menjalankan sesuatu
tugas. Tidak kurang pentingnya, etika membantu menyelamatkan kaunselor daripada
menganiaya klien atau dianiaya oleh klien. Selain itu, kaunselor boleh
mengaplikasikan etika kaunseling untuk kegiatan seharian mereka.
RUJUKAN
Amia
Salleh , Zuria Mahmud dan Salleh Amat. 2009. Bimbingan dan Kaunseling Sekolah :
Etika
Kaunseling. Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.
Baharom
Mohamad, Ph.D. dan Iliyas Hashim. 2010. Teori
dan Amalan Kaunseling : Etika
Kaunseling. Kuala Lumpur. PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Khadijah
Rohani bt Mohd Yunus dan Nazariah bt Ab. Samad. Bimbingan dan Penasihatan :
Falsafah,
Kemahiran, Proses dan Etika. Perak. Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Mohammad
Aziz Shah Mohamed Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ph.D. Ahmad Jazimin
Jusoh, Ph.D , Syed Sofian Syed Salim dan Md.
Noor Saper. 2009. Kemahiran
Bimbingan Kaunseling. Kuala
Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Othman
Mohamed. 2005. Prinsip Psikoterapi dan
Pengurusan dalam Kaunseling : Etika dan
Perundangan
Kaunseling. Selangor. Universiti Putra Malaysia.