Isnin, 11 Ogos 2014
Contoh ucapan persaraan pekerja
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh……
Yang dihormati, tuan pengetua ( nama), penolong kanan-penolong kanan, semua guru , rakan pekerja dan anak-anak yang sikasihi sekelian. Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya telah diberikan kesihatan dan kekuatan kepada kita semua untuk berada di ______________( letak nama sekolah). Marilah kita sama-sama merendahkan diri kepada kekuasaan dan keagungan Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Besar Muhammad SAW.
Terima kasih atas semua penghargaan kepada orang kecil seperti saya sehingga saya boleh bekerja dengan sebaik-baiknya disini, tanpa rasa direndahkan. Pada kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah kerana telah mengadakan majlis khas untuk saya. Saya mengucapkan penghargaan yang amat tinggi dengan majlis pada hari ini.Majlis perpisahan yang dibuat oleh pihak sekolah terhadap saya pada hari ini merupakan penghargaan yang amat tinggi dan bernilai. Satu penghargaan yang amat bermakna dalam hidup saya.
Pada kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk memohon kemaafan jika ada salah dan silap ketika saya berkhidmat di (nama sekolah) , saya ingin menyusun sepuluh jari dari hujung kaki sampai ke hujung rambut untuk memohon maaf daripada semua pihak jika terdapat sebarang kesilapan dan kesalahan baik yang berlaku dengan sengaja atau pun tidak dengan sengaja sepanjang bergaul dan bertugas di sekolah ini.
Saya akhiri ucapan saya 2 rangkap pantun :
Terbang tinggi, siburung cenderawasih,
Diintai oleh si dara jelita,
Andai ada, kesilapan kukasih,
Kuhulur jari, kemaafan ku pinta.
Putih-putih sibunga melati,
Merah-merah si permata delima,
Kenangan kita, kusimpan dihati,
Buat kenangan manis, kita bersama.
Sekian, terima kasih.