Sabtu, 27 September 2014

Kenangan lawatan ke Sabah minggu ni best sangat

4.30 pagi  23/9/2014 bertolak dari Perlis ke Penang menaiki bas....sampai Penang pukul 9 lebih jalan sesak. Nasib baik penerbangan pukul 10.30 pagi. Sampai ke Sabah pukul 1 lebih. Bertolak ke penginapan asrama bawah Jakim di Kundasang, sebelim tu singgah di kedai makan, sedap sangat sayap ayam panggang, rempah rahsia..murah pula.....lepas makan bertolak ke penginapan,lamanya perjalanan dan berbukit2. Mula2 naik bas tapi bila nak naik bukit lebih tinggi kena naik van ..mencabar dan seronok. nampak pemandangan bukit2 dan awan kabus buk...cantik sangat...tinggi dari Cameron Highlands, rasa macam berada di luar negara... sampai sana dijamu makanan sedap, rupanya tempat penginapan tu dekat dengan Gunung Kinabalu...esoknya bergambar atas tu berlatar belakangkan gunung kinabalu...gambar atas gunung berlatarkan Gunung Kinabalu...cantik...lepas tu lawatan melawat sekolah di Ranau, naik semula dekat Kundasang singgah kat pasar yang jual buah-buahan, sayauran dan pokok-pokok bunga... sedap buah Strawberi, manis dan besar2... pergi ke hot spring  untuk rehatkan diri sambil rendam dalam air panas dan ladang lembu, boleh minum susu segar, dadih ais cream segar dan ais cream susu pelbagai perisa...seronok sangat, kemudiah singgah di pasar jualan di Nabalu..banyak betul batik, tshirt dan cenderahati.. seterusnya bertolak mengginap di KK, Tempat pengginapan orang panggil Sunsuran kalau tak salah..situ banyaknya mutiasa dan cenderahati, murah2 pula...Pagi esoknya bertolak ke UMS...program seharian, selepas tu pergi ke lawatan ke Rumah Terbalik....lawatan dan bergambar..terus ke penginapan berehat kejap sebab ada jamuan makan malam...jamuan malam tu semua makanan laut..Sabah memang meriah dengan hasil lautan.. lepas saja jamuan terus bertolak ke penginapan...membeli belah di pasar malam di dekat penginapan, rupanya tiap2 malam ada..kebanyakkan gerai menjual barang hiasan berasaskan mutiara...beli belah kejap ja sebab esok pun boleh shoping, Penerbangan untuk pulang esok pukul 8 malam jadi banyak masa untuk shoping..keesokkan harian pergi shoping ke Pasar Filiphina, beli barangan cenderahati, mutiasa dan makanan berasaskan laut yang dikeringkan ..murah2...seronoknya...kenangan di Sabah...tah bila boleh pergi lagi.....