Jumaat, 14 November 2014

Kek kukus apam belang...sumber fb

KEK KUKUS APAM BELANG

bahan-bahan:
4 biji telur
2 sudu teh ovellet
1 sudu teh esen vanila
300 gm tepung gandum
220 gm gula halus
250 ml santan kara (shamam guna 200ml santan kotak + lagi 50ml air)
1 sudu teh baking powder
pewarna

cara menyediakan:
1.Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
2.Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
3.Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
3.Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
4.Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis).