Jumaat, 14 November 2014

Rancangan cuti sekolah untuk ibubapa yang bekerja

Cuti sekolah amat disukai oleh pelajar tetapi kadangkala menjadi masalah bagi ibubapa yang bekerja . Disini terdapat beberapa cadangan untuk ibubapa cuba aplikasikan bersama-sama anak. Disamping menambah aktiviti kekeluargaan ataupun mungkin menjadi sumber kewangan tambahan/ ilmu tambahan.

1. Membuat perniagaan kecil seperti menjual makanan ringan, nasi lemak atau kuih di hadapan rumah.  Duit untung boleh menjadi tabungan kepada anak-anak. Anak-anak akan lebih menghargai hasil usaha sendiri.

2. Menjual minuman ringan dan pelbagai jenis air berperisa seperti sirap, laici, oren dan sebagainya. Sebenarnya menjual air ni modal tidak banyak tetapi untuk berlipat ganda.

3. Merancang percutian bersama keluarga bagi yang berkemampuan boleh la berjalan tempat yang bersesuaian, namun yang tidak berkemampuan boleh juga pergi berkelah dimana2 kawasan taman dan air terjun. Disamping itu juga boleh juga dijadikan aktiviti keluarga seperti memancing. Saya pernah melihat sekeluarga menjadikan aktiviti memancing disungai/parit/ sawah sebagai percutian keluarga disamping mereka membawa makanan berkelah dikawasan mereka memancing.

4. Projek seterusnya ini, saya melihat daripada keluarga kawan saya sendiri. Mereka mengawalkan projek tanaman sayur atau pokok bunga untuk anak-anak mereka melalui tanaman dalam polibeg. Tanaman sayur-sayuran yang mudah2 seperti sawi , bayam, kangkung dan lain...boleh digunakan untuk sumber makanan keluarga dan dijual ke kawasan sekitar. Selain itu pokok-pokok bunga juga boleh dijual dengan menanam pokok yang mudah hidup seperti pokok pukul 10/ ros jepun , pokok mulberi  dan lain-lain.

5. Menghantar anak-anak ke kelas tusyen untuk memudahkasan pembelajaran pada tahun hadapan. Seperti tahun hadapan anak akan SPM. Jadi seeloknya memdapat pendedahan awal.

6. Menghantar anak-anak ke kelas bahasa.... mungkin boleh memberi kelebihan dengan mempelajari bahasa lain seperti bahasa inggeris , bahasa arab, bahasa mandarin , bahasa jepun dan sebagainya. Selain itu boleh juga menghantar anak-anak untuk kelas membaca AlQuran untuk membaiki bacaan.

7. Menghantar anak-anak untuk mempelajari kemahiran seperti kelas masakan , jahitan , komputer , kelas memandu  dan sebagainya. Seperti masakan, jahitan , komputer dan sebagainya boleh diambil pakej di Kolej Komuniti kawasan sekitar.

8. Selain itu, anda juga boleh mengajar anak anda membuat sejenis atau 2 jenis kek....seterusnya boleh dijadikan sumber jualan kepada rakan-rakan dan lain2.

9. Memberi resepi masakan / mengajar anak-anak dengan beberapa masakan....seterusnya memberi tugasan untuk anak-anak anda menyediakan hidangan keluagra setiap hari. Namun memberi cuti memasak kepada anak anda semasa hari minggu dengan membawa mereka bersiar-siar.

10. Ibubapa juga boleh membuat projek buku skrap bersama keluaga dengan mrnggunakan gambar-gambar keluarga. Buku-buku skrap boleh diwujudkan dengan kreativiti masing-masing.

11. Projek lanskap rumah. Ahli keluarga boleh wujudkan landskap baru seperti taman dan laluan jalan kaki dengan kreativiti pasing. Beri penghargaan kepada anak-anak untuk dengan memberi projek tententu untuk anak-anak menunjukkan kreativiti anak-anak. Contohnya laluan jalan kaki boleh dibuat laluan sendiri dengan memberi simen, pasir dan batu2 hiasan seperti batu sungai. Selain itu juga boleh dibuat tapak-tapak atau kotak simen untuk tanaman sayur dan pokok bunga.

12. Projek mengecat rumah juga boleh dijalankan bersama anak-anak dengan membeli warna yang berbeza untuk cat luar rumah, ruang tamu, bilik dan dapur.

13. Selain itu boleh juga menerapkan anak-anak dengan khdmat masyarakat seperti membantu datuk dan nenek mereka, bergotong royang membersih surau dan sebagainya.

Pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan sebenarnya , disamping jimat belanja pelbagai ilmu boleh kita dapat.