Selasa, 25 November 2014

tip utk susu badan, panduan para ibu .....sumber fb

tips untuk bantu susu badan keluar lebih banyak. Semoga bermanfaat!

1. Cara mengepam yang betul.

a) Pastikan Keselesaan
Anda perlu berada di dalam keadaan yang tenang, pastikan tangan dicuci bersih, gunakan bekas simpanan susu perahan yang bersih, lakukan urutan pada payu dara atau tuam untuk melancarkan aliran. Posisi anda juga perlu betul. Pastikan badan tegak dan corong pam diletakkan pada paras dada, pegang dengan baik supaya ia terletak dan melekap betul pada payu dara. Keselesaan adalah paling penting! Jika tidak selesa, ada yang tidak kena. Jika susu meleleh daripada corong, betulkan posisi anda.
Kini terdapat corong khas yang dipanggil angled breastshield seperti Pumping Pal Supershields yang membolehkan anda mengepam dalam keadaan menyandar dan tidak perlu berada dalam keadaan tegak sentiasa.
Apabila menggunakan pam elektrik, mulakan dengan sedutan perlahan kemudian naikkan sedikit demi sedikit sehingga mencapai tahap keselesaan. Elakkan daripada menggunakan tahap sedutan maksima kerana ini akan menyebabkan kecederaan pada puting dan payu dara. Tambahan lagi, tahap sedutan maksima TIDAK mengepam lebih banyak susu.

b) Periksa saiz corong yang anda gunakan kerana ia amat penting untuk memastikan keselesaan dan keberkesanan sesi mengepam.
Sehubungan itu juga, apabila mengepam, anda tidak perlu terlalu lama kerana ini akan menyebabkan puting membengkak dan menyebabkan ketidakselesaan. Tempoh 15 hingga 20 minit adalah memadai. Jika anda menggunakan pam berganda waktunya lebih singkat.
Untuk mengekalkan penghasilan susu, pastikan kekerapan penyusuan terus daripada payu dara bila bersama bayi dan hanya mengepam bila berpisah dengan bayi. Payu dara perlu dirangsang sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali sehari. (source: Pa & Ma)

2. Bersihkan puting. Boleh dilakukan dari usia kandungan masuk 9 bulan. Bersihkan dengan minyak zaitun (boleh juga digantikan dengan minyak kelapa dara etc) untuk memastikan tiada kekotoran di bahagian puting yang boleh menyebabkan puting tersumbat dan susu badan tidak dikeluarkan dengan sempurna.

3. Minum air kosong secukupnya. Ini kerana untuk membekalkan bayi anda susu, badan anda perlu mendapatkan air yang cukup sebelum boleh dibekalkan pada bayi anda. Kurangkan juga pengambilan caffeine kerana ia boleh melambatkan proses penyerapan khasiat yang akan ditukar kepada susu badan.

4. Diet yang seimbang dan elakkan stress.