Isnin, 10 November 2014

tugasan kissm kompenan 1 perintah am berkaitan gangguan seksual



KOMPONEN I
                                                         ( PERINTAH – PERINTAH AM)
                                                            TUGASAN 1
Tugasan 1b
Cik Z seorang kerani di salah sebuah jabatan kerajaan sering menerima gangguan seksual dari salah seorang pihak pentadbiranya. Gangguan tersebut telah menimbulkan perasaan serba salah, terancam serta kesan-kesan negatif yang lain ke atas dirinya.
i)Berdasarkan Perintah Am  Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) dan Pekeliling Perkhidmatan Bil.22 Tahun 2005, huraikan kategori dan bentuk perlakuan gangguan seksual yang dihadapi oleh Cik Z.
Gangguan seksual boleh terjadi kepada lelaki atau perempuan dan tidak terhad kepada pegawai atasan ke atas kakitangan bawahannya sahaja. Ia juga tidak terhad kepada berlainan jantina, malah boleh dilakukan oleh lelaki terhadap lelaki atau perempuan terhadap perempuan. Ia merentasi jurang gender dan status. Kebiasaannya gangguan seksual ini terjadi apabila suatu pihak merasakan dirinya diperlakukan sehingga menimbulkan suasana yang tidak menyenangkan ke atas dirinya.
Gangguan seksual merupakan satu daripada perlakuan yang dilarang atau ditegah sama sekali bagi Pegawai Awam mengikut peraturan 4A Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Selain daripada itu, gangguan seksual juga disebut di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 22 Tahun 2005.

Berbagai bentuk perlakuan atau pernyataan boleh terjumlah kepada gangguan seksual. Beberapa kategori gangguan seksual yang digambarkan dalam peraturan 4A(1) Peraturan Pegawai Awam adalah:


Meminta layanan seksual daripada orang lain .Kategori gangguan seksual ini lebih khusus dan boleh berlaku dalam keadaan Pegawai Awam mempunyai kuasa atau dianggap mempunyai kuasa untuk memberikan sesuatu faedah atau ganjaran tertentu kepada Pengadu (quid pro quo atau this in return for that) seperti penilaian prestasi yang baik, peluang peningkatan kerjaya, ganjaran dan faedah-faedah lain yang dijanjikan sekiranya Pengadu bersetuju memberikan layanan seksual kepada Pegawai Awam tersebut.

Sebagai contoh  seorang Pegawai Awam meminta layanan seksual daripada orang awam yang berurusan dengannya untuk meluluskan sesuatu permohonan atau mendapatkan tender sesuatu projek Kerajaan.

Gangguan seksual yang mengugut. Keadaan ini boleh berlaku apabila terdapat elemen ugutan cubaan untuk merapati orang lain secara seksual atau meminta layanan seksual bagi mendapatkan faedah tertentu seperti yang dinyatakan di atas.  Perbezaannya ialah pengadu tidak dijanjikan dengan faedah-faedah tertentu sebaliknya diugut tidak akan mendapat faedah-faedah seperti contoh yang dinyatakan sekiranya Pengadu tidak membenarkan Pegawai Awam tersebut merapatinya secara seksual atau enggan memberi layanan seksual kepadanya.  

Sebagai contoh, sekiranya permintaan untuk layanan seksual tersebut ditolak, Pengadu diugut bahawa laporan penilaian prestasi Pengadu tersebut akan dinilai sebagai tidak cemerlang.


Gangguan seksual yang menyinggung atau menghina. Perlakuan seorang Pegawai Awam seperti merenung atau melihat orang lain dengan pandangan yang berunsurkan seksual dan dilakukan secara sedar, boleh dianggap sebagai gangguan seksual bagi kategori ini.  Begitu juga perlakuan seorang Pegawai Awam yang meraba atau memeluk rakan sekerja yang lain dengan sengaja dan perlakuan ini tidak disukai oleh Pegawai Awam berkenaan.
Bentuk perlakuan gangguan seksual  yang dihadapi oeh oleh Cikgu Z ialah gangguan secara lisan iaitu bermaksud kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual.

Seterusnya bentuk gangguan seksual yang boleh juga terjadi adalah gangguan secara isyarat/  bukan lisan .Contoh Perilaku Pandangan atau kerlingan yang isyarat/ bukan lisan inembayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir atau memegang atau memakan  dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang meinbayangkan perlakuan seks dan lain-lain.

Gangguan visual juga merupakan salah satu gangguan seksual. Contoh gangguan visual ialah menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucali, menulis surat berunsur seksual dan lain-lain.Gangguan psikologi pula adalah seperti mengulangi jemputan sosial yang telah tidak diterima, memujuk rayu berterusan dan lain-lain.

 Akhirnya, gangguan fizikal seperti sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan dan lain-lain juga adalah gangguan seksual.




ii) Nyatakan tindakan yang sepatutnya di ambil oleh ketua jabatan bagi mengelakkan gangguan  seksual ini dari berlanjutan.

Kaunselor atau Pegawai Kaunseling boleh mengambil tindakan seperti menerima dan merekodkan kenyataan yang dikemukakan oleh PYDM semasa temu janji;memberi PYDM masa yang mencukupi dan peluang untuk membuat kenyataan berkenaan aduan tersebut; mendengar tanpa prasangka, mempamerkan empati dan menyedari kesan negatif yang mungkin dialami oleh PYDM.

Tindakan ini boleh diambil sekiranya Ketua Jabatan berpangkat setaraf dengan Kaunselor atau Pegawai Kaunseling.Sekiranya Ketua Jabatan berpangkat lebih tinggi daripada Kaunselor atau Pegawai Kaunseling, Kaunselor atau Pegawai Kaunseling hendaklah mengenal pasti tindakan yang perlu diambil sama ada merujuk kes gangguan seksual tersebut kepada Bahagian Perkhidmatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam. Ketua jabatan juga boleh membuat atau memanjangkan aduan kes gangguan seksual kepada Pihak Berkuasa Tatatertib untuk tujuan tindakan tatatertib diambil ke atas PYDM. Selain itu Ketua jabatan boleh membuat aduan polis.

Gangguan seksual merupakan satu bentuk salahlaku yang serius di tempat kerja. Ia boleh dianggap sebagai suatu bentuk diskriminasi seksual kerana mangsa boleh mengalaini gangguan emosi dan mental yang serius. Selain itu, perbuatan ini juga dapat mencemarkan nama baik perkhidmatan awam itu sendiri dan seterusnya member gambaran negatif dari sisi masyarakat. Sehubungan itu satu langkah yang konkrik perlu diambil bagi mengatasi masalah gangguan seksual ini daripada terus menular di kalangan kakitangan keajaan.
Bibliografi

Dr. Ragbir Kaur A/P Joginder Singh,Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk
KPLI,Sekolah Rendah dan  Menengah, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur.7-1,Jln Usj 1/1B, Regalia Business Centre, 47620 Subang Jaya,Selangor. Dicetak Oleh : Percetakan Seasons Sdn Bhd, 3,Jln 8/155, Taman Industri Bukit O.U.G, Jln Klang lama, 58200 K.Lumpur, Terbitan Pertama 2005.

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (2007), Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan
            15 Tahun 2007, Putrajaya

Mok Soong Sang (2007), Kursus Induksi Perkhidmatan Awam dan Kenegaraan,
            Selangor : Multimedia Es Resources Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan untuk KPLI, Sekolah Menengah Semester 1&2,Edisi
ketiga , Kumpulan Budiman Sdn Bhd, 7-1, Jalan USJ i/b,Regalia Business Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor, Dicetak Oleh Percetakan Seasons sdn Bhd, Jalan Klang Lama, 58200 K.Lumpur. Terbitan Keempat 2006.

­­­Perintah-Perintah Am / Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam /
Arahan Perbendaharaan / Panduan Pengurusan Pejabat / Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor / Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan / Akta Acara Kewangan, (2008)Kuala Lumpur : MDC Publishers Sdn. Bhd

Omar Parkan (2008), Nota Rujukan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM)
 Jilid 2, Kuala Lumpur : Institut Perguruan Teknik.

















KOMPONEN II
( Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam )
Tugasan 2

Tugasan 2b
Sebagai guru baru yang ditempatkan di sekolah luar Bandar, anda perlu memahami, menghayati dan melaksanakan Etika Perkhidmatan Awam.

a)    Nyatakan sebab mengapa Etika Perkhidmatan Awam diwujudkan.

Permintaan rakyat ke atas perkhidmatan awam terus meningkat dan mereka mahukan satu perkhidmatan yang dapat memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan. Keadaan Negara yang semakin berkembang, malah banyak teknologi yang telah diperkenalkan bagi memastikan Negara seiring dengan Negara luar. Maka bagi mencapai matlamat tersebut perkhidmatan awam mestilah berkembang dan lebih baik berbanding perkhidmatan masa terdahulu.

Adanya tuduhan bahawa terdapat penyelewengan di dalam pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.Terdapat tuduhan daripada pihak terutama pihak yang yang ingin mengancam perpaduan rakyat dalam menyatakan pelbagai dasar yang diwujud kerana penyelewengan pihak-pihak yang berkepentingan peribadi. Maka dengan wujudnya etika perkhidmatan awam akan menunjukkan tanggungjawab setiap rakyat sebenar kepada Negara, ini bermaksud setiap rakyat mempunyai peranan dan fungsi dalam memajukan serta memperkembangkan ekonomi negara di mata dunia.

Kerajaan berazam untuk meninggikan lagi mutu kecekapan dan prestasi perkhidmatan awam dari semasa ke semasa. Perbagai pelbeza yang wujud pada Malaysia dahulu dan Malaysia sekarang , dimana pelbagai teknologi sedang berkembang. Maka banyak kemudahan telah diwujudkan seperti sistem pengfailan, data dan pelbagai lagi. Jadi oleh kerana kemudahan yang diwujudkan lebih sistematik dan tersusun maka perkhidmatan yang diberikan perlu setimpal dengan kemudahan yang mereka dapat. Malahan pelbagai latihan, kursus dan motivasi yang telah diwujudkan dan dimodulkan bagi mewujudkan kakitangan awam yang cekap dan berprestasi tinggi.

Faktor-faktor luar juga telah menyebabkan kerajaan mewujudkan etika ini , antara faktor-faktor tersebut adalah kemerosotan ekonomi, ancaman keselamatan kepada rantau ini dan kemunculan geajalan sosial yang kurang sihat seperti rasuah serta penyelewengan dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan.
  
b)   Huraikan lima amalan  yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah organisasi kerajaan bagi merealisasikan etika tersebut.

Amalan yang pertama adalah mengadakan hari penganegerahan atau pengiktirafan dan penghargaan. Setiap orang memerlukan sokongan diri sendiri dan orang disekitar untuk berjaya dalam sesebuah kerjaya.  Kadangkala bukan harta menjadi ukuran dalam memotivasikan seseorang individu tapi cukup dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan. Mengikut Abraham Maslow dalam Hierarki Maslow ada menyebut salah satu cabang dalam memotivasikan pekerja adalah penghargaan. Penghargaan boleh dilakukan dalam bebrapa cara seperti kata pujian, imbuhan, kenaikan pangkat, sijil penghargaan dan sebagainya. Melalui penghargaan pihak majikan akan dapat memupuk pekerja yang beretika dan mencintai pekerjaannya. Kepuasan pekerja dalam pekerjaan mereka dapat dilihat dari segi pencapaian dalam perkhidmatan dan prestasi mereka.Aktiviti penyampaian hadiah dan penghargaan kepada pekerja yang berjaya serta cemerlang akan mendorong pekerja lain untuk berusaha dengan lebih giat lagi. Secara tidak langsung kita dapat memupuk persaingan secara positif.


Seterusnya mengadakan dialog serta perbincangan untuk menerangkan cara pelaksanaan Etika Perkhidmatan Awam.  Masalah sering berlaku dalam organisasi apabila tiada maklumat berkaitan kehendak pihak majikan kepada pihak pekerja. Benteng yang divina ini menyebabkan berlaku ketidakfahaman antara majikan serta pekerja, malahan perbagai masalah timbul akibat kekurangan maklumat.  Jadi pihak majikan perlu sentiasa berhubung dengan pekerja bagi menerangkan cara pelaksanaaN Etika Perkhidmatan Awam mengikut amalan syarikat. Pihak syarikat juga boleh bersoal jawab bersama pekerja berkaitan masalah yang timbul dan menjawab ketidakfahaman pekerja berkaitan etika keselamatan. Ini akan menyebabkan hubungan yang berlaku lebih berteraskan toleransi dan menjalankan tugas secara beretika.

Selain itu, menubuhkan jawatankuasa kelab sukan  ,  kebajikan dan sosial juga merupakan salah satu amalan etika. Hubungan akrab antara kakitangan perlu dalam menjalankan kerja secara harmonis dan rasional. Hubungan rakan sekerja tidak perlu hanya secara formal sahaja tetapi juga boleh dijalankan secara tidak formal.Kegiatan tidak formal akan menambahkan lagi ikatan perhubungan antara kakitangan, pihak syarikat boleh menjalankan aktiviti sukan seperti pertandingan boling dan futsal , mengadakan aktiviti kebajikan seberti membuat lawatan ke rumah pekerja yang menghadapi masalah kesihatan dan sebagainya.

Disamping itu, mengadakan majlis jamuan minum teh atau hari keluarga dan lain-lain aktiviti yang sesuai. Hubungan yang rapat antara majikan dan pekerja perlu bagi memastikan  perjalanan  atau operasi syarikat dapat dijalankan dengan lancer dan telus.  Bagi mewujudkan hubungan ini, pihak pentadbiran perlu mengadakan aktiviti yang bersesuaian untuk bersama pekerja. Nilai kekeluargaan amat penting dalam memotiwasikan pekerja, jadi pihak organisasi boleh mengadakan program dan aktiviti bersama pekerja dan keluarga mereka. Pelbagai aktiviti yang boleh diwujudkan untuk program kekeluargaan dengan hari pekerja seperti program hari keluarga, jamuan hari lahir dan aktiviti sukaneka. Ketika program dijalankan pihak pengurusan boleh menerapkan etika-etika perkhidmatan yang bersesuaian.

 Menganjurkan majlis syarahan /ceramah  agama dari semasa ke semasa juga merupakan salah satu amalan . Pihak syarikat juga boleh menganjurkan majlis-majlis keagamaan untuk menambah ilmu para pekerja. Melalui ceramah agama juga boleh diterapkan nilai cintakan pekerjaan dan menjalankan tugas secara beretika. Ini menerapkan bahawa pihak majikan tidak hanya mementingkan tanggungjawab secara dalaman sahaja tetapi memperseimbangkan nilai jasmani dan rohani.

Pihak syarikat juga mengadakan pertandingan seperti pejabat terbersih, taman tercantik dan lain . Mengikut kajian Tolman dan Honzik (1930), mengikut hasil kajian mereka menunjukkan motivasi dalam ganjaran  adalah berkesan berbanding motivasi berbentuk hukuman. Ini adalah kerana ganjaran menggalakkan tingkah laku yang diingini diteruskan. Bagi memupuk semangat cintakan tempat kerja maka pihak pentadbiran boleh mengadakan beberapa pertandingan yang bersesuaian seperti pejabat terbersih, pekerja popular, lanskap tercantik dan sebagainya. Ini secara tidak langsung akan memupuk semangat cintakan persekitaran tempat kerja. Malahan pihak syarikat boleh menjadikan program tersebut sebagai aktiviti tahunan.



Bibliografi
Omardin Ashaari ,Pengurusan masa , Utusan Publications & Distributors  
            Sdn. Bhd. 1998

Pekeliling Perkhidmatan Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 1 dan 4 Tahun 
            1991

Tonggak Dua Belas ( The Twelve Pillars ) – Penerapan Nilai Norma dan  
            Etika PerkhidmatanDiterbitkan dan dicetak oleh Institut Tadbiran Awam  
            Negara ( INTAN ) Malaysia ( 1992 )

Etika perkhidmatan.http://www.etika&nilai.gov.my
Etika perkhidmatan. http://www.tonggak12.gov.my