Jumaat, 3 Julai 2015

Resepi Sup Siam

SUP SIAM
.
Bahan-Bahan:
1 kilo daging bercampur tulang lembu
6 biji kentang - potong 4
3 biji tomato - potong 4
Jus perahan limau nipis secukupnya
1 pokok daun sup
Garam secukup rasa
Air secukupnya
.
BAHAN TUMIS :
3 sudu besar rempah sup
2 biji bawang merah - dimayang halus
1 biji bawang besar - dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang halus
1 inci halia - dimayang halus
1 inci lengkuas - dimayang halus
2 batang serai dititik
5 biji cili api-boleh tambah ikut citarasa masing2
.
Kaedah Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk.
2. Tumis semua bawang tadi kemudian masukkan rempah sup .
3. Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk .
4. Masukkan serai , cili api dan semua tulang/daging , biarkan sampai mendidih dan hingga daing empuk.
5. Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut citarasa masing-masing kalau suka lagi masam tambah la lagi jus limau nipis.
6. Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga daging masak serta menjadi empuk , kemudian boleh la dimasukkan semua ubi kentang .
7. Biarkan ubi kentang empuk dan baru la dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.