Selasa, 17 Januari 2017

BERDOA

BERDOA ---- RUJUKAN MAJALAH MUSLIMAH

Apabila seorang muslim memanjatkan sesuatu doa kepada Allah yang di dalamnya tidak ada dosa dan pemutusan tali siraturahim, maka Allah akan memberinya satu di antara tiga :
1. Allah SWT mengabulkan doanya.
2. Allah SWT akan menyimpannya untuk diberikan  di Akhirat kelak.
3. Allah SWT akan menjauhkan kejahatan dan keburukan daripada orang tersebut yang setimpal dengan doanya.


ADAB BERDOA
 
1.Ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.
2.Memulakan doa dengan tahmid dan syukur memuji Allah kemudian berselawat kepada Rasulullah SAW.
3.Khusyuk ketika berdoa.
4.Mengakui dosa-dosa ( sekiranya ada) daan memohon keampunan daripada Allah SWT .
5.Menghadap kiblat.
6.Mengulang doa sebanyak 3 kali.
7.Berdoa bersungguh-sungguh dan yakin Allah akan menunaikan doanya.
8.Menadah tangan ketika berdoa.
9. Menjauhkan diri daripada segala maksiat.
10. Menjaga makanan , minuman dan pakaian daripada hasil yang haram.
11.Tidak berdoa untuk perkara maksiat dan memutuskan hubungan silaturahim.
12. Berdoa dengan tertib dan tidak gopoh.
13.Berdoa dengan menyebut nama-nama Allah yang indah ( Asma' Allah al - Husna) dan sifat-sifat Allah yang mulia.
14. Berwuduk sebelum berdoa.

WAKTU MUSTAJAB BERDOA
 
1.Lailatul Qadar  ( 10 malam terakhir bulan Ramadhan).
2.Sepertiga akhir malam.
3.Setelah solat fardu.
4.Ketika turun hujan.
5.Ketika peperangan menentang orang kafir ( jihad).
6.Ketika minum air zam-zam.
7.Ketika terjaga dari tidur malam ( tengah malam).
8.Ketika antara azan dan iqamat.
9.Hari dan malam jumaat.
10.Ketika berpuasa di bulan Ramadan sehingga berbuka.
11.Ketika majlis ilmu.
12.Ketika iktikaf di masjid.
13.Ketika sujud.
14.Doa pemimpin yang adil.
15. Ketika di bukit Marwah dan Safa.
16.Doa orang yang dizalimi.
17.Ketika berada di Masjidil Haram atau depan Kaabah.
18.Ketika musafir yang diharuskan syara'
19.Doa ibubapa kepada anaknya.
20.Doa anak yang soleh kepada ibubapanya.
21.Doa di Padang Arafah ( khususnya ketika Wukuf Haji)