Selasa, 6 Mac 2018

KATA TUGAS



KATA TUGAS
Kata tugas adalah sejenis perkataan yang hadir di dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu. Kata tugas mempunyai tugas yang mustahak di dalam ayat. Kata tugas tidak mempunyai makna tetapi ia digunakan dalam ayat dan frasa untuk menjalankan sesuatu tugas tatabahasa. Fungsi kata tugas ialah menjadi penghubung, penentu, penguat, pedepan serta pembantu. Ada 16 jenis  kata tugas yang boleh dikelompokkan berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, iaitu : kata hubung,kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pangkal ayat, kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata pembenar, kata arah, kata bilangan, kata penekan dan kata pembenda.
Bolehlah dikelompok 16 jenis kata tugas ini dalam empat kelompok, berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat . Kriteria tersebut adalah kata penyambung ayat, kata praklausa, kata prafrasa dan kata pascakata.
Kata Penyambung Ayat
Kata penyambung ayat juga dikenali sebagai kata hubung iaitu membawa maksud sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis atau dikenali ayat majmuk. Ayat majmuk yang terbentuk pula boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ayat majmuk gabungan yang membawa maksud jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya, antara contoh kata hubung gabungan adalah perkataaan ‘dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil,kemudian’.  Contoh ayat pula : Kamarul mencuci kereta dan adiknya bermain bola.
Seterus kata majmuk yang kedua adalah ayat majmuk pancangan, ayat majmuk pancangan bermaksud jenis kata hubung yang menyambung klausa-kalausa yang tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau induk. Kata hubung ini terbahagi kepada tiga iaitu kata hubung pancangan relative, kata hubung pancangan komplemen dan kata hubung pancangan keterangan. Kata hubung pancangan relative atau dikenali kata relatif adalah kata yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil  yang lain, bentuk kata tersebut adalah perkataan ‘yang’. Contoh : Gadis yang baik hati itu sahabat  menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Contoh kata komplemen adalah bahawa dan untuk. Contoh ayat: Kami semua sedar bahawa setiap kejahatan akan mendapat balasan jahat. Kata hubung pancangan keterangan pula adalah kata keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama. Antara contoh kata keterangan ini adalah ‘kerana,agar,walaupun dan apabila’.Contoh ayat adalah : Walaupun cuaca hari ini panas, Kamal tetap membantu ayahnya di ladang.
Kata Praklausa
Manakala kata praklausa pula adalah sejumlah perkataan yang terletak dihadapan klausa, iaitu terdiri daripada kata seru,kata tanya,kata perintah, kata pembenar dan kata pangkal ayat. Sejumlah perkataan yang terletak perkataan yang terletak dihadapan klausa iaitu yang terdiri daripada : kata seru yang berfungsi melahirkan pelbagai bentuk ayat yang menunjukkan perasaan. Contoh : aduh, cis, aduhai, amboi. Contoh ayatnya pula adalah : Amboi, baiknya budi bahasa anak kamu. Manakala kata tanya pula berfungsi  untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu. Contoh : mengapa , berapa, bila, bagaimana. Contoh ayat adalah :Bagaimana jika saya mahu menghubungi kamu?. Seterusnya adalah kata perintah yang bermaksud perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas. Ia diucapkan dengan nada perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan. Contoh : jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong. Contoh ayat adalah : Tolong pergi dari sini! .Kata pembenar pula merupakan perkataan yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh : ya, benar dan betul, .Contoh ayat adalah : Betul, tanyalah dia. Seterusnya bentuk kata praklausa yang terakhir adalah kata pangkal ayat , ia merupakan perkataan yang  hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh : hatta, maka, syahdan, adapun, alkisah. Contoh ayah : Maka pahlawan-pahlawan itupun berangkat ke medan perang.

Kata Prafrasa
Kata Prafrasa merupakan sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja atau frasa adjektif. Ia mendukung tugas-tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, menyendikan, menunjukkan arah dan membilang.Berdasarkan tugas-tugas ini , maka kata prafrasa mengandungi lapan jenis iaitu kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah dan kata bilangan. kata bantu merupakan jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan menimbulkan makna-makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Kata bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kata bantu aspek yang bertugas menerangkan sama ada perubahan itu sudah dilakukan, sedang dilakukan atau akan dilakukan. Contoh : telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan, belum.Contoh ayat :Kami pernah menghadiri seminar itu. Manakala kata bantu ragam pula bertugas menerangkan kemahuan atau perasaan yang dirasai oleh orang yang melakukan perbuatan tersebut. Contoh : hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat.Contoh ayat : Kamal mahu membantu ayahnya di sawah. Seterusnya kata penguat yang berfungsi menguat maksud kata adjektif serta merupakan perkataan yang mendahuli dan mengikuti kata adjektif. Contoh : terlalu, paling, sekali, benar, sungguh, amat. Contoh ayat : Pantai itu terlalu bersih. Kata penegas  juga dikenali sebagai kata partikel. Ia adalah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Ada dua jenis kata penegas iaitu menegaskan hanya frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contoh : -kah, -tah, -lah.Contoh ayat : Siapakah, ibu kamu? dan yang kedua menegaskan kedua-dua bahagian ayat iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contoh : juga, jua, sahaja, pun, lagi, memang. Contoh ayat adalah : Rumah itu memang rumah Haji Ramli.

Kata nafi pula merujuk kepada perkataan yang menjadi unsur nafi frasa frasa predikat iaitu frasa nama, frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ada dua bentuk kata nafi : bukan dan tidak. Contoh ayat : Dia bukan kekasih saya. Seterusnya adalah kata pemeri , ia adalah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Contoh : adalah, merupakan, ialah. Contoh ayat : Keputusan itu adalah muktamad. Kata sendi nama pula merupakan kata yang terletak  di hadapan frasa sendi nama. Kata sendi nama sentiasa hadir di hadapan perkataan yang diterangkan olehnya. Contoh : di, ke, dari, demi, tentang, seperti dan, terhadap. Contoh ayat : Kanak-kanak itu menceritakan tentang sekolah barunya. Kata arah ialah sejumlah perkataaan yang hadir sebelum frasa nama, selalunyanya hadir sesudah perkataan sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contoh : atas, bawah, tepi dan antara.Contoh ayat : Barang kemas itu dijumpai di atas katil ibu. Seterusnya kata bilangan pula membawa maksud sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama. Contoh : lapan puluh, segala, semua, para,banyak, masing-masing.Contoh ayat : Semua pelajar diminta berhimpun di hadapan asrama.





Kata Pasca
Kata Pasca adalah satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah ‘-nya’ , yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda.Kata penekan ialah satu bentuk yang memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh : Nampaknya hujan lebat ini boleh menyebabkan banjir kilat berlaku. Kata pasca yang kedua adalah kata pembenda yang bermaksud bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan dari kata nama sebagai kata nama. Contoh :Kamal berhujah dengan lantangnya.




BIBLIOGRAFI

Tatabahasa Dewan. Nik Safiah Karim,Farid M.Onn,Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 2006. Hlm 235-276.

Kata tugas. Faculty.unitarkljl.edu.my/ ALD0063/week6/morfologi/golongan 20 kata.com.

Golongan kata tugas.www.tutor.com.my/stpm/golongan% 20 kata/golongan_kata tugas.htm.

Kata tugas.shhk8k.tripod.com/bm/tugas.htm.sk

Kata tugas.www.cs.ui.ac/wedkuliah.com







    INSITUT PERGURUAN IPOH PERAK
31150 HULU KINTA
PERAK

 TAJUK TUGASAN :KATA TUGAS

NAMA :CAMPAKA BINTI YAAKOB
MATAPELAJARAN: BAHASA MELAYU KINI
                                     (BMKi)
NAMA KELAS/UNIT : SABK 7 / KPLI SABK
NAMA PENSYARAH : HJ MOHD RAZAK BIN
                                    MOHD NORDIN