KATA TUGAS
Kata
tugas adalah sejenis perkataan yang hadir di dalam ayat, klausa atau frasa
untuk mendukung sesuatu tugas tertentu. Kata tugas mempunyai tugas yang
mustahak di dalam ayat. Kata tugas tidak mempunyai makna tetapi ia digunakan
dalam ayat dan frasa untuk menjalankan sesuatu tugas tatabahasa. Fungsi kata
tugas ialah menjadi penghubung, penentu, penguat, pedepan serta pembantu. Ada 16 jenis kata tugas yang boleh dikelompokkan
berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, iaitu : kata
hubung,kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pangkal ayat, kata bantu,
kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata
pembenar, kata arah, kata bilangan, kata penekan dan kata pembenda.
Bolehlah
dikelompok 16 jenis kata tugas ini dalam empat kelompok, berdasarkan kriteria
kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat . Kriteria tersebut adalah kata penyambung
ayat, kata praklausa, kata prafrasa dan kata pascakata.
Kata Penyambung Ayat
Kata
penyambung ayat juga dikenali sebagai kata hubung iaitu membawa maksud sejumlah
perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga
menjadi satu bentuk ayat yang berlapis atau dikenali ayat majmuk. Ayat majmuk
yang terbentuk pula boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ayat majmuk
gabungan yang membawa maksud jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau
lebih yang sama tara sifatnya, antara contoh kata hubung gabungan adalah
perkataaan ‘dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil,kemudian’. Contoh ayat pula : Kamarul mencuci kereta dan adiknya bermain bola.
Seterus
kata majmuk yang kedua adalah ayat majmuk pancangan, ayat majmuk pancangan
bermaksud jenis kata hubung yang menyambung klausa-kalausa yang tak setara atau
klausa pancangan pada klausa utama atau induk. Kata hubung ini terbahagi kepada
tiga iaitu kata hubung pancangan relative, kata hubung pancangan komplemen dan
kata hubung pancangan keterangan. Kata hubung pancangan relative atau dikenali
kata relatif adalah kata yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan satu
klausa kecil yang lain, bentuk kata
tersebut adalah perkataan ‘yang’. Contoh : Gadis yang baik hati itu sahabat
menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada
satu klausa utama. Contoh kata komplemen adalah bahawa dan untuk. Contoh ayat:
Kami semua sedar bahawa setiap
kejahatan akan mendapat balasan jahat. Kata hubung pancangan keterangan pula
adalah kata keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi
keterangan pada satu klausa utama. Antara contoh kata keterangan ini adalah
‘kerana,agar,walaupun dan apabila’.Contoh ayat adalah : Walaupun cuaca hari ini panas, Kamal tetap membantu ayahnya di
ladang.
Kata Praklausa
Manakala
kata praklausa pula adalah sejumlah perkataan yang terletak dihadapan klausa,
iaitu terdiri daripada kata seru,kata tanya,kata perintah, kata pembenar dan
kata pangkal ayat. Sejumlah
perkataan yang terletak perkataan yang terletak dihadapan klausa iaitu yang
terdiri daripada : kata seru yang berfungsi melahirkan pelbagai bentuk ayat
yang menunjukkan perasaan. Contoh : aduh, cis, aduhai, amboi. Contoh ayatnya
pula adalah : Amboi, baiknya budi
bahasa anak kamu. Manakala kata tanya pula berfungsi untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu.
Contoh : mengapa , berapa, bila, bagaimana. Contoh ayat adalah :Bagaimana jika saya mahu menghubungi
kamu?. Seterusnya adalah kata perintah yang bermaksud perkataan
yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas. Ia diucapkan dengan nada
perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan. Contoh : jangan, usah,
sila, jemput, minta, tolong. Contoh ayat adalah : Tolong pergi
dari sini! .Kata pembenar pula merupakan perkataan yang mengesahkan sesuatu
pertanyaan. Contoh : ya, benar dan betul, .Contoh ayat adalah : Betul, tanyalah
dia. Seterusnya bentuk kata praklausa yang terakhir adalah kata pangkal ayat ,
ia merupakan perkataan yang hadir di
bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana.
Contoh : hatta, maka, syahdan, adapun, alkisah. Contoh ayah : Maka
pahlawan-pahlawan itupun berangkat ke medan perang.
Kata Prafrasa
Kata
Prafrasa merupakan sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu
sama ada frasa nama, frasa kerja atau frasa adjektif. Ia mendukung tugas-tugas
maksud yang terkandung dalam ayat seperti membantu, menguatkan, menegaskan,
menafikan, menyendikan, menunjukkan arah dan membilang.Berdasarkan tugas-tugas
ini , maka kata prafrasa mengandungi lapan jenis iaitu kata bantu, kata
penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah dan
kata bilangan. kata bantu merupakan jenis perkataan yang bertugas membantu
frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan menimbulkan makna-makna
tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Kata bantu boleh dibahagikan kepada
dua kumpulan iaitu kata bantu aspek yang bertugas menerangkan sama ada perubahan
itu sudah dilakukan, sedang dilakukan atau akan dilakukan. Contoh : telah,
sudah, pernah, sedang, masih, akan, belum.Contoh ayat :Kami pernah menghadiri seminar itu. Manakala
kata bantu ragam pula bertugas menerangkan kemahuan atau perasaan yang dirasai
oleh orang yang melakukan perbuatan tersebut. Contoh : hendak, mahu, harus,
mesti, boleh, dapat.Contoh ayat : Kamal mahu
membantu ayahnya di sawah. Seterusnya kata penguat yang berfungsi menguat
maksud kata adjektif serta merupakan perkataan yang mendahuli dan mengikuti
kata adjektif. Contoh : terlalu, paling, sekali, benar, sungguh, amat. Contoh
ayat : Pantai itu terlalu bersih. Kata
penegas juga dikenali sebagai kata
partikel. Ia adalah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada
bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Ada dua jenis kata penegas iaitu menegaskan
hanya frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contoh : -kah, -tah, -lah.Contoh
ayat : Siapakah, ibu kamu? dan yang
kedua menegaskan kedua-dua bahagian ayat iaitu frasa nama sebagai subjek atau
bahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contoh : juga, jua,
sahaja, pun, lagi, memang. Contoh ayat adalah : Rumah itu memang rumah Haji Ramli.
Kata
nafi pula merujuk kepada perkataan yang menjadi unsur nafi frasa frasa predikat
iaitu frasa nama, frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ada dua
bentuk kata nafi : bukan dan tidak. Contoh ayat : Dia bukan kekasih saya. Seterusnya adalah kata pemeri , ia adalah unsur
yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama
dalam predikat. Contoh : adalah, merupakan, ialah. Contoh ayat : Keputusan itu adalah muktamad. Kata sendi nama pula
merupakan kata yang terletak di hadapan
frasa sendi nama. Kata sendi nama sentiasa hadir di hadapan perkataan yang
diterangkan olehnya. Contoh : di, ke, dari, demi, tentang, seperti dan,
terhadap. Contoh ayat : Kanak-kanak itu menceritakan tentang sekolah barunya. Kata arah ialah sejumlah perkataaan yang
hadir sebelum frasa nama, selalunyanya hadir sesudah perkataan sendi nama untuk
menunjukkan hala atau jurusan. Contoh : atas, bawah, tepi dan antara.Contoh
ayat : Barang kemas itu dijumpai di atas
katil ibu. Seterusnya kata bilangan pula membawa maksud sejumlah perkataan yang
menjadi penerang jumlah pada frasa nama. Contoh : lapan puluh, segala, semua,
para,banyak, masing-masing.Contoh ayat : Semua
pelajar diminta berhimpun di hadapan asrama.
Kata Pasca
Kata
Pasca adalah satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah ‘-nya’
, yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda.Kata penekan ialah satu bentuk
yang memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh : Nampaknya hujan lebat ini boleh
menyebabkan banjir kilat berlaku. Kata pasca yang kedua adalah kata pembenda yang
bermaksud bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan dari kata nama
sebagai kata nama. Contoh :Kamal berhujah dengan lantangnya.
BIBLIOGRAFI
Tatabahasa
Dewan. Nik Safiah Karim,Farid M.Onn,Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood.
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 2006. Hlm 235-276.
Kata
tugas. Faculty.unitarkljl.edu.my/ ALD0063/week6/morfologi/golongan 20 kata.com.
Golongan
kata tugas.www.tutor.com.my/stpm/golongan% 20 kata/golongan_kata tugas.htm.
Kata
tugas.shhk8k.tripod.com/bm/tugas.htm.sk
Kata
tugas.www.cs.ui.ac/wedkuliah.com
INSITUT PERGURUAN IPOH PERAK
31150 HULU KINTA
PERAK
TAJUK TUGASAN :KATA TUGAS
NAMA
:CAMPAKA BINTI YAAKOB
MATAPELAJARAN:
BAHASA MELAYU KINI
(BMKi)
NAMA
KELAS/UNIT : SABK 7 / KPLI SABK
NAMA
PENSYARAH : HJ MOHD RAZAK BIN
MOHD NORDIN