Selasa, 20 Mac 2018

nota kecil untuk aktiviti brigred bakti .... bbm



BENDERA  BBM



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhbFaNq6iX7991A9ktro2NIk8EP_S9MEO1dCftVEw43VKpL1-3hCsWHAgC2eZ14TpSF8mFHucNlFaYIQ7nAFoct64k_SzDipAXq5JU688eJvM2xSXaU6M38qZOOZJZhfWnQD1P9BrEWI9uD/s1600/BBM+LOGO+25.09.2014.jpg



1)  Reka Bentuk Logo:
a.    Bentuk asas berupa pentagon ( lima bucu ) berwarna hitam
b.    Warna latar logo hijau tua
c.    Lingkaran bunga tanjung (10 kuntum) di bahagian dalam pentagon berwarna kuning emas
d.    Daun bunga tanjung 2 helai di puncak dan 4 helai di bahagian bawah berwarna kuning emas
e.    Bulan Sabit berada di bahagian dalam lingkaran bunga tanjung berwarna merah.
f.      Bintang 14 bucu di bahagian atas di antara pucuk daun bunga tanjung dan tanduk bulan sabit berwarna merah.
g.    Dua tangan berjabat erat di tengah-tengah bulan sabit berwarna kuning emas.
h.    Riben berwarna kuning emas di bahagian bawah / tapak logo bertulisan Briged Bakti huru besar berwarna hitam
i.      Memasukkan tahun   1991 berwarna hitam pada ruang tengah di antara tangan sedang berjabat tangan dengan bulan sabit merah.



(2)    Pengertian Lambang:
a.    Bucu Lima (pentagon) berwarna hitam bermaksud:
Kepatuhan dan penghayatan kepada 5 prinsip teras Briged Bakti iaitu: Ketuhanan, Kesetiaan, Persaudaraan, Kebaktian, dan Keikhlasan.
b.    Lingkaran Bunga Tanjung berwarna kuning bermaksud:
Pengorbanan, Kemanfaatan, dan Ketrampilan.
c.    Daun Bunga Tanjung berwarna kuning bermaksud:
Sedia membantu dan memberi khidmat bakti.
d.    Bulan Sabit berwarna merah bermaksud:
Keprihatinan dan Pertolongan Cemas.
e.    Bintang 14 Bucu berwarna merah bermaksud:
Kesejagatan dan 14 buah negeri di Malaysia.
f.      Tangan Berjabat Erat berwarna kuning bermaksud:
Persahabatan, Perpaduan, dan Kerjasama.
g.    Riben Bertulisan Briged Bakti bermaksud:
Paksi Kesukarelaan dan Kesukarelawanan.
h.    Tahun 1991 berwarna hitam bermaksud:
Tahun rasmi penubuhan BBM.

(3)    Pengertian Warna Logo:
a.    Hijau Tua: Bermaksud Kesabaran Dan Ketenangan.
b.    Merah   :   Bermaksud Keberanian Dan Ketangkasan.
c.    Kuning  :   Bermaksud Kewibawaan, Kecemerlangan Dan Proaktif.
d.   Hitam    :   Bermaksud Sentiasa Bersiap Sedia, Berdisiplin Dan Komited.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgcEaAQTd3LYeeOsKx1QW0UfLepRapeK6YG20NwmvbWfjL-C3QK5227TshS6eOYYS_Ad25IqBxzwBVJwbY0nY8YbummrdT4OdZjFGi-EjzkCpAXer6VzrvWFyV4StUR3UU2CvHy41ZJ_og/s1600/visi,+misi+dan+budaya.PNG



JENIS BALUTAN ANDUH
Jenis Balutan Anduh


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJGy-0gAQvUZZ5Qm8w0aUuTp20TK3VLoEyRsasYWtaIAuXV_pwIrMzbbD_-o96Z39ldMLyiYmsKBdVL0FU-sdO8mobKkgrsCpdglqogJAhuW7sKoaMZ-2916hdWn5NivM2KAoYnRsUcQyP/s320/image-15.jpg

Pembalut cincin
-Balutan ini digunakan apabila cedera tekena atau tertusuk objek tajam.
-Diperbuat daripada pembalut tirus.
-Digunakan untuk menutup luka.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgLN9izeaOYKJVolBvh6ND4yrTcMrpmeVA12Tif-UGb-EsOtT6shRq4Hjs8z97rS_S91012VmCpIqnaKO_ugyJFbsKGT4QP1BCL9oqeR945eZ75okK8-ymwoCJc_ZXymN-_msy96FtjjpY5/s320/Picture5.png
Anduh kecil/ Anduh pergelangan tangan
-Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan
bucu atas kain anduh di atas tangan. 
-Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. 
-Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEglsy3WswhAzzcLhu__4eMUqd1LwibjbyfNcHjw2Jboc2uHQv-RZI5-jLz3wlw2JQWsai8cRRVI4Ug5Vl5NuYocZj-Ul3B7wUqtsO_qUOrUwr_JXf_0ivLHsGIpaNpQRTsom6ojOj5Ae1kB/s400/9-87600dcee3+copy.png
Anduh besar/ Anduh lengan
-Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera.
-Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.
-Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat
ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas.
Fungsi:
- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.









 
LANGKAH-LANGKAH DAN CARA-CARAMENGHADAPI KECEMASAN.

.1 TAKRIF PERTOLONGAN CEMAS
* Pertolongan cemas merupakan bantuan awal atau bantuan rawatanyang diberikan kepada seseorang yang tercedera atau sakit secaratiba-tiba sementara menunggu bantuan tiba
BANTUAN KECEMASAN
2.1 MERAWAT LUKA DAN BERDARAH
Rawatan luka kecil
- Alirkan air pada luka dan keringkandengan kain bersih.
-Bersihkan kelilingan luka dengankapas atau kain bersih yangdibasahkan dengan air dan sabunatau antiseptik.
Mengawal pendarahan
 - Hentikan pendarahan denganmeletakan kain bersih pada luka dantekan dengan jari atau tangan(Tekanan Tepat).- Apabila pendarahan berhenti, balutdengan kain bersih.
-Jika terdapat objek asing sepertipaku, kaca atau pisau, jangan tekan pada luka. Balut sekelilingobjek itu dengan kain bersih dan dapatkan rawatan lanjut.
-Jika tangan atau kaki yang cedera, tinggikan ia melebihi paras keretakan atau patah berlaku pada tulang paha atau pelvis.
- Kesukaran untuk menggerakkan anggota secara normal atau tidakdapat bergerak langsung.
-Luka dengan hujung tulang tertonjol.
Merawat Kepatahan Tulang.
-Berikan rawatan kepada pendarahan dan kesesakan terlebih dahulu.
-Berikan rawatan di tempat kejadian.
-Elakkan pergerakan yang tidakperlu. Jangan gerakan bahagianyang patah.
-Rawat dan hentikan pendarahanluka jika ada.
-Jangan tekan pada luka sekiranyaada tulang terkeluar.
-Buat tuapan dengan mengikat kayu, kertas tebal, suratkhabar dansebagainya di atas dan bawah sendi tulang yang patah.
-Jika tiada bahan tuapan, ikatkan pada anggota badan yang tidak cedera.
-Dapatkan rawatan lanjut.
3 MANGSA PENGSAN.
• Tanda-tanda pengsan.
-Hilangnya daya sedar yang singkat menyebabkan mangsa jatuh ke lantai.
-Denyut nadi yang perlahan.
-Pucat, kulit sejuk dan berpeluh.
• Merawat Mangsa Pengsan.
-Baringkan mangsa.
-Longgarkan pakaian yang ketat.
-Tinggikan kaki dengan alas bantal, buku dansebagainya.
-Pastikan udara bersih mencukupi.
-Periksa lain-lain kecederaan jika ada.
-Tunggu sehingga mangsa sedar dan pulih
4 MANGSA TERCEKIK.
• Tanda-tanda tercekik.
-Mangsa akan menunjukkan tangannya pada leher.
-Mangsa akan cuba bercakap, tetapi tidak dapat.
-Muka mangsa kelihatan kemerah-merahan.
-Mangsa mengalami kesukaran bernafas.
•Teknik Heimlich Manuver bagi Mangsa sedar 
(Untuk kanak-kanak1 tahun dan orang dewasa).
-Berdiri di belakang mangsa dan bersedia dengan kekuda, beritahunyayang anda cuba membantu.
-Peluk kedua-dua tangan anda di tengah-tengah perutnya.
-Genggam satu tangan dan letakkan di tengah perut antarapusat dan bahagian bawah tengah tulang rangka(ulu hati, tulang Sternum )

Tekan dengan tujahan ke dalam dan ke atas beberapa kali sehinggaobjek yang tersekat itu terkeluar.- Jika anda tercekik dan berseorangan, buat sesuatu yang bolehmenarik perhatian orang lain seperti ketuk, baling sesuatu atau apa sajayang boleh membantu.
-
Cari hujung penyandar kerusi yang tumpul dan letakkannya diantara pusat dan bahagian bawah tengah tulang rangka anda.- Tekan perut anda dengan kuat sehingga objek tersebut terkeluar.
* Untuk mangsa yang mengandung, tekan di atas bahagian perut dengan teknik tekanan di tengah dada. Dapatkan rawatan lanjut sekiranya perlu.

Rawatan tercekik Mangsa pengsan. 
-Baring dan terlentangkanmangsa.
-Dapatkan bantuan danhubungi ambulans.
-Buka mulut mangsa, periksabendasing dan keluarkandengan jari anda.
-Buka saluran pernafasan (teknik angkat dagu dandongak kepala) dan periksa pernafasan.
-Jika tiada, lakukan bantuan pernafasan mulut ke mulutdan terus ulangi jika tiada tindakbalas dari mangsa.
-Jika dada masih tiada pergerakan, beri 15 kali tekanandidada (posisi tangan sama seperti CPR).
-Ulangi langkah di atas sehingga mangsa pulih ataubantuan tiba.
* Apabila membuka saluran pernafasan mangsa yang disyaki mengalami kecederaan tulang belakang, JANGAN gunakan teknik ini. GUNAKAN teknik tolakan tepat sendi rahang.* Anda dinasihatkan mempelajari teknik Heimlich Manuver yang betul. Hubungi Jabatan Pertahanan Awam untuk maklumat lanjut program ini
MERAWAT MANGSA KEBAKARAN DAN KELECURAN.
1 Kelecuran ringan.
• Tanda-tanda kelecuran ringan.
-Kulit yang kemerah-merahan.
-Sakit pada kawasan yangterbakar.
-Lecur pada kulit yang terjejas.






Rawatan.
-Segera sejukkan dengan air paip yang mengalir, rendam dalamtakungan air atau balut dengan kain yang basah selama 5 minitsehingga hilang sakit.
-Tanggalkan cincin, jam tanganatau barang kemas yangdipakai pada tempat cedera.
-Jangan pecahkan gelembongatau tanggalkan kain yangmelekat pada tempat yangcedera.
-Balut dengan kain bersih.

 Kelecuran teruk.
• Tanda-tanda kelecuran teruk.
-Sakit.
-Kesan kelecuran yang jelas.
-Kesukaran untuk bernafas.
-Renjatan.
•Rawatan kelecuran teruk.
-Baringkan mangsa dan siramkan tempat melecur dengan air selama10 minit.
-Periksa pernafasan dan nadinya.
-Dapatkan bantuan Ambulans atau Pertahanan Awam dengan kadaryang segera.
-Tanggalkan barang kemas,jam,tali pinggang aau benda yangdipakai ketat.
-Jangan Tanggalkan pakaian yang melekat pada tempat yangterbakar.
-Balut tempat yang cedera dengan kain bersih dan tidak berbulu.
-Selimutkan mangsa dan dapatkan rawatan lanjut dengan segera

Melecur disebabkan bahan kimia.
Tanda-tanda
- Kesan-kesan kimia dikawasan persekitaran.
-Kesakitan yang kuat danmenyengat.
-Kawasan kulit yang terjejasberubah warna, melecur,mengelupas danbengkak.

Rawatan
-Segera alirkan air ditempat yang cedera selama 20 minit. Elakkandiri dan mangsa dari terkena air yang bertakung.
-Tanggalkan sebarang pakaian yang tercemar dengan bahan kimia.
-Balut kecederaan dengan kain bersih.
-Dapatkan rawatan lanjut dengan segera.
-Berhati-hati supaya bahan kimia tersebut tidak terkena pada anda.
Jangan sapukan losyen, minyak urut, ubat gigi atau sebagainya pada bahagian yang melecur.
KERACUNAN.
- Keracunan boleh terjadi melalui makanan, minuman, pernafasan dan menyerap pada kulit dan mata.
Tanda-tanda.
kemungkinan terdapat tanda-tanda berikut bergantung keatas jenis racun: 
-Muntah, kadang-kadang terdapat kesan darah.
-Daya sedar yang lemah.
-Rasa sakit dan perit yang membakar.
-Bekas-bekas kosong dikawasan persekitaran.
-Latarbelakang pendedahan/tertelan.
-Cirit-birit
-Pening kepala dan demam.
 -Tanda-tanda renjatan.
-Perut sakit dan kejang.






Rawatan Awal Keracunan
-Pastikan anda selamat dari sebarang ancaman bahaya.
-Hampiri mangsa dan periksa nafas dan nadi,lakukan CPR jika perlu.
-Jika mangsa sedar,tanyakan apa yang telah dimakan atau minum.
-Tunggu arahan dan bertindak segera.
-Jangan beri mangsa makan atau minum sehingga dibenarkan.
-Jangan galakkan mangsa muntah melainkan diarahkan
-Jika bibir mangsa terselar oleh bahan-bahan kakis, beri mangsa minumair atau susu sejuk dari masa kesemasa sementara menunggu bantuanperubatan.