NILAI
DAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM
1.
Jelaskan cirri-ciri atau
perlakuan seseorang pegawai awam yang mencerminkan seseorang pegawai itu
menghayati nilai-nilai ikhlas dan dedikasi
Jawapan:
Ikhlas;
·
Tidak menunjuk-nunjuk dalam
menjalankan tugas kepada pegawai-pegawai atasannya
·
Tidak memilih sesuatu tugas
tertentu untuk dilasanakan umpamanya tidak mengutamakan tugas yang ada hubungan
dengan kenaikan pangkat malah tidak mengenepikan tugas yang kurang berhubung
dengan kenaikan ; dan
Dedikasi
·
Bekerja tanpa rasa jemu dan
bosan serta bersedia menjalankna tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya;
·
Tidak berputus asa dalam
melaksanakan tugas dan sentiasa mengharapkan kejayaan ; dan
·
Sanggup menghadapi cabaran
dan persaingan dalam perubahan semasa demi meningkatkan maruah agama,bangsa dan
negara
2.
‘Akauntabiliti’ merupakan
salah satu nilai yang penting dalam perkhidmatan awam terutamanya dalam
menguruskan kewangan di sector awam. Kekurangan tahap akuntabiliti boleh
menyebabkan berlakunya penyelewengan dan penyelahgunaan kuasa. Jelaskan lima tindakan yang perlu
dijalankan bagi meningkatkan ‘akuntabiliti’
Jawapan:
Tindakan-tindakan
bagi meningkat ‘akuantabiliti’:
i.pihak pengurusan
perlu menyatakan dengan jelas akauntabiliti bagi setiap tugas dan tanggungjawab
ii.sistem
akauntabiliti perlu diwujudkan di semua agensi kerajaan yang menetapkan tugas
dan tanggungjawab setiap pekerja yang terlibat dalam melaksanakan satu tugas.
Sistem ini perlu mengandungi penentuan tanggungjawab bagi setiap pekerja dan
jenis tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya
iii. akauntabiliti
hendaklah dinyatakan secara bertulis dan di dokumenkan melalui undang-undang,
prosuder,peraturan dan arahan-arahan yang spesifik;
iv. system kawalan
kewangan perlu megambil perhatian ke atas tiga aspek yang penting, iaiitu:
·
system belanjawan yang
berkesan bagi pengagihan dan pembahagian peruntukan kewangan
·
mengawas dan mengawal
penggunaan tenaga manusia,asset dan perkhidmatan
·
mewujudkan system perakaunan
yang cekap dan kemaskini
v.
system pengawalan dan
pengawasan seperti audit dalaman hendaklah dipertingkatkan keupayaannya
vi.
penguatkuasaan hendklah
diambil perhatian agar arahan-arahan dan peraturan jabatan dilaksanakan dengan
tegas dan berkesan; dan
vii.
akauntabiliti di peringkat
individu di tingkatkan melalui perubahan-perubahan diri seseorang individu itu
dengan penerapan nilai-nilai murni dan positif seperti bersih,cekap dan amanah
dan sebagainya.
3.
‘Tonggak 12’ telah
diperkenalkan bertujuan untuk menerapkan nilai, norma dan etika perkhidmatan di
kalangan penjawat awam. “Ketekunan membawa kejayaan” merupakan salah satu
daripada tonggak tersebut. Huraikan pengertian serta nyatakan sepuluh amalan
positif yang memperlihatkan nilai berkenaan.
Jawapan:
Pengertian;
Ketekunan bererti
memberi tumpuan kepada sesuatu kerja hingga selesai dengan sempurnanya dan
membawa kejayaan serta kecemerlangan kepada agensi dan individu.
Amalan positif:
i.
gigih dalam melaksanakan
tugas yang mencagar
ii.
rajin dan sintiasa berusaha
iii.
tekun dalam menjalankan tugas
iv.
sabar dalam menghadapi
cabaran pekerjaan
v.
berpandangan jauh
vi.
bersemangat dalam
melaksanakan tugas yang diarah
vii.
dedikasi dalam mencapai
matlamat organisasi
viii.
sanggup berkorban
ix.
cekal menghadapi kesulitan
semasa bertugas
x.
tidak patah semangat
xi.
bercita-cita tinggi
4.
Etika perkhidmatan awam
adalah berteraskan kepada 7 ‘Teras perkhidmatan’. Huraikan lima daripada tujuh ‘teras perkhidmatan’
tersebut.
Jawapan:
i.
berazam meninggikan mutu
perkhidmatan
·
seseorang pekerja
bertanggungjawab itu membaiki mutu perkhidmatannya dengan meningkatkan
kemahirannya menerusi latiah-latiahn tertentu, pembacaan,perbincangan dan
lain-lain lagi.Kesediaan seseorang pekerja untuk mengatasi kelemahan-kelemahan
dirinya tanpa diperingatkan oleh ketuanya adalah satu sikap yang terpuji
ii.
bekerja dengan penuh
bertanggungjawab
·
setiap pekerja dikehendaki
bertabnggungjawab bererti melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin seperti mana
yang diharapkan oleh organisasi
iii.
berusaha mengikis sikap
mementingkan diri
·
kakitangan kerajaan perlu
menyifatkan dirinya sebagai penggerak masyarakat tanpa mempergunakan
kedudukannya bagi mencari keuntungan diri sendiri. Sifat sombong dan bongkak
perlu dihapuskan dan digantikan dengan perasaan insaf dan sopan.
iv.
berkhidmat dengan penuh
muhibbah dan kemesraan
·
negara mempunyai rakyat yang
berbilang bangsa dan keturunan serta mengamalkan pelnbagai kepercayaan dan
budaya. Keadaan ini memerlukan semua kakitangan kerajaan bekerja dengan
muhibbah dan kemesraan
v.
bekerja kea rah memajukan
pemikiran rakyat
·
adalah menjadi kewajipan bagi
setiap kakitangan kerajaan membantu memberi kefahaman kepada masyarakat awam
tentang dasar, program serta hasrat kerajaan agar pembangunan dan perubahan
yang dibawa oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan lancer dan jayanya.
vi.
bekerjasama dalam membenteras
keselamatan dan musuh-musuh negara
·
semua pihak adalah terlibat
dalam uasaha membenteras kelemahan negara seperti kemiskinan , kejahilan dan
rasuah. Kerjasama antara semua pihak awam perlu swasta serta golongan-golongan
tertentu adalah penting bagi memastikan keamanan serta menggerakkan negara kea
rah pembangunan yang menyeluruh
vii.
berpegang teguh kepada ajaran
agama
·
berpegang teguh kepada ajaran
agama merupakan satu aspek yang sangat penting dalam menjalankan tugas.
Ini adalah kerana agama itu sendiri
membawa nilai-nilai yang baik dalam membentuk pekerja yang jujur, cekap dan
berkesan.
5.
Seseorang pegawai awam
sewajarnya memahami dan mengamalkan nilai-niali murni dan etika kerja dalam
pengurusan seharian. Huraikan pengertian nilai dan etika kerja berikut dalam
konteks pengurusan sebuah organisasi.
a. akauntabiliti
b. integriti
c. profesionalisme
Jawapan:
a.
Akauntabiliti
·
Bermakna tanggungjawab
seorang terhadap tugas-tugas yang perlu dilaksanakan dari konteks pengurusan
organisasi dalam perkhidmatan awam, akauntabiliti bermaksud tanggungjawab pegawai-pegawai
dan kakitangan awam dalam melaksanakan tugas-tugas yang diserahkan bagi
memastikan pencapaian matlamat serta ibjektif tugas-tugas tersebut.
·
Pelaksanaan tugas-tugas
tersebut hendaklah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.Undang-undang yang
berkuatkuasa, prosuder dan arahan, sikap cermat dan cekap perlu diutamakan.
b.
Integriti
·
Sering dihubungkaitkan dengan
nilai-nilai amanah, jujur,kebolehpervayaan dan sentiasa memelihara kepentingan
awam tanpa mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri,.Dalam kontek
pengurusan organisasi, sebarang kerja yang dilakukan hendaklah dengan penuh
ketulusan hati dan tahu menggunakan kuasa dengan adil dan saksama
c.
profesionalisme
·
bermakna setiap anggota
organisasi harus mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kemahiran yang
mencukupi bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Perkhidmatan yang
lebih cekap dan berkesan akan dapat dihasilkan jika masalah yang dibangkitkan
dapat diselesaikan secara professional. Oleh itu, setiap anggota organisasi
hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan kebolehan dan kemahiran yang sedia
ada.
6.
Berdasarkan kepada ‘tonggak
12’ huraikan amalan-amalan positif dan negative yang berkaitan dengan tonggak
“kemuliaan kesederhanaan”
Jawapan:
Amalan positif:
·
Jelas dan jitu dalam
pemikiran,penulisan dan percakapan
·
Tidak tamakkan pangkat dan
kedudukan
·
Tidak membazir di dalam
perbelanjaan pejabat
·
Bersifat pemaaf di dalam
pergaulan
·
Boleh menerima teguran
·
Berlaku adil dalam semua
tindakan
·
Menepati janji
·
Sedia menerima cadangan dan
nasihat
·
Jujur dan ikhlas
·
Merendah diri
·
Bijaksana dalam membuat
pertimbangan
·
Bermaruah dan berhemah tinggi
·
Berjimat cermat
·
Cermat dalam kata-kata
·
Tidak memperagakan kemewahan
·
Mesra dalam pergaulan
·
Senang didampingi oleh semua
pihak
Amalan negative :
·
Menonjol-nonjolkan diri
·
Bercakap dengan menggunakan
perkataan bombastic
·
Mengada-ngada
·
Sombong dan meninggi diri
·
Menyukarkan persoalan yang
mudah
·
Memperbesarkan perkara kecil
·
Kedekut atau berlebihan dalam
memenuhi keperluan organisasi
·
Berlebihan dalam mengampu ketua
·
Memperagakan kemewahan dan
kedudukan
·
Kerap menghias diri di
pejabat
·
Membazir dan merosakkan harta
benda kerajaan
·
Bersifat melampau dan
keterlaluan dalam semua hal.
7.
Huraikan lima nilai-nilai peribadi asas yang perlu
diamalkan atau dihayati oleh seseorang anggota perkhidmatan awam dalam
menjalankan tugas-tugas sehariannya.
Jawapan:
Nilai-nilai yang
perlu dihayati oleh pegawai-pegawai kerajaan ialah
i.
adil
ii.
amanah
iii.
bertanggungjawab
iv.
ikhlas
v.
dedikasi
vi.
tekun
vii.
berdisiplin
viii.
bekerjasama
ix.
berbudi mulia
x.
bersyukur
xi.
jujr
xii.
baik hati
xiii.
rajin
xiv.
menepati masa
8.
Huraikan pengertian tiga
daripada nilai-nilai berikut :
a. amanah
b. bekerjasama
c. berdisiplin
d. bertaggubgjawab
a.
Amanah
·
Bermakna boleh dipercayai
sama ada menjalankan tugas ataupun menyimpan rahsia. Seseorang yang mempunyai
nilai ini tidak akan menyeleweng dari tanggungjawab yang diberikan kepadanya.
Setiap urusan yang dipertanggungjawabkan akan ditunaikan serta dilaksanakan
sebaik mungkin.
·
Nilai amanah ini akan
membentuk perilaku individu yang mulia. Sebagai manusia kita hendaklah menunaikan
amanah kepada Tuhan ,negara,organisasi,masyarakat,keluarga dan diri sendiri.
b.
Bekerjasama
·
Kita masing-masing memerlukan
dan diperlu antara satu sama lain. Kerjasama yang diperlukan ini ialah
kerjasama antara angota-anggota kerajaan di semua peringkat, semua perkhidmatan
dan semua Kementerian.kerjasama juga penting antara sector awam dan sector
swasta
c.
berdisiplin
·
akur dan patuh kepada semua
peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan perkhidmatan dan tugas yang
dijalankan. Patuh kepada perintah, rajin serta sentiasa berusaha mencari
kemajuan dan kejayaan
d.
bertanggungjawab
·
bermakna kewajipan yang perlu
dilaksanakan atau disempurnakan. Segala akibat dari tindakan serta perbuatannya
akan dipertanggungjawaqbkan olehnya. Akauntabiliti adalah merupakan antara
cirri utama nilai bertanggungjawab. Seseorang yang bertanggungjawab sentiasa
sanggup dirinya dinilai dan diperiksa.
9.
Nyatakan sebab-sebab mengapa
etika perkhidmatan awam diwujudkan dan berikan tujuh amalan yang boleh
dilaksanakan oleh sesebuah agensi kerajaan bagi melaksanakan etika tersebut.
Jawapan:
a. sebab-sebab etika perkhidmatan awam diwujudkan
·
Permintaan rakyat ke atas
perkhidmatan awam terus meningkat dan mereka mahukan satu pentadbiran yang
dapat memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan
·
Adanya tuduhan bahawa
terdapat penyelewengan di dalam perlaksanaan dasar-dasar kerajaan
·
Kerajaan berazam untuk
meninggikan lagi mutu kecekapan dan prestasi perkhidmatan awam
·
Disebabkan factor-faktor luar
seperti kemorosotan ekonomi, ancaman keselamatan kepada rantau ini dan
kemunculan gejala-gejala social yang kurang sihat.
b.
amalan-amalan yang boleh
dilaksanakan
·
pemberian penghargaan
·
mengadakan dialog serta
perbincangan untuk menerangkan cara perlaksanaan etika perkhidmatan awam
·
menubuhkan jawatankuasa kelab
sukan kebajikan dan social
·
mengeluarkan berita jabatan
·
mengadakan majlis jamuan
minum the dan sebagainya
·
menganjurkan majlis syarahan
/ ceramah agama
·
memberi kakitangan kursus /
latihan
·
mengadakan pertandingan
pejabat terbersih
·
mengadakan lawatan mengejut
untuk menaksir perjalanan kerja-kerja pejabat
·
menyediakan manual kerja
·
penyediaan buku panduan
·
mewujudkan perpustakaan
jabatan
10.
Berikut adalah di antara
etika perkhidmatan yang terkandung di dalam tonggak 12 yang menjadi teras
kepada kakitangan kerajaan bagi meningkatkan prestasi masing-masing:
i.
menghargai masa
ii.
keseronokan bekerja
iii.
pengaruh teladan
iv.
kewajipan menjalankan tugas
Jawapan:
i.
menghargai masa
·
setiap kakitangan kerajaan
haruslah berusaha kea rah penggunaan masa secara maksimum. Ini dapat dilakukan
dengan cara mendisiplinkan diri dan menggunakan catatan penggunaan masa setiap
hari.
·
Tepat pada masa hendaklah dijadikan tabiat yang harus
dimulakan, bisakan dan dikekalkan kerana ia merupakan maruah diri dan adanya
rasa hormat pada orang lain.
ii.
keseronokan bekerja
·
konsep kerja sebagai ibadat
akan menimbulkan dedikasi,ketekunan,amanah,bertanggungjawab dan ikhlas
·
kerja akan menyeronokkan jika
seseorang berasa bangga dengan hasil kerjanya dan bersikap positif terhadap
cabaran baru.
iii.
pengaruh teladan
·
sifat merendah diri
memerlukan kekuatan peribadi dan kebijaksanaan. Ketua yang mempunyai sifat ini
dihormati pejerjanya dan lebih mudah mengawal organisasi
·
ketua yang tegas tetapi adil
lebih senang meningkatkan produktiviti dan kualiti organisasi serta lebih mudah
dicontohi.
iv.
kewajipan menjalankan tugas
·
sentiasa bertanggungjawab
terhadap tugas yang diberikan
·
tekun dan sabar dalam
menjalankan tugas dan boleh diharap untuk menyempurnakan tugas.
11.
Huraikan 5 (lima) nilai-nilai peribadi asas yang perlu
diamalkan oleh setiap anggota perkhidmatan awam dalam menjalankan tugas-tugas
sehariannya.
Jawapan :
Ikhlas;
·
Tidak menunjuk-nunjuk dalam
menjalankan tugas kepada pegawai-pegawai atasannya
·
Tidak memilih sesuatu tugas
tertentu untuk dilasanakan umpamanya tidak mengutamakan tugas yang ada hubungan
dengan kenaikan pangkat malah tidak mengenepikan tugas yang kurang berhubung
dengan kenaikan
Dedikasi
·
Bekerja tanpa rasa jemu dan
bosan serta bersedia menjalankna tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya;
·
Tidak
berputus asa dalam melaksanakan tugas dan sentiasa mengharapkan kejayaan ; dan
·
Sanggup
menghadapi cabaran dan persaingan dalam perubahan semasa demi meningkatkan
maruah agama,bangsa dan negara
Amanah
·
Bermakna
boleh dipercayai sama ada menjalankan tugas ataupun menyimpan rahsia. Seseorang
yang mempunyai nilai ini tidak akan menyeleweng dari tanggungjawab yang
diberikan kepadanya. Setiap urusan yang dipertanggungjawabkan akan ditunaikan
serta dilaksanakan sebaik mungkin.
·
Nilai
amanah ini akan membentuk perilaku individu yang mulia. Sebagai manusia kita
hendaklah menunaikan amanah kepada Tuhan ,negara,organisasi,masyarakat,keluarga
dan diri sendiri.
Bekerjasama
·
Kita
masing-masing memerlukan dan diperlu antara satu sama lain. Kerjasama yang
diperlukan ini ialah kerjasama antara angota-anggota kerajaan di semua
peringkat, semua perkhidmatan dan semua Kementerian.kerjasama juga penting
antara sector awam dan sector swasta
berdisiplin
·
akur dan patuh kepada semua
peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan perkhidmatan dan tugas yang
dijalankan. Patuh kepada perintah, rajin serta sentiasa berusaha
mencari kemajuan dan kejayaan
bertanggungjawab
·
bermakna kewajipan yang perlu
dilaksanakan atau disempurnakan. Segala akibat dari tindakan serta perbuatannya akan
dipertanggungjawaqbkan olehnya. Akauntabiliti adalah merupakan antara cirri
utama nilai bertanggungjawab. Seseorang yang bertanggungjawab sentiasa sanggup
dirinya dinilai dan diperiksa.
Adil
·
berlaku
adil dalam semua tindakan
·
bijaksana
dalam membuat pertimbangan
·
adil
dalam memberikan imbuhan / ganjaran
Tekun
·
tekun
dalam menjalankan tugas
·
gigih
dalam melaksanakan tugas yang mencabar
·
bersemangat
dalam melaksanakan tugas yang diarah
·
sentiasa
berusaha
·
sentiasa bertanggunjawab
terhadap tugas yang diberikan
Berbudi mulia
·
cermat dalam kata-kata
·
bermaruah dan berhemah tinggi
·
merendah diri
·
mesra dalam pergaluan
·
bersifat pemaaf di dalam
pergaulan
bersyukur
·
tidak memperagakan kemewahan
·
tidak tamakkan pangkat dan
kedudukan
·
bersyukur dengan apa yang ada
·
tidak tamakkan pangkat dan
kedudukan
jujur
·
segala
kerja dilakukan dengan niat yang baik dan murni
·
sentiasa
berfikiran bersih di atas apa juga tugas yang dilakukan
·
tidak
menyalahgunakan kuasa
·
tidak
sombong dan angkuh
·
bersih
dari segi moral ataupun fizikal
baik
hati
·
sanggup
menolong tanpa mengharapkan balasan
·
sentiasa
memberi perkhidmatan yang ramah lagi mesra
rajin
·
bekerja
tanpa berkira masa dan kos
·
boleh
diharap untuk menyempurnakan tugas
·
mudah
dicontohi
·
sentiasa bertanggungjawab
terhadap tugas yang diberikan
menepati masa
·
setiap
kakitangan kerajaan haruslah berusaha kea rah penggunaan masa secara maksimum. Ini dapat dilakukan dengan cara mendisiplinkan
diri dan menggunakan catatan penggunaan masa setiap hari.
Tepat
pada masa hendaklah dijadikan tabiat yang harus dimulakan , biasakan dan
kekalkan kerana ia merupakan maruah diri dan adanya rasa hormat pada orang
lain.
12.
Huraikan
pengertian etika kerja berikut dalam konteks pengurusan sebuah organisasi.
Jawapan
(Rujuk kepada Nom. 5 )