Rabu, 7 Mac 2018

gejala sosial di kalangaan remaja



GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA

PENGENALAN

Jika dulu, golongan remaja yang terlibat dalam kes-kes jenayah yang serius hanyalah kecil
bilangannya, tetapi kini angka itu semakin meningkat dengan mendadak sekali bukan sahaja
membimbangkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah, tetapi ia turut memberi kesan terhadap masyarakat .

Masalah sosial adalah sesuatu yang merangkumi pelbagai tingkah laku negatif di dalama nggota masyarakat yang tidak memberikan faedah kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat, komuniti ataupun negara. Banyak faktor yang mendorong remaja pada masa kini terlibat dalam gejala sosial yang kurang sihat ini. Menurut Abd. Rahim (2006), penglibatan remaja dalam pelbagai gejala sosial berpunca daripada beberapa faktor, antaranya faktor dalaman diri remaja itu sendiri dari aspek perkembangan personaliti,kegagalan fungsi institusi keluarga dan juga pengaruh rakan sebaya. Zainal dan Sharani (2004) pula menyatakan pengaruh persekitaran di sekolah juga menjadi punca keruntuhan akhlak di kalangan remaja.

Kes yang saya kaji adalah berkaitan seorang remaja yang melahirkan anak diluar nikah . Maria ( bukan nama sebenar ) merupakan remaja yang berumur 19 tahun dan baru melahirkan anak dalam bulan November 2012.


KAJIAN
Remaja yang saya temuramah ini sekarang berada dirumah perlindungan wanita persendirian. Rumah perlindungan ini dibina oleh sepasang suami isteri yang ingin membantu remaja yang hamil dan memastikan bayi dan ibu selamat. Bagi kes Maria, beliau merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik dan merupakan anak perempuan tunggal.  Beliau berasal dari sebuah kampung di ____( negeri dirahsiakan). Bersekolah sehingga berumur 17 tahun. Ketika tamat peperiksaan SPM , Maria mengambil keputusan untuk bekerja di sebuah kilang di ( negeri dirahsiakan)  bersama kawan-kawan.

Kes bermula apabila Maria melihat kawan-kawannya mempunyai teman lelaki. Akhirnya Maria berkenalan dengan pekerja lelaki dikilang tersebut yang bernama Ali ( bukan nama sebenar ) . Perhubungan mereka menjadi rapat sebagai sepasang kekasih. Malahan perhubungan mereka diketahui oleh rakan-rakan ditempat kerja dan ibubapa. Pada mulanya hubungan Maria dan Ali hanya berdasarkan pasangan bercinta tapi seterusnya bertukar kepada perhubungan seks. Perhubungan ini adalah untuk membuktikan kesetiaan masing-masing. Akhirnya pada Januari 2012, Maria yang pada itu berumur 19 tahun telah mengandung. Ketika itu Ali berumur 24 tahun. Semasa menyedari perubahan kepada dirinya, Maria ke hospital bersama seorang kawan. Doktor mengesahkan Maria mengandung.

Apabila dimaklumkan kepada Ali, Ali mengaku akan bertanggungjawab. Malahan keluarga pihak mengetahui. Apabila keluarga Maria dan Ali menyuruh mereka berkahwin Ali tidak mahu berkahwin cepat. Akhirnya Maria dihantar keluarganya ke sebuah rumah perlindungan wanita. Selepas melahirkan anak ,anak Maria dibawa pulang oleh ibubapanya. Ibu bapa Maria memberitahu orang kampong bahawa bayi tersebut adalah anak angkat mereka. Maria tinggal dipusat perlindungan sehingga berkemampuan mencari kerja. Semasa saya menemuramah Maria, beliau baru sebulan melahirkan bayi. Kesan daripada kejadian tersebut Maria sudah tidak menerima Ali dan tidak percaya kepada lelaki. Matlamat Maria sekarang adalah mencari kerja dan membesar anaknya yang sekarang perlu dianggap sebagai adik angkat.

KAJIAN LITERATUR
Gejala sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang melanda golongan remaja dan belia. Pada zaman remaja, seseorang itu berdepan dengan satu siri krisis identiti iaitu pembentukan dan pengembangan identiti diri. Kegagalan untuk mengatasi cabaran itu membuatkan remaja mengalami krisis kekeliruan. Krisis kekeliruan yang menguasai diri remaja jika tidak dibendung dan di atasi boleh menyebabkan gejala sosial yang sememangnya parah akan bertambah parah.

Dalam kes ini, pengaruh dari persekitaran menyebabkan Maria terjebak dengan mengandung anak luar nikah. Keinginan untuk mempunyai teman lelaki dan membuktikan perasaan cinta kepada Ali memberi kesan kepada diri Maria dan keluarganya. Maria bernasib baik kerana keluarganya dan kawan-kawan masih menerimanya. Ini mengurangkan tekanan pada dirinya dan mengurangkan satu lagi masalah pembuangan bayi. Bayangkan jika Maria tidak mendapat sokongan, segala kemungkinan boleh berlaku. Remaja perempuan seperti Maria mudah terpengaruh dengan persekitaran, merasakan diri amat dicintai apabila dipujuk oleh kekasih mereka tanpa memikirkan kesan yang terpaksa dihadapi. Seperti kita lihat sekarang ini, ramai golongan remaja terjebak dengan masalah gejala sosial dalam kehidupan mereka. Keadaan masalah ini semakin hari semakin runcing dan masih berleluasa seterusnya mendatangkan kebimbingan pelbagai pihak. Pelbagai-bagai kes mengenai gejala sosial remaja dipaparkan didada akhbar dan media massa. Contohnya kes terkini yang paling hangat disiarkan akhabar dan dikaca-kaca televisyen adalah mengenai kes pembuangan bayi. Walaupun kita tidak mempunyai laporan statistik yang tepat mengenai jumlah sebenar remaja yang hamil di Malaysia. Namun peningkatan kejadian buang bayi, remaja ponteng dan berhenti sekolah, remaja melarikan diri dari rumah dan peningkatan kes-kes remaja yang hamil dan bersalin membuktikan bahawa permasalahan ini menjadi semakin parah. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Alwi Ibrahim (2010) telah menyatakan bahawa seramai 17,303 anak luar nikah Melayu telah didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun 2009. Menurutbeliau lagi, bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di Jabatan Pendaftarn Negara (JPN)
manakala pada 2007 seramai 16,1000. Ini bererti seramai kira-kira 65 bayi di luar nikah dilahirkan di kalangan orang Melayu. Jumlah ini tidak termasuk di kalangan kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. (Berita harian, 21hb Mac 2010).
Walaupun laporan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak pernah menyatakan umur sebenar ibu-ibu yang melahirkan anak di luar nikah ini, kejadian ini seharusnya sudah lebih dari cukup untuk membuka mata masyarakat umum bahawa salah laku seksual atau lebih tepatnya kejadian zina semakin merebak termasuk dikalangan remaja Melayu. Sebahagian besar daripada mereka yang terlibat dalam gejala seks luar nikah adalah di kalangan kumpulan remaja di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga di sekolah menengah. Ini merupakan satu kejadian yang sangat menggerunkan kita semua. Selain itu Ahmad Nasarudin (2011) juga turut melaporkan dalam keratin artikelnya di dalam sebuah majalah berkenaan dengan kes jenayah remaja yang diperolehi dari PDRM Bukit Aman yang merekodkan seramai 135,121 remaja melakukan kes jenayah. Masalah gejala sosial jenayah seperti ini merupakan satu perkara yang paling kerap berlaku di kalangan remaja pada masa kini. Jenayah ini secara umumnya dianggap sebarang perbuatan yang melanggar peraturan dan undang-undang sesebuah masyarakat atau negara yang mana pada konsepnya bukannya lumrah kepada perbuatan tersebut tetapi hanya akan dianggap pembuatan jenayah sekiranya masyarakat itu melihat ataupun mengetahui (Shatar Sabran, 2003).

 Fenomena ini merupakan salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia boleh merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu, segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan diatasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap pembangunan dan kemajuan negara.


















METODOLOGI

Temu Bual
Saya menemubual seorang remaja dirumah perlindungan wanita di_______ ( negeri dirahsiakan) . Remaja tersebut baru sebulan melahirkan anak. Melalui remaja kita, kajian kes terus menjerus kea rah peristiwa sebenar. Maria ( bukan nama sebenar ) menceritakan peristiwa-peristiwa tang menyebabkan beliau berada di rumah perlindungan wanita tersebut.
Soal Selidik
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi remaja yang ditempatkan di sekolah pemulihan akhlak yang terletak di ______ ( negeri dirahsiakan) terlibat dalam gejala sosial dalam empat aspek iaitu faktorlatar belakang diri sendiri, faktor latar belakang keluarga, bentuk pengaruh rakan sebaya dan juga permasalahan persekitaran sekolah. Seterusnya untuk merujuk kepada punca-punca remaja terjebak perhubungan social yang negatif  di Malaysia.

Akhbar dan Majalah
Saya juga merujuk kes-kes yang dipaparkan didalam akhbar dan majalah. Kebanyakkan kes remaja adalah berlaku daripada pengaruh persekitaran , keluarga , rakan-rakan dan media massa. Terdapat kes yang dipaparkan adalah hamper sama dengan remaja yang telah saya temurabual.

Maklumat Internet
Maklumat-maklumat berkaitan kajian terdahulu juga membantu saya mengupas isi-isu berkaitan kes yang dikaji. Maklumat dari kajian internet terdapat kadar peraturan secara lengkap.


RINGKASAN
Berdasarkan analisis yang telah dibuat , didapati faktor utama responden terlibat dalam masalah sosial adalah disebabkan keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru yang tidakpernah mereka lakukan. Analisis menunjukkan aspek ini mempunyai peratusan yang agak tinggi berbanding aspek-aspek lain. Saya  berpendapat, pada usia remaja, mereka mengalami perubahan dari segi peningkatan usia, pemikiran dan keadaan sekeliling. Ketika melalui prosesproses perkembangan pada keadaan sekeliling, akan wujud perkara-perkara yang tidak pernah mereka lihat atau alami. Oleh itu, remaja akan mempunyai keinginan untuk mencuba perkara-perkara yang tidak pernah mereka alami. Kajian lepas yang dilakukan oleh Asmak (2006) mengenai salah laku sosial remaja masa kini menunjukkan faktor ingin mencuba juga tinggi iaitu sebanyak 48%. Kajian Asmak selari dengan Zainal dan Sharani (2006) yang menjelaskan, pada peringkat usia remaja, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru itu, apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mendorong wujudnya perasaan ingin tahu di dalam diri mereka. Menurut Zainal dan Sharani juga, keadaan ini membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut. Oleh itu, perasaan ingin tahu yang wujud dalam diri mereka akan mendorong mereka melakukan apa sahaja tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara-perkara tersebut.Saya  berpendapat, responden ketika usia  18 tahun ke atas berfikiran lebih positif berbanding ketika awal remaja mereka. Mereka akan berusaha mencari sebab yang munasabah bagi setiap persoalan yang mereka lihat, lantas mereka akan melakukan apa sahaja asalkan persoalan yang timbul dalam diri mereka terjawab. Ini dibuktikan apabila Arieff dan Wardah (2006) menjelaskan, keghairahan mencari sebab musabab baru menyebabkan remaja pada tahap ini suka mencuba perkara-perkara yang baru. Mereka terus mencuba bagi mencari pengalaman baru walaupun mereka terpaksa mengalami kegagalan dan kesukaran. Menurut Arieff dan Wardah lagi, situasi ini adalah suatu keadaan yang baik apabila mereka mengarahkan sifat ini lebih positif. Akan tetapi, kajian mendapati responden lebih menggunakan sifat ini kepada perkara yang merugikan iaitu mencuba perkara-perkara yang tidak elok untuk mengetahui sebab musababnya. Dapatan kajian juga mendapati, responden terlibat dalam masalah sosial adalah disebabkan aspek inginkan kebebasan dalam setiap perkara yang mereka lakukan..Saya berpendapat, ketika usia remaja, mereka akan mula merasakan apa yang mereka lakukan adalah betul dan mereka tidak mahu dikongkong dalam setiap perkara yang mereka lakukan supaya keinginan mereka dapat dicapai. Ketika ini, mereka akan mula melalui peringkat perkembangan kematangan dari segi mental, sosial, intelektual dan emosi. Suzana (2002) yang menyatakan pada usia remaja, mereka mula
mempunyai keinginan kebebasan dalam pelbagai perkara dan pada masa yang sama juga, mereka mengalami perkembangan fizikal dan mental yang cepat. Remaja memerlukan kebebasan dalam membuat keputusan yang dapat memenuhi citarasa mereka. Selain aspek keinginan mencuba sesuatu yang baru dan keinginan kebebasan dalamsetiap perkara yang dilakukan, responden terlibat dalam masalah sosial adalah kerana mereka inginkan perhatian dalam setiap perkara yang dilakukan.

Bagi kes Maria , pada usia 17 tahun keinginannya untuk hidup bebas menyebabkan beliau bertindak bertindak tidak menyambung pembelajaran , memilih untuk bekerja dan tinggal bersama kawan-kawan. Keinginan untuk mempunyai teman lelaki seperti rakan –rakan serta ingin merasakan diri dicintai menyebabkan Maria menyerah kehormatan kepada teman lelakinya. Namun akibat tindakan tersebut beliau mengandung dan tidak dipedulikan oleh teman lelaki. Akhirnya Maria berada di rumah perlindungan wanita dan bayinya tinggal bersama ibubapanya sebagai anak angkat. Bagi mengelakkan dipandang hina oleh masyarakat, Maria terpaksa menganggap anak lelakinya sebagai adik angkat. Maria juga sekarang masih dalam pantang kerana melahirkan anak baru sebulan. Akibat tragedi tersebut, Maria sudah tidak percaya kepada lelaki dan berasa tidak selamat berada di tempat yang ada lelaki. Maria dalam proses pemulihan diri dari trauma. Apa yang terjadi kepada Maria menjadi pengajaran kepada teman-teman rapatnya.




KESIMPULAN DAN CADANGAN
KESIMPULAN
Masalah sosial yang melanda remaja pada masa kini dipengaruhi beberapa faktor. Dalam kajian ini, empat faktor diambil kira dalam mendapatkan dapatan kajian. Faktor tersebut adalah factor diri sendiri, faktor latar belakang keluarga, bentuk pengaruh rakan sebaya dan permasalahan yang wujud di persekitaran sekolah. Hasil kajian menunjukkan faktor diri sendiri paling mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah sosial berbanding faktor-faktor lain.Justeru itu semua pihak haruslah bekerjasama untuk menghapuskan masalah sosial yang
semakin meruncing ini. Remaja pada masa kini seharusnya lebih kuat dan mempunyai jati diri yang mantap supaya dapat mengawal diri dari gejala-gejala sosial. Sesungguhnya, remaja yang unggul dan berkualiti adalah remaja yang dapat membangunkan negara supaya lebih setanding dan maju dengan negara-negara lain.

Mengikut teori sosial-kognitif, terdapat dua kesimpulan umum. Kesimpulan yang pertama
menjelaskan setakat mana seseorang itu percaya yang ia dapat mempengaruhi dunia berhubungkait dengan pengalaman kejayaan-kejayaan lepas dalam mengatasi atau melaksanakan perkaratertentu. Teknik-teknik tingkah laku seperti peneguhan apabila berjaya melakukan kerja, latihan dan galakan, memerhati kejayaan orang lain merupakan teknik-teknik yang baik dalam usahamengubah tingkah laku remaja. Membantu remaja dalam memperkembangkan satu harapan yangboleh diperolehi atau dicapai juga adalah satu cara untuk mengubah tingkah laku. Kedua,perbezaan individu dalam kebolehan mengambil peranan boleh mempengaruhi tingkahlaku sosial (Suzana, 2002). Seterusnya menurut
teori kognitif pengembangan pula menyatakan kanak-kanak dan remaja adalah individu yang berupaya mengawal kendiri dan tingkah laku dikawal oleh peraturan konseptual. Satu norma tentang saling menghormati antara manusia menjadi petunjuk kepada kerjasama sosial dan tingkah laku moral. Tingkah laku moral pula mencerminkan cara individu memberi sebab kepada tingkah laku mereka. Manakala karakter moral pula terbentukdari prinsip-prinsip penilaian dalaman. Oleh itu, peraturan moral mencerminkan kepercayaan yang setiap individu mesti ada saling bergantungan atau rasa saling timbal balik antara diri dengan orang lain. Teori ini menekankan soal motif atau niat (Suzana,2002).
Menurut Kohlberg (1969), perkembangan kognitif dan pendedahan kepada pengalaman
sosio-moral dapat membantu menentukan kadar pencapaian perkembangan moral. Perolehan
tahap kognitif yang tinggi adalah satu syarat bagi perkembangan moral. Pengalaman peribadi
yang melibatkan tanggungjawab moral, pengambilan peranan, pembuatan keputusan yang
menyentuh soal moral dan komunikasi interpersonal yang menyuburkan penakkulan moral yang tinggi. Ini menunjukkan peranan persekitaran dan orang yang terapat dengan remaja tersebut dalam perbentukkan peribadi remaja dan mengelakkan remaja terjebat dengan gejala-gejala negative.



RUJUKAN
Abd. Rahim Abd. Rashid (2006). Menangani Perkembangan dan Masalah Tingkah Laku
Remaja Dalam Keluarga. Universiti Malaya: Pusat Pembangunan Keluarga.
Abd. Rahim Abd. Rashid, Sufean Hussin dan Che Hashim Hassan (2006). Krisis & Konflik
Institusi Keluarga. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Abd. Rahim Abd Rashid, Sufean Hussin dan Jamaludin Tubah (2006). Institusi Keluarga
Menghadapi Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.
Bhd.
Abdul Hadi Zakaria, Faizah Yunus dan Siti Hajar Abu Bakar Ah (2000). Laporan Kajian
Tingkah Laku Remaja Johor Mei 1999-Febuari 2000. Universiti Malaya: Jabatan
Pentadbiran dan Keadilan Sosial.
Arieff Salleh Rosman dan Wardah Mokhtar (2006). Membentuk Jati Diri Remaja. Bentong: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Asmak Haji Ali (2006). Salah Laku Remaja Masa Kini: Cabaran dan Penyelesaiannya. UITM