SISTEM
PENTADBIRAN NEGARA
1.
Kerajaan Tempatan diwujudkan
bagi memberi peluang kepada penduduk-penduduk tempatan mengambil bahagian di
dalam pengurusan kawasan mereka. Nyatakan secara ringkas
a)
kuasa-kuasa yang diberikan
pada Kerajaan Tempatan
b)
apakah kuasa-kuasa kerajaan
negeri ke atas kerajaan tempatan.
Jawapan:
a)
Kuasa-kuasa kerajaan Tempatan
i.
mengadakan undang-undang
kecil ‘by-laws’
ii.
mengutip cukai,kadar sewa dan
lain-lain
iii.
berautonomi kewangan
iv.
melantik kakitangannya
sendiri
b)
Kuasa-kuasa Kerajaan Negeri
ke atas Kerajaan Tempatan
i.
menerima atau tidak segala
akta tentang kerajaan tempatan yang digubal oleh Parlimen,sama ada secara penuh
atau sebahagian sahaja
ii.
mengawal perubahan
sempadan,kemasukan kawasan baru dan pengiktirafan status perbandaran
iii.
melantik ahli majlis,datuk
Bandar atau yang di-pertua penguasa tempatan
iv.
meluluskan belanjawan
penguasa tempatan
v.
meluluskan pinjaman untuk
melaksanakan projek spt penurapan jalan,pembinaan gerai dan lain-lain
vi.
meluluskan perjawatan
penguasa tempatan
vii.
mempunyai budi bicara untuk
memecat Ketua Jabatan sebuah penguasa tempatan atau timbalannya
viii.
mengesahkan undang-undang
kecil spt cukai pintu dsb.
ix.
Boleh melambatkan kelulusan
untuk membuat penilaian semula perkadaran bagi penguasa tempatan spt. Cukai
pintu
x.
Memberi arahan jenis am mengenai
dasar-dasar kepada pihak berkuasa tempatan
xi.
Kerajaan negeri menampung
jumlah perbelanjaan yang tidak mencukupi oleh penguasa tempatan
xii.
Kerajaan negeri akan
mengadakan pemantauan segala kegiatan pihak kerajaan tempatan
xiii.
Mempunyai kuasa untuk
memindahkan semua atau sebahagian daripada fungsi penguasa tempatan kepada
Menteri Besar
xiv.
Meluluskan segala jenis
perkhidmatan untuk kebajikan masyarakat seperti urusan pungutan sampah dan
lain-lain.
2.
a)Huraikan tiga (3)
tanggungjawab/fungsi utama agensi-agensi pusat
b)Bincangkan
tiga(3) cara bagaimana penyelarasan dan kawalan ke atas agensi-agensi mengurus
dijalankan oleh agensi-agensi pusat.
Jawapan:
a) Tanggungjawab
/fungsi sgensi pusat
i.
menggubal dasar dan
perancangan ekonomi Negara
ii.
membekalkan keperluan sumber
manusai,peruntukan kewangan kepada agensi kerajaan
iii.
memberi perkhidmatan tertentu
yang diperlukan oleh agensi-agensi mengurus
iv.
membentuk dasar dan
perancangan mengenai keperluan asas dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang
diberikan oleh agensi-agensi mengurus.
b)Penyelarasan dan
kawalan agensi pusat ke atas agensi mengurus
i.
pemeriksaan anggaran
belanjawan tahunan
ii.
pemeriksaan permintaan
mengadakan skim perkhidmatan dan menambah atau menggred jawatan
iii.
pemeriksaan perancangan
pembangunan ekonomi tahunan dan lima
tahun
iv.
menguatkuasakan
peraturan-peraturan kewangan dan perkhidmatan
v.
penyelarasan pembentukan
dasar program dan projek kerajaan bagi mengesan masalah dan menyelasikannya.
3.
Agensi-agensi kerajaan boleh
dibahagikan kepada tiga komponen penting iaitu Kementerian,jabatan dan
perbadanan awam. Huraikan secara ringkas sifat serta fungsi mana-mana dua (2)
komponen agensi tersebut.
Jawapan:
Kementerian
Sifat :
·
Merupakan agensi tertinggi
kerajaan
·
Tanggugjawab seseorang
menteri dilaksanakan oleh badan yang dipanggil Kementerian
·
Ia merupakan agensi tertinggi
di dalam jentera pentadbiran pusat atau persekutuan
·
Menteri-menteri yang memegang
Kementerian yang penting dan mempunyai anggungjawab yang berat akan dibantu
oleh timbalan-timbalan menteri
·
Ketua setiausaha merupakan
pegawai pentadbir. Beliau adalah penasihat perdana menteri.terutama dalam
pembentukan dasar-dasar dan tanggungjawab
·
Semua Kementerian
beribupejabat di KL
Fungsi:
·
Membentuk
dasar-dasar,merancang,mengawal dan menyelaras pelaksanaan tugas-tugas yang diletakkan
di bawah portfolionya
·
Tugas-tugas dan tanggungjawab
Kementerian disalurkan ke beberapa buah jabatan dan perbadanan awam yang
ditubuhkan dalam Kementerian tersebut
·
Terdapat Kementerian yang
tidak mempunyai jabatan seperti Kementerian luar negeri.
Jabatan
Sifat:
·
Agensi kerajaan yang
diwujudkan di dalam sesebuah Kementerian
·
Semua jabatan mempunyai
cawangan-cawangan di peringkat negeri dan daerah
·
Kebanyakan jabatan diketuai
oleh ketua pengarah
·
Jabatan-jabatan peringkat
negeri/daerah diketuai oelh pengarah
Fungsi:
·
Melaksanakan sebahagian
daripada perkara dan dasar-dasar yang terletak di bawah Kementerian itu.
·
Bertanggungjawab mengawas dan
menyelaras perjalanan cawangan-cawangan di peringkat negeri dan daerah
·
Bertanggungjawab bagi
perkara-perkara ikhtisas dan teknikal
·
Kebanyaakan jabatan diketuai
oleh pegawai-pegawai dari berbagai perkhidmatan ikhtisas
Perbadanan Awam
Sifat:
·
Agensi yang baru ditubuhkan
di Negara ini
·
Mengambilalih beberapa
peranan yang dilaksanakan oleh jabatan-jabatan kerajaan
·
Terdapat beberapa perbadanan
awam yang baru ditubuhkan untuk melaksanakan beberapa tugas baru seperti
KESEDAR,PETRONAS,UDA dan lain-lain
·
Prestasi perbadanan awam
cukup cemerlang selepas pelaksanaan DEB di mana telah menjayakan pencapaian
objektif dasar tersebut
·
Agensi yang telah dibentuk
ini meliputi bidang-bidang seperti
latihan,Pendidikan,perdagangan,perindustrian,kewangan,pembangunan wilayah dan
lain-lain.
Fungsi:
·
Membolehkan kerajaan
melibatkan diri secara langsung dalam pembangunan sosio ekonomi
·
Menceburkan diri dalam agensi
yang tidak diminati oleh sector swasta kerana kurang untung dan memerlukan
modal yang besar
·
Dapat memastikan pembangunan
berjalan dengan lebih cepat,pesat,teratur,adil dan efisien
·
Agensi ini lebih bebas dan
authoritative-bertanggungjawab
4.
Huraikan perkara-perkara
berikut berkaitan Jentera Pentadbiran
a)
kabinet
b)
majlis mesyuarat kerajaan
negeri
Jawapan:
a) Kabinet
Kabinet merupakan
badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh YDA. Ini bermakna
kuasa pemerintahan Negara berada di tangan cabinet. Kuasa membentuk cabinet
diserahkan kepada parti yang mendapat kedudukan majority dalam Parlimen.
Kabinet diketuai
oleh PM yang dilantik oleh YDA iaitu ketua parti pemerintah. Ahli Dewan Rakyat
yang mendapat kepercayaan majority ahli Dewan tersebut. Ahli-ahli cabinet
terdiri daripada menteri-menteri yang dilantik oleh YDA atas nasihat PM.
Jumlahnya tidak ditentukan oleh perlembagaan tetapi berdasarkan keperluan dan
biasanya tidak terlalu ramai. Setiap menteri mengetuai kementeriannya.Kabinet
mengadakan mesyuarat sekali seminggu.Ketua Setiausaha Negara menjadi Setiausaha
Kabinet.
Kabinet merupakan
badan tertinggi yang membentuk dasar dan bertanggungjawab terhadap segala
keputusan dasar yang dibuat. Dasar-dasar ini dilaksanakan oleh agensi-agensi
kerajaan.Bagi membantu cabinet menjalankan tanggungjawabnya beberapa
jawatankuasa ditubuhkan sama ada bersifat tetap atau ad-hoc bergantung kepada
keperluan dan isu-isu semasa.
b) Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri
Melaksanakan kuasa
eksekutif di peringkat negeri. Di Sabah disebut Kabinet dan Sarawak
disebut Majlis Tertinggi atau juga disebut cabinet.Badan ini merupakan
pembentuk dasar di peringkat negeri dan bertindak menasihati Raja-raja/Yang
Di-Pertua Negeri kecuali dalam hal berkaitan dengan Agama Islam dan Adat
Istiadat.
Diketuai oleh
seorang Menteri besar atau Ketua Menteri yang dilantik oleh Raja/YDN di
kalangan ahli Dewan Undangan Negeri yang mencatat kepercayaan majority .Ahli
dewan dipanggil Exco (Sabah dan Sarawak dipanggil Menteri) dan tiga orang
pegawai kanankerajaan ex-officio iaitu, Setiausaha Kerajaan Negeri,Pegawai
kewangan Negeri dan penasihat Undang-undang Negeri.Jumlah exco berbeza dari
satu negeri dengan yang lain.
Setiap EXCO
mengetuai sekurang-kurangnya satu jawatankuasa (Sabah dan Sarawak dipanggil
Kementerian) yang ditubuhkan untuk menyelaaras perkara-perkara tertentu seperti
perindustrian,pertanian,hal ehwal agama,perumahan,alam sekitar,kerajaan
tempatan,Pendidikan,pelancongan,kebajikan masyarakat,dan aspek-aspek yang
mempunyai kepentingan kepada pembangunan sesuatu negeri itu. Di Sabah dan Sarawak yang mengamalkan system cabinet setiap
Kementerian diketuai oleh menteri dan diwujudkan pembantu menteri
(kadang-kadang lebih daripada seorang)
5.
Huraikan komponen-komponen
berikut:
a)
Komponen Yang Di Pertuan
Agong
b)
Dewan Negara
c)
Dewan Rakyat
Jawapan:
a) Komponen
YDA
·
Berkuasa memanggil
persidangan parlimen
·
Berkuasa menangguh
persidangan parlimen
·
Berkuasa membubar persidangan
parlimen
·
Meluluskan rang undang-undang
yang telah diluluskan oleh Dewan Negara dan Dewan Rakyat
·
Boleh menolak pembubaran
parlimwn
b) Dewan
Negara
·
Dikenali juga sebagai Majlis
Tertinggi atau Senat
·
Membahaskan sesuatu rang
undang-undang dengan lebih teliti daripada Dewan Rakyat
·
Membincangkan perkara-perkara
yang menjadi kepentingan umum
·
Keahliannya berjumlah 69
orang
·
Perlantikan ahli oleh Dewan
Undangan Negeri dan YDA
·
Tempoh jawatan ahli Dewan
Negara dua penggal
·
Yang Dipertua terdiri
daripada ahli dewan
·
Tidak berkuasa menolak tetapi
berkuasa menangguh sesuatu rang undang-undang
·
Tidak berkuasa membuat
pindaan
c) Dewan
Rakyat
·
Merupakan satu majlis yang
membolehkan rakyat menyampaikan hasrat dan pembelaan melalui wakil mereka
·
Menggubal undang-undang
·
Keanggotaan 192 orang
·
Ahli Dewan Rakyat dipilih
melalui pilihanraya
·
Tempoh ahli Dewan Rakyat akan
tamat apabila parlimen dibubarkan
·
Hilang kelayakan apabila
tidak hadir mesyuarat dewan selama enam bulan secara berterusan
·
Hilang kelayakan apabila
diistiharkan muflis
·
Hilang kelayakan apabila
didenda melebihi RM2000.00
·
Mempunyai Yang Dipertua dan
Timbalan
·
Tempat pembentangan
belanjawan tahunan
·
Hilang kelayakan dipenjara
lebih setahun.
6.
Struktur pentadbiran kerajaan
peringkat negeri di Semenanjung Malaysia
terbahagi kepada empat peringkat iaitu peringkat Negeri,Daerah,Mukim dan
Kampung. Huraikan mana-mana dua peringkat pentadbiran berkenaan.
Jawapan:
a)
Struktur pentadbiran kerajaan
Peringkat Negeri
i.
Majlis Mesyuarat Kerajaan
·
Badan ini menyerupai cabinet
di peringkat Persekutuan Diketuai oleh Menteri Besar/Ketua Menteri
·
Di peringkat negeri terdapat
jabatan-jabatan kerajaan negeri dan cawangan jabatan-jabatan persekutuan.
·
Di Negeri Sabah dan Sarawak system cabinet adalah dipraktikkan di mana
menteri-menteri adalah bertanggungjawab terhadap Kementerian-kementerian.
b)
Peringkat daerah
·
Pejabat daerah dan Tanah
adalah merupakan peringkat yang utama di poeringkat daerah. Pejabat ini adalah
diketuai oleh Pegawai Daerah. Pejabat ini melaksanakan projek-projek yang telah
dirancang di peringkat persekutuan dan negeri.
·
Pejabat ini juga
bertanggungjawab terhadap soal tanah dan pembangunan dan menyelaraskan kegiatan
semua cawangan agensi kerajaan negeri dan persekutuan di peringkat daerah.
c)
Peringkat Mukim
·
Struktur pentadbiran di
peringkat mukim adalah diketuai oleh seorang Penghulu. Peranan penghulu ialah
membantu Pejabat Daerah dan Tanah dan agensi-agensi kerajaan melaksanakan
program-program dan projek-projek pembangunan dan menyelaras kegiatan-kegiatan
di kampong-kampung.
d)
Peringkat kampong
·
Peringkat kampong adalah
diketuai oleh seorang ketua kampong yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Ketua
Kampung berperanan membantu melaksanakan projek pembangunan kerajaan. Ketua
kampong juga menolong agensi-agensi kerajaan mengenalpasti tapak yang sesuai
untuk projek di dalam kampungnya. Ketua kampong menjalankan tugasnya melalui jawatankuasa
kemajuan dan keselamatan kampong.
7.
Salah
satu komponen penting dalam jentera pentadbiran kerajaan ialah Badan-badan
Berkanun. Nyatakan
tujuan objektif dan faedah-faedah dari penubuhan Badan Berkanun.
Jawapan:
Tujuan:
Untuk
mengambilalih tugas dan tanggungjawab fungsi jabatan-jabatan kerajaan tertentu
yang telah lama ditubuhkan. Penubuhannya membolehkan pihak kerajaan
melaksanakan sesuatu tanggungjawab khusus dan penting.
Objektif:
i. membolehkan kerajaan terlibat secara terus
dalam bidang-bidang tertentu yang enggan tau tidak mampu diceburi oleh pihak
swasta sebab masalah modal. Penglibatan langsung kerajaan ini dapat menolong
meningkatkan pembangunan sosio ekonomi Negara.
ii.
membolehkan jentera
pentadbiran bertindak secara lebih bebas daripada ikatan peraturan-peraturan
pentadbiran kerajaan. Hal ini membolehkan perbadanan tersebut bergerak lebih
pantas seiring dengan syarikat-syarikat swasta yang lain.
Faedah:
i.
memberi peluang kepada
kerajaan terlibat secara langsung dengan kegiatan ekonomi secara aktif
ii.
memainkan peranan dalam
sector ekonomi dan social. Di samping bertujuan memperolehi keuntungan, ia juga
dikehendaki menyediakan berbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada rakyat.
8.
Ancaman kepada keselamatan
negara boleh diklasifikasikan kepada ancaman dalaman dan luaran. Huraikan
bentuk-bentuk ancaman dalaman yang boleh mengganggu keselamatan negara.
i. polarisasi kaum – masyarakat di negara kita
yang berbilang kaum merupakan suatu asset yang bias menggugat keselamatan negara
jika keharmoniannya tidak dititikberatkan. Oleh itu mana-mana individu/kumpulan
cuba
merosakkan keharmonian itu dianggap sebagai musuh negara.
ii. ketegangan/perpecahan-negara tidak akan
stabil jika ujud gejala-gejala yang boleh menggugat integrasi nasional seperti
hubungan yang tidak baik di antara kerajaan pusat dan negeri dan di antara
kerajaan-kerajaan negeri sendiri.
iii.
ancaman komunis – walaupun
satu perjanjian telah dimeterai di antara kerajaan Malaysia, Thailand dan PKM
di Hadyai pada 2.12.1989, namun ancamannya masih wujud.
iv.
Ancaman dadah – berbagai
masalah social wujud akibat penagihan dadah yang mana jika tidak dikawal akan
melumpuhkan negara.
v.
Pelarian/pendatang tanpa izin
– pelbagai masalah wujud akibat kemasukan pelarian ini seperti masalah jenayah,pengangguran
dll
vi.
Golongan pelampau – golongan
ini akan menggunakan isu-isu yang boleh mengganggugugat sentiment perkauman.
vii.
Golongan subersif
viii.
Aids
ix.
Gejala-gejala social
x.
Penjenayah
9.
Parlimen membuat
undang-undang mengikut cara dan peraturan tertentu seperti yang ditetapkan
dalam Bab 5 Acara Perundangan. Terangkan proses penggubalan undang-undang yang
dikemukakan oleh Kerajaan dari peringkat awal sehingga diluluskan oleh
Parlimen.
Jawapan:
i. menteri atau sesuatu Kementerian merangka
dasar-dasar Rang Undang-undang dengan bantuan pegawai-pegawai kementeriannya.
ii. menteri atau pihak Kementerian perlu
berunding dengan jabatan Peguam Negara,perbendaharaan atau Kementerian
iii. draf rang
undang-undang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara dengan kerjasama Kementerian
berkenaan.
iii.
draf rang undang-undang
dikemukakan kepada cabinet untuk mendapatkan kelulusan
iv.
pembentangan rang
undang-undang di Prlimen untuk kelulusan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan
Negara.
v.
Bacaan pertama oleh menteri
berkenaan di Dewan Rakyat dan menetapkan bacaan kali kedua biasa dibuat pada
mesyuarat yang sama.
vi.
Bacaan kedua adalah penting
untuk dibahas secara menyeluruh oleh ahli-ahli Dewan
vii.
Rang undang-undang akan
diteliti secara terperinci fasal demi fasal oleh jawatankuasa.
viii.
Rang undang-undang
dikemukakan semula oleh menteri berkenaan kepada Majlis Parlimen, untuk bacaan
kali ketiga untuk diluluskan, dan proses yang sama akan dijalankan oleh Dewan
Negara.
ix.
Rang undang-undang yang telah
diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara dipersembahkan kepada YDA untuk
diperkenankan.
x.
Pewartaan undang-undang untuk
dikuatkuasakan.
10.
Pertalian dan penyelarasan di
antara jentera pentadbiran Persekutuan dan Negeri adalah dijalankan oleh Majlis-majlis dan
jawatankuasa-jawatankuasa tertentu. Jelaskan mana-mana (5) Majlis atau
jawatankuasa.
i. Majlis Raja-raja
·
Membincangkan soal-soal yang
menyentuh dasar negara
·
Bertanggungjawab mengadakan
dasar kebangsaan dan menyelaraskan perkara-perkara di bawah bidang kuasanya.
ii.
Majlis Tanah Negara
·
Diberi tugas untuk membentuk
dasar negara yang meliputi seluruh Persekutuan bagi menaja dan mengawal
penggunaan tanah untuk galian,pertanian,perhutanan dan lain-alin.
iii.
Majlis Kewangan Negara
·
Bertanggungjawab dalam
halehwal kewangan negara seperti pemberian wang Kerajaan Persekutuan kepada
kerajaan-kerajaan negeri,pinjaman wang oleh kerajaan-kerajaan negeri,membuat
rancangan kemajuan dan lain-lain.
iv.
Majlis Negara Bagi Kerajaan
Tempatan
·
Bertanggungjawab bagi
membentuk dasar negara untuk mengelola,memaju dan mengawal Kerajaan Tempatan di
seluruh Persekutuan.
v.
Jawatankuasa Perhubungan
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri.
·
Memainkan peranan menjalin
hubungan dan persefahaman antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Tujuannya
ialah untuk membincang isu-isu dan menyelesaikan masalah dalam hubungan di
antara Kerajaan Negeri dan Kementerian-kementerian Persekutuan.
·
Dipengerusikan oleh KSN
vi.
Jawatankuasa antara Kerajaan
·
Untuk membincang mengenai
peruntukan-peruntukan khas bagi kedua-dua negeri iaitu negeri Sabah dan Sarawak untuk mempastikan peruntukan/peraturan khas tidak
perlu lagi ditarik balik. Jawatankuasa ini bertanggungjawab didalam menyatukan
beberapa perkhidmatan awam negeri dengan perkhidmatan awam persekutuan.
vii.
Majlis Tindakan Negara
·
Majlis pentadbiran yang
tertinggi sekali dibentuk oleh kerajaan untuk menyelaraskan pelaksanaan semua
program dan projek pembangunan kerajaan. Majlis ini dihadiri oleh semua menteri
yang ada.
viii.
Majlis Keselamatan Negara
·
Menyelaraskan
aktiviti-aktiviti yang berkait dengan keselamatan negara
ix.
Majlis Ekonomi Negara
·
Bertanggungjawab khusus
tentang segala aspek ekonomi negara
·
Jawatankuasa pembangunan dan
perancangan negeri
·
Menjalin perhubungan dan
persefahaman antara pentadbiran persekutuan dengan negeri dalam hal pembangunan
dan kewangan.
11.
Perlembagaan Persekutuan
mempunyai peruntukan-peruntukan mengenai berbagai perkara termasuk peruntukan
mengenai perkhidmatan awam. Terangkan maksud ‘Perkhidmatan Awam’ menurut
Perlembagaan Persekutuan.
Jawapan:
Perkhidmatan Awam:
i. Mengikut perkara 132 perlembagaan
persekutuan , perkhidmtana awam terdiri daripada;
a. angkatan tentera
b. perkhidmatan kehakiman dan undang-undang
c. perkhidmatan awam am persekutuan
d. angkatan polis
e. perkhidmatan awam bersama seperti dalam
perkara 133
f. perkhidmatan awam setiap negeri
g. perkhidmatan Pendidikan
ii. Setiap anggota perkhidmatan awam
persekutuan memegang jawatannya selama diperkenankan oleh YDA dan anggota
perkhidmatan awam negeri pula selama diperkenankan oleh Raja atau Yang Dipertua
Negeri.
iii. Menurut perkara 135, tidak seorang pun
anggota dalam mana-mana perkhidmatan awam boleh dibuang kerja atau diturunkan
pangkat oleh sesuatu pihak berkuasa yang rendah daripada pihak berkuasa yang
melantiknya.
iv. Seseorang anggota dalam mana-mana
perkhidmatan awam tidak boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkatnya tanpa
diberi peluang yang munasabah untuk didengar.
v. Cara-cara bagaimana anggota
perkhidmatan awam boleh dikenakan tindakan tatatertib atau dibuang kerja adalah
dihuraikan secara terperinci dalam Perintah Am.
vi. Beberapa suruhanjaya telah ditubuhkan
bagi memastikan layananan yang adil terhadap anggota perkhidmatan awam dalam
bidang-bidang perlantikan,kenaikan pangkat dan tatatertib.
12.
Perlembagaan Persekutuan
adalah undang-undang tertinggi di Malaysia.Perlembagaan menjadi undang-undang
yang utama dan undang-undang lain yang digubal hendaklah tidak bertentangan
dengan Perlembagaan Persekutuan. Jelaskan mengapakah Perlembagaan Persekutuan
penting sebagai satu sumber undang-undang.
Jawapan:
Perlembagaan
Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia.Perlembagaan menjadi
undang-undang yang utama dan undang-undang lain yang digubal hendaklah tidak
bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Terdapat tiga sebab utama yang
menjadikan perlembagaan persekutuan berbeza daripada undang-undang biasa.
i. parlimen tidak mempunyai kuasa untuk
meminda atau memansuhkan keseluruhan perlembagaan persekutuan walaupun dengan 2/3 majoriti.
ii. keseluruhan perlembagaan persekutuan
bukan digubal oleh parlimen
iii. majlis raja-raja mempunyai pengaruh dan
kuasa untuk menentukan bahagian-bahagian tertentu dalam perlembagaan
persekutuan, umpamanya perkara 36,perkara 70,perkara 71,perkara 152 dan perkara
153.
Kepentingan dan
ketinggian perlembagaan persekutuan tidak perlu dipersoalkan lagi. Oleh kerana Malaysia mempunyai hubungan sejarah yang lama
dengan British, Malaysia
telah mengambil model parlimen jenis Westminster.
Perlembagaan British tidak sama dengan perlembagaan Malaysia kerana perlembagaan
British adalah perlembagaan yang tidak bertulis. Terdapat beberapa sebab
mengapa perlembagaan persekutuan dianggap sangat penting
i. wujudnya
perlembagaan persekutuan membuktikan bahawa kita hidup sebagai sebuah
masyarakat yang mempunyai organisasi yang tersusun
ii. hak individu dan rakyat tersusun dan
terjamin
iii. mengelakkan perebutan kuasa secara
paksaan dan kekerasan
iv. menjamin pengasingan kuasa antara tiga
badan;
·
Perundangan
·
Eksekutif
·
Kehakiman
v. menjamin pembahagian kuasa.
13.
Biro Pengaduan Awam (BPA)
telah ditubuhkaan di Jabatan Perdana Menteri bagi tujuan melaksanakan system
pengendalian pengaduan awam. Huraikan fungsi dan tanggungjawabnya.
Jawapan:
Fungsi dan
tanggungjawab BPA adalah seperti berikut:
i.
menerima pengaduan-pengaduan
orang awam mengenai ketidakpuasan mereka terhadap sebarang tindakan pentadbiran
kerajaan yang dirasai tidak adil, tidak mematuhi undang-undang dan peraturan
yang sedia ada, termasuk salah laku,penyelewengan, salah guna kuasa dan salah
tadbir;
ii.
menyiasat pengaduan-pengaduan
awam yang dianggap mempunyai asas;
iii.
melapor dan memperakukan
hasil siasatan mengenai pengaduan-pengaduan itu kepada jawatankuasa tetap
pengaduan awam;
iv.
menyampaikan
keputuasan-keputusan jawatankuasa tetap pengaduan awam kepada Kementerian atau
jabatan persekutuan atau badan berkanun persekutuan atau pihak berkuasa
tempatan atau agensi yang berkenaan untuk tujuan tindakan pembetulan; dan
v.
mengesan dan mengawasi
tindakan pembetulan yang diambil oelh Kementerian / jabatan persekutuan/badan
berkanun persekutuan/pihak BT/agensi dan seterusnya memberi maklumbalas kepada
jawatankuasa tetap pengaduan awam.
14.
Huraikan
secara ringkas mengenai perkara-perkara berikut:
a)
jemaah
menteri
b)
majlis
mesyuarat kerajaan negeri
c)
pihak
berkuasa tempatan
Jawapan:
a) Jemaah Menteri
Jemaah
menteri (juga dikenali Kabinet) merupakan badan yang menjalankan kuasa
eksekutif yang dipegang oleh YDA. Ini bermakna kuasa pemerintahan Negara berada
di tangan cabinet. Kuasa membentuk cabinet diserahkan kepada parti yang
mendapat kedudukan majority dalam Parlimen.
Jemaah
menteri diketuai oleh PM yang dilantik oleh YDA iaitu ketua parti pemerintah. Ahli Dewan Rakyat
yang mendapat kepercayaan majority ahli Dewan tersebut. Ahli-ahli
cabinet terdiri daripada menteri-menteri yang dilantik oleh YDA atas nasihat
PM. Jumlahnya tidak ditentukan oleh perlembagaan tetapi berdasarkan keperluan
dan biasanya tidak terlalu ramai. Setiap menteri mengetuai
kementeriannya.Kabinet mengadakan mesyuarat sekali seminggu.Ketua Setiausaha
Negara menjadi Setiausaha Kabinet.
Jemaah
menteri merupakan badan tertinggi yang membentuk dasar dan bertanggungjawab
terhadap segala keputusan dasar yang dibuat. Dasar-dasar ini dilaksanakan
oleh agensi-agensi kerajaan.Bagi membantu cabinet menjalankan tanggungjawabnya
beberapa jawatankuasa ditubuhkan sama ada bersifat tetap atau ad-hoc bergantung
kepada keperluan dan isu-isu semasa.
c) Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri
Melaksanakan
kuasa eksekutif di peringkat negeri. Di Sabah disebut Kabinet dan Sarawak
disebut Majlis Tertinggi atau juga disebut cabinet.Badan ini merupakan
pembentuk dasar di peringkat negeri dan bertindak menasihati Raja-raja/Yang
Di-Pertua Negeri kecuali dalam hal berkaitan dengan Agama Islam dan Adat
Istiadat.
Diketuai
oleh seorang Menteri besar atau Ketua Menteri yang dilantik oleh Raja/YDN di
kalangan ahli Dewan Undangan Negeri yang mencatat kepercayaan majority .Ahli
dewan dipanggil Exco (Sabah dan Sarawak dipanggil Menteri) dan tiga orang
pegawai kanankerajaan ex-officio iaitu, Setiausaha Kerajaan Negeri,Pegawai
kewangan Negeri dan penasihat Undang-undang Negeri.Jumlah exco berbeza dari
satu negeri dengan yang lain.
Setiap
EXCO mengetuai sekurang-kurangnya satu jawatankuasa (Sabah dan Sarawak
dipanggil Kementerian) yang ditubuhkan untuk menyelaaras perkara-perkara
tertentu seperti perindustrian,pertanian,hal ehwal agama,perumahan,alam
sekitar,kerajaan tempatan,Pendidikan,pelancongan,kebajikan masyarakat,dan
aspek-aspek yang mempunyai kepentingan kepada pembangunan sesuatu negeri itu.
Di Sabah dan Sarawak yang mengamalkan system cabinet setiap Kementerian
diketuai oleh menteri dan diwujudkan pembantu menteri (kadang-kadang lebih
daripada seorang)
d)
Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT)
·
Melaksanakan
fungsi berdasarkan peruntukan undang-undang khasnya Akta 171
·
KT
mempunyai autonomi perundangan dalam bidang tertentu
·
Mengeluarkan
lesen penjaja dan lesen perniagaan di kawasan PBT masing-masing
·
Mengutip
cukai harta benda dan sewa gerai kepunyaan PBT masing-masing
·
Membuat
undangan kecil untuk dilaksankan di kawasan PBT masing-masing
·
Memperolehi
sumber kewangan daripada ;
Sewa,hasil
cukai dan bayaran perkhidmatan
Bantuan
kewangan daripada kerajaan negeri
Pinjaman
khas daripada kerajaan persekutuan
·
Belanjawan
diluluskan oleh kerajaan negeri masing-masing
·
Arahan
dasar diberi oleh kerajaan negeri.
15.
Huraikan
struktur pentadbiran bagi mana-mana 3 peringkat berikut :
a)
peringkat
negeri
b)
peringkat
daerah / jajahan
c)
peringkat
mukim
d)
peringkat
kampung
(
Jawapan sila rujuk soalan nom. 6 )