PENILAIAN
PRESTASI
1.
Ketua jabatan
bertanggungjawab memastikan penilaian prestasi dilaksanakan secara adil, saksama dan objektif supaya ganjaran yang
diberi setimpal dengan prestasi anggota .
Ketua jabatan juga menerusi penilaian prestasi, dapat mengenalpasti anggota yang memerlukan
bimbingan dan latihan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi
mereka. Bincangkan lima rancangan tindakan yang boleh dijalankan
oleh ketua jabatan bagi mencapai matlamat ini.
Jawapan:
i.
merangka rancangan kerja
jabatan secara bersama dengan ketua bahagian untuk dilaksanakan oleh tiap-tiap
bahagian selaras dengan strategi yang dipersetujui ;
ii.
merangka rancangan kerja
jabatan bersama dengan ketua bahagian dan unit;
iii.
menetapkan ukuran piawaian
(standard) bagi setiap aktiviti utama jabatan yang akan dijadikan asas
pencapaian kerja bagi semua bahagian dan unit . Piawaian yang ditetapkan
hendaklah munasabah serta boleh dicapai dan diukur;
iv.
memastikan kerja yang
dijalankan oleh ketua bahagian dan ketua unit mengikut jadual yang ditetapkan
bagi keseluruhan jabatan dengan mengadakan system penyelarasan, pengawalan dan kajian semula yang senua;
v.
menentukan supaya anggota
yang bertanggungjawab sebagai Pegawai Penilaian Pertama dan Pegawai Penilaian
Kedua di jabatan masing-masing menyediakan laporan penilaian prestasi anggota
di bawah penyeliaan mereka menurut peraturan dan jadual yang ditetapkan;
vi.
mengarahkan Pegawai Penialain
Pertama dan Pegawai Penilaian Kedua yang akan bertukar , bersara atau meletak
jawatan, menyediakan laporan penilaian
prestasi di bawah penyeliaan mereka jika tempoh penyeliaan mereka itu tidak
kurang daripada 6 bulan ; dan
vii.
memastikan penilaian prestasi
anggota yang dilantik pada penghujung tahun (selepas 1 Julai ) disediakan
apabila tempoh sebenar perkhidmatan mereka genap 6 bulan
2.
Sistem Penilaian Prestasi
perkhidmatan awam telah menetapkan dua peringkat penilaian prestasi seseorang
pegawai dinilai (PYD) iaitu pegawai yang diperlukan dalam menentukan PPP dan
PPK ;
Jawapan:
Syarat-syarat
tersebut ialah :
i.
hendaklah ujud hubungan kerja
dan penyeliaan di mana PYD bertanggungjawab secara langsung kepada PPP;
ii.
gred hakiki PPP hendaklah
lebih tinggi daripada gred hakiki PYD. Syarat ini boleh dikecualikan jika PPP
dan PYD berada digred hakiki yang sama tetapi ujud hubungan kerja dan
penyeliaan di mana PYD bertanggungjawab secara langsung kepada PPP;
iii.
tempoh penyeliaan hendaklah
tidak kurang daripada 6 bulan dalam sesuatu tahun penilaian. Sekiranya
seseorang PYD itu berkhidmat di dua jabatan yang berlainan dalam tempoh yang
sama panjangnya, maka keduadua PPP yang
terbabit dikehendaki menyediakan laporan prestasi yang PYD yang berkenaan;
iv.
sekiranya tiada PPP yang
layak menilai kerana tempoh penyediaannya kurang dari 6 bulan dalam tahun yang
dinilai, maka penilaian hendaklah dibuat oleh anggota yang lebih tinggi yang
terdekat yang mempunyai hubungan kerja dengan PYD;
v.
bagi PYD yang diselia oleh
lebih daripada seorang PPP dalam tempoh yang berbeza-beza panjangnya dan tidak
ada anggota kanan yang lain yang layak membuat penilaian , maka PPP yang paling
lama tempoh penyeliaannya bolehlah membuat penilaian tersebut;
vi.
sekiranya PPP telah bersara,
meletak jawatan atau tidak dapat dikesan, maka laporan prestasi PYD hendaklah
disediakan terus oleh PPK, dan
vii.
tiada hubungan kekeluargaan
terdekat samada melalui pertalian darah atau perkahwinan (suami, isteri, anak,
adik-beradik, anak saudara, mertua, menantu, ipar, sepupu atau biras ) di
antara PYD, PPP dan PPK.
3.
Pegawai penilai adalah
bertanggungjawab untuk menentukan supaya laporan dan penilaian disediakan
bersifat adil dan saksama. Nyatakan lima
pendekatan yang dapat menghasilkan penilaian prestasi yang adil dan saksama.
Jawapan :
Pendekatan-pendekatan
tersebut adalah :
i.
penilaian hendaklah dibuat
secara berterusan dan berdasarkan kepada pencapaian kerja sebenar sepanjang
tahun
ii.
penilaian hendaklah dibuat
secara bebas tanpa dipengaruhi oleh prestasi tahun-tahunsebelumnya
iii.
penilaian hendaklah dibuat
dengan keyakinan bahawa pegawai yang dinilai merupakan asset terpenting yang
perlu dan boleh dimajukan dari semasa ke semasa
iv.
penilaian tidak dibuat secara
tergesa-gesa atau dilakukan di saat akhir
v.
penilaian tidak dipengaruhi
oleh factor yang boleh dianggap sebagai pilih kasih, berat sebelah ,syak
wasangka
vi.
penilaian tidak bersifat terlalu
murah hati atau sebaliknya
vii.
penilaian hendaklah tepat
bukan memberi markah dalam lingkungan pertengahan sahaja
viii.
tidak memberi perhatian yang
lebih kepada perkara yang baru berlaku, sama ada bersifat positif atau
negative, yang boleh mempengaruhi penilaian keseluruhan seseorang anggota
ix.
penilaian berdasarkan
prosuder yang telah ditetapkan