GEJALA SOSIAL DI
KALANGAN REMAJA
PENGENALAN
Jika
dulu, golongan remaja yang terlibat dalam kes-kes jenayah yang serius hanyalah
kecil
bilangannya,
tetapi kini angka itu semakin meningkat dengan mendadak sekali bukan sahaja
membimbangkan
ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah, tetapi ia turut memberi
kesan terhadap masyarakat .
Masalah
sosial adalah sesuatu yang merangkumi pelbagai tingkah laku negatif di dalama nggota
masyarakat yang tidak memberikan faedah kepada kekuatan sistem dan struktur
ekonomi yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat, komuniti ataupun negara. Banyak
faktor yang mendorong remaja pada masa kini terlibat dalam gejala sosial yang
kurang sihat ini. Menurut Abd. Rahim (2006), penglibatan remaja dalam pelbagai
gejala sosial berpunca daripada beberapa faktor, antaranya faktor dalaman diri
remaja itu sendiri dari aspek perkembangan personaliti,kegagalan fungsi
institusi keluarga dan juga pengaruh rakan sebaya. Zainal dan Sharani (2004)
pula menyatakan pengaruh persekitaran di sekolah juga menjadi punca keruntuhan
akhlak di kalangan remaja.
Kes
yang saya kaji adalah berkaitan seorang remaja yang melahirkan anak diluar
nikah . Maria ( bukan nama sebenar ) merupakan remaja yang berumur 19 tahun dan
baru melahirkan anak dalam bulan November 2012.
KAJIAN
Remaja
yang saya temuramah ini sekarang berada dirumah perlindungan wanita
persendirian. Rumah perlindungan ini dibina oleh sepasang suami isteri yang
ingin membantu remaja yang hamil dan memastikan bayi dan ibu selamat. Bagi kes
Maria, beliau merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik dan merupakan
anak perempuan tunggal. Beliau berasal
dari sebuah kampung di ____( negeri dirahsiakan). Bersekolah sehingga berumur
17 tahun. Ketika tamat peperiksaan SPM , Maria mengambil keputusan untuk
bekerja di sebuah kilang di ( negeri dirahsiakan) bersama kawan-kawan.
Kes
bermula apabila Maria melihat kawan-kawannya mempunyai teman lelaki. Akhirnya
Maria berkenalan dengan pekerja lelaki dikilang tersebut yang bernama Ali (
bukan nama sebenar ) . Perhubungan mereka menjadi rapat sebagai sepasang
kekasih. Malahan perhubungan mereka diketahui oleh rakan-rakan ditempat kerja
dan ibubapa. Pada mulanya hubungan Maria dan Ali hanya berdasarkan pasangan
bercinta tapi seterusnya bertukar kepada perhubungan seks. Perhubungan ini
adalah untuk membuktikan kesetiaan masing-masing. Akhirnya pada Januari 2012,
Maria yang pada itu berumur 19 tahun telah mengandung. Ketika itu Ali berumur
24 tahun. Semasa menyedari perubahan kepada dirinya, Maria ke hospital bersama
seorang kawan. Doktor mengesahkan Maria mengandung.
Apabila
dimaklumkan kepada Ali, Ali mengaku akan bertanggungjawab. Malahan keluarga
pihak mengetahui. Apabila keluarga Maria dan Ali menyuruh mereka berkahwin Ali
tidak mahu berkahwin cepat. Akhirnya Maria dihantar keluarganya ke sebuah rumah
perlindungan wanita. Selepas melahirkan anak ,anak Maria dibawa pulang oleh
ibubapanya. Ibu bapa Maria memberitahu orang kampong bahawa bayi tersebut
adalah anak angkat mereka. Maria tinggal dipusat perlindungan sehingga
berkemampuan mencari kerja. Semasa saya menemuramah Maria, beliau baru sebulan
melahirkan bayi. Kesan daripada kejadian tersebut Maria sudah tidak menerima
Ali dan tidak percaya kepada lelaki. Matlamat Maria sekarang adalah mencari
kerja dan membesar anaknya yang sekarang perlu dianggap sebagai adik angkat.
KAJIAN
LITERATUR
Gejala
sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang melanda golongan
remaja dan belia. Pada zaman remaja, seseorang itu berdepan dengan satu siri
krisis identiti iaitu pembentukan dan pengembangan identiti diri. Kegagalan
untuk mengatasi cabaran itu membuatkan remaja mengalami krisis kekeliruan.
Krisis kekeliruan yang menguasai diri remaja jika tidak dibendung dan di atasi
boleh menyebabkan gejala sosial yang sememangnya parah akan bertambah parah.
Dalam
kes ini, pengaruh dari persekitaran menyebabkan Maria terjebak dengan
mengandung anak luar nikah. Keinginan untuk mempunyai teman lelaki dan
membuktikan perasaan cinta kepada Ali memberi kesan kepada diri Maria dan
keluarganya. Maria bernasib baik kerana keluarganya dan kawan-kawan masih
menerimanya. Ini mengurangkan tekanan pada dirinya dan mengurangkan satu lagi
masalah pembuangan bayi. Bayangkan jika Maria tidak mendapat sokongan, segala
kemungkinan boleh berlaku. Remaja perempuan seperti Maria mudah terpengaruh
dengan persekitaran, merasakan diri amat dicintai apabila dipujuk oleh kekasih
mereka tanpa memikirkan kesan yang terpaksa dihadapi. Seperti kita lihat sekarang ini, ramai golongan
remaja terjebak dengan masalah gejala sosial dalam kehidupan mereka. Keadaan masalah ini
semakin hari semakin
runcing dan masih berleluasa seterusnya mendatangkan kebimbingan
pelbagai pihak. Pelbagai-bagai kes mengenai gejala
sosial remaja dipaparkan didada akhbar dan media massa. Contohnya kes terkini yang paling hangat
disiarkan akhabar
dan dikaca-kaca televisyen adalah mengenai kes pembuangan
bayi. Walaupun kita tidak mempunyai laporan
statistik yang tepat mengenai jumlah sebenar remaja yang hamil di Malaysia. Namun
peningkatan kejadian buang bayi, remaja ponteng dan berhenti sekolah, remaja
melarikan diri dari rumah dan peningkatan kes-kes remaja yang hamil dan bersalin membuktikan bahawa
permasalahan ini menjadi semakin parah. Ketua
Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Alwi Ibrahim (2010) telah menyatakan
bahawa seramai 17,303 anak luar nikah Melayu telah didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun 2009.
Menurutbeliau lagi, bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya.
Pada
2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di
Jabatan Pendaftarn Negara (JPN)
manakala pada 2007 seramai 16,1000. Ini bererti
seramai kira-kira 65 bayi di luar nikah dilahirkan di kalangan orang Melayu.
Jumlah ini tidak termasuk di kalangan kes buang bayi yang dilaporkan kepada
Jabatan Kebajikan Masyarakat. (Berita harian, 21hb Mac 2010).
Walaupun laporan Jabatan Pendaftaran Negara dan
Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak pernah menyatakan umur sebenar ibu-ibu yang
melahirkan anak di luar nikah ini, kejadian ini seharusnya sudah lebih dari
cukup untuk membuka mata masyarakat umum bahawa salah laku seksual atau lebih
tepatnya kejadian zina semakin merebak termasuk dikalangan remaja Melayu.
Sebahagian besar daripada mereka yang terlibat dalam gejala seks luar nikah
adalah di kalangan kumpulan remaja di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga
di sekolah menengah. Ini merupakan satu kejadian yang sangat menggerunkan kita
semua. Selain itu Ahmad Nasarudin (2011) juga turut melaporkan dalam keratin artikelnya
di dalam sebuah majalah berkenaan dengan kes jenayah remaja yang diperolehi
dari PDRM Bukit Aman yang merekodkan seramai 135,121 remaja melakukan kes
jenayah. Masalah gejala sosial jenayah seperti ini merupakan satu perkara yang
paling kerap berlaku di kalangan remaja pada masa kini. Jenayah ini secara
umumnya dianggap sebarang perbuatan yang melanggar peraturan dan undang-undang
sesebuah masyarakat atau negara yang mana pada konsepnya bukannya lumrah kepada
perbuatan tersebut tetapi hanya akan dianggap pembuatan jenayah sekiranya
masyarakat itu melihat ataupun mengetahui (Shatar Sabran, 2003).
Fenomena ini merupakan salah satu daripada
ancaman kepada sumber tenaga manusia boleh merugikan negara dalam jangka masa
panjang. Oleh itu, segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus
dibendung dan diatasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap
pembangunan dan kemajuan negara.
METODOLOGI
Temu
Bual
Saya menemubual seorang
remaja dirumah perlindungan wanita di_______ ( negeri dirahsiakan) . Remaja
tersebut baru sebulan melahirkan anak. Melalui remaja kita, kajian kes terus
menjerus kea rah peristiwa sebenar. Maria ( bukan nama sebenar ) menceritakan
peristiwa-peristiwa tang menyebabkan beliau berada di rumah perlindungan wanita
tersebut.
Soal Selidik
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor
yang mempengaruhi remaja yang ditempatkan di sekolah pemulihan akhlak yang
terletak di ______ ( negeri dirahsiakan) terlibat dalam gejala sosial dalam
empat aspek iaitu faktorlatar belakang diri sendiri, faktor latar belakang
keluarga, bentuk pengaruh rakan sebaya dan juga permasalahan persekitaran
sekolah. Seterusnya untuk merujuk kepada punca-punca remaja terjebak
perhubungan social yang negatif di
Malaysia.
Akhbar dan Majalah
Saya juga merujuk kes-kes yang dipaparkan didalam
akhbar dan majalah. Kebanyakkan kes remaja adalah berlaku daripada pengaruh
persekitaran , keluarga , rakan-rakan dan media massa. Terdapat kes yang
dipaparkan adalah hamper sama dengan remaja yang telah saya temurabual.
Maklumat Internet
Maklumat-maklumat berkaitan kajian terdahulu juga
membantu saya mengupas isi-isu berkaitan kes yang dikaji. Maklumat dari kajian
internet terdapat kadar peraturan secara lengkap.
RINGKASAN
Berdasarkan analisis yang telah dibuat , didapati
faktor utama responden terlibat dalam masalah sosial adalah disebabkan keinginan
untuk mencuba sesuatu yang baru yang tidakpernah mereka lakukan. Analisis
menunjukkan aspek ini mempunyai peratusan yang agak tinggi berbanding
aspek-aspek lain. Saya berpendapat, pada
usia remaja, mereka mengalami perubahan dari segi peningkatan usia, pemikiran
dan keadaan sekeliling. Ketika melalui prosesproses perkembangan pada keadaan
sekeliling, akan wujud perkara-perkara yang tidak pernah mereka lihat atau
alami. Oleh itu, remaja akan mempunyai keinginan untuk mencuba perkara-perkara
yang tidak pernah mereka alami. Kajian lepas yang dilakukan oleh Asmak (2006)
mengenai salah laku sosial remaja masa kini menunjukkan faktor ingin mencuba
juga tinggi iaitu sebanyak 48%. Kajian Asmak selari dengan Zainal dan Sharani
(2006) yang menjelaskan, pada peringkat usia remaja, mereka mempunyai perasaan
ingin tahu yang tinggi. Justeru itu, apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi
di sekeliling mereka akan mendorong wujudnya perasaan ingin tahu di dalam diri
mereka. Menurut Zainal dan Sharani juga, keadaan ini membuatkan mereka
terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut. Oleh itu,
perasaan ingin tahu yang wujud dalam diri mereka akan mendorong mereka
melakukan apa sahaja tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara-perkara
tersebut.Saya berpendapat, responden
ketika usia 18 tahun ke atas berfikiran
lebih positif berbanding ketika awal remaja mereka. Mereka akan berusaha
mencari sebab yang munasabah bagi setiap persoalan yang mereka lihat, lantas
mereka akan melakukan apa sahaja asalkan persoalan yang timbul dalam diri
mereka terjawab. Ini dibuktikan apabila Arieff dan Wardah (2006) menjelaskan, keghairahan
mencari sebab musabab baru menyebabkan remaja pada tahap ini suka mencuba perkara-perkara
yang baru. Mereka terus mencuba bagi mencari pengalaman baru walaupun mereka
terpaksa mengalami kegagalan dan kesukaran. Menurut Arieff dan Wardah lagi,
situasi ini adalah suatu keadaan yang baik apabila mereka mengarahkan sifat ini
lebih positif. Akan tetapi, kajian mendapati responden lebih menggunakan sifat
ini kepada perkara yang merugikan iaitu mencuba perkara-perkara yang tidak elok
untuk mengetahui sebab musababnya. Dapatan kajian juga mendapati, responden
terlibat dalam masalah sosial adalah disebabkan aspek inginkan kebebasan dalam
setiap perkara yang mereka lakukan..Saya berpendapat, ketika usia remaja,
mereka akan mula merasakan apa yang mereka lakukan adalah betul dan mereka
tidak mahu dikongkong dalam setiap perkara yang mereka lakukan supaya keinginan
mereka dapat dicapai. Ketika ini, mereka akan mula melalui peringkat
perkembangan kematangan dari segi mental, sosial, intelektual dan emosi. Suzana
(2002) yang menyatakan pada usia remaja, mereka mula
mempunyai keinginan kebebasan dalam pelbagai
perkara dan pada masa yang sama juga, mereka mengalami perkembangan fizikal dan
mental yang cepat. Remaja memerlukan kebebasan dalam membuat keputusan yang
dapat memenuhi citarasa mereka. Selain aspek keinginan mencuba sesuatu yang
baru dan keinginan kebebasan dalamsetiap perkara yang dilakukan, responden
terlibat dalam masalah sosial adalah kerana mereka inginkan perhatian dalam
setiap perkara yang dilakukan.
Bagi kes Maria , pada usia 17 tahun keinginannya
untuk hidup bebas menyebabkan beliau bertindak bertindak tidak menyambung
pembelajaran , memilih untuk bekerja dan tinggal bersama kawan-kawan. Keinginan
untuk mempunyai teman lelaki seperti rakan –rakan serta ingin merasakan diri
dicintai menyebabkan Maria menyerah kehormatan kepada teman lelakinya. Namun
akibat tindakan tersebut beliau mengandung dan tidak dipedulikan oleh teman
lelaki. Akhirnya Maria berada di rumah perlindungan wanita dan bayinya tinggal
bersama ibubapanya sebagai anak angkat. Bagi mengelakkan dipandang hina oleh
masyarakat, Maria terpaksa menganggap anak lelakinya sebagai adik angkat. Maria
juga sekarang masih dalam pantang kerana melahirkan anak baru sebulan. Akibat tragedi
tersebut, Maria sudah tidak percaya kepada lelaki dan berasa tidak selamat
berada di tempat yang ada lelaki. Maria dalam proses pemulihan diri dari
trauma. Apa yang terjadi kepada Maria menjadi pengajaran kepada teman-teman
rapatnya.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
KESIMPULAN
Masalah sosial yang melanda remaja pada masa kini dipengaruhi beberapa
faktor. Dalam kajian ini, empat faktor diambil kira dalam mendapatkan dapatan
kajian. Faktor tersebut adalah factor diri sendiri, faktor latar belakang
keluarga, bentuk pengaruh rakan sebaya dan permasalahan yang wujud di
persekitaran sekolah. Hasil kajian menunjukkan faktor diri sendiri paling mempengaruhi
remaja terlibat dalam masalah sosial berbanding faktor-faktor lain.Justeru itu
semua pihak haruslah bekerjasama untuk menghapuskan masalah sosial yang
semakin meruncing ini. Remaja pada masa kini seharusnya lebih kuat dan
mempunyai jati diri yang mantap supaya dapat mengawal diri dari gejala-gejala
sosial. Sesungguhnya, remaja yang unggul dan berkualiti adalah remaja yang
dapat membangunkan negara supaya lebih setanding dan maju dengan negara-negara
lain.
Mengikut teori sosial-kognitif, terdapat dua kesimpulan umum. Kesimpulan
yang pertama
menjelaskan setakat mana seseorang itu percaya yang
ia dapat mempengaruhi dunia berhubungkait dengan pengalaman kejayaan-kejayaan
lepas dalam mengatasi atau melaksanakan perkaratertentu. Teknik-teknik tingkah
laku seperti peneguhan apabila berjaya melakukan kerja, latihan dan galakan,
memerhati kejayaan orang lain merupakan teknik-teknik yang baik dalam
usahamengubah tingkah laku remaja. Membantu remaja dalam memperkembangkan satu
harapan yangboleh diperolehi atau dicapai juga adalah satu cara untuk mengubah
tingkah laku. Kedua,perbezaan individu dalam kebolehan mengambil peranan boleh
mempengaruhi tingkahlaku sosial (Suzana, 2002). Seterusnya menurut
teori kognitif pengembangan pula menyatakan
kanak-kanak dan remaja adalah individu yang berupaya mengawal kendiri dan
tingkah laku dikawal oleh peraturan konseptual. Satu norma tentang saling
menghormati antara manusia menjadi petunjuk kepada kerjasama sosial dan tingkah
laku moral. Tingkah laku moral pula mencerminkan cara individu memberi sebab
kepada tingkah laku mereka. Manakala karakter moral pula terbentukdari
prinsip-prinsip penilaian dalaman. Oleh itu, peraturan moral mencerminkan
kepercayaan yang setiap individu mesti ada saling bergantungan atau rasa saling
timbal balik antara diri dengan orang lain. Teori ini menekankan soal motif
atau niat (Suzana,2002).
Menurut Kohlberg (1969), perkembangan kognitif dan pendedahan kepada
pengalaman
sosio-moral dapat membantu menentukan kadar pencapaian perkembangan
moral. Perolehan
tahap kognitif yang tinggi adalah satu syarat bagi perkembangan moral.
Pengalaman peribadi
yang melibatkan tanggungjawab moral, pengambilan peranan, pembuatan
keputusan yang
menyentuh soal moral dan komunikasi interpersonal
yang menyuburkan penakkulan moral yang tinggi. Ini menunjukkan peranan
persekitaran dan orang yang terapat dengan remaja tersebut dalam perbentukkan
peribadi remaja dan mengelakkan remaja terjebat dengan gejala-gejala negative.
RUJUKAN
Abd. Rahim Abd. Rashid (2006). Menangani Perkembangan dan Masalah
Tingkah Laku
Remaja Dalam Keluarga. Universiti Malaya: Pusat Pembangunan Keluarga.
Abd. Rahim Abd. Rashid, Sufean Hussin dan Che Hashim Hassan (2006). Krisis
& Konflik
Institusi Keluarga. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Abd. Rahim Abd Rashid, Sufean Hussin dan Jamaludin Tubah (2006). Institusi
Keluarga
Menghadapi Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.
Bhd.
Abdul Hadi Zakaria, Faizah Yunus dan Siti Hajar Abu Bakar Ah (2000). Laporan
Kajian
Tingkah Laku Remaja Johor Mei 1999-Febuari 2000. Universiti Malaya: Jabatan
Pentadbiran dan Keadilan Sosial.
Arieff Salleh Rosman dan Wardah Mokhtar (2006). Membentuk Jati Diri
Remaja. Bentong: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Asmak Haji Ali (2006). Salah Laku Remaja Masa Kini: Cabaran dan
Penyelesaiannya. UITM