TOKOH-TOKOH SEBELUM MERDEKA
Tokoh-tokoh bahasa tempatan
Abdullah Abdul
Kadir Musyi (1796-1854)
Beliau dilahirkan pada 12 Ogos 1796. Dibesarkan di
Kampung Pali, Melaka. Beliau mendapat pendidikan Inggeris dan bekerja dengan
pihak Inggeris sebagai pengajar bahasa, jurutulis, juru bahasa dan penterjemah.
Disamping itu beliau juga boleh bertutur dalam bahasa Tamil, Hindu, Inggeris
dan Cina di samping bahasa Melayu. Beliau telah menulis dua buah karya iaitu
Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah. Karya-karya tersebut
mendorong kebanyakan saryana menganggap Abdullah sebagai pelopor bahasa dan
kesusasteraan Melayu Moden. Beliau juga telah mengubah cerita dari berlatarkan
khayalan menjadi cerita-cerita yang realitI kepada apa yang dilihat oleh
matanya.
Beliau juga berani menyentuh kepada sifat kemalasan
orang melayu dan kemunduran orang
melayu.Menurutnya orang melayu kurang mempedulikan bahasanya sendiri dan tidak
berusaha mempelajari bahasanya seperti orang Eropah. Karangannya dicetak sedikit sahaja dan tidak ramai yang
berpeluang untuk membacanya. Pengaruh bahasanya mengambil masa yang agak lama ,
malah digunakan oleh Angkatan Pujangga Baru di Indonesia pada awal abad ke-20.
Banyak memuji orang Inggeris dan mencari
serta mengkritik orang Melayu. Penulis-penulis lain tidak berani untuk
mengikut teknik yang digunakan olehnya. Antara karya-karya yang ditulis beliau
:
1830 : Syair Singapura Terbakar.
1831 : Menerbitkan karya Sejarah Melayu.
1835 : Menterjemah Hikayat Kalilah Wa Dominah.
1837 : Menerbitkan satu naskah lama iaitu Kitab Adat
Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri.
1838 : Dawail-Kulub di karang selepas anaknya meninggal
dunia.
1840 – 1843 : Hikayat Abdullah.
1854 : Kisah pelayaran Abdullah ke Jedah.
Abdullah juga dianggap sebagai bapa bahasa dan
kesusasteraan melayu moden kerana
peranan nya menggunakan teknik bahasa secara autobiografi dan penggunaan kata
pinjaman Inggeris. Malah beliau juga telah melontarkan bahasa kesusasteraan
melayu lama yang amat berpengaruh dan memperkenalkan konsep baru yang bercorak
realism dalam sastera melayu.
Raja Ali Haji (1809-1870)
Beliau dilahirkan pada tahun 1809 dan dibesarkan di Pulau Penyerpal
iaitu sebuah pulau kecil yang tidak jauh dari
Tanjung Pinang, Riau. Selain itu, beliau pernah memegang pelbagai jawatan
penting seperti penasihat kepada
sepupunya yang menjadi Yang Di-Pertuan Muda Riau. Mempunyai pengetahuan luas
dalam ilmu agama dan pentadbiran. Orang pertama dari Riau yang menunaikan fardu
haji di Mekah. Sekembalinya ke Riau, Raja Ali Haji menjdi guru.
Antara karya-karya beliau dalam bidang bahasa ialah :
1.
Kitab Bustanul-Katibin (1857)
2.
Kitab
Pengetahuan Bahasa (1857)
3.
Kitab
Perkebunan Juru Tulis
4.
Kitab
Pengetahuan Bahasa (1859)
Karya-karya dalam bidang
sejarah dan undang-undang
1.
Salasilah
Melayu Dan Bugis
2.
Tuhfat
Al-Nafis
Karya-karya dalam sastera
1.
Syair
Jatuhnya Negeri Johor.
2.
Syair
Gurindam Dua Belas.
3.
Syair
taman permata
4.
Syair Siti
Siarah
5.
Syair
Hukum Nikah
Zainal Abidin bin Ahmad
(1895-1973)
Nama gelarannya adalah Zaaba. Dilahirkan pada 1895 di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Beliau
berketurunan Bugis dan Minangkabau. Pada zaman tidak ada kemudahan pendidikan
di kampungnya, bapanya berusa mendapatkan pendidikan di rumah sehingga berusia
12 tahun. Pelajaran utama ialah menggaji
Al- Quran iaitu asas agama diikuti dengan pendidikan hokum agama dan bahasa
Melayu. Pada tahun 1907-1909 bersekolah
Melayu di Batu Kikir dan seterusnya mendapat pendidikan di sekolah Inggeris St.
Paul,Seremban. Pada tahun 1916, menjadi guru bahasa Inggeris di College Inggeris
Johor Bahru. Pada tahun 1918-1923, Zaaba menjadi guru bahasa melayu dan
penterjemahan di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
Setelah itu beralih kepada bentuk ilmiah, terutama dalam Jurnal Royal Asiatic Society.
Pada tahun 1924-1934, dilantik secara rasmi sebagai
penterjemah bahasa melayu di Jabatan
Pelajaran Tanah Melayu di Kuala Lumpur . Diberi tugas menyediakan dan
menyelenggara buku-buku bahasa tambahan
dan teks untuk pelajar sekolah melayu.
Kemudian dilantik menjadi penterjemah di
Maktab Perguruan Sultan Idris di
Tanjung Malim. Dalam tahun 1934-1936
, Zaaba menghasilkan buku Pelita
Bahasa Melayu yang mengandungi faedah ejaan melayu. Pada tahun 1940 , beliau menerbitkan
ilmu mengarang melayu berdasarkan panduan buku-buku Inggeris dan Arab seperti Penuturan Bahasa Melayu . Beliau juga pernah bekerja dengan pemerintah Jepun dan Inggeris. Pada 1946, bekerja di Jabatan Besar Pelajaran
Tanah Melayu sebagai penterjemahan
Bahasa Melayu Kanan sehingga ke
England. Melalui pejabat tersebut, beliau menghasilkan buku-buku tentang bahasa
dan persuratan Melayu tentang nahu, karangan perumpamaan, bidalan, syair, surat
menyurat dan lain-lain. Beliau juga
pernah di hantar belajar di London , malah beliau juga pernah dilantik sebagai
Pensyarah Kanan Universiti Malaya di Singapura dan seterusnya dilantik
menjadi Ketua Jabatan Pengajian Melayu. Beliau juga mempunyai kelulusan dalam
bidang bahasa Melayu dan Arab. Pada tahun , beliau beliau dianugerahi gelaran “Pendeta” sebagai orang
pertama yang mengangkat bahasa Melayu
pada Kongres Persuratan Melayu ketika diadakan di Johor Bahru.
Seterusnya pada tahun 1959, menerima Ijazah Doktor Kehormat Persuratan dari
Universiti Malaya di atas jasa bakti
beliau meningkatkan taraf bahasa Melayu. Seterusnya beliau memegang
jawatan Pengarah Dewan Bahasa dan
Pustaka untuk beberapa ketika sebelum menjadi Naib Pengarusi Lembaga Pengelola
badan tersebut. Pada 23 Oktober 1974,
meninggal dunia dalam usia 78 tahun. Terus dianggap tokoh yang istimewa dan namanya tetap terpahat sebagai perintis
bahasa Melayu dalam sejarah tanahair dan seorang intelek.
Mohd Said bin Haji Sulaiman (1876-1955)
Mejar Dato Haji Mohd Said bin Haji Sulaiman ialah seorang persuratan Melayu Johor dan dilahirkan di
Teluk Belanga. Dalam bidang persuratan
Melayu, beliau mengasahkan bakat semasa bertugas di Pejabat Pos Besar iaitu dua buah karya bercorak sejarah, hikayat
Queen Victoria, Hikayat Johor dan Tawarikh Almarhum Sultan Abu Bakar. Juga
menulis masalah-majalah untuk jurnal. Beliau juga member I sumbangan seperti
dalam bidang pengkamusan, nahu dan penggunaan bahasa, ejaan, daftar kata,
pengetahuan am, kisah-kisah lawatan ke luar negari, adat istiadat dan sejarah.
Karya-karyanya yang terkenal yang diusahakan ialah Buku Kalan (1936), Panduan Ejaan
(1937) dan sebagainya. Beliau juga
menulis dalam bidang bahasa, sastera, sejarah, agama dan karya-karya umum.
Antaranya ialah Syair Alam dan Bangsa Melayu
(1935) dan Penamaan Bagi Nabi
Muhammad S.A.W. (1950)
Tokoh-tokoh Bahasa Barat
1.
R.J .Wilkinson
Nama asalnya adalah Richard James Wilkinson. Dilahirkan
pada 1867,Beliau menerima pendidikan
di Trinity Collage, Cambridge malah
beliau juga lulus ‘Indiana Civil Service ‘ . Disamping itu, beliau
berkebolehan dalam Melayu dan Hokkien. Pada tahun 1880, dilantik sebagai Kadet Negeri-negeri Selat
di Tanah Melayu. Di Tanah Melayu
beliau dilantik menjadi pegawai
Daerah Binding. Kemudian menjadi Nazir Sekolah-sekolah bagi Negeri-negeri Selat dan mencadangkan penubuhan Maktab Melayu Melaka yang bertujuan
melahirkan guru-guru Melayu terlatih dan untuk memperbaiki kualiti guru-guru
yang terlatih.
Sumbangan / karya:
1.
1887 –
Ilmu Kejadian
2.
1891 –
Kejadian Selerak Anggota
3.
1892 –
Ilmu Peladang
4.
1910 –
Pemimpin PPengetahuan
5.
1901-A
Malay – English Dictionary
Pada 1904, tulisan rumi difikirkan berfaedah jadi kerajaan Negeri-negeri Melayu melantik satu
jawatankuasa memperbaiki kaedah dan
peraturan ejaaan. Wilkinson berusaha memperbaiki kaedah ejaan yang baru dengan kerjasama
Winsted. Walaupun ejaan belum sempurna tetapi dapat diambil sebagai panduan am
untuk Daftar Ejaan Melayu ( Jawi dan
Rumi ) karangan Zaaba. Peranaan Wilkinson terhadap perkembangan bahasa Melayu tidak boleh dinafikan. Beliau melibatkan diri
dalam penerbitan buku-buku cerita lama dan sejarah untuk kegunaan
penuntut-penuntut sekolah selain bertanggungjawab menghasilkan kamus yang
dianggap paling lengkap.
John Crawford
Dilahirkan di Pulau Pinang pada 13 Ogos 1783. Menerima pendidikan awal
di Village School of Bewmare sebelum
melanjutkan pelajaran dalam bidang
perubatan di Edenbung pada 1799 dan
tamat pada 1803. Berkhidmatan sebagai seorang doctor kepada tentera-
tentera British di India dan Pulau
Pinang . Berkhidmat di India, Thailand, Singapura, Pagu, Burma dan Negara lain
di Asia dan pulang ke England untuk
bergiat dalam penulisan . Meninggal dunia pada 1868 di South Kansington.
Sumbangan/Karya
1.
1820 –
History of the Indian Archipoago
2.
1848- buku
berjudul On The Malayan and Polynesia Language and Rases.
3.
1852- buku
A Grammer and Distionary of the Malay Language.
Beliau juga telah membuat perbandingan bahasa Austronesia dan kata-kata yang
ditemuinya diteliti dan dimuatkan dalam pelbagai kamus. Kajiannya mendapati
bahasa Jawa adalah bahasa yang tertua dan bahasa induk kepada segala bahasa di Nusantara.
Kehadiran John Crowford amat penting
dalam perkembangan dan penyelidikan bahasa Melayu Jawa dan Austronesia lain.
Mendapat tentangan daripada ahli-ahli bahasa lain, namun Berjaya menghasilkan
majalah bahasa Auntronesia dan ilmunya diperluas melalui buku-buku dan makalah.
R.D. Winstedt
Nama asalnya ialah Richard Olof Winstedt. Dilahirkan
pada 2 Ogos 1876 di Oxford. Meninggal dunia pada 2 Jun 1966 di London. Datang
ke Tanah Melayu pada 1902 sebagai Inspertor sekolah-sekolah di Perak.
Pada 1916, beliau dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarah di
Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu. Pada 1935, bersara dan pulang ke London . Dua tahun kemudian di
lantik menjadi ‘reader’ bahasa Melayu di Universiti London . Pada 1945,
menjadi ‘Fellow of British Academy’ dan
memegang jawatan ‘Pengarah The Malayan Branch’ dan The Royal Asiatio Society
sebanyak empat kali. R.D.Winstedt merupakan pegawai kolonial British yang
banyak member sumbangan dalam bidang bahasa, kesusasteraan, sejarah dan
kebudayaan Melayu di Tanah Melayu.
Sumbangan/ karya
1.
1920 –
Malay Works Know to Waradly in 1735
2.
1939- A
History of Malay Literature
3.
1940-
Malay Literature
4.
1951- The
Malay Musicion
5.
Hikayat
Bayan Budiman
6.
1952-A Protical
Modern-English Dictionary
7.
1958-
Unabridget English-Malay Dictionary
8.
1972- A
History of Classical Liture
Beliau juga member sumbangan dalam bidang pendidikan
bahasa Melayu dengan membuat kajian tentang pendidikan vernacular
dan menyediakan satu usul berkaitan
pendidikan bahasa Melayu pada masa hadapan. Dimana ketika itu beliau
menjadi Penolong Pengarah Pelajaran. Beliau juga mengemukakan laporan kepada Majlis Undangan Negeri-negeri
selat pada 1917 berjudul ‘Laporan R.D. Winstedt, Penolong Pengarah
negeri-negeri Vernakular dan perusahaan
Hindia Belanda Timur dan Filiphina. Usul laporan itu mengemukakan cadangan
tentang pelayaran, sekolah-sekolah pertanian, peperangan, pentadbiran dan
pemasaran maktab-maktab perguruan.Hasilnya Maktab perguruan Sultan Idris,
Tanjung Malim ditubuhkan pada 1922. Maka beliau juga merupakan seorang pegawai
Inggeris yang member sumbangan kepada bidang bahasa, kebudayaan dan sejarah
melayu di Negara ini.