Isnin, 19 Jun 2017

Resepi Popia Cheese Simple

Resepi Popia Cheese Simple

Resepi Popia Cheese Simple

Bahan-Bahan:

1 bungkus popia
1/2 cawan keropok super ring yang dikisar halus

1/3 cawan serbuk cheese ( kalau susahnak cari serbuk cheese , tambahkan saja keropok super ring yang dikisar)
Lidi satay
Telur
Minyak masak

Cara Membuat:

1. Gulung kulit popia dengan menggunakan lidi satay, tinggalkan dalam 1-2 cm untuk lekatkan dengan telur. Buat hingga habis.

2. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengekalkan kelembapan dan mudah dipotong.

3. Potong kulit popia yang telah digulung tadi secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.

4. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing. Angkat dan toskan.

5. Apabila sudah sejuk, tabur serbuk cheese dan keropok super ring kisar di atas kulit popia tersebut.

6. Gaul hingga semua kulit popia disaluti bahan di atas. Simpan dalam bekas kedap udara.