Selasa, 23 Ogos 2016

struktur pentadbiran kerajaan tempatan



Struktur Pentadbiran KerajaanTempatan.
Kerajaan tempatan merupakan peringkat ketiga dalam hierarki pentadbiran Kerajaan Malaysia. Kerajaan tempatan yang berada di luar Wilayah Persekutuan terletak di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Kerajaan tempatan bertanggungjawab untuk merancang, menyelaras, dan mengawal penggunaan serta aktiviti memajukan tanah dan bangunan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan. Kerajaan tempatan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan oleh pihak berkuasa negeri dari semasa ke semasa.  Perkara-perkara yang bersangkutan dengan Kerajaan Tempatan merupakan tanggungjawab bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Perkara 95A Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan penubuhan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang berfungsi sebagai badan penggubal dasar-dasar negara untuk menggalak, memaju, dan mengawal Kerajaan Tempatan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri berhak menerima atau menolak peraturan-peraturan yang telah diluluskan. Hal ini bermakna Kerajaan Negeri, sesuatu peraturan tidak dapat dilaksanakan sehingga mendapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri.Merupakan kerajaan yang bersaing memandangkan kerajaan tempatan mempunyai kuasa-kuasa tertentu seperti : a) Membuat undang-undang kecil (by laws) b) Mengutip cukai dan sewa c) Menubuhkan kumpulan wang Pihak Berkuasa Tempatan .
Tujuan Penubuhan
Tujuan penubuhan KerajaanTempatan  adalah memberi peluang kepada rakyat atau penduduk tempatan mengambil bahagian dalam pengurusan kawasan yang mereka diami. Secara tidak langsung hal ini dapat mengeratkan hubungan kerjasama rakyat dengan kerajaan. Memastikan bahawa keputusan-keputusan yang mengandungi kepentingan rakyat dapat dibuat dengan cepat dan selaras dengan keperluan atau kehendak penduduk tempatan.

Jenis Kerajaan Tempatan.
Akta 171 itu, secara hakikinya wujud hanya dua jenis kerajaan tempatan iaitu untuk kawasan bandar (majlis perbandaran) dan desa (majlis daerah). Bagaimanapun, Akta 171 itu membenarkan pembentukan kerajaan tempatan bertaraf bandar raya. Kerajaan tempatan di negara ini disusun mengikut hierarki seperti berikut : a) Bandar raya – dikenali sebagai Dewan Bandaraya atau Majlis Bandaraya b)Bandar – dikenali sebagai Majlis Perbandaran c) Luar bandar – dikenali sebagai Majlis Daerah.
Susunan Organisasi dan Kakitangan.

Kerajaan tempatan di Malaysia dikawal selia oleh Kerajaan Persekutuan melalui Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang memegang portfolio Kerajaan Tempatan.  Penguasa tempatan di Sabah dikawal oleh Kabinet Negeri melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.Di Sarawak pula tugas-tugas menyelia diserahkan kepada Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam.

 Di Sabah & Sarawak, ketua eksekutif penguasa tempatan biasanya digelar Presiden atau Pengerusi.Pemegang jawatan ini, yang lazimnya datang daripada kalangan kakitangan kerajaan negeri, dilantik oleh ketua negeri (sultan atau Yang di- Pertua Negeri) atas nasihat kerajaan negeri.
Jemaah Menteri , Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan

a)   Jemaah Menteri
Jemaah menteri (juga dikenali Kabinet) merupakan badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh YDA. Ini bermakna kuasa pemerintahan Negara berada di tangan cabinet. Kuasa membentuk cabinet diserahkan kepada parti yang mendapat kedudukan majority dalam Parlimen.

Jemaah menteri diketuai oleh PM yang dilantik oleh YDA iaitu ketua parti pemerintah. Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majority ahli Dewan tersebut. Ahli-ahli cabinet terdiri daripada menteri-menteri yang dilantik oleh YDA atas nasihat PM. Jumlahnya tidak ditentukan oleh perlembagaan tetapi berdasarkan keperluan dan biasanya tidak terlalu ramai. Setiap menteri mengetuai kementeriannya.Kabinet mengadakan mesyuarat sekali seminggu.Ketua Setiausaha Negara menjadi Setiausaha Kabinet.

Jemaah menteri merupakan badan tertinggi yang membentuk dasar dan bertanggungjawab terhadap segala keputusan dasar yang dibuat. Dasar-dasar ini dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan.Bagi membantu cabinet menjalankan tanggungjawabnya beberapa jawatankuasa ditubuhkan sama ada bersifat tetap atau ad-hoc bergantung kepada keperluan dan isu-isu semasa.

b)Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

Melaksanakan kuasa eksekutif di peringkat negeri. Di Sabah disebut Kabinet dan Sarawak disebut Majlis Tertinggi atau juga disebut cabinet.Badan ini merupakan pembentuk dasar di peringkat negeri dan bertindak menasihati Raja-raja/Yang Di-Pertua Negeri kecuali dalam hal berkaitan dengan Agama Islam dan Adat Istiadat.

Diketuai oleh seorang Menteri besar atau Ketua Menteri yang dilantik oleh Raja/YDN di kalangan ahli Dewan Undangan Negeri yang mencatat kepercayaan majority .Ahli dewan dipanggil Exco (Sabah dan Sarawak dipanggil Menteri) dan tiga orang pegawai kanankerajaan ex-officio iaitu, Setiausaha Kerajaan Negeri,Pegawai kewangan Negeri dan penasihat Undang-undang Negeri.Jumlah exco berbeza dari satu negeri dengan yang lain.

Setiap EXCO mengetuai sekurang-kurangnya satu jawatankuasa (Sabah dan Sarawak dipanggil Kementerian) yang ditubuhkan untuk menyelaaras perkara-perkara tertentu seperti perindustrian,pertanian,hal ehwal agama, perumahan, alam sekitar, kerajaan tempatan, pendidikan, pelancongan,kebajikan masyarakat,dan aspek-aspek yang mempunyai kepentingan kepada pembangunan sesuatu negeri itu. Di Sabah dan Sarawak yang mengamalkan system cabinet setiap Kementerian diketuai oleh menteri dan diwujudkan pembantu menteri (kadang-kadang lebih daripada seorang)

c)Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

·         Melaksanakan fungsi berdasarkan peruntukan undang-undang khasnya Akta 171
·         KT mempunyai autonomi perundangan dalam bidang tertentu
·         Mengeluarkan lesen penjaja dan lesen perniagaan di kawasan PBT masing-masing
·         Mengutip cukai harta benda dan sewa gerai kepunyaan PBT masing-masing
·         Membuat undangan kecil untuk dilaksankan di kawasan PBT masing-masing
·         Memperolehi sumber kewangan daripada ;

·         Sewa,hasil cukai dan bayaran perkhidmatan
·       Bantuan kewangan daripada kerajaan negeri
·       Pinjaman khas daripada kerajaan persekutuan
·         Belanjawan diluluskan oleh kerajaan negeri masing-masing
·         Arahan dasar diberi oleh kerajaan negeri.

Kuasa-kuasa kerajaan Tempatan

i.                    mengadakan undang-undang kecil ‘by-laws’
ii.                  mengutip cukai,kadar sewa dan lain-lain
iii.                berautonomi kewangan
iv.                melantik kakitangannya sendiri.




         Kuasa-kuasa Kerajaan Negeri ke atas Kerajaan Tempatan

i.                    menerima atau tidak segala akta tentang kerajaan tempatan yang digubal oleh Parlimen,sama ada secara penuh atau sebahagian sahaja
ii.                  mengawal perubahan sempadan,kemasukan kawasan baru dan pengiktirafan status perbandaran
iii.                melantik ahli majlis,datuk Bandar atau yang di-pertua penguasa tempatan
iv.                meluluskan belanjawan penguasa tempatan
v.                  meluluskan pinjaman untuk melaksanakan projek spt penurapan jalan,pembinaan gerai dan lain-lain
vi.                meluluskan perjawatan penguasa tempatan
vii.              mempunyai budi bicara untuk memecat Ketua Jabatan sebuah penguasa tempatan atau timbalannya
viii.            mengesahkan undang-undang kecil spt cukai pintu dsb.
ix.                Boleh melambatkan kelulusan untuk membuat penilaian semula perkadaran bagi penguasa tempatan spt. Cukai pintu
x.                  Memberi arahan jenis am mengenai dasar-dasar kepada pihak berkuasa tempatan
xi.                Kerajaan negeri menampung jumlah perbelanjaan yang tidak mencukupi oleh penguasa tempatan
xii.              Kerajaan negeri akan mengadakan pemantauan segala kegiatan pihak kerajaan tempatan
xiii.            Mempunyai kuasa untuk memindahkan semua atau sebahagian daripada fungsi penguasa tempatan kepada Menteri Besar
xiv.            Meluluskan segala jenis perkhidmatan untuk kebajikan masyarakat seperti urusan pungutan sampah dan lain-lain.




Jumaat, 19 Ogos 2016

bunga bakawali

Selasa, 16 Ogos 2016

CATATAN : PERCUTIAN BUDGET LAWATAN PELAJAR KE KUALA KANGSAR DAN PERAK

Hari jumaat.

Sebelum bertolak semua ahli rombongan dijamu nasi lemak dan air mineral ( budget rm3 seorang).
Bertolak pukul 8 pagi
Singgah kat r&r gurun untuk ke tandas dan berehat sekejap / makan2
Seterusnya sampai ke perak singgah sebentar ke Taman tasik atau geleri diraja
Makan tengahari
Solat Jumaat / Solat di Masjid Universiti Sultan Azlan Shah
Taklimat kursus /program dan lawatan sekitar Universiti Sultan Azlan Shah.
Seterusnya lawatan kat tempat jualan labu sayung
Ke homestay penginapan di Meru
Berehat /Solat
Waktu malam keluar ke Maidin untuk makan malam dan main boling .