Selasa, 21 Jun 2016

CENDAWAN GORENG TEPUNG


CENDAWAN GORENG TEPUNG

Bahan bahan:
2 paket cendawan tiram - bersihkan
1 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur
Garam secukupnya
1/2 cawan air atau secukupnya
Minyak - untuk menggoreng

Cara cara:
Satukan semua bahan di atas kecuali air. Gaul sebati. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga sesuai kepekatannya.
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Celup cendawan tiram ke dalam adunan tepung dan masukkan ke dalam kuali. Goreng selama 4-5 minit atau sehingga keperangan.

SOTONG GORENG TEPUNG RANGUP


SOTONG GORENG TEPUNG RANGUP

Bahan-bahan
* 4 ekor sotong bersaiz besar - dipotong bulat ukuran 1 inci lebar
* 4 sudu tepung gandum
* 1 biji telur - dipecahkan
* Garam
* Lada sulah

Cara:
1. Toskan sotong hingga betul-betul hilang airnya. Ia bagi mengelakkan sotong meletup bila digoreng. Gaul semua sotong dengan garam dan lada sulah.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api yang perlahan.
3. Celupkan sotong ke dalam telur yang dipecahkan tadi.
4. Salutkan sotong dengan tepung. Bila nak goreng baru salutkan sotong dengan telur dan tepung agar sotong tidak terlebih lembik.
5. Goreng sotong dengan minyak yang penuh. Sotong akan masak dengan cantik dan rangup. Jika kurang minyak, sotong akan lembik.
6. Angkat bila sotong kekuningan.

Jumaat, 17 Jun 2016

DAGING BAKAR BLACK PAPER DR FB RESEPI ANEKA MASAKAN

DAGING BAKAR BLACK PAPER
.
Bahan2:
.
• 1/2 kg daging lembu ( ambil bahagian isi tak berlemak)
• 2 sudu besar serbuk lada hitam
• 2 sudu besar serbuk paprika
• 1 sudu kecil garam
• 2 sudu besar sos tiram
• 3 sudu besar sos lada hitam LIFE
• 2 sudu minyak masak
.
Bahan2 sos
.
• Lebihan bahan2 perapan
• 1 sudu besar butter
• 1 sudu besar sos lada hitam LIFE
• sedikit air
.
Cara menyediakan:
.
• Potong daging dalam anggaran 2 inci tebal, bersih dan tos kan air
.
• Gaulkan daging td bersama semua bahan2 perapan dan simpan didalam peti sejuk selama beberapa jam
.
• Panaskan kuali non stick, dengan api perlahan bakar daging tadi sehingga daging sempuk dan masak
.
Untuk sos
.
• Dalam kuali lain, masukkan lebihan bahan2 perap tadi bersama butter,sos lada hitam dan sedikit air.
.
• Kacau sos sehingga sos kelihantan berkilat dan pekat
.
• Daging yang telah 'direhatkan' tadi bolehla dipotong nipis..dan sedia untuk dihidangkan...

DAGING BLACK PEPER DR FB ANEKA MASAKAN

DAGING BLACK PEPPER
.
Daging potong kecil2 perap dgn kunyit dan garam goreng sekejap saja
.
A)Bahan2 potong
.
*bawang besar 1 biji
*bawang putih 4 ulas
*cili besar 2 biji
*cili padi 5 biji
*sayur pak choy
*kobis bunga
.
B)Bahan2 lain
.
*sos tiram 3-4 sudu
*serbuk lada sarawak 2-3 sudu kecil
*sedikit gula dan serbuk perasa
.
Tumis bahan2 A hingga naik bau kemudian masukkan bahan2 B..masukkan air dulu kemudian masukkan daging..reneh dlm 4 minit siapp!!!

DAGING MASAK KURMA DR FB ANEKA MASAKAN

DAGING MASAK KURMA
.
Bahan-bahannya ialah:
.
1kg daging (lembu atau kerbau)
5 sudu besar rempah kurma adabi
5 biji tomato
3 biji cili hijau
5 biji kentang
1 biji bawang besar India
1 inci halia
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu besar rempah campuran (biji sawi, halba, jintan)
1 sudu besar pes asam jawa
1/2 - 1 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
secubit garam
.
Cara-caranya ialah:
.
Basuh daging hingga bersih dan toskan.
.
Kemudian panaskan minyak di dalam periuk.
.
Masukkan bawang besar yang telah dihiris bersama dengan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan rempah campuran hingga naik bau.
.
Kemudian masukkan daging dan kacau rata.
.
Apabila daging sudah mula mengeluarkan air, ketuk halia dan masukkan. Kacau rata.
.
Bancuh rempah kurma dengan sedikit air dan masukkan ke dalam periuk. Potong kentang dan masukkan. Kemudian potong besar buah tomato dan cili hijau, juga masukkan ke dalam periuk.
.
Masukkan sedikit air jika terlalu pekat. Kacau sentiasa supaya daging tak melekat di bahagian bawah periuk.
.
Masukkan pes asam jawa yang dibancuh dengan sedikit air. Biarkan daging mendidih, jika masih pekat, masukkan lagi sedikit air.
.
Perasakan dengan garam dan sedia untuk dihidang.

RESEPI DAGING BERIANI DR FB ANEKA MASAKAN

RESEPI DAGING BERIANI
.
Bahan-Bahan:
.
1 kg daging lembu/kambing, dipotong
3 ulas bawang besar, dihiris nipis
3 sudu besar minyak sapi, atau boleh gantikan dengan minyak masak
4 sudu besar rempah briyani
1/2 cawan bawang goreng
1 senduk kecil tomato puree
3 biji tomato, dihiris
3 sudu besar serbuk badam
1/2 cawan tairu atau susu cair
.
Bahan untuk dikisar:
.
4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji cili hijau
4 biji cili merah
.
Bahan untuk ditumis:
.
5 kuntum bunga cengkih
4 kuntum buah pelaga
1 batang kayu manis
.
Cara Penyediaan:
.
Gaulkan daging bersama bahan yang dikisar.
.
Perap selama lebih kurang satu jam.
.
Panaskan minyak, masukkan bahan untuk ditumis dian masak hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah briyani dan masak hingga pecah minyak.
.
Masukkan daging, tomato puree, tomato hiris, bawang goreng dan sedikit daun ketumbar. Kacau seketika hingga sebati.
.
Masukkan sedikit air dan tairu ataupun susu cair dan serbuk badam. Masak sehingga empuk dan kuah menjadi pekat.
.

RESEPI RENDANG TOK ..FB ANEKA MASAKAN

RENDANG TOK
.
Bahan-Bahan:
.
1kg daging
10 ulas bawang merah | dikisar halus
5 ulas bawang putih | dikisar halus
3sm lengkuas | dikisar halus
3sm halia | dikisar halus
5 batang serai | dikisar halus
5 sudu cili giling | dikisar halus
Kunyit sedikit | dikisar halus
2 helai daun kunyit | dihiris halus
1 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
1kg santan pekat
50gm gula Melaka
3 sudu makan kerisik
15ml air asam jawa
Garam secukup rasa
.
Bahan Tumis:
.
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga lawang
5 batang bunga cengkih
6 biji buah pelaga
.
Cara Memasak:
.
1. Gaulkan daging dengan ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang telah dikisar, perap semalaman.
.
2. Setelah diperap, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali. Masukkan sedikit air dan masak dengan api perlahan hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
.
3. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau atau pecah minyak.
.
4. Selepas itu, masukkan daging dan gaul rata. Masukkan santan dan kerisik, kacau tanpa henti dengan api yang kecil.
.
5. Masukkan air asam jawa, gula Melaka, daun kunyit dan kacau hingga kering. Bila rendang sudah kering, baru tambah garam secukup rasa.
.
6. Hidangkan dan sedia dinikmati.

DAGING LADA HITAM ALA THAI DR FB RESEPI ANEKA MASAKAN

DAGING LADA HITAM ALA THAI
.
Bahan-bahannya ialah:
.
500gm daging batang pinang, (dihiris dan digoreng separuh masak)
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
2 buku bawang besar (di kisar)
1 inci halia (di kisar)
2 biji bawang merah (di kisar)
3 ulas bawang putih, (di racik)
2 sudu besar lada hitam (di tumbuk kasar)
3 batang lada hitam yang masih hijau
3 sudu besar cili boh atau cili kisar
3 sudu besar perahan limau nipis
3 buku capsicum - boleh guna warna berlainan bagi tambah menarik.
1 helai daun limau purut
.
Cara-cara
.
Tumis cili boh, semua bahan yang telah dikisar, dan lada hitam sehingga naik bau. Kemudian masukkan kicap dan perahan limau nipis serta daun limau, tumis sehingga sedikit kering, masukkan sedikit air kemudian terus masukkan daging yang telah di goreng separuh masak.
.
Kacau dan masukkan lada hitam yang masih hijau, capsicum dan sedikit air lagi. Perasakan dengan garam, biarkan daging betul-betul masak. Sedia untuk dihidang.

KEBERHASILAN PBPPP 2016














 

Respi Biskut Marble Susu Cappucino

Respi Biskut Marble Susu Cappucino

Bahan-bahan:

125 gm mentega lembut
95 gm susu pekat
1/2 sdb gula halus
1 3/4 cawan tepung naik sendiri - diayak
1/2 sdk esen vanilla
1 sdb serbuk koko - diayak
1 sdt cappucino emulco

Cara membuatnya:

1. Putar mentega, susu pekat manis, gula dan essen vanilla sehingga sebati
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga boleh dikepal (jika adunan masih melekat teruk, ambil tepung sikit2, dan teruskan menguli. Jangan banyak sgt, nanti biskut jadi keras)
3. Bahagikan adunan doh kepad 2 bahagian. Satu bahagian digaul bersama serbuk koko dan emulco cappucino, dan sebahagian lagi biarkan warna asal.
4. Gulungkan kedua-dua doh secara berasingan dan memanjang.
5. Lekatkan kedua2 doh, dan gulung lagi. Potong doh kepada beberapa bahagian dan bulat-bulatkan sebesar biji guli.

BISKUT ALMOND COKLAT CHIPS COOKIES

ALMOND COKLAT CHIPS COOKIES

Bahan-bahan:

180 gm mentega
30 gm shortening
1 kuning telur
50 gm gula perang
50 gm gula castor
180 gm tepung redrose
30 gm tepung ubi
½ tsp soda bicarbonate
½ tsp coklat emulco100 gm coklat chips
60 gm almond nibs - saya guna walnut yang dibakar sekejap dan dicincang kasar

Cara:

Satukan tepung redrose, tepung ubi dan soda bikabonate. Putar shortening, mentega, gula dan telur hingga sebati. Masukkan coklat emulco. Masukkan almond nibs dan coklat chips. Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh. Ambil sejemput adunan dan susun di dalam dulang pembakar dan tekan dengan garpu
Bakar biskut selama 20 minit dengan suhu 180 C.
Tips : masukkan tepung sedikit sedikit untuk mendapat doh yang yang tidak keras.

BISKUT ALMOND LONDON

BISKUT ALMOND LONDON

Bahan-bahan:
250g mentega
125g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50g serbuk badam (optional)
200g tepung jagung - ayak
300g tepung gandum - ayak
1 sudu besar tepung beras - ayak
1 sudu teh baking powder - ayak
200g kacang badam (digoreng tanpa minyak)
50g badam cincang untuk hiasan
+/- 700g cokelat compound

Cara Membuat :
1.Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lagi. Masukkan serbuk badam dan kacau.
2.Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.
3.Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
4.Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
5.Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit.
6.Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.Celupkan biskut tadi dan letak dalam kertas cawan.
7.Taburkan badam cincang di atasnya.Biarkan ia kering. Siap disimpan.

Biskut Cheese


Biskut Cheese

Bahan - bahan :

250gm Mentega
180gm Gula Aising
2 biji Kuning Telur
250gm Tepung Ubi - sanggar 10 min
225gm Tepung Jagung
1/2 st baking powder
70gm Parutan Keju Cheddar- utk letak dlm adunan
kuning telur dan sedikit parutan keju - utk hiasan

CARA2:

1. Pukul Mentega & Gula sehingga sebati.

2. Masukkan kuning telur & pukul sehingga sebati.

3. Masukkan bahan2 kering.

biskut cornflakes madu


Cornflakes Madu

Bahan-bahan ( 50-60 biji )

4 cawan Cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan
Ceri (sebagai hiasan - ikut suka)

Cara-cara

1. Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair.

2. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.

3. Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi.

4. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.

5. Sudukan ke dalam papercup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka. Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.

Resepi Biskut Coklat Cornflake

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A:

300gm coklat masakan
2 sudu teh shortening

BAHAN B:

100gm cornflakes
40gm badam cincang -dibakar selama 10 minit
Sedikit badam cincang -untuk hiasan
Sedikit coklat putih -untuk hiasan

CARA MEMASAK:

Cairkan bahan A dengan kaedah ‘double boiler’ kemudian masukkan kesemua bahan b.

Gaulkan dan pastikan kesemuanya bersalut rata.

Sudukan ke dalam cawan kertas dan taburkan badam cincang di atasnya.

Biarkan coklat keras kemudian hiaskan dengan coklat putih di atasnya.

Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

resepi cheesekut

kueh kaswi

resepi bahulu kampung

Khamis, 16 Jun 2016

resepi kuih manja

RESEPI KUIH MANJA

BAHAN-BAHAN UTK KULIT

2 cawan tepung naik sendiri
1 bj telur
1/2 cawan susu segar / susu cair
1/2 cawan air
2 s/b gula( saya ltk sikit sbb inti kaya dah manis)
1sudu besar marjerin cair

Cara: pukul telur dan gula hingga kembang.
kemudian satukan dgn semua bahan lain dan kacau hingga sebati.

BAHAN UNTUK INTI:

Kaya (tin)

Kemudian, buat bulatan kira kira 4 inci lebar di atas dapur leper, apabila kering, lekatkan secebis inti di bahagian tengah dan angkat apabila cukup masak.

Sedia untuk dihidangkan.

roti jala

ROTI JALA

1/2 kilo tepong gandum
1 cwn tepong ubi kayu
1 liter air
2 sb minyak masak
1 sb margerin
1 biji telor A
Garam secukup rasa
Pewarna kuning
Blend kesemuanya dan boleh terus menjala

kuih akok kedut

AKOK KEDUT
Sumber resepi : Lydia Yusof

5 biji telur
200ml santan pekat
100ml air
150 gram gula nisan @ gula melaka
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan - disiat
2 cubit garam

Cara-cara
=========
• masak air bersama gula nisan dan daun pandan hingga mendidih. Tutupkan api
• masukkan santan. Tgu suam sedikit, kemudian msukkan telur & tepung. Blender hga sebati. Tapiskan.
• panaskan oven pd suhu 200°c- 220°c. Panaskan acuan baulu / muffin ke dlmnya. Sapukan sedikit minyak dlm tiap acuan.
• isi penuh acuan dan bakar selama 15-20min ( bergantung pd oven masing2 yer). Kuih ni akn mengembang dan bila kuar oven akan mengecut..

contoh simulasi gbk ...



Text Box: CONTOH SIMULASI
GBK
Cikgu Ali merupakan seorang guru bimbinan dan kaunseling sekolah menengah. Hasil perbincangan beliau dengan PP telah bersetuju:
1.  Menetapkan aspek, deskripsi, wajaran dan sasaran bagi elemen keberhasilan pada awal tahun:
BIL
ASPEK
KOD DESKRIPSI
DESKRIPSI
WAJARAN
SASARAN
Keberhasilan Utama
1
Kesedaran


3.1


Peningkatan kesedaran klien menangani pengurusan emosi


25

Bilangan klien meningkat 10%

3.3
Peningkatan kesedaran klien dalam memotivasi diri


25
Bilangan klien meningkat 10%
Keberhasilan Tugas Lain
2
Sahsiah dan etika

4.1

Peningkatan usaha klien dalam menepati masa

25
Bilangan klien menepati masa meningkat 10%


4.2

Peningkatan sahsiah klien dalam berbudi bahasa

25
Bilangan klien dalam amalan berbudi bahasa meningkat 10%



2.      Hasil perbincangan ini perlu dicatat dalam borang markah keberhasilan seperti berikut:
BIL
KEBERHASILAN
PENCAPAIAN

Pertengahan tahun / semester/ penggal

AGIHAN WAJARAN
TAHAP
JULAT SKOR
(0-100)
MARKAH
KEBERHASILAN UTAMA (50%)


3.1
Peningkatan kesedaran klien menangani pengurusan emosi
25



3.3
Peningkatan kesedaran klien dalam memotivasi diri
25









Jumlah Kecil (A)
50



KEBERHASILAN TUGAS-TUGAS LAIN (50%)


4.1
Peningkatan usaha klien dalam menepati masa
25



4.2
Peningkatan sahsiah klien dalam berbudi bahasa
25









Jumlah Kecil (B)
50



JUMLAH KESELURUHAN (A+B)
100



SKOR KEBERHASILAN



3.      Penilaian Pertengahan tahun
Dapatan peningkatan / pencapaian sasaran pertengahan tahun serta rumusan adalah:
SASARAN
Peningkatan/pencapaian  sasaran pertengahan tahun
Rumusan
Bilangan klien meningkat 10%

Bilangan klien meningkat 8%
Menghampiri sasaran
Bilangan klien meningkat 10%
Bilangan klien meningkat 3%

Jauh dari sasaran




Bilangan klien menepati masa meningkat 10%
Bilangan klien meningkat 8%
Menghampiri sasaran
Bilangan klien dalam amalan berbudi bahasa meningkat 10%
Bilangan klien meningkat 7%
Menghampiri sasaran

4.      Rumusan menunjukkan bahawa:
a.       Tiga daripada sasaran telah menghampiri sasaran
b.      Satu daripada sasaran jauh dari sasaran
5.      Penilaian secara holistik dan profesional menunjukkan bahawa tahap keberhasilan bagi Encik Ali yang telah dipersetujui oleh beliau dan PP ialah:
BIL
KEBERHASILAN
PENCAPAIAN

Pertengahan tahun / semester/ penggal

AGIHAN WAJARAN
TAHAP
JULAT SKOR
(0-100)
MARKAH
KEBERHASILAN UTAMA (50%)


3.1
Peningkatan kesedaran klien menangani pengurusan emosi
25



3.3
Peningkatan kesedaran klien dalam memotivasi diri
25









Jumlah Kecil (A)
50



KEBERHASILAN TUGAS-TUGAS LAIN (50%)


4.1
Peningkatan usaha klien dalam menepati masa
25



4.2
Peningkatan sahsiah klien dalam berbudi bahasa
25









Jumlah Kecil (B)
50



JUMLAH KESELURUHAN (A+B)
100



SKOR KEBERHASILAN



6.      Hasil penilaian komponen kebehasilan  pertengahan tahun/ semester/penggal bagi Cikgu Ali adalah skor 3 dan skor ini perlu ditanda dalam system SMG Model e-prestasi kemudian disimpan.
7.      Selepas penilaian komponen keberhasilan bagi pertengahan tahun/semester/penggal, Cikgu Ali perlu berbincang dengan PP sama ada mengekal atau mengubah sasaran beliau. Hasil perbincangan perubahan sasaran adalah seperti berikut:
SASARAN
Peningkatan/pencapaian  sasaran pertengahan tahun
PERUBAHAN SASARAN
CATATAN

Bilangan klien meningkat 10%
Bilangan klien mencapai 8%
Bilangan klien meningkat 10%
Sasaran kekal
Bilangan klien meningkat 10%
Bilangan klien mencapai 3%
Bilangan klien meningkat 5%
Sasaran berubah

Bilangan klien menepati masa meningkat 10%
Bilangan klien meningkat 8%
Bilangan klien menepati masa meningkat 10%
Sasaran kekal
Bilangan klien dalam amalan berbudi bahasa meningkat 10%
Bilangan klien meningkat 7%
Bilangan klien dalam amalan berbudi bahasa meningkat 10%
Sasaran kekal

8.      Hasil daripada perubahan sasaran ini, Cikgu Ali dan PP telah bersetuju mengubah wajaran seperti berikut:
BIL
KEBERHASILAN

PENCAPAIAN


Pertengahan tahun / semester/ penggal

Akhir tahun / semester/ penggal


AGIHAN WAJARAN
TAHAP
JULAT SKOR
(0-100)
MARKAH
AGIHAN WAJARAN
TAHAP
JULAT SKOR
(0-100)
MARKAH

KEBERHASILAN UTAMA (50%)



3.1
Peningkatan kesedaran klien menangani pengurusan emosi
25



25




3.3
Peningkatan kesedaran klien dalam memotivasi diri
25



25















Jumlah Kecil (A)
50



50




KEBERHASILAN TUGAS-TUGAS LAIN (50%)



4.1
Peningkaan usaha klien dalam menepati masa
25



25




4.2
Peningkatan sahsiah klien dalam amalan berbudi bahasa
25



25















Jumlah Kecil (B)
50



50




JUMLAH KESELURUHAN (A+B)
100



100




SKOR KEBERHASILAN




3













9.      Selepas penentuan wajaran bagi akhir tahun/ semester/penggal maka , Cikgu Ali akan dinilai sehingga akhir tahun. Peningkatan/pencapaian sasaran pada akhir tahun adalah seperti berikut:


 SASARAN AKHIR TAHUN
PENINGKATAN/PENCAPAIAN SASARAN AKHIR TAHUN
CATATAN
Bilangan klien meningkat 10%
Bilangan klien meningkat 10%
Mencapai sasaran
Bilangan klien meningkat 5%
Bilangan klien meningkat 5%
Mencapai sasaran


Bilangan klien menepati masa meningkat 10%
Bilangan klien menepati masa meningkat 10%
Menghampiri sasaran
Bilangan klien dalam amalan berbudi bahasa meningkat 10%
Bilangan klien dalam amalan berbudi bahasa meningkat 10%
Mencapai sasaran




10.  Hasil peningkatan/pencapaian sasaran akhir tahun maka Cikgu Ali perlu berbincang dengan PP bagi penentuan skor penilaian keberhasilan pada akhir tahun secara holistik dan profesional. Hasil perbincangan Ali dengan PP adalah seperti berikut:
BIL
KEBERHASILAN

PENCAPAIAN

Pertengahan tahun / semester/ penggal

Akhir tahun / semester/ penggal

AGIHAN WAJARAN
TAHAP
JULAT SKOR
(0-100)
MARKAH
AGIHAN WAJARAN
TAHAP
JULAT SKOR
(0-100)
MARKAH
KEBERHASILAN UTAMA (50%)


3.1
Peningkatan kesedaran klien menangani pengurusan emosi
25



25



3.2
Peningkatan kesedaran klien dalam memotivasi diri
25



25



Jumlah Kecil (A)
50



50



KEBERHASILAN TUGAS-TUGAS LAIN (50%)


4.1
Peningkatan usaha klien dalam menepati masa
25



25



4.2
Peningkatan sahsiah klien dalam berbudi bahasa
25



25



Jumlah Kecil (B)
50



50



JUMLAH KESELURUHAN (A+B)
100



100



SKOR KEBERHASILAN
















11. Hasil penilaian komponen kebehasilan  akhir tahun/ semester/penggal bagi Cikgu Ali adalah skor 4 dan skor ini perlu ditanda dalam system SMG Model e-prestasi kemudian disimpan dan dihantar.