Jumaat, 26 Jun 2015

DOA UNTUK MUDAH DAPAT JODOH DAN ZURIAT ...SUMBER FB

Yg prtama :
Rabbana hablana min azwajina wa zuriyatina qurrata 'ayun waja'alna lil muttaqina imama
(Ya Allah, kurniaknlah kami dari pasangan dan keturunan zuriat kami yg mnjadi penyejuk mata, dan jadikanlah kami sbg pemimpin yg brtaqwa) 


Yg kedua:
Rabbi inni lima anzalta alayya min khairi faqir
(Ya Allah sgguhku pada apa yg Engkau turunkn kpdku dari sebaik-baik pmberian)

Yg ketiga -special- .
Rabbana aatina fid dunya hasanah wa fil akhiratina hasanah waqina 'azabannar
(Ya Allah dtgknlah kpd kami di dunia kebaikkan dan juga di akherat kebaikkn dan pelihara kami dari azab neraka)

Doa prtama tu surah al Furqan ayat 74
Kedua surah al qasas ayat 24
Ketiga surah al Baqarah ayat 201

RESEPI ROTI BUN ..DR FB

ROTI BUN

BAHAN2NYA:-
YIS:
1 cawan air suam
1 peket yis mauripan(11gm )
# dikacau hingga larut
# biarkan naik berbuih dulu
1 biji telor (dipukul)
2 sudu makan majerin / mentega
2 sudu makan susu pekat
3 sudu makan gula
3 1/2 cawan tepung gandum

CARA:
# Didisatukan semua
# Tuangkan bancuhan YIS tadi
# Digaul dan uli hngga mnjadi
doh yg tak me-lekat2 ditangan
# Rehatkan & ditutup (biarkan doh naik)
# Tumbuk2kan dan uli semula santai2 jer
# Bentukkan ikut suka, susun dlm loyang
# Sapukan mentega @ majerin
# Rehatkan dan biarkan ia naik sekali lagi
# Masuk oven dan bakar 150/160c hngga keperangan.
dengan menggunakan api diatas juga dibawah.
# keluar dari oven terus sapukan
dgn majerin/ mentega utk nampak berkilat - (kalau suka )
nota:
[ Tambahkan tepung jika terlembik dan basah2kan tapak tangan
dgn air jika adunan agak terkeras...tau..ULI hingga elastik ]

BISKUT CHOC CHIPS CORNFLAKES

BISKUT CHOC CHIPS CORNFLAKES

Bahan-Bahan:

========================
BAHAN A
200g Butter
50g Shortening
80g gula aising
Secubit garam
(Pukul semua bahan 2-3 mnt)

BAHAN B
175g tepung naik sendiri
150g tepung gandum
1/2 sdt baking soda
1/ 2 sdb serbuk koko
(Satukan semua bahan B)

BAHAN C
50g cornflakes ( ramas kasar)
50g almond nibs ( sangan seketika)
80g coklat chips

Cara-Cara Membuatnya:


Masukkan bahan B ke dalam bahan A yg telah dipukul tadi.. gaul rata guna senduk.. masukkan semua bahan C.. gaul rata.. (adunan memang lembik)
Guna sudu plastik.. sudukan adunan dlm tray sebesar duit 20sen(jgn tekan bg nipis tau.. biarkan jer rupaya buruk..dah masak nanti elok jer kejadiannya)
..hias dengan coklat chip dan almond flakes (badam hiris)
Bakar selama 20-30mnt... Suhu 180*c

BISKUT SARANG LEBAH

BISKUT SARANG LEBAH

Bahan-Bahan:
1 cawan butter.
1/2 cawan gula perang.
2 sudu kecil gula aising.
1 sudu teh esen vanilla.
2 sudu b.susu tepung.
1 biji kuning telur.
3 sudu b.tepung suji.
Secubit garam.
1 cawan t.kek
1 cawan t.jagung
1 cawan t.gandum
1/2cawan badam hancur.

Caranya.


Pukul butter dgn gula,masukkan kuning telur,esen vanilla,secubit garam..kacau hingga sebati..masukkan susu tepung,suji,badam hancur dn masukkan kesemua tepung,sehingga menjadi doh,,canai doh dn terap dgn acuan yg digemari,,sapukan kuning telur dn taburkan dgn kekacang,kuaci hijau dn putih serta bijan hitam,,bakar pada suhu 140' bakar selama 25 minit.

PUDING KEK CENDOL DAN CINCAU

PUDING KEK CENDOL DAN CINCAU

Lapisan A ( Lapisan Dasar )
1 keping kek span pandan saiz 8 X 8 inc ~ untuk resepi kek span pandan boleh rujuk di SINI
Lapisan B ( lapisan Coklat)
250 gm santan
250 gm susu segar
5 gm agar-agar serbuk
70 gm gula Merah atau gula timbang
1 sudu besar gula pasir
1 sudu teh tepung Honkew
1 biji kuning telur
secubit garam
Lapisan C
400 ml santan cair ( 200 ml santan KARA + 200 ml air )
5 gm agar-agar serbuk
80 gm gula halus
1 sudu teh tepung Honkew
60 gm cincau ~ di potong dadu
100 gm cendol
sedikit pewarna hijau apple
sedikit pewarna kuning lemon
caranya:
Masukkan 1 keping kek span pandan ke dalam ring pan yang telah di basahkan terlebih dahulu
Satukan semua bahan B kecuali kuning telur, hingga gula dan agar-agar larut
Ambil 1 senduk dan campurkan dengan kuning telur, kemudian kacau rata
Tuang semula ke dalam adunan agar-agar, kacau sebentar dan tutup api
Kemudian di tapis.
Tuangkan adunan coklat ( gula merah) ke atas lapisan kek dan biarkan sejuk dan mengeras.
Satukan bahan C kecuali
Cendol
Cincau
Pewarna kuning dan hijau
Dan masak hingga agar-agar dan gula melarut
Bahagikan adunan ini kepada 2 bahagian yang sama banyak
1 bahagian di letakkan pewarna kuning dan cendol
Tuangkan lapisan kuning cendol ini atas lapisan coklat ( gula merah) yang telah keras tadi.
* jika anda bimbang ia tidak melekat, cucuk atau cakar permukaan agar-agar yang dah mengeras tadi dengan garfu, kemudian baru tuang adunan kuning.
Biarkan ia sejuk dan mengeras
Bila dah keras, cucuk dan cakar permukaannya dengan garfu sebelum di tuang lapisan hijau.
Tuang lapisan hijau dan taburkan cincau yang telah di potong dadu
Simpan di dalam peti ais hingga beku
Bila dah sejuk dan beku, bolehlah di potong.
Sumber:Azlita masammanis

KEK COKLAT MOIST@LEMBAB

KEK COKLAT MOIST@LEMBAB

Bahan
2 cwn tepung gandum
2 cwn gula pasir
2 biji telur grad A
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 cwn air
1 vwn susu cair
1 cwn minyak
1 cwn serbuk koko
1 sudu teh esen vanilla

Cara
1.Panaskan periuk kukus hingga air mendidih.
2.Putar telur dan gula hingga kembang.
3.kemudian masukkan semua bahan yang lain,putar sebati.
4.Sapu sedikit mentega pada loyang dan tuang adunan.
5.Kukus 45-55 minit klu guna loyang dan kukus 15 minit klu guna acuan kecil.
6.Paskan penutup periuk kukus di balut dengan kain@kertas aluminium supaya air x menitis atas kek.
7.Kukus guna api sederhana.Klu guna api kuat atas kek akan merekah.


 

KEK KARAMEL PELANGI KUKUS

KEK KARAMEL PELANGI KUKUS

Bahan Karamel
5 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air

Cara
1.Masak gula bersama 1 sudu air hingga perang dengan api sederhana.
2.Bila dah gula dah kelihatan perang masukkan 1 sudu air,kacau sebati.
3.Tuang dalam loyang.( ketepikan )

Bahan Lapisan Atas
400ml susu segar@ sejat
5 sudu besar gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla

Cara
1.Kacau kuning telur bersama gula hingga sebati.( jgn sampaiberbuih )
2.Dalam periuk lai panaskan susu dan esen vanilla jgn sampai mendidih sekadar suam saja.
3.Kemudian tuang dalam adunan telur tadi,kacau sebati dan tapis dalam loyang karamel tadi.
4.Tutup loyang dengan kertas aluminium dan kukus 20 minit.
5.Sementara tunggu masak buat adunan kek pelangi.
6.Bila dah masak tuang adunan kek dan kukus lagi 40-45 minit hingga masak.

Bahan Kek
5 biji telur
250g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
150ml susu cair
180g gula halus
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar ovalette
125ml minyak
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna pink,biru dan hijau

Cara
1.Campurkan semua bahan kecuali minyak dan pewarna,putar hingga kembang.
2.Masukkan minyak,gaul sebati,guna spatula.
3.Bahagi adunan pada 3.
4.Tuang adunan dalam loyang berselang-seli warna hingga adunan habis.
5.Kukus 40-45 minit hingga masak.
6.Terlebih dahulu loyang sapu dengan mentega dan tabur sedikit tepung dikeliling loyang sebelum tuang adunan kek diatas karamel

SWISS ROLL CAKE

SWISS ROLL CAKE

Bahan A
5 kuning telur
50g minyak
50g susu segar
20g gula kastor
85g tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Bahan B
5 biji putih telur
60g gula kastor
1 sudu teh cream of tartar

Cara
1.Putar kuning telur dan gula hingga sebati.
2.Masukkan minyak putar sebati.
3.Masukkan susu putar lagi.
masukkan tepung gaul,sebati.( ketepikan )
4.Dalam mangkuk lain putar putih telur bersama cream of tartar hingga berbuih.
5.Masukkan gula ,putar hingga kembang dan gebu.( bila terbalikkan mangkuk adunan x jatuh. )
6.Ambil 1/3 cwn adunan putih telur tuang dalm adunan kuning telur,gaul sebati.
7.Kemudian Tuang semua adunan putih telur dan adunan kuning telur,gaul sebati cara kaub balik.
8.Alas loyang dengan kertas minyak dan tuang adunan.
9.Bakar 160'c selama 25 minit.( ikut oven masing2 )
10.Bila dah biarkan sejuk.
11.Bila dah sejuk sapu frosting dan gulung dengan rapi.

BLACK FOREST CAKE

BLACK FOREST CAKE

Bahan Kek
2 cwn gula
1 3/4 cwn tepung gandum
3/4 cwn serbuk koko
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
2 biji telur
1 cwn susu segar
1/2 cwn minyak
1 cwn air
2 sudu teh esen vanilla

Cara
1.Campurkan semua bahan kering dan ayak.
2.Masukkan susu,telur,minyak dan esen vanilla,putar sebati.
3.Tuang air dan putar sebati.
4.Sediakan 2 loyang 9inch dan sapu sedikit mentega pada loyang.
5.Bakar 30-35 minit 170'c.( ikut oven msng2 )

Blueberry Filling
2 1/2 cwn buah blueberry
1 cwn filling blueberry
500ml whipping cream
Buah cerry-hiasan
coklat parut-hiasan

Cara
1.Putar whipping cream hingga kental.
2.Ambil 1 keping kek sapu whipping cream,filling blueberry dan letak buah blueberry.
3.Kemudian ambil 1 keping kek lagi letak atas kek tadi dan sapu whipping pada seluruh kek,ratakan.
4.Letak buah cerry atas kek dan latak coklat parut di sekeliling kek.

RED VELVET CHEESECAKE

RED VELVET CHEESECAKE

Bahan
274g biskut oreo ( kisar halus )
1/4 cwn butter ( cairkan )
2x250g cream cheese
1/2 cwn whipping cream
3/4 cwn gula kastor
2 sudu besar pewarna merah
3 biji telur
3 sudu besar serbuk koko

Cara
1.Gaul biskut oreo bersama butter,gaul rata dan tekan dalam loyang.
2.Putar cream cheese bersama gula hingga lembut.
3.Masukkan telur dan esen vanilla,putar sebati.
4.Masukkan pewarna dan serbuk koko,putar sebati.
5.Kemudian putar whipping cream hingga kembang.
6.Tuang adunan cheese,gaul sebati cara kaub balik.
7.Balut loyang dengan kertas aluminium.
8.Tuang adunan dan bakar cara water bath.
9.Bakar 150'c selama 45-55 minit.( ikut oven msng2 )
10.Bila dah masak tutup api biarkan kek sejuk dalam oven 30minit.
11.Bila dah sejuk simpan dalam peti sejuk 4jam atau semalaman.

RUSSIAN BLACK AND WHITE CAKE

RUSSIAN BLACK AND WHITE CAKE

Bahan Kek
2 cwn gula kastor
1 3/4 cwn tepung
1 cwn serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur
1 cwn susu cair
1/2 cwn minyak masak
2 sudu teh esen vanilla
1 cwn air

Cara
1.Putar telur dan gula hingga kembang.
2..Masukkan susu,air,minyak,esen vanilla dan air,putar sebati.
3.Campurkan semua bahan kering,gaul sebati.
4.Alas loyang dengan kertas minyak
5.Sediakan 4 loyang dan tuang adunan sama banyak.
6.Bakar 170'c selama 20 minit setiap loyang.( ikut oven msng2 )
7.Biarkan 10minit sejuk baru keluarkan dari loyang.

Bahan Filling Coklat Cream Cheese
125g coklat masakan
250g cream cheese
50g gula kastor
5 sudu besar susu cair

Cara
1.Cairkan coklat cara double boiler.
2.Putar cream cheese,gula,susu dan coklat hingga lembut.

Bahan Filling Cream Cheese
250g cream cheese
1/4 cwn gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Cara
1.Campurkan semua bahan putar hingga lembut.

Bahan Coklat Ganache
1 cwn coklat chip
1 cwn whipping cream

Cara
1.Cairkan coklat cara double boiler
2.Putar whipping cream hingga lembut.
3.Tuang coklat dan gaul sebati.

Cara Melapis
1.masukkan coklat cream cheese dan cream cheese dalam piping bag.
2.Ambil 1 keping kek dan paip coklat cream cheese berbentuk bulatan.
3.Kemudian diselang dengan cream cheese.
4.Ambil 1 keping kek lapis pada kek tadi dan paip cream cheese berbentuk bulatan.
5.Kemudian paip pula coklat cream cheese.
6.Ulang langkah hingga habis.
7.Bila dah siap melapis paip cream cheese pada seluruh kek dan ratakan.
8.Akhir sekali curah dengan coklat ganache.
9.Simpan sebentar dalam peti sejuk.

OREO CHEESE CAKE BAKED

OREO CHEESE CAKE BAKED

Bahan Base
300g biskut oreo ( dibuang krimnya )
75g butter cair

Cara
1.Buang krim biskut oreo dan kisar halus dan gaul dengan butter cair tadi.
2.Tekan padat dalam loyang dan bakar selama 15 minit pada suhu 150'c.( ikut oven msng2 )

Bahan Filling
500g cream cheese
110g gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur
150ml whipping cream
20 keping biskut oreo( buang krim dan patahkan 4 )

Cara
1.Putar cream cheese dan gula hingga sebati.
2.Masukkan telur,esen vanilla dan whipping cream,putar sebati.
3.Masukkan biskut oreo,gaul sebati.
4.Lapik keliling dan tapak loyang dengan kertas minyak.
5.Tuang adunandalam loyang dan bakar cara water bath.
6.Bakar 150' selama 45-50 minit.
7.Bila dah masak buka sedikit pintu oven dan biarkan kek sejuk dalam oven selama 30 minit.
8.Keluarkan kek tutup permukaan kek dengan plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk 4jam @ semalaman.

antara buku -buku yang boleh bantu untuk rujukan kerja kursus sejarah pt3 2015 ( contoh 3 -seeloknya beli buku buat koleksi)

1) Buku teks tingkatan 6 Sejarah Malaysia
2) Bab 2 buku teks Sejarah Tingkatan 2
3) Buku Malaysia Warisan dan Perkembangan
4) Buku Rujukan Tingkatan 6

antara buku -buku yang boleh bantu untuk rujukan kerja kursus sejarah pt3 2015 ( contoh 2 -seeloknya beli buku buat koleksi)



antara buku -buku yang boleh bantu untuk rujukan kerja kursus sejarah pt3 2015 ( contoh 1 -seeloknya beli buat koleksi)


muffin coklat chip

Khamis, 25 Jun 2015

Kenangan bersama ayah ..memory indah

Ayah dah tak ada. Dulu kadang-kadang aku terfikir apa yang ayah nak sebab kadang-kadang rasa macam pemikiran ayah tidak saya dengan ayah orang lain dan kadangkala rasa macam orang yang jadi ayah ni selalu fikir dia betul. Akhirnya bila dewasa baru sedar banyak ajaran ayah ada sebab dan pengajarannya. Banyak sangat yang jadi panduan pada aku dan adik beradik aku. Banyak sangat, aku dah letak sikit kat untuk panduan bersama



1.       Setiap kali pergi sekolah selalu kena pergi awal. Dulu aku mengeluh juga rasa macam skemanya aku, bukan tu ja kalau janji dengan kawan-kawanpun selalu aku kena keluar awal. Mula-mula rasa nak berontak tapi bila tinggal diasrama dah jadi tabiat pergi ke sekolah , maksud aku ke kelas awal pagi. Bila kerjapun dah terbiasa dah pergi awal. Aku ingat lagi ayah bagi tau bila kita pergi awal , maksud dia kita ada masa untuk buat persediaan, relak, tidak kelam kabut, ada masa ke tandas ka dan ambik mood sebelum kelas bermula. Macam tu juga bila janji dengan orang , ni bermaksud komitmen kita dan kita menghargai orang lain. Ayah kata orang selalu bagi alasan lambat dengan janji orang melayu, buat malu kaum ja. Ada ka patut kita yang tidak salah bangsa kita sedangkan kita yang salah. Jadi ayah terapkan kat anak-anak dia, janji melayu yang sah-sah beragama Islam.

2.       Setiap hari pukul 5.30 pagi ( tak kira time cutipun) , ayah akan buka tv kuat dan kejut kami bangun pagi, sebelum masuk waktu solat subuh kena dengar dulu ceramah motivasi atau ceramah agama kat tv dulu. Lawak la bukan kami ja terpaksa bangun tapi sebenar bila suara tv kuat tu, habis jiran2 merangkap saudara mara aku pun bangun awal juga. Ha.ha.ha bangun awal satu, kena mandi awal pula. Dah la air sejuk sebab sebelum rumah kami ada bilik mandi dalam rumah dan berpaip, bilik mandi luar rumah dan air telaga. Sekitar bilik mandi pulak sawah. Sejuknya macam nak kancing gigi pun ada. Lepas solat dan mandi, masa cuti sekolah ayah suruh kami jalan sekitar rumah atau kayuh basikal keliling kampung untuk hirup udara pagi. Kata ayah angin pagi bagus untuk kesihatan dan bangun awal pagi rezeki murah.

3.       Ayah aku ni muka serius, orang nampak macam garang. Selalunya kami adik beradik tak pergi bermain dirumah orang tapi kawan-kawan kami datang main di rumah. Kami main sungai dan pancing ikan kena sungai depan rumah saja, ayah aku suap buat pondok main masak-masak untuk kami bersama kawan-kawan. Dulu masa zaman kami ada cerita jepun popular berkaitan bola tambar, tah nama apa tah mero attack  kot, masa tu budak –budak kecoh minat bola tampar. Ayah aku siap pasang net dan beli bola plastic untuk anak-anak dia dan kawan-kawan bermain. Jadi orang kampong pun tak risau anak-anak dia orang keluar main, bagi ayah aku yang penting anak-anak dia tak berkeliaran merata. Sebenarnya ayah aku izin kami ke rumah kawan bermain-main terutama anak lelaki la tapi dengan syarat sebelum 6.30 petang ada di rumah. .Balik la lambat kalau nak dapat hadiah denda percuma. Ha.ha.ha

4.       Ayah juga mendisiplinkan anak-anak , waktu makan malam perlu makan bersama. Ingat lagi kami ramai adik beradik, meja makan pun ada masa aku dah sekolah menengah dah dan abang2 dah bekerja.  Jadi kami makan berhidang dan dah tentu dalam bulatan. Kalau time ramai-ramai masa cuti tu kira memanjang la bentuknya. Masa makan tak boleh cakap, lepas makan tak bangun lagi tapi pakat bercerita la cerita masing-masing. Seronok makan berhidang sebab ajar kami semua erti berkongsi makanan bersama-sama dan tidak membazir, bayangkan seekor ikan atau seketul ayam kita boleh share makan. Jadi secara tidak langsung kami akrab dan menghargai. Kalau kita tengok zaman sekarang keluagraselalu amalkan makan berasing2 dan kadangkala anak-anak makan depan tv ja. Aku amat bersyukur didikan yang diberikan.

5.       Ingat dulu masa kecil aku takut gelap terutama berada diluar rumah, biasa cerita orang macam versi hantu ada. Ayah punya nak hilangkan rasa takut aku, dia letak aku diluar rumah masa tengah malam, dia kunci pintu ada dalam rumah. Ayah tanya aku siang tadi kawasan rumah ada apa, aku siap sebut nama pokok2 keliling rumah sambil menagis ( ingat2 lucu pula), ayah tanya lagi sekarang waktu malam sekarang ,aku nampak apa. Aku bagi tau perkara yang sama. Akhirnya ayah keluar rumah duduk sebelah aku, dia kata siang atau malam sama ja, kita selalu bayangkan benda yang bukan-bukan. Ayah kata anak-anak dia perlu berani kerana dia dan mak tidak akan selama menjaga kami. Kami berani , berdikari dan saling menyayangi adik beradik sebab tu ja harta yang kekal ayah untuk kami.

6.       Ayah amat tegas dalam pelajaran, dia kategori paksa juga suruh anak-anak dia belajar. Anak-anak  lelaki atau perempuan dapat layanan sama ja. Kalau ayah tengok result tak ok ja, nay terus pergi jumpa guru matapelajaran tanya anak dia masalah dalam pelajaran bab apa. Balik nanti mau kena kuarantin, yang duk asrama, cuti sekolah siap angpa. Ayah kata dia bukan orang kaya, tak da harta tinggalan untuk anak-anak. Tu saja harta yang dia dapat beri iaitu pelajaran. Kadangkala sedih tengok untuk tamping kami belajar mak upah kat sawah orang waktu siang , ayah ambik upah menebas waktu malam, abang-abang jual ambil upah jual ais cream dan tangkap ikan waktu balik sekolah. Bila agak senang sikit ayah buka kedai makan dan juga kedai buah di pekan , mak buat kuih dan abang-abang tolong memasak waktu balik sekolah. Ayah kata sebab dia paksa juga anak-anak dia belajar terutama anak lelaki supaya ada juga sijil sekurang-kurangnya SPM dan STPM, nanti boleh bantu dapat kerja. Ayah kata dia tak harap duit anak-anak , cuma dia tak mahu nanti bakal cucu-cucu dia nanti susah, dia tak mahu anak-anak dia iaitu abang-abang kahwin nanti menyusahkan anak orang lain ( menantu dia), dia tak mahu anak perempuan pula terlampau bergantung kepada suami atau abang2 sampai tidak berdikari. Alhamdulilah , akhirnya semua anak-anak ayah dan mak berkerjaya dan semua cucu-cucunya berpendidikan tinggi.

Banyak lagi didikankan ayah yang mendidik kami, sesungguhnya aku bersyukur menjadi anak ibu dan ayah. Semoga Allah bemberi kebahagiaan kepada mak dan arwah ayah di dunia dan akhirat.

Selasa, 23 Jun 2015

ubat batuk .. dr fb

Ubat batuk

Bahan2
● australia pear
● halis

Cara2;
} kupas kulit halia n kulit pear
} dh kupas potong dadu
} tambah 3sudu besar air masak gunakan teknik double boil selama 2jam. Cm nk cairkan coklat masakan.
} stlh 2 jam sejukkan ambil 3sudu makan jus halia n pear mix ngn 2sudu air suam boleh bg baby minum..
} tidak boleh disimpan lebih 48jam..
} Utk dewasa boleh blend pear n halia tu tapis then pati mix ngn air suam minum..
} Ianya boleh mengurangkan batuk kering dan batuk yg mmpunyai kahak berwarna ( light green phlegm) ..pear boleh melegakan tekak dan halia boleh mencairkan dan mengurangkan kahak...

ubat penyakit paru-paru...sumber fb

rahsia potong kuku ..dr fb

5 makanan kekalkan tenaga di bulan puasa .... ambik dr fb

biskut oat rangup ..dr fb

cornflakes madu ..dr fb

biskut suji kristal ..dr fb

Doa melembutkan hati anak yang degil

doa untuk keseburan dan mudah hamil

doa pemanis dan penyeri wajah

doa untuk mudah bersalin

doa pendekat jodoh

POPIA GULUNG MINI SERUNDING KELAPA UDANG KERING ..resepi hari raya

POPIA GULUNG MINI SERUNDING KELAPA UDANG KERING

Bahan bahan serunding :
1 biji kelapa parut
3 sudu besar udang kering (rendam sampai lembut , tos dan blend / kisar halus)
2 sudu cili kisar
8 ulas bawang merah ( blend )
2 ulas bawang putih ( blend )
1/2 inci lengkuas (blend )
3 batang serai (hiris halus halus halus / blend lagi senang )
1 sudu ketumbar (blend kering)
1/2 sudu jintan manis / jintan kasar ( blend kering)
1/2 sudu jintan putih / jintan halus ( blend kering )
1/3 sudu serbuk kunyit
1/4 cawan air asam jawa
3 helai daun limau purut (jangan banyak nanti terasa sangat )
Garam gula secukup rasa

Cara membuat serunding :
1. Gaul kelapa parut + serbuk kunyit sampai sebati . Sagaikan dalam kuali sekejap .
2. Masukkan sedikit minyak di dalam kuali dan panaskan . Tumiskan semua bahan bahan blend *kisar halus ( bawang merah , bawang putih , lengkuas , ketumbar , jintan manis / jintan kasar , jintan putih / jintan halus , serai ) sampai naik bau yang harum
3. Masukkan cili kisar *kalau suka pedas boleh letak lebih sedikit dan udang kering . Tumis sampai pecah minyak,pecah minyak tu ialah masak sampai keluar minyak dari cili tu Guna api perlahan nanti hangus pula
4. Masukkan garam gula secukup rasa . Agak agak tak sedap bolehlah tambahkan Ajinomoto Then masukkan daun limau purut,kacau sampai masak .
5. Akhir sekali masukkan kelapa yang telah disagai sekejap tadi dan masak sehingga kering . Tadaaaa ! Siap sudah serunding kelapa udang kering..

SERUNDING IKAN BILIS
200g ikan bilis putih
20 tangkai cili kering (saya guna 2 sudu besar cili kisar Puteri)
1 cm halia (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
6 batang serai (saya guna 3 batang serai je dan dihiris halus)
250g santan pekat

Pokok Ketumpang Air atau Sireh Cina ..dr fb

Pokok Ketumpang Air atau Sireh Cina

Pasti anda tahu dan sering terlihat pokok ini selalu tumbuh di sekitar rumah anda dan anda akan selalu mencabutnya dan membuangnya untuk membersihkan kawasan rumah.
Tetapi tahukah anda pokok ini sebenarnya amat berkhasiat tinggi dalam perubatan. Pokok ini di kenali sebagai banyak nama seperti sireh laut, sireh cina, sireh pasir, sireh air, sireh bunian dan ketumpang.
Pokok ini sebenarnya ada dijual di kedai sinsei cina tetapi dalam bentuk yang telah dikeringkan dan dijual RM10 untuk 100gram.
Disini kami akan kongsikan khasiat lainnya.
Merawat Gout
Penawar sakit sendi dan perut
Jus perahannya mampu mengelakkan jangkitan pada mata
Mengubati dan meredakan cirit-birit
Meredakan batuk
Meredakan Demam (Ramas Dengan Sedikit air dan sapukan dikepala)
Merawat Buasir
Melegakan selsema
Merawat jangkitan pada pundi kencing
Merawat Kayap
Alternatif kepada ubatan darah tinggi
Merawat kencing manis

 

AYAM LEMON CHINESE STYLE



Bahan-bahan:-
2 dada ayam-bersihkan n keringkan
Bahan perap:-
3 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh minyak bijan
sedikit pepper
1 biji telur
bahan salut:-campurkan
5 sudu besar tepung
5 sudu besar breadcrumbs
Bahan sos:-
1 sudu besar sos plum
3 1/2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar cuka
4 sudu besar gula
2 sudu teh tepung jagung
Minyak secukupnya
Cara-cara:-
01. Perap ayam dengan bahan perap selama 2 jam atau semalaman.
02. Salut dengan bahan salut n goreng hingga garing n kekuningan.
03. Potongkan ayam dan letak atas pinggan hidangan.
04. Campur semua bahan sos, didihkan hingga pekat.
05. Curah atas ayam tadi dan hidangkan.

Resepi tauhu berlauk

Resepi tauhu berlauk

Bahan
4 ketul tauhu
2 tiub tauhu jepun
udang @ isi ayam
cili merah
daun bawang
daun sup
telur 4 biji
garam, serbuk lada putih, serbuk perasa

caranya:
blender tauhu, tauhu jepun, telur 2 biji, udang @ isi ayam.
lepas tu masukkan hirisan daun bwg & ciili merah.perasakan garam ,serbuk lada putih & maggi secukup rasa.gaul rata
lepas tu masukkan bahan bancuhan tadi dlm bekas plastic dan kukus..lepas tu potong saiz yg dikehendaki..
pukul 2 biji telur..celup & goreng..

sardin homemade

bahan-bahannya :
1 kg ikan selayang/ sardin segar.
2 labu bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang putih kisar.
2 biji Buah tomato didadu kasar
1/ 2 cawan tomato puri.
1/ 2 cawan tomato sos
Kalau nak pedas tambah sedikit sos cili.
Gula dan garam secukup rasa.
Setengah cawan minyak.
1 sdt Serbuk lada putih.
Air secukupnya ( 1 jug, masuk sedikit demi sedikit)
Periuk Pressure Cooker ( saya guna noxxa).
Cara-caranya :
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sampai wangi.
2. Masukkan tomato buah, tomato puri, tomato sos dan cili sos.
3. Masukkan air dan ikan. Tambah garam dan gula.
4. Masak menggunakan pressure cooker 30 minit.
5. Tambahkan air jika perlu. Dan masak lagi 20-30 minit. Tambah air sedikit demi sedikit lagi. Biarkan kuah pekat dan ikan benar- benar lembut isinya.
Sedia untuk dihidangkan dengan Nasi Putih.. Sedap wooo..
ALHAMDULILLAH.
Tambahan :
**************
Nak perah limau nipis pun boleh, kalau nak hilangkan hanyir.
Nak tumis dengan cili kering kisar pun boleh untuk pedas.
Nak tambah daun kari pun boleh.
Ada juga orang tambah tepung gandum untuk pekatkan kuah.
Petua Untuk Melegakan Angin Dalam Badan
Pilihan 1: Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan dengan halba rebus setengah cawan. Kemudian, campurkan sedikit madu asli dan kacau sehingga sebati dan minum. Amalkan setiap hari.
Pilihan 2: Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya dan makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir.
Pilihan 3: Ambil 5 ulas bawang putih dan bakar tetapi jangan sampai hangus. Kemudian, makanlah bawang tersebut. Hasilnya, angin dalam badan akan keluar.
Pilihan 3: Rebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka. Minum air tersebut setelah suam. Lebih elok diamalkan selepas memakan nasi.
Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan:
• Kacang
• Sayuran seperti brokoli
• Kobis
• Taugeh
• Bawang
• Asparagus
• Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
• Bijirin seperti roti gandum
• Minuman ringan dan jus buah
• Susu dan produk daripada susu dan keju
• Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.
a. Banyakkan minum air kosong.
b. Kurangkan udara yang anda sedut.
c. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
d. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah

Isnin, 15 Jun 2015

kerabu

Resepi Kerabu Sotong

Bahan-bahan (5-6 orang)
400 gm sotong
1 ulas bawang besar – dimayang
1 biji tomato – dipotong dadu
1 biji lada merah
3 biji cili padi
3 batang serai
2 kuntum bunga kantan
4 tangkai daun kesum
5 sudu besar sos ikan
6-8 biji limau kasturi – ambil air perahan
Garam dan gula secukup rasa.
Cara-cara
Celur sotong seketika dengan air panas dan kemudian toskan. Hiris nipis-nipis.
Bahan-bahan kerabu dihiris nipis-nipis.
Masukkan sotong yang telah dihiris dan semua bahan lain ke dalam mangkuk. Gaul hingga sekata.
Siap untuk dihidangkan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Resepi Kerabu Seafood
Bahan-bahan (1 pinggan)
300g seafood (sotong, udang, kupang, kerang)
1 biji tomato – dibuang biji dan dipotong memanjang
1 batang lobak merah – dihiris memanjang
2 ulas bawang merah – dihiris halus
5-7 biji cili padi – dihiris
Daun sup dan daun ketumbar – dihiris halus
5 sudu besar jus limau nipis
3 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
Hirisan mangga (optional)
Cara-cara
Celur sotong dan udang. Kemudian toskan.
Gaul semua bahan sehingga sebati. Rasakan supaya ada rasa masam, manis, masin dan pedas.
Siap untuk dihidangkan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Resepi Kerabu Jantung Pisang
Bahan-bahan (4-5 orang)
1 biji jantung pisang
1 ekor ikan (dikukus)
6 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
5 biji cili merah (dihiris)
1 senduk santan
1/2 biji limau nipis
Garam dan gula
Cara-cara
Buang kulit dari jantung pisang yang paling keras. Kemudian belah dua dan hiris nipis-nipis jantung pisang. Rebus sehingga empuk.
Toskan jantung pisang dan ramas sedikit supaya air rebusan turun.
Sementara itu, tumbuk/kisar lada hitam dan bawang merah. Gaulkan bersama-sama cili yang telah dihiris dan isi ikan yang telah dikukus dan dibuang tulangnya.
Panaskan santan dalam periuk, guna api yang perlahan.
Masukkan lada hitam, bawang merah, isi ikan dan cili yang telah digaul sebati ke dalam santan.
Masukkan hirisan jantung pisang dan perah limau nipis.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan.
Kerabu jantung pisang ni salah satu menu berbuka puasa di rumah saya semalam. Ini percubaan pertama saya masak kerabu jantung pisang guna resepi mak saya. Sebenarnya saya ada ubah sikit resepi sebab malas nak beli ikan. Almaklumlah ikan-ikan kat Aussie ni mahal sikit. Kitorang kat sini selalunya makan ayam je setiap hari. So sebagai ganti ikan kukus, saya guna ikan bilis yang dikisar bersama-sama lada hitam dan bawang merah. Lagi satu, jangan masak lama-lama santan tu sebab kalau pecah minyak, nanti rasanya tak sedap. Panaskan dalam 2-3 minit je...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KERABU PUCUK PAKU

Bahan
2 ikat pucuk paku
1 cawan taugeh [basuh dan toskan]
1/2 cawan kelapa goreng [mesinkan]
1 labu bawang besar [hiris]
6 biji limau kasturi [ambil jus]
1 s/b sos ikan
gula
Sambal [mesinkan]
5 biji cili merah
6 biji ciliapi
2 sm belacan
2 s/b ikan bilis
1 s/b jus asam jawa
Cara
1. Pucuk paku diambilkan daun hijau sahaja. Basuh dan rebuskan sehingga lembut. Toskan
2. Gaulkan semua bahan sambal dan sayuran.
3. Rasakan masin dan masamnya.
4. Hidangkan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KERABU TAUGEH
BAHAN-BAHANNYA (KURANG LEBIH)
300 gm taugeh - basuh dan celur sekejap dgn air panas dan toskan
1/2 kg kerang - direbus dan diambil isinya
sedikit daun pegaga - dihiris halus2
4 tangkai daun kesum - dihiris halus2
1/3 cawan beras - digoreng tanpa minyak hingga garing sedikit - dikisar halus
4 tangkai cili kering - direndam air panas dan tumbuk lumat
4 - 5 biji bawang merah - hiris halus
1/3 cawan santan pekat
1/4 cawan kerisik
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
Hirisan cili padi (jika suka, yang ni mat tambah sendiri)
CARA MEMBUATNYA
Campurkan semua bahan kecuali beras goreng, garam, santan, air asam jawa dan kerisik. Gaul rata dulu.
Setelah rata baru dicampurkan beras goreng, air asam jawa, santan, kerisik dan garam. Gaul mesra dan seimbangkan rasa. Ha, sempoiii gitu...selamat mencuba
CATATAN MAT GEBU :- Tadi sms kak ummi, dia kata, seelok2nya bancuh 20 minit - 30 minit sebelum dihidangkan....jadi kalau bulan2 puasa ni, jam 7 tu boleh lah kita gaulkan semuanya....

cuti perayaan hari raya aidilfitri

Ahad, 14 Jun 2015

Puding Castard Fruit Cocktail

Puding Castard Fruit Cocktail

1 cawan tepung castard
5 cawan air ( dah termasuk air fruit cocktail )
5 sudu besar gula pasir

Cara2 nya :
Tapis fruit cocktail
Ambil airnya jadikan 5 cawan
Bancuh air tadi dengan tepung castard dan masukan gula
Kacau atas api perlahan hingga masak dan berkilat
Tuang dalam acuan yang disukai
Sejukan sebelum dimakan dengan kuahnya.

Kuahnya :
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
2 helai daun pandan
Campur semua bahan2
Kemudian dipanaskan atas dapur hingga naik wap ( jangan dimasak hingga mendidih ye )

RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE WITH BLACK PEPPER SAUSAGE

RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE WITH BLACK PEPPER SAUSAGE

Bahan-Bahan:
================================================
300 gm Spaghetti - direbus dengan garam dan sedikit minyak hingga lembut. Toskan.
1 tin Traditional Tomato Spaghetti Sauce - saya guna Prego
400 gm daging kisar
3 batang Ayamas Black Pepper sosej - dipotongbulat2 kecil
1 labu bawang holand - didadu ( bawang besar biasa pon boleh )
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar cili kisar (optional- kalau tak suka pedas sila abaikan )
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
1/2 sudu teh serbuk oregano
1 helai bay leave
3 sudu besar minyak zaitun
Grated Parmesan cheese untuk tabur
================================================
Cara-Cara Membuatnya:
Panaskan minyak zaitun dalam periuk,tumiskan bawang besar dan bawang putih sebentar hingga naik bau.
Masukkan cili kisar, kacau dan masukkan daging kisar. Masak hingga daging empuk.
Masukkan sos spaghetti, sos cili, sos tomato, sos lada hitam, oregano dan juga bay leave.
Masukkan sosej dan kacau. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tutup api.
Tuangkan ke atas spaghetti yang diletak di dalam pinggan dan tabur Parmesan cheese.

RESEPI SPAGHETTI IN CARBONARA SAUCE

RESEPI SPAGHETTI IN CARBONARA SAUCE

Bahan-Bahan:
================================================
2 sdk minyak zaiton
200g sausage dihiris nipis
3 biji cendawan butang dihiris nipis
3 ulas bawang putih diketuk
2 biji kuning telur
1/2 cawan krim pekt atau susu cair pun boleh
75 g keju pamesan yng prut
================================================
Cara-Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan masukkn sausage. Masukkan bawang putih dan cendwan butang kacau lebih kurng 5 minit sehingg sausage agak masak , angkat dan toss minyaknya
2. Pukul kuning telur dan krim serta 3/4 daripada pamesan keju tadi..Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
3. Masukkan dalam pasta dan sausage tadi di atas api kecil kacau sehingga sebati dan masukkan baki keju tadi.
4. Kalau hendak cair adjust dengn krim atau stok ayam

Selasa, 9 Jun 2015

puding karemel versi aku ..... ok la jugak...sedap

Bahan-bahan

Bahan A
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
6-8 biji telur ayam
1 sudu esen vanila
8-12 keping roti

Cara membuat - blender semua

Bahan B

1 cawan-1 1/2 cawan gula - masak hingga bertukar warna keperang-perangan , seeloknya guna kuali. Bila perang , masukkan segelas air... kacau biar sekata....angkat

Seterusnya campur bahan A dan B .  Kacau biar sekata . Masuk dalam acuan .... kukus 1 1/2 - 2 jam... dgn api yg sederhana. Siap...

KELEBIHAN DAUN PANDAN

KELEBIHAN DAUN PANDAN


1. Menurunkan darah tinggi
Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas sahaja. Minum airnya.
.
2. Matikan kuman dalam darah
Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.
.
3. Melembutkan Daging
Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.
.
4. Makanan tidak cepat basi
Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.
.
5. Melicinkan kulit
Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.
.
6. Pewangi alami
Ikat atau potong daun pandan kecil-kecil kedalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.
.
7. Pewarna asli
Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.
.
8. Mengecutkan rahim
Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.

usah bersedih ..dr fb us khairul azhar

USAH BERSEDIH
1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...
2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya...
3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.
4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.
5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.
6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya...
7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.
8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal...
9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat...
Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...
Allah swt mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bila mana berhadapan dgn sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"..

Maklumat dlm Fail pppb ..ambik dr fb je