Isnin, 15 Jun 2015

kerabu

Resepi Kerabu Sotong

Bahan-bahan (5-6 orang)
400 gm sotong
1 ulas bawang besar – dimayang
1 biji tomato – dipotong dadu
1 biji lada merah
3 biji cili padi
3 batang serai
2 kuntum bunga kantan
4 tangkai daun kesum
5 sudu besar sos ikan
6-8 biji limau kasturi – ambil air perahan
Garam dan gula secukup rasa.
Cara-cara
Celur sotong seketika dengan air panas dan kemudian toskan. Hiris nipis-nipis.
Bahan-bahan kerabu dihiris nipis-nipis.
Masukkan sotong yang telah dihiris dan semua bahan lain ke dalam mangkuk. Gaul hingga sekata.
Siap untuk dihidangkan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Resepi Kerabu Seafood
Bahan-bahan (1 pinggan)
300g seafood (sotong, udang, kupang, kerang)
1 biji tomato – dibuang biji dan dipotong memanjang
1 batang lobak merah – dihiris memanjang
2 ulas bawang merah – dihiris halus
5-7 biji cili padi – dihiris
Daun sup dan daun ketumbar – dihiris halus
5 sudu besar jus limau nipis
3 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
Hirisan mangga (optional)
Cara-cara
Celur sotong dan udang. Kemudian toskan.
Gaul semua bahan sehingga sebati. Rasakan supaya ada rasa masam, manis, masin dan pedas.
Siap untuk dihidangkan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Resepi Kerabu Jantung Pisang
Bahan-bahan (4-5 orang)
1 biji jantung pisang
1 ekor ikan (dikukus)
6 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
5 biji cili merah (dihiris)
1 senduk santan
1/2 biji limau nipis
Garam dan gula
Cara-cara
Buang kulit dari jantung pisang yang paling keras. Kemudian belah dua dan hiris nipis-nipis jantung pisang. Rebus sehingga empuk.
Toskan jantung pisang dan ramas sedikit supaya air rebusan turun.
Sementara itu, tumbuk/kisar lada hitam dan bawang merah. Gaulkan bersama-sama cili yang telah dihiris dan isi ikan yang telah dikukus dan dibuang tulangnya.
Panaskan santan dalam periuk, guna api yang perlahan.
Masukkan lada hitam, bawang merah, isi ikan dan cili yang telah digaul sebati ke dalam santan.
Masukkan hirisan jantung pisang dan perah limau nipis.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan.
Kerabu jantung pisang ni salah satu menu berbuka puasa di rumah saya semalam. Ini percubaan pertama saya masak kerabu jantung pisang guna resepi mak saya. Sebenarnya saya ada ubah sikit resepi sebab malas nak beli ikan. Almaklumlah ikan-ikan kat Aussie ni mahal sikit. Kitorang kat sini selalunya makan ayam je setiap hari. So sebagai ganti ikan kukus, saya guna ikan bilis yang dikisar bersama-sama lada hitam dan bawang merah. Lagi satu, jangan masak lama-lama santan tu sebab kalau pecah minyak, nanti rasanya tak sedap. Panaskan dalam 2-3 minit je...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KERABU PUCUK PAKU

Bahan
2 ikat pucuk paku
1 cawan taugeh [basuh dan toskan]
1/2 cawan kelapa goreng [mesinkan]
1 labu bawang besar [hiris]
6 biji limau kasturi [ambil jus]
1 s/b sos ikan
gula
Sambal [mesinkan]
5 biji cili merah
6 biji ciliapi
2 sm belacan
2 s/b ikan bilis
1 s/b jus asam jawa
Cara
1. Pucuk paku diambilkan daun hijau sahaja. Basuh dan rebuskan sehingga lembut. Toskan
2. Gaulkan semua bahan sambal dan sayuran.
3. Rasakan masin dan masamnya.
4. Hidangkan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KERABU TAUGEH
BAHAN-BAHANNYA (KURANG LEBIH)
300 gm taugeh - basuh dan celur sekejap dgn air panas dan toskan
1/2 kg kerang - direbus dan diambil isinya
sedikit daun pegaga - dihiris halus2
4 tangkai daun kesum - dihiris halus2
1/3 cawan beras - digoreng tanpa minyak hingga garing sedikit - dikisar halus
4 tangkai cili kering - direndam air panas dan tumbuk lumat
4 - 5 biji bawang merah - hiris halus
1/3 cawan santan pekat
1/4 cawan kerisik
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
Hirisan cili padi (jika suka, yang ni mat tambah sendiri)
CARA MEMBUATNYA
Campurkan semua bahan kecuali beras goreng, garam, santan, air asam jawa dan kerisik. Gaul rata dulu.
Setelah rata baru dicampurkan beras goreng, air asam jawa, santan, kerisik dan garam. Gaul mesra dan seimbangkan rasa. Ha, sempoiii gitu...selamat mencuba
CATATAN MAT GEBU :- Tadi sms kak ummi, dia kata, seelok2nya bancuh 20 minit - 30 minit sebelum dihidangkan....jadi kalau bulan2 puasa ni, jam 7 tu boleh lah kita gaulkan semuanya....