Isnin, 21 Mac 2016

biskut mazola

Bahan-Bahan:

• 1 cawan minyak mazola
• 1 ½ cawan tepung gandum (diayak )
• ½ cawan tepung jagung
• ¾ cawan gula halus
• 1 cawan kacang tumbuk
• 1 sudu teh essen vanilla
• (untuk mendapatkan hasil kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya serta ditumbuk / dikisar.

Bahan Untuk hiasan

• Kuning telur untuk hiasan
• Kacang tumbuk kasar secukupnya

Cara-Cara:

1. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali minyak. Kemudian gaulkan hingga sebati
2. Masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil uli adunan hingga menjadi doh. ( masukkan minyak sedikit demi sedikit )
3. Ambil doh sedikit dan bentukkan menjadi bebola kecil.
4. Letakkan doh tadi di atas dulang pembakar. Lakukan sehingga habis adunan.
5. Sapu bahagian atas dengan kuning telur.
6. Taburkan kacang tumbuk kasar pada permukaan atasnya.
7. Kemudian bakar selama 20 minit pada suhu 180°C.
8. Setelah masak angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum simpan di dalam bekas kedap udara.

biskut mama carey

Bahan A
200gm mentega
100gm gula kaster
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila


Bahan B - di ayak
260gm tepung gandum / red rose
50gm tepung jagung
50gm tepung susu

Aising Hiasan
1 biji putih telur
90gm gula icing
1 sudu besar tepung jagung

Hiasan : Coklat emulco / manik hundred thousand

Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan kuning telur dan esen vanila, pukul hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam bahan B dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
3. Canai dan terap dengan acuan berbentuk hati atau disukai. Susun di dalam dulang pembakar yang telah digris terlebih dahulu.
4. Bakar biskut setengah masak selama 10 minit. Keluarkan dari oven dan paipkan aising hiasan, tabur dengan manik atau gunakan lidi kecil yang dicelup ke dalam coklat emulco dan buat lorekan diatas permukaan aising tadi.
5. Bakar semula selama 15 minit hingga masak.
6. Membuat Aising : Pukul putih telur hingga kembang, masukkan gula icing dan tepung jagung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan tidak menitik. Masukkan ke dalam piping bag dan paip ke atas permukaan biskut.

biskut cornflakes madu

Bahan-bahan
4 cawan Cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan
Ceri (sebagai hiasan - ikut suka)

Cara-cara

1. Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair.
2. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.
3. Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi.
4. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.
5. Sudukan ke dalam papercup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka. Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.

Resepi Biskut Aiskrim Nestum

Resepi Biskut Aiskrim Nestum

Bahan-bahan:

200 gm tepung gandum
70 gm tepung kastad
160 gm nestum (Boleh kisar nestum ni)
75 gm gula halus
180 gm butter
1 biji telur
1/2 tsp serbuk penaik
Bahan hiasan:
250 gm coklat masakan (Cairkan secara double boiler)
Gula manik atau apa-apa hiasan yang sesuai


Cara-cara:

- Ayak tepung gandum, tepung kastad dan serbuk penaik. Kemudian satukan dengan nestum.
- Dalam satu mangkuk lain, putar butter dan gula hingga gebu dan warna menjadi pucat.
- Masukkan telur dan pukul rata.
- Masukkan bahan ayak dan uli hingga menjadi doh.
- Canai dan terap dengan acuan bentuk aiskrim.
- Bakar dalam oven pada suhu 160 C sehingga biskut masak. Sejukkan di atas redai.
- Celupkan hujung biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan dan taburkan gula hiasan di atasnya.
- Setelah coklat mengeras, simpan biskut di dalam bekas kedap udara.

Kek Karot

Kek Karot
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
1 1/4 cawan minyak jagung
4 biji telur
120 gram gula castor
120 gram gula perang
100 gram walnut
250 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
1 1/2 cawan karot parut
1 cawan kismis

Cream Cheese:
120 gram gula
250 gram cream cheese
120 gram unsalted butter
Semua bahan dicampur dengan dipukul hingga kembang.

Kek Pelangi Kukus


Kek Pelangi Kukus
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)
1 cawan mentega
¾ cawan gula kastor (guna 1/2 cawan aje tp tetap manis)
3 biji telur
¼ cawan susu pekat
¼ cawan serikaya
1½ cawan tepung gandum
1 sk serbuk penaik
1 sb serbuk koko (tak guna pun)
1 sk esen vanila
2-3 sb susu segar (saya guna 1 sb)
Sedikit pewarna yang disukai

Cara cara:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.

Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.

Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.

Nota:
Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair.

Kek Marble

Kek Marble
Oleh: AzieKitchen

Bahan bahan:
8 oz/227gm mentega
6 oz/170gm tepung gandum
6 oz/170gm gula kaster
5 biji telur dari fridge
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak (guna coklat emulco)

Cara cara:
Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.

Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.

Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.

Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.

Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.
Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. Saya guna suhu 170C selama 50 minit.

Nota:
Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.

Jika menggunakan cara biasa, telur tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana ia susah sebati dengan adunan mentega

Resepi Kek Coklat Kukus

Resepi Kek Coklat Kukus

SUMBER: dapurmalaysia.com (Resepi asal: Ilham Dapur)

Bahan-bahan kek
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur
Cara-cara
1. Campurkan gula pasir, serbuk koko, minyak masak, susu cair dan susu manis ke dalam periuk. Masak sebentar di atas api yang perlahan sehingga semua bahan larut.
2. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.
3. Pukul telur sampai kembang, campurkan dengan adunan koko. Gaul rata dan campurkan adunan tepung. Gaul sebati dan tuang ke dalam acuan.
4. Tutup acuan dengan aluminium foil supaya wap tidak masuk ketika mengukus. Kukus kek selama 45-60 minit dengan api yang perlahan.
5. Keluarkan kek dari kukusan dan biarkan sejuk sebelum diletakkan topping ke atas kek.
Bahan-bahan topping (coklat ganache)
150 g thickened/whipping cream
150 g coklat masakan
15 g butter
Cara-cara
1. Campurkan coklat masakan dan thickened cream dalam satu bekas. Panaskan sehingga coklat masakan menjadi cair dengan menggunakan kaedah double boiling.
2. Kacau sehingga sebati, kemudian tambahkan butter.
3. Biarkan campuran sejuk seketika. Bila campuran telah suam, curah coklat ganache ke atas kek.

Kek Buah Kukus Lembab dan Sedap


Kek Buah Kukus Lembab dan Sedap

Oleh: Azie Kitchen
Loyang saiz: 10"

Bahan bahan:
500 gm butter
6 biji telur - guna 3 gred A & 4 gred B
2 kotak mix fruit - 1/2 kg/500gm
2 sk vanilla
2 sk esen ros - tak letak

Bahan Ayak:
600 gm tepung gandum
2 sk soda bikarbonat
1/2 sk cream of tartar
1 sk serbuk buah pala - opsyenal, tak letak

Gula Hangus:
4 cawan gula pasir/800 gm - guna 600 gm
1/2 cawan air sejuk

Cara cara:
Panaskan gula pasir di dalam kuali menggunakan api kecil sehingga gula cair dan berwarna perang. Tuangkan air dan kacau seketika sebelum dimasukkan butter. Terus masak sehingga cair.
Masukkan pula mixed fruits dan masak sehingga mendidih dan tutup api. Ketepikan dan sejukkan sebentar sehingga agak suam.

Masukkan semua bahan ayak ke dalam adunan buah tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.

Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. Masukkan esen vanila dan esen rose. Jangan terlebih kacau takut buah mendap.

Masukkan adunan ke dalam bekas saiz 10-12" dan kukus selama 4 - 6 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Lagi lama dikukus lebih lembab dan tahan lama. Kukus dengan api yang sederhana pada 3 jam yang pertama dan selepas itu dikecilkan api. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.

Bungkus tutup pengukus dengan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan butter.

Bila kek masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek sejuk di dalam pengukus untuk mengelakkan buah mendap. Bila sejuk, bolehlah dikeluarkan dari loyang dan potong telah benar benar sejuk. Lagi baik jika dibiarkan semalaman di atas meja sebelum dipotong.

Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari.

Cukup sekadar whisk dan jangan gunakan mixer, kerana jika terlalu dipukul adunan akan menghasilkan kek yang agak kering. Sebaiknya menggunakan campuran buah-buahan yang dibeli dari Phoon Huat atau Bake with Yen, kerana buah-buahannya lebih lembab dan warnanya pun menarik.

Selepas dikukus, kek mesti dibungkus dengan aluminium foil. Sebelum dibungkus cucuk-cucukkan kek dengan lidi penyucuk sate dan tuangkan 1 sudu kecil jus oren sunquick atau epal atas lubang untuk melembabkan kek. Simpan dalam tupperware dan bolehlah dipotong untuk dimakan selepas seminggu. Jangan masuk fridge. Makin lama kek makin sedap dan berkilat. Pastikan tangan dan pisau yang digunakan semasa memotong adalah kering.

Kek Keju Gebu versi Kukus

Kek Keju Gebu versi Kukus
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

150gram cream cheese ( krim keju ape2 jua jenama)
10gram tepung kastard ( ros guna jenama bird custard)
60gram tepung gandum
4 biji telur ( asing putih dan kuning) telur
100ml whipping cream
70gram gula ( gula dibahagi dua bahagian, separuh utk meringue separuh utk utk diputar bersama krim keju nnt)
40gram mentega
1 sudu besar jus lemon
1 sudu kecil esen vanila ( jika ada) - hari tu ros tak letak sbb esen vanila dah habis
sedikit sugar powder untuk hiasan
- penggunaan tepung kastard tu menaikkan lagi seri kuning kek ni nanti, eksperimen ros berjaya dan ros kongsikan resepi dan cara bergambar dengan semua, semoga dapat membantu ya.
Cara-caranya
1.Pertama sekali, panaskan pengukus, kemudian di dalam bekas adunan, campurkan krim keju, separuh kuantiti gula dan mentega, putar hingga semua bahan2 lembut dan gula agak hancur.
2. kemudian putar kuning telur hingga agak berbuih
3. selepas itu masukkan dalam adunan krim cheese tadi, putar lagi hingga semuanya sebati.
4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar hingga semuanya sebati.
5. Masukkan pula tepung castard. Putar lagi.
6. selepas itu masukkan pula jus lemon.
7. serta whipping cream putar lagi dan pastikan semua nya sebati.
8. Di dalam bekas adunan yang lain, putar putih telur hingga agak berbuih.

9.kemudian baru masukkan baki gula.
10.Putar sehingga putih telur menjadi meringue,( langkah ini penting dan pastikan putih telur betul2 kembang)

11.bahagi meringue pada 3 bahagian dan campurkan dalam adunan krim keju tadi, campurkan sedikit demi sedikit meringue dan pastikan meringue sebati dalam adunan tepung krim keju. ( cara kaup balik menggunakan spatula, masa ni jgn guna hand mixer takut overmix)
12. Alas loyang kek ber ukuran 18cm dengan kertas minyak dan pastikan bahagian tepi loyang di alas juga dan lebihkan sedikit ukuran nye di tepi itu, tuang adunan kek keju di dalam loyang. tutup dan balut atas loyang dengan aluminium foil bagi memastikan tiada air kukusan jatuh pada permukaan kek nnt, akhir sekali kukus kek keju selama 40 minit hingga 1 jam.
13. Tutup api dan biarkan kek didalam pengukus selama 10 minit baru keluarkan, setelah kek keju suam atau sejuk baru keluarkan kek dari acuan dan hias dengan sugar powder, kalau nak simpan dalam peti ais semalaman pun lagi bagus, kek akan jadi makin moist dan sedap.
14. Hias Kek mengikut kreativiti masing-masing dan potong Kek Keju Gebu pada beberapa bahagian dan sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.


 

Resepi Kek Keju Meleleh

Resepi Kek Keju Meleleh
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

150gram tepung gandum
70gram tepung jagung
120gram gula
2 biji telur
70ml fresh cream atau susu segar
1 penutup esen vanila
74gram butter atau majerin yang dicairkan
1/2 sudu besar ovallete
2 sudu kecil baking powder
(1/2 sudu krim cheese ) ni tak letak pun takpe ( ros saje letak utk tambah rasa cheese dlm kek ni nnt)
untuk sos keje meleleh
150gram cream cheese ( disarankan guna philidelphia cream cheese)
150ml fresh cream @ whipping cream @ heavy cream
5 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil jus lemon

Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama tepung jagung dan baking powder ketepikan, kalau nak ayak dua kali pun boleh, digalakkan, kemudian pecahkan 2 biji telur dalam bekas adunan, putar telur hingga berbuih baru masukkan gula, putar hingga betul-betul kembang.
2. Kemudian masukkan ovallete ( jika tak letak ovallet pun takpe boleh gantikan dengan satu sudu plain yogurt atau 1 sudu kecil soda bikarbonat, jika letak soda bikarbonat kena ayak dlm adunan tepung tu ya).
3. kalau nak asing putih telur dan kuning telur pun boleh, putih telur dipukul dengan separuh kuantiti gula dan jadikan meringue dan separuh lagi kuantiti gula di campur dengan kuning telur dan dipukul kembang.
4. Selepas itu masukkan satu penutup esen vanila, putar lagi, kemudian masukkan 1/2 sudu krim cheese ( ni klu tak nak letak pun takpe, ros saje letak supaya menambahkan lagi rasa cheese dlm adunan kek) , putar sebati semuanya.
5. Masukkan tepung yang di ayak tadi, berselang seli dengan fresh cream @ susu segar, ulang langkah tadi sehingga tepung dan fresh cream habis, pastikan semua bahan sebati dan tidak berketul.
6. Masukkan pula butter @ marjerin yang telah dicairkan, putar sebati seperti rajah 6a.
7. Adunan ni ros bahagi dua, satu bahagian ros biarkan warna asal dan satu lagi ros campurkan dengan 3 sudu besar serbuk koko dan 3 sudu besar susu segar, kacau sebati, tuang adunan di dalam bekas alumunium atau loyang kek bulat atau petak.
8. Bakar pada suhu 170c ke 180c selama 30minit atau sehingga permukaan kek perang. suhu oven bergantung pada kesesuaian oven masing2 ya, nak kukus pun boleh, jika kukus lebihkan masa 15minit.
Buat Sos Keju Meleleh pula
9. Masukkan cream cheese dan susu pekat manis di dalam bekas adunan, kemudian masukkan fresh ceram, putar dengan kelajuan tinggi sehingga semua bahan sebati, pastikan adunan tidak terlalu kental, cukup sekadar creamy, akhir sekali masukkan 1 sudu kecil jus lemon. putar lagi, jika tidak manis, boleh tambahkan lagi susu pekat manis, kemanisan ikut selera masing2 ya.
10. Pastikan sos keju meleleh mulus dan tidak berketul seperti rajah 10.
Cara Melapis Kek Keju Meleleh ( ros buat dua lapis, bawah vanila atas rasa coklat)
11. Potong dua kek yang siap dibakar tadi, ( pastikan kek betul2 sejuk baru dipotong ya) kemudian masukkan kembali di dalam acuan alumunium, tuangkan sos kejeu meleleh tadi dan lapiskan atasnya dengan kek vanila atau kek coklat, jadinya akan jadi dua rasa lah, tak mahu buat berlapis pun takpa, boleh potong dua kek tadi dan sapukan rata sos krim keju meleleh tadi.
12. Sapukan rata krim keju meleleh dan lapiskan dengan kek perisa vanila atau coklat, curah baki krim sos keju meleleh tadi lagi atas kek dan hias ikut kreativiti masing2 ya, nak parut cheeddar cheese pun boleh, ros cuma taburkan serbuk milo, coklat chipdan guna sos coklat sahaja, bergantung pada bahan sedia ada di dapur masing2 ya.


 

KEK KELASI MABUK

KEK KELASI MABUK

Resepi: Pn. Lynda Hj Taiban
Sumber: HaSue dan AlongRoz
Sumber : DayangJack

Bahan-bahan :
• 450g mentega berkualiti tinggi
• 200 gm horlicks
• 14 biji telur gred A (8 biji putih diasingkan)
• 1 gelas gula (150g)
• 1-1/2 gelas tepung gandum (150g)
• 2 sudu teh esen vanilla
• 1 botol pandan paste

Caranya
Adunan Hijau:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
2. Masuk butter, pukul hingga putih.
3. Masuk esen vanilla, tepung, horlick dan pandan paste.
4. Kalau mahukan warnanya lagi hijau tambahkan pewarna hijau.
5. Bahagikan kepada dua bahagian.

Adunan Putih:
• 8 biji putih telur
• 10 sudu besar gula halus
• 4 sudu teh tepung gandum
• 6 biji limau kasturi
Cara:
1. Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula & pukul lagi sehingga menjadi meringue/kental(mangkuk diterbalikkan dan adunan tidak tumpah).
2. Masukkan tepung.
3. Akhirnya masukkan jus limau, pukul lagi hingga pekat dan sebati supaya jus bergaul rata.

Cara Mengukusnya:
1. Kukus 1 bahagian hijau dalam ½ jam.
2. Bila sudah masak, baru tuang adunan putih telur. Kukus lagi selama ½ jam.
3. Bila adunan putih sudah masak baru lapiskan dengan 1 lagi bahagian hijau yg kedua. Kukus lagi selama 40 minit.
4. Guna acuan 9x9inci.

Note:
Bancuhkan adunan putih telur selepas 20 minit mengukus lapisan hijau pertama, supaya tidak terlalu lama adunan berteduh dan boleh menjadi cair. Akibatnya nanti lapisannya tidak teratur dan tidak cantik
.

 

Kek Velvet Kukus Marble/Pelangi

Kek Velvet Kukus Marble/Pelangi

sumber : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : (DJ menggunakan loyang 9" x 4.5" x 4.5")

• 5 biji telur A (dari peti ais)
• 250 g tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (diayak sebanyak 3 kali)
• 150 ml susu cair
• 180g gula halus
• 2 sudu besar susu pekat manis
• 1 sudu besar ovalette
• 1/4 sudu kecil garam
• 125 ml minyak jagung

perisa dan pewarna :
• coklat mocha/coffee flavor atau pes oren + pewarna oren
• pes pandan / pandan emulco
• pes bluberi + pewarna ungu
• pes strawberi / strawberry emulco + pewarna pink
• perisa esen vanilla

Cara-cara :
1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Loyang digriskan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung (boleh juga alaskan dengan kertas serap minyak).
2. Putarkan semua bahan di atas kecuali minyak dan perisa/pewarna hingga kembang dan gebu. Kemudian barulah dimasukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan dikacau sebati dengan senduk atau spatula.
3. Kemudian bahagikan adunan kepada 6 bahagian (disukat sama rata dengan cawan/bekas yang sama saiznya). 2 cawan dibiarkan kosong dan diberi sedikit esen vanilla. Selebihnya diwarnakan dan diberi perisa pandan, strawberi, bluberi, dan oren/coklat mocha/cofee (DJ menggunakan 1 sudu makan black cocoa + coffee flavor + 1 sudu makan air panas)
4. Kukus lapisan vanilla terlebih dahulu selama 7-10 minit. (gunakan api perlahan sahaja)
5. Kemudian tuangkan perlahan-lahan adunan berwarna secara berselang seli dan kukus lagi selama lebih kurang 15-20 minit atau hingga dah tak cair. Dan disudahi dengan lapisan vanilla. (loyang ditutup dengan kertas foil supaya air wap tak menitik ke dalam kek). Kukuslah hingga betul-betul masak keseluruhannya (lebih kurang 1/2 jam)
6. Bila sudah masak, sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong.

 

resepi kek lumut kukus

ek Lumut Kukus

resepi : DayangJack@Dapurku Sayang

bahan-bahan : loyang 8" x 8"

• 10 biji telur gred A
• 450g mentega berkualiti tinggi (Golden Churn, Anchor, SCS)
• 3/4 cawan gula kastor
• 2 cawan nestum (dikisar halus)
• 1 cawan serbuk almond
• 1 cawan serbuk horlicks
• 1 cawan tepung hongkong/gandum (diayak)
• 2 sudu kecil esen vanilla
• 1 botol besar (60 ml) pes pandan cap Kopoe-Kopoe ( pewarna dan perisa pandan yang lain pun boleh)
• 1 cawan susu pekat manis

Cara-cara :
• Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung (alaskan loyang dengan kertas minyak jika suka)
• Pukul mentega bersama gula halus dan esen vanilla hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
• Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed perlahan). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
• Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar sebati.
• Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dengan horlicks, serbuk almond dan nestum . Kacau sebati.
• Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutupkan dengan kertas foil yang sudah disapukan sedikit butter (supaya permukaan kek tak melekat pada kertas foil).
• Kukuskan selama 4 jam. (tambah air panas jika hampir kering)
• Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.


 

Jumaat, 18 Mac 2016

JUS KEMPIS PERUT, LANCAR HAID & BUANG ANGIN ...COPY DR FB

JUS KEMPIS PERUT, LANCAR HAID & BUANG ANGIN
================================

Jus ni bantu buang angin, lancar peredaran darah, kempiskan perut juga lancarkan haid.

Cara-cara
Halia dan Kunyit besar ibu jari blend
Asam jawa segenggam
Garam 1/2 sudu kecil
Gula merah 2sudu/ gula kerek 1/2
Rebus semua dengan 4cawan air sehingga tinggal separuh. Tapis dan minum pagi 1cawan, malam 1cawan.

Sebelum minum selawat 3x dan niat dalam hati "Ya Allah, berikan kesihatan yang baik pada tubuh badanku.

PETUA HILANG SAKIT KAKI & BUANG ANGIN

PETUA HILANG SAKIT KAKI & BUANG ANGIN
====================================
Perkongsian dari Fb Asfalela Jazuli

Mama masak lemon!
Jerit ank bujang kecik
Alhamdulillah sejak amalkn minum rebusan serai,lemon, halia setiap kali lepas period bdn rse ringan + sakit kaki turun naik kelas pon dh xde

Rebus
3btg serai
Sebuku halia, sebesar Ibu jari
Suku biji lemon

Nk minum tambah 1 sudu madu

rawatan ringkas untuk demam dan batuk

Letak bawang merah yang di potong bawah bantal , ruang tamu, dapur dan bilik tidur. Lepas tu admin tumbuk bawang putih , lepas tu campur minyak masak dan sapu kat dada, kaki dan atas hidung .

Rawat Sakit Lutut Secara Semulajadi dr fb

Rawat Sakit Lutut Secara Semulajadi
=============================

Perkongsian dari Fb: Ana Sim

Air rebusan epal hijau dan serai ... Bagus untuk sakit lutut.
Terima kasih pada sis yg share resepi ni ...

2biji epal hijau (potong kecil)
4-5btg serai (bole ketuk atau belah dua)
Air bawah 1litre

(Saya edit yer, rebus sampai epal jadi lembut, sy rebus semua dlm 30min api kecik - siapa yg nk cuba, try cucuk epal tu dlm masa 15-20min dulu, tgk dh lembut, tup api yer

:: Sejuk kan (bole minum masa suam, pas tu letak dlm fridge)

Note:
(1) Bole tapis epal & serai dan ambil air sahaja
(2) Klua kan serai dan bole hancur2 kan epal tu dh minum sekali
(3) Minum dlm 1-2x sehari

Ps; sambil rebus dapur pun bau harum
Amalkan sekurang-kurangnya 2bulan.

Ahad, 13 Mac 2016

PETUA MEGUBATI RESDUNG

PETUA MEGUBATI RESDUNG :

Bahan
1. Limau nipis 8 biji.
2. Daun pandan 10 helai

Cara-cara.
Hiris daun pandan halus mcm bunga rampai.. Perah limau nipis tadi.. Gaulkan smpai sebati..Satu sebatian akan terbentuk.. Sapu pada muka.. Kalau bersesuaian.. tak sampai 5 minit ulat resdung akan keluar ikut kulit muka.. Paling bnyk akan keluar ikut kening. In shaa Allah ramai yg elok lepas tu..

Buat 3 kali seminggu.. Elok dilakukan antara jam 10am -3 ptg kerana waktu ini virus sedang aktif.. Campuran lebih boleh disimpan dlm peti ais..tapi yg masih baru lebih efektif.


Sumber dari Fb Hasliza Zahari

Tip mengurangkan sakit gigi

1.  Ais batu. Ambil ais batu dan lapikkan kain.
2. Daun sirih. Kunyah daun sirih sebelah gigi sakit dan berkumur dengan air suam.
3. Kumur dengan air atau bawang putih, selama satu minit  sebanyak 3 kali.
4. Bunga cengkih. Kunyah bunga cengkih di tempat sakit gigi. Biarkan seminit dan kumur.

Tip penjagaan shawl / selendang

1. Seeloknya dicuci dengan tangan untuk mengelakkan berkedut.
2. Ketika mencuci asingkan shawl dengan pakaian lain.
3. Jemur ditempat yang tidak terlalu panas untuk menjaga kualiti fabrik.
4. Minimumkan penggunakan keronsang.
5. Digantung dipenyakut khas.
6. Kalau nak disangkut bersama shawl lain pastikan dari jenis yang sama seperti yg glitter dan shimming diletakkan dipenyangkut masing-masing.
7. Bagi yang mahal / digunakan utk majlis tertentu/ jarang digunakan boleh disimpan di dalam kotak plastik.

tip untuk mengurangkan peluh pada badan

1. Minum lebih air untuk memastikan suhu badan rendah.
2. Pakai pakaian yang longgar yang dibuat daripada poliester dan bukannya kapas.
3. Menggunakan deadoran kerada sesetengah daripadanya berfungsi untuk mengawal peluh dan menutup aroma peluh.
4. Tingkatkan pengambilan sayuran hijau.
5. Elak minuman yang mengandungi kafein.
6. Elak makanan yang meningkatkan pengeluaran peluh seperti kari, makanan pedas, bawang, bawang putih, daging merah dan makanan yang berbau kuat.
7. Menjaga kebersihan diri dan bentuk fizikal tubuh.
8. Gunakan sabun antibakteria semasa mencuci badan.
9. Sapukan bedak ditempat yang mudah berpeluh.
10. Sapukan baking soda dan air ditempat berpeluh dan biarkan kering.