Kek Velvet Kukus Marble/Pelangi
sumber : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan : (DJ menggunakan loyang 9" x 4.5" x 4.5")
• 5 biji telur A (dari peti ais)
• 250 g tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (diayak sebanyak 3 kali)
• 150 ml susu cair
• 180g gula halus
• 2 sudu besar susu pekat manis
• 1 sudu besar ovalette
• 1/4 sudu kecil garam
• 125 ml minyak jagung
perisa dan pewarna :
• coklat mocha/coffee flavor atau pes oren + pewarna oren
• pes pandan / pandan emulco
• pes bluberi + pewarna ungu
• pes strawberi / strawberry emulco + pewarna pink
• perisa esen vanilla
Cara-cara :
1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Loyang digriskan dengan
mentega dan taburkan dengan sedikit tepung (boleh juga alaskan dengan
kertas serap minyak).
2. Putarkan semua bahan di atas kecuali minyak
dan perisa/pewarna hingga kembang dan gebu. Kemudian barulah dimasukkan
minyak jagung sedikit demi sedikit dan dikacau sebati dengan senduk
atau spatula.
3. Kemudian bahagikan adunan kepada 6 bahagian
(disukat sama rata dengan cawan/bekas yang sama saiznya). 2 cawan
dibiarkan kosong dan diberi sedikit esen vanilla. Selebihnya diwarnakan
dan diberi perisa pandan, strawberi, bluberi, dan oren/coklat
mocha/cofee (DJ menggunakan 1 sudu makan black cocoa + coffee flavor + 1
sudu makan air panas)
4. Kukus lapisan vanilla terlebih dahulu selama 7-10 minit. (gunakan api perlahan sahaja)
5. Kemudian tuangkan perlahan-lahan adunan berwarna secara berselang
seli dan kukus lagi selama lebih kurang 15-20 minit atau hingga dah tak
cair. Dan disudahi dengan lapisan vanilla. (loyang ditutup dengan kertas
foil supaya air wap tak menitik ke dalam kek). Kukuslah hingga
betul-betul masak keseluruhannya (lebih kurang 1/2 jam)
6. Bila sudah masak, sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong.