Khamis, 30 Oktober 2014

RESEPI JERUK PEDAS YANG SIMPLE

JERUK PEDAS RINGKAS

Bahan
Mangga/ buah-buahan yang bersesuaian utk jeruk
garam
gula air
cili mesin

Cara
1. Buah dipotong dan rendam  sama saperti jeruk manis.
2. Masakkan gula, air dan cili secukupnya sampai mendidih. Sejukkan
3. Masukkan buah yg ditoskan dn biarkan1 malam.

Jeruk Manis Yang Simple....

Jeruk Manis Yang Simple


Bahan
Mangga /Kedondong/ buah-buahan yang boleh buat jeruk
garam
gula
air

Cara
1. Buah dipotong kecil.
2. Rendamkan dalam air garam sehingga tenggelam selama 1 malam.
3. Toskan sehinga kering.
4. Masakkan air dan gula secukup manis dan sejukkan.
5. Masukkan buah yg telah ditoskan.
6. Biarkan 1 malam dan boleh dimakan

resepi roti sarang lebah sos butterscotch..resepi dari fb

RESEPI
Roti Sarang Lebah
ROTI SARANG LEBAH SOS BUTTERSCOTCH
DOH
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam
+-**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Cara:
Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan.
Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi jangan risau, kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
Time bako dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat-cepat tuangkan sos butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.
NOTE: Doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tangan anda dgn minyak masa nk bahagikan doh kecil-kecil.
SOS BUTTERSCOTCH
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream (Jiha guna susu cair)
secubit garam
1/2 tsp vanilla essence
25g butter
1.Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
NOTA:- Pastikan semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sebab gula ni panas sangat..

Jumaat, 24 Oktober 2014

resepi jeruk mangga / nanas / jambu batu asam boi



RESEPI JERUK MANGGA / NENAS / JAMBU BATU ASAM BOI

Cara buat jeruk mangga asam boi.

Bahan-bahan:

1. 3 biji mangga muda /  jambu batu/ nanas
2. 15 biji asam boi
3. 5 biji cili api
4. 3 cawan gula

Cara membuat:


Masukkan kesemua bahan-bahan dan gaulkan. Masukkan 4 jam ke atas di dalam peti ais dan sedia untuk dihidangkan.

Khamis, 23 Oktober 2014

HOMESTAY CAMERON HIGHLANDS , PERLIS , TELUK BATIK PERAK DAN PULAU PINANG ....



HOMESTAY DI BRINCANG CAMERAN HIGHLANDS
RAHIZA – 0125380257

HOMESTAY TANAH RATA CAMERAN DAN TEMPAHAN MAKANAN
LIZA-0125375075

APARTMENT ROYAL LILY ( BRINCANG DAN TANAH RATA)
ARON 0134739698

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN CAMERON HIGHLANDS
TANAH RATA 39000 CAMERON HIGHLANDS,
PAHANG.

TEL: 05-4914752

PENYELIA:
PUAN NORRASHIMA BINTI ABDUL RAHMAN (011-10845311)

CHALET DI MASJID ABU BAKAR, TANAH RATA
IMAM FARHAN  0199897476

ASRAMA/DOME BAJET MUSLIM DI BRINCANG, CAMERON HIGHLAND
CALL/SMS : 017-9883208


MARINA CHALET DAN HOMESTAY CAMERAN HIGHLAND
PUAN MARINA 0195066759

HOMESTAY KG SEDIA CAMERAN HIGHLAND
ENCIK SHAMZAN BIN IDRIS
TEL: 016-972 0699 / 016-500 0774
FAX: +605-491 129

ROS CHALET
KG TAMAN SEDIA
CAMERON HIGHLANDS
KAK ROS
ABG ZUL

05-491 2787, 012-583 8060, 019-578 2044

AIZA CHALET
NO 35, KG TAMAN SEDIA
CAMERON HIGHLANDS
019-756 0991, 019-757 0991

OPAH STRAWBERRIES & JAMS,
HOMESTAY KG TAMAN SEDIA
CAMERON HIGHLANDS
05-491 1690, 012-553 2072



HAR'S STRAWBERRY & ORKID HOMESTAY
KG TAMAN SEDIA
CAMERON HIGHLAND
PAHANG DM
PN HALIMAH ROSTAM
05-491 1958, 013-635 8322, 013-596 6859



HOMESTAY  DAN MOTEL

DI PERLIS / LANGKAWI  / PERAK

CENANG REST HOUSE
0124722358 / 0124707618/ 049559928
PANTAI CENANG, 07000 LANGKAWI, KEDAH
REST HOUSE
0124430677
PANTAI CENANG, 07000 LANGKAWI, KEDAH
TANJUNG MALIE BEACH MOTEL
0124706891 / 0124106891 / 049551891
JLN PANTAI CHENANG, 07000 LANGKAWI
BAIDURI ‘PLACE
0195666251 / 0122559590 / 049559255
TANJUNG MALI ,MUKIM KEDAWANG,07000 LANGKAWI

SUGARY SANDS MOTEL SDN BHD
0174757545/0194949144/049553473
PANTAI TENGAH, MK KEDAWANG, 07000 LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN,
D QASEH HOMESTAY (SEMID)
0174397752 , 0124399185, 0125795705, 0124657327
NO 88, JALAN HIJRAH 18, TAMAN HIJRAH, 01000 KANGAR, PERLIS
IMANKASEH HOMESTAY (TERES)
0174397752 , 0124399185, 0125795705, 0124657327
NO 31, JALAN MAS MUDA 5, TAMAN MAS MUDA, 01000 KANGAR, PERLIS
HOMESTAY TAMAN HIJRAH (TERES)
0125772232
NO 16, LORONG HIJRAH 10, TAMAN 10, TAMAN HIJRAH,.
TELUK BATIK RESORT
0125175516/ 056833866
PERSIARAN TELUK BATIK, TELUK BATIK, 32200 LUMUT, PERAK
DELIVERY MAKANAN ( SEKITAR PERLIS- MINIMA MAKANAN UNTUK 5 ORANG)
SHANA HOMEMADE
0174263756
NO 18, LORONG HIJRAH 10, TAMAN HIJRAH, KANGAR
( NASI LEMAK/ NASI TOMATO/NASI KERABU/ BIHUN GORENG/ MEE GORENG/ SANDWISH/ MINUMAN PANAS@ SEJUK)






Homestay Pulau Pangkor..utk bercuti



Pangkor Bogak Beach Homestay @ Homestay in Pangkor, Perak
8 units of  Double storey House. Each House got 4 Bedroom.
Tel No
: 016-2198920 Mr. FAI
H/P No
: 016-2198920 Mr. FAI

Inap Desa Pangkor
Haji Khalidi  013 - 628 005

Pangkor Homestay Lim
 Mr.Lim
hp: +6016-5556303 or +60165556308

Princess Homestay Teluk Gedung
Mohd Fadil 0142512175 /0194066821
Norfazlina 0124568822 / 0194068520

Pangkor Island Homestay
(Uncle Ho)+6012-5242693




barang yang tidak dikenakan gst

https://scontent-a-sjc.xx.fbcdn.net/hphotos-xap1/v/t1.0-9/1010390_10152557906624998_6252675795718859131_n.jpg?oh=6241d5740c1b3e4208b5ac9e21ebb353&oe=54AA85E3

Rabu, 22 Oktober 2014

Kek Gula Hangus.....resepi drpd FB

Resepi Kek Gula Hangus
Bahan-Bahan :
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara Menyediakan:
1. Masukkan gula dalam kuali tanpa minyak dan goreng dengan api sederhana besar.
2. Bila gula sudah agak cair, masukkan air panas.
3. Selepas itu, masukkan mentega dan kacau sampai mentega cair dan ketepikan.
4. Kemudian, dalam bekas yang berasingan, pukul telur satu persatu sehingga kembang.
5. Masukkan susu pekat dalam telur dan pukul lagi.
6. Masukkan tepung gandum serta soda bikarbonat yang telah diayak.
7. Masukkan pula esen vanilla dan kacau lagi.
8. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Gaul hingga sebati.
9. Masukkan adunan dalam loyang dan perapkan adunan ini selama
3 hingga 4 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik.
10. Bakar adunan dalam ketuhar selama 60 minit pada suhu 160 °c. (api bawah)

Selasa, 21 Oktober 2014

resepi cheese cake meleleh....sumber dari fb









RESEPI CHEESE CAKE MELELEH

Bahan-bahan :
200g cream cheese
300ml susu cair
100g mentega
100g tepung gandum
100g gula halus
4 biji telur saiz A
1sudu teh esen vanila
1sudu teh jus lemon
Cara-cara:
Masak susu segar bersama cream cheese sehingga cair, masukkan pula marjerin, apabila semua dah cair padamkan api dan ketepikan.
Pukul putih telur bersama gula halus sehingga sebati. Ketepikan.
Pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika.
Masukkn tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit.
Masukkn putih telur ke dalam adunan tadi dan esen vanila.
Masukkan adunan ke dalam acuan.
Bakar selama 1 jam pada suhu 150'c dan meggunakan kaedah bain marie (loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
simpan didlm peti sejuk dulu untuk rasa yang lebih enak.
Untuk Cream:
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
Cara masak :
Campurkan semua bahan dia atas hingga sebati
*adunan ini memang cair
Untuk hiasan:
250g cheddar cheese diparut
Cara penyediaan:
Sejukkan kek yang telah dimasak, bahagikan kepada 2 keping.
Tuang cream cheese ke atas lapisan kek pertama. Letak ke sekeping lagi di atasnya.
Tuang semua cheese di atas kek tersebut.
Parut cheddar cheese di atas kek tersebut.
LIKE | SHARE | TAG
VIA : Resipi Kek & Biskut Raya

puding roti marble....ambik kat fb





PUDING ROTI MARBLE

Bahan-bahan
10 gm agar2 serbuk - plain
8 keping roti gardenia/sandwich
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
5 gelas air
2 sm serbuk coklat/milo - bancuh dgn air
5 sm gula - jumlah ikut suka
1 biji telur
2 sm marjerin
Sedikit esen vanila

Cara-cara
1. Blend roti bersama 1 tin susu cair & 1 gelas air hingga hancur
2. Dalam kuali masak serbuk agar2 bersama lebihan air.
3. Masukkan bhn yg diblend kedlm kuali agar2 yg sdg dimasak td.
4. Masukkan sekali susu pekat,gula,marjerin,telur & esen vanila
5. Masak hingga mendidih.
6. Adunan dibahagi 2.Bhgn 1 biarkan warna asal & bhgn 2 campurkan bancuhan coklat 7. Tuang sesenduk besar adunan plain kat tengah2 acuan.Buat perkara yg sama utk
adunan coklat.
8. Ulang proses yg sama sehingga semua adunan habis.
Selamat mencuba....

Luahan ustaz yang terlibat dalam program sentuh anjing..... diambil dari blog lain....sebagai panduan

ISU PENJELASAN PROGRAM SENTUH ANJING

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dan segala syukur untuk Allah SWT.
Cuaca sosial media pada ketika ini agak panas berhubung program “I Want To Touch a Dog”, yang saya terlibat secara langsung di dalamnya untuk memberi perkongsian ilmu, setelah mendapat tahu program ini telah mendapat izin dari pihak MAIS.
Pada awalnya, penganjur program, Syed Azmi,menjemput saya untuk mengisi slot ilmu. Saya merasakan ini adalah peluang yang baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada Muslim dan non-Muslim, dan alhamdulillah sehingga kini mereka masih menghubungi saya untuk bertanyakan perihal Islam dengan lebih lanjut.
Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul.

Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab. Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya.

Saya memenuhi jemputan ini, dan menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum – hakam yang jelas menurut mazhab Syafi’e, seperti yang terdapat dalam fatwa JAKIM.
Dibawah ini saya sertakan lampiran yang difotokopi sebanyak 500 helai dan diedarkan kepada mereka yang hadir.

Saya ingin JELASKAN disini bahawa saya TIDAK BERSETUJU dengan aksi peluk,cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program.
Saya juga jelas menerangkan,tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu.
Saya terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya yang seolah-olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum hakam tidak disebutkan oleh pihak media .

Saya memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku. Iktibar dan pelajaran yang berharga saya perolehi dari apa yang telah berlaku. Saya mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat dilakukan dalam suasana yang lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat.

Terima kasih di atas segala kritikan dan teguran yang membina.Saya yakin segalanya ada hikmah dari Allah. Semoga dengan pengalaman ini mematangkan lagi diri saya dalam liku-liku perjuangan dakwah.

Sumber suarainsan.net

Program ‘Saya Ingin Sentuh Anjing’ Di 1Utama Semalam....macam-macam sekarang ni...


 Program ‘Saya Ingin Sentuh Anjing’ Di 1Utama Semalam....macam-macam sekarang ni...

 Semalam satu program unik telah diadakan di Centre Park, 1Utama Shopping Centre dimana umat Islam berpeluang untuk mengatasi rasa takut dengan anjing. Apa intipati program ‘I Want To Touch A Dog’ sebenarnya? Program yang terbuka kepada semua tidak kira bangsa, agama dan usia ini membolehkan orang Islam menyentuh,memegang dan memeluk anjing kemudian disertakan sesi belajar cara yang betul untuk sertu/samak serta sesi temubual bersama Ustaz Iqbal Parjin. Program yang diadakan selama dua jam ini dianjurkan oleh Encik Syed Azmi yang sememangnya sinonim dengan kerja-kerja amal di sekitar Lembah Klang.

Walau bagaimanapun, selepas program ini dianjurkan, terdapat banyak kritikan daripada umat Islam yang lain dengan mengatakan yang acara ini agak keterlaluan dan menghina Islam. Selain itu juga, ustaz dan ustazah ada juga melontarkan pendapat yang berbeza sama mengenai program yang dianjurkan buat pertama kali di Malaysia.

Memetik laporan sebuah portal, sebelum acara bermula, sebuah forum memberi peluang kepada orang ramai membangkitkan kemusykilan kepada seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan.
Orang ramai turut diberi taklimat dan diberi tunjuk ajar cara melakukan samak yang betul sekiranya ada yang was-was atau memegang anjing dalam keadaan basah.
 

Dr Maza dan beberapa ustaz lain turut memberikan pendapat di Facebook
Bolehkah Muslim Menyentuh Anjing?
Ada pula yang cuba menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doctor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek. Maka TIDAK HARAM menyentuh anjing.
Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis : “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).
Mazhab Malik bin Anas pula paling longgar dan luas berhubung dengan anjing. – Dr Maza

Pendapat Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani pula berbeza :
Tentang hukum memegang anjing, semua sedia maklum, bahawa ia merupakan najis mughalazah yang perlu di samak apabila menyentuhnya segaja atau tidak mengikut pandangan mazhab syafie, tetapi apakah agenda disebalik program yang digerakkan oleh Islam liberal itu? sengaja membangkitkan sensitiviti umat Islam? hanya semata2 utk mengajar supaya menyayangi binatang anjing itu? apakah agama yang indah ini mengajar agar ummat ini mengajar begitu? saya melihat ada agenda Islam liberal yang sedang dirancang utk merosakkan ummat ini.. pihak berkuasa, jika kalian tidak mengambil tindakkan kepada penganjur program ini, saya bimbang untuk masa depan ummat ini!! berbuatlah sesuatu agar mereka tercelik mata!!!

Pendapat Ustaz Fathul Bari
Penjelasan @UstazFathulBari mengenai kempen “I Want to Touch a Dog”
YB @n_izzah, bersikap ihsan kepada haiwan sememangnya satu tuntutan dalam Islam termasuk berlaku ihsan ke atas Anjing. Telah terbukti di dalam hadith yang sahih seorang pelacur tua telah dimasukkan ke dalam syurga kerana memberi minum seekor anjing yang kehausan. Namun, kempen “I Want to Touch a Dog” bukanlah cara yang dimaksudkan oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam.
“Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu.” [Hadith Riwayat al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no: 3467]
Bersikap ihsan bukan bermaksud membela ataupun membelai. Sebaliknya ia bermaksud menjaga hak-hak haiwan trsebut. Sebagai contoh, apabila sakit ianya dirawat, apabila lapar diberi makan. Bagi orang Islam, anjing tidak boleh dijadikan “pets”, dibelai-belai, dimanja-manjakan, berbeza dengan kucing.
“Kucing ini tidaklah najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita.” (HR. At Tirmidzi, Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Majah, Ad Darimi, Ahmad, Malik. Syaikh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil no. 173 mengatakan bahwa hadits ini shahih)
Islam menetapkan kucing adalah haiwan peliharaan dan disifatkn dekat dengan manusia tetapi bukan anjing. Namun, kita diizinkan pelihara anjing dalam dua keadaan sahaja iaitu:
1. membela anjing untuk menjaga keselamatan
2. membela anjing untuk memburu
Selain daripada itu, tidak pernah diizinkn oleh syariat. Saya menyokong sepenuhnya apa yang dilaksanakan oleh sahabat saya salah seorg Doctor Pakar di pusat perubatan swasta yang mengadakan rawatan percuma ke atas anjing-anjing pemburu masyarakat orang asli yang cedera. Perbuataan ini dikategorikan bersikap ihsan kepada anjing. Saya juga bersetuju diajarkan cara “sertu” menurut Islam. Namun,apa perlu “SENTUH ANJING” utk di “SERTU”. Itu persoalannya.
Soal tazkirah dlm program tersebut ,tidak menjadi masalah. Saya bukan anti anjing, Tapi saya cuba sampaikan kepada YB perspektif syariat dalam isu ini. Umat islam tak perlu ‘support’ kempen seperti ini. Walaubagaimanapun,saya tidak bermaksud KESELURUHAN KEMPEN ino menyalahi ISLAM. Tp,apa yg saya maksudkan adalah “kenapa perlu adalan kempen menyentuh”? Sekadar nak ajar bersuci @ sertu silakan. Sebaliknya umat Islam perlu ‘support’ kempen “Ihsan” kepada haiwan secara keseluruhannya termasuk anjing dan lain-lainya. Ini membuktikan ke-universal-an Islam.
Adakah selepas ini akan ada program “I Want to Touch a Pig” ?
Allahua’lam


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapa dilaporkan berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung anjuran tersebut yang dianggap tidak sepatutnya berlaku.
Kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini, katanya Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis berat.
"Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan ia merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing.
"Jakim akan segera menyiasat perkara ini dan sebarang tindakan akan dirujuk pada peruntukan yang ada," katanya dipetik laporan Bernama. – 20 Oktober, 2014.