Ahad, 19 Oktober 2014

petua dapur

Goreng Hati Ayam
ara nak elak percikkan minyak semasa goreng hati ayam, cuba petua ni. Hati ayam hendaklah dibasuh bersih, kemudian biarkan berendam dalam air perahan asam jawa seketika. Selepas tu bilas dengan air. Insyaallah, hati ayam tidak meletup ketika goreng.

Hilangkan bau hangit nasi
Ambil sedikit kelapa parut. Ikat dalam kain putih bersih. Timbuskan ke dalam nasi. perlahankan api, dengan cara ini nasi boleh dimakan dan masak dgn sempurna.

Hilangkan bau rebung
Mula-mula campurkan kira-kira satu sudu teh kapur sirih ke dalam air. Biarkan beberapa minit. Selepas itu bahagian air jernih diambil untuk mencuci rebung.

Melembutkan daging
 Ketika memasak atau merebus daging, masukkan batang tebu / ketulan ais.

Mengurangkan Bau petai
Selepas potong petai, rendam dalam air beras 1 jam. Kemudian bersihkan seperti biasa.

Kurangkan lendir bendi
Masakkan bersama asam keping

Cara menyimpan pekasam
Ikan pekasam jika dibiarkan memang akan cepat dihurung lalat. Untuk mengelakkan masukkan beberapa helai daun nangka ke dalam bekas yang ada pekasam.