Bahan-bahan
1/2 kg paru direbus
8 biji cili masak yang dikisar
4 biji bawang putih dikisar
2 biji bawang besar dikisar
garam secukup rasa
gula secukup rasa sedikit air asam
sedikit bahan perasa
Cara membuat
1. Bersihkan paru, potong nipis dan letakkan garam dan kunyit. Goreng sehingga kekuning-kuningan dan ketepikan.
2. Tumis bahan-bahan kisar dan biarkan sehingga naik bau. Masukkan air asam, garam dan bahan perasa.
3. Kemudian, barulah masukkan paru dan biarkan masak sehingga sambal sedikit kering.