Khamis, 9 Oktober 2014

contoh kertas kerja lawatan sekolah dan permit lawatan sekolah....... untuk belajar buat...

Tingkatan …………. Alamat sekolah TARIKH Pengetua Alamat sekolah Assalamualiakum w.b.t Tuan, MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR TIMGKATAN 3 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan bahawa Tingkatan 3 SMA AL-MAAD ingin mengadakan Lawatan Sambil Belajar Tingkatan 3 seperti maklumat berikut: Tarikh : Tempat : Pelajar : Guru : 3. Tujuan ianya diadakan ini adalah untuk tujuan mendedahkan pelajar khususnya tentang peluang kerjaya pada masa akan hadapan. Disamping itu juga lawatan ini adalah sebagai menghargai kejayaan mereka di dalam PMR tahun lepas. 4. Sehubungan dengan itu adalah dimohon kebenaran daripada pihak tuan bagi melaksankan program ini. 5. Segala perhatian daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terrima kasih Sekian. Yang benar, …………………………….. ( ) Setiausaha Program ( muka surat depan) KERTAS KERJA LAWATAN KERJAYA PELAJAR CEMERLANG PMR TAHUN 2013 PADA :- 13 MAC 2014 (KHAMIS) BERTEMPAT DI :- ALLIANZE UNIVERSITY COLLEGE OF MEDICAL SCIENCE (AUCMS) & UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM), PULAU PINANG. ANJURAN :- ( cover kertas kerja) KERTAS KERJA LAWATAN KERJAYA PELAJAR CEMERLANG PMR TAHUN 2013 1. PENDAHULUAN Salah satu program yang sangat berkesan bagi mengeratkan ukhwah dan menbuka minda para pelajar mengenai sesuatu pengalaman yang baru ialah dengan mengadakan suatu aktiviti yang baru dan berbeza dengan aktiviti-aktiviti yang selalu diadakan.Lawatan kerjaya yang akan diadakan dapat memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang jurusan pengajian dan peluang pekerjaan.Selain itu,ini akan membuka minda para pelajar untuk memilih haluan sendiri selepas tamat pengajian di bumi Al-Maad. Sehubungan dengan itulah kertas kerja ini dicadangkan untuk dilaksanakan sebagai satu usaha berterusan kearah melahirkan pelajar yang mempunyai cita-cita dan matlamat hidup. 2. OBJEKTIF -Memberi pendedahan tentang jurusan pengajian dan peluang kepada pelajar -Membuka minda pelajar untuk memilih haluan setelah tamat pengajian -Melahirkan pelajar yang mempunyai matlamat hidup. 3. KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran program ini adalah 38 orang yang merupakan pelajar cemerlang PMR Tahun 2013. 4. PERLAKSANAAN PROGRAM Program ini akan dilaksanakan dengan mengadakan aktiviti berbentuk lawatan dan taklimat dari AUCMS dan USM di Pulau Pinang. Maklumat program adalah seperti yang berikut: Tarikh : 13 Mac 2014 (Khamis) Tempat : Allianze University College of Medical Science dan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Pelajar : 36 orang pelajar, 4 orang guru 5. ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM Pendapatan: Kutipan Pelajar Sumbangan luar Sumbangan PIBG Jumlah Pendapatan ( jumlah pendapatan mesti sama jumlah perbelanjaan) Perbelanjaan: Sewa Bas Makan & Minum Cenderamata Penginapan Jumlah Perbelanjaan 6. JAWATAN KUASA GURU LAWATAN TINGKATAN 3 Penaung : Pengetua Pengerusi : Setiausaha: Bendahari: AJK : JAWATANKUASA PELAJAR TINGKATAN 3 Pengerusi : Setiausaha: Naib Setiausaha: Bendahari: Ajk: 7. TENTATIF PROGRAM Tarikh : 13 Mac 2014 (Khamis) Masa Aktiviti 7.00 pagi - Bertolak daripada SMA AL-MAAD 10.00 pagi - Tiba di AUCMS, Bertam, Pulau Pinang. 1.30 ptg - Solat Zohor & Makan Tengahari 3.00 ptg - Tiba di Universiti Sains Malaysia 6.00 ptg - Bersiar Di Pantai Queenbay 7.30 ptg - Solat maghrib dan makan malam 9.00 mlm - Bertolak balik 11.00 mlm - Sampai di SMA AL-MAAD 8. PENUTUP Perlaksanaan program adalah satu mekanisme yang cukup bagi memberikan latihan dan pengalaman kepada para pelajar yang dilahirkan oleh sekolah agar dapat memiliki ilmu yang tidak hanya didapati daripada dalam sekolah ini bertepatan dengan visi dan misi iaitu melahirkan insan yang berpengetahuan di dunia dan akhirat.Ini juga akan membangkitkan lagi semangat mereka untuk menyumbang kepada sekolah pada masa akan datang. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan kerehaan Ilahi, Sekian, Terima Kasih Disediakan Oleh, …………………………….. ( ) Setiausaha CONTOH SURAT POHON PERMIT DAN PERMIT LAWATAN Ruj.Kami : Tarikh : Pengarah Jabatan Pelajaran Perlis 01000 Kangar,Perlis (u.p: Unit Perhubungan dan Latihan ) Assalamualaikum w.b.t Tuan, PERMOHONAN PERMIT UNTUK MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR TINGKATAN 2 TAHUN 2014 SMA __________________ Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sehubungan itu,pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa akan menjalankan Lawatan Sambil Belajar pada 5, 6 dan 7 September 2014 3. Disertakan bersama borang permit pelancongan untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya. 4. Segala kerjasama dan tindakan dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Saya yang menurut perintah, .................................. (Pengetua) Pengetua SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah. UNDANG-UNDANG PELANCONGAN SEKOLAH 1957 (Dihantar ENAM MINGGU sebelum melancong) ____________________________________________________________________________ Nama sekolah : Guru Besar/Pengetua : Guru Pengelola/membantu: Bil Nama (huruf Cina jika ada) Umur No. K/P Alamat No. Tel 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Nama guru tingkatan 3 yang pergi lawatan Tujuan Melancong : Lawatan Sambil Belajar Jenis/No. Pendaftaran Kenderaan : Bas Tempoh pelancongan : 3 hari Tempat Lawatan : Sekitar negeri Perak dan Cameron Highlands,Pahang TENTATIF PROGRAM 5/9/14 (Jumaat) 12.00 tengahari : Bertolak daripada SMA AL MAAD ke Cameron Highland 6.00 ptg : Dijangka sampai di Cameron Highland 8.00 mlm : Lawatan Pasar Sehari Ringlet 10.00 mlm : Check in penginapan 6/9/14 (Sabtu) 9.00 pagi : Lawatan Sekitar Cameron Highlands 12.00 tgh : Bertolak Dari Cameron Highland Ke Kelle Castle 3.30 ptg : Bertolak ke Muzium Perak, Taiping 5.30 ptg : Lawatan ke Taman Tasik Taiping. 9.00 mlm : Check in penginapan 7/9/14 (Ahad) 9.00pagi : Lawatan ke Hutan Eko Pendidikan Paya Larut Matang 12.00 tgh : Lawatan Muzium Sejarah Matang 2.00 ptg : Bertolak pulang 7.00 mlm : Dijangka Sampai Di Sekolah Punca – punca Mendapatkan Wang 1. Kutipan daripada murid-murid : 2 . Peruntukan Dewan Makan : 3. Sumbangan : 4. Nama dan alamat orang diberi kuasa mengutip dan membelanjakan wang Nama No. K/P Umur Pekerjaan Alamat SENARAI NAMA AHLI ROMBONGAN BIL NAMA NO I/C ALAMAT UMUR 1 Saya mengaku bahawa butir-butir yang diberi di atas adalah benar. ……………………………….. ………………………………… (Nama: ) (Nama: ) Pengetua Cop Rasmi Sekolah