Nasi Beriani
Bahan-bahan
Beras basmathi
Susu cair
Minyak sapi
Rempah Beriani
Rempah tumis
Pewarna kuning
Sedikit kismis dan gajus
2 biji bawang besar dikisar halus
4 ulas bawang putih
seinci halia
garam dan serbuk perasa
Cara membuat
1. Panaskan minyak sapi dan tumiskan rempah tumis serta masukkan bahan yang dikisar.
2. Bila sudah naik bau, masukkan rempah beriani yang telah dibancuh dengan air.
3. Masukkan susu cair, garam dan air mengikut sukatan beras. Biar mendidih.
4. Masukkan beras dan biarkan nasi masak. Selepas masak baru masukkan pewarna.
5. Siap untuk dihidang.
Ayam Beriani
Bahan-bahan
Seekor ayam dipotong lapan dan dibersihkan.
Rempah beriani
2 biji bawang besar dikisar halus
4 ulas bawang putih dikisar halus
Seinci halia dikisar
Rempah tumis
Garam dan serbuk perasa
Minyak masak
Cara membuat
1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan yang dikisar bersama rempah tumis.
2. Masukkan rempah beriani yang dibancuh bersama air. Tumis sehingga garing..
3. Masukkan ayam, serbuk perasa dan kacau sehingga masak. ( boleh tambah sedikit air)
4. Sedia untuk dihidangkan.