Sabtu, 18 Oktober 2014

Resepi ayam masak merah

Bahan-bahan
1/2 kg ayam
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar
10 biji cili masak dikisar
3 sudu sos cili
1 batang serai dikisar
Garam secukup rasa
sedikit bahan perasa


Cara membuat
1. Bersihkan ayam dan tos. Perap dengan garam dan kunyit, goreng sehingga kekuning-kuningan. Ketepikan.
2. Tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian, masukkan serai yang dikisar diikuti dengan cili. Biarkan seketika sehingga cili masak.
3. Masukkan sos cili dan ayam yang telah digoreng.
4. Biarkan masak  dan hidangkan.