Selasa, 28 April 2015

kek batik mudah ..resepi dr fb


Bahan-Bahan

1 buku buttercup

1 peket biskut marie (jgn guna jenama tiger sbb sgt lembut)

1 peket milo 250g

sedikit serbuk koko

1/2 tin susu pekat (leh adjustable ikut tekak manis anda)

1/2 cawan air (kalo agak pekat leh tambah lagi sket)

Cara-Cara

Biskut marie dipecah 4.. then letak dalam bekas..

panaskan periuk.. masukkan sebuku butter yg dah potong2 dalam periuk...biar sehingga cair.. kemudian masukkan susu pekat... masuk 1/2 tin dulu...tuang 1/2 cawan air.... n then dah sebati masukkan milo sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan2... time ni api kene kecik kay...pastu masukkan sedikit serbuk koko...kalo suke pahit2 letak la lebih... n then kacau sebati..n rasa la...kalo kurang manis tamba lagi susu pekat, kalo dah termanis tak dapek den nak nolong nye ek...n then masak sampai seme sebati dan agak likat....n then tuangkan adunan coklat ni kat bekas biskut marie tadi..n kacau sambil tekan2 kasik mampat... n then just masukkan lam peti ais... pas 3 jam dah leh makan...agak2 coklat tu dah keras...


kek kukus milo ....ambik dr fb


KEK KUKUS MILO

Bahan A
1 cawan milo
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum ( di ayak )
1 sk serbuk bikarbonat
1 sk serbuk penaik
Bahan C
3 biji telur
1 sk esen vanilla
Langkah- langkah :
1) campurkan semua bahan A dlm periuk dan kacau sehingga sebati dgn keadaan api sederhana..Bila dah sebati tutup api dan biarkan sejuk seketika.
2) sementara tgu bahan A sejuk sedikit, dlm bekas lain pecahkan 3 biji telur dan ltk esen vanilla ( spt di bahan C ) .kepuk sehingga kembang yer.Selepas selesai kepuk, campurkan kedlm bahan A yg telah disejukkan td dan kacau.
3) Selepas itu, masukkan pula bahan B ke dlm acuan bahan A dan bahan C td, kemudian kacau sehingga sebati..Kalo rajin blh kacau sehingga xde gelembung2 tepung tu..Aku xdenye rjn nk tgu lm..asalkan sebati semua tepung tu dlm acuan coklat dh memadai..hehehe
4) Kemudian sapu loyang ( aku ltk dlm bekas plastik microwave tu je ) dgn marjerin sbb xnk nanti acuan melekat.lagipon sng ckit nak tanggalkan bile dh masak..
5) Selepas dh sapu dgn marjerin, tuang acuan td ke dlm bekas / loyang tersebut. Jgn lpe sblm buat semua ni, korg pnskan dulu air utk kukus ye.so sng lah nt air dh tersedia ble acuan kek dh siap.
6) Bile air dh menggelegak, blhlah letakkan acuan kek td ke dlm bekas pengukus tu dan kukus paling lama sejam..Kalo nk thu kek tu dh masak blm, korg try cucuk dgn garfu.Kalo x melekat tu maknanya dh masak lah..
tips ; sila tutup bks loyang tu dgn aluminium foil ye sb xnak bg air wap tu masuk dlm kek, nt kek korg x menjadi ler..ni tips penting ye, jgn abaikan..
Sementara tgu kek masak jom kita buat topping dia plak.
Topping
- 1 cawan milo
- 2 sb minyak masak
- 3 sb air
- 1/2 cawan susu pekat
Campur semua bahan tu..masak secara double boiler yer..Agak2 dh berkilat blh la tutup api..
7) Bila dh masak kek milo kukus tu sejukkan terlebih dahulu..Bila dh sejuk ckit, terbalikkan kek tersebut lps tu baru ltk topping yer..Lepas tu blh la hias nk ltk coklat rice ke ape ker.

Jumaat, 24 April 2015

RESEPI AYAM GRILL MUSHROOM SOS

RESEPI AYAM GRILL MUSHROOM SOS

Bahan-Bahan (Ayam Grill)

1 ekor ayam (potong 4)
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1cm halia(tumbuk kasar)
sedikit serbuk lada hitam kasar , oregano
Sedikit olive oil/minyak masak

Cara-caranya:-
Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel.
Bahagian dada/isi cucuk2 sedikit dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.Kalau nak kelar pun boleh juga.
Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah.LiNa Pg guna 1 kiub ayam sebab ayam saiz besar.Kalau ayam kecil atau yg debond guna setengah jer (agak2)
Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering.
Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam ayam...memang best
Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus.

RESEPI MUSHROOM SOS

Bahan-Bahan
Cendawan butang
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
Sedikit kiub ayam
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1/2 tin air (guna tin prego tu)
Sedikit minyak
Cara-Caranya:-
Cendawan butang dibersihkan dan hiris nipis
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit kuning.
Masukkan hirisan cendawan tumis hingga layu.
Masukkan sos carbonara.Tambah air.
Masukkan kiub ayam.Masuk sedikit jer.Kacau hingga pekat.
Sesuaikan rasa.Tutup api

Khamis, 23 April 2015

NASI DAGING UTARA

NASI DAGING UTARA

Bahan:
1 kg. daging....potong sebesar 4 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut
6 cawan Beras biasa/ beras basthmati....basuh bersih dan toskan
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
1 tin tomato sup [500 gm tomato cincangkan]
3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
2 sudu besar kismis
3 helai daun pandan ..disimpulkan
garam & gula secukup rasa
Bahan tumis
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buag pelaga
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih [mayang halus atau tumbuk
1 inci halia ]
Cara memasak:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker di atas api yang kecil
2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan.
3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi.
4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan mendidih.
5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis
6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa.




AIR ASAM

Bahan- Bahan Air Asam
4 biji tomato ( size sederhana)
10 cili padi
10 cili besar
2 biji bawang besar
2 inci belacan
1 sudu sos temato
1 sudu susu pekat
sedikit garam
CARANYA
1. Hiris halus bawang besar, tomato dan cili besar.
2. Tumbuk cili padi , cili besar dan belacan ( macam nak buat sambal belacan )
3. Masukkan bawang besar, tomata dan cili besar yang telah dihiris tadi ke dalam besan.
4. Tumbuk bahan-bahan tadi sehingga menjadi separa lebam.
5. Kemudian, masuk sambal belacan dan gaulkan bersama-sama bahan yang ditumbuk.
6. Masukkan sos tomata , susu pekat dan juga garam secukup rasa.
7. Gaulkan sehingga sebati. Siap untuk dihidangkan bersama nasi daging

Selasa, 21 April 2015

Nutella Cheese Layered Cake

Nutella Cheese Layered Cake
900gm cream cheese
270gm gula kastor
2 tsp vanilla
4 biji telur gred A
160ml yogurt
160ml whipping cream
1/4 cup tepung (tepung gandum)

Nutella secukup nya (ikut rasa)- sapuan
Pukul cream cheese & gula smpai kembang. Masukkan telur & vanilla pukul rata. Kemudian masukkan yogurt & whipping cream. Akhir skali masukkan tepung. guna loyang size 8x8. Masak selapis, kemudian pipe kan nutella dan letak selapis adunan atas nutella then bakar. Ulang smpai habis. Kek mesti dibiarkan dalam peti ais.

 

biskut raya : biskut sarang semut


Bahan-bahan Buat Biskut Sarang Semut
250 gm butter
1/2 gelas gula
1/4 gelas tepung jagung
2 1/2 biji kuning telur
2 1/2 gelas tepung gandum
1 tea spoon esen vanila
coklat rice utk hiasan

Cara-cara Buat Biskut Sarang Semut

Butter dikembangkan bersama gula
Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit dan esen vanila
Ayak tepung gandum dan tepung jagung dan masukkan sedikit-sedikit ke dalam mentega tadi sehingga menjadi doh.
Sagat tepung dan masukkan ke dalam mangkuk kertas. Masukkan coklat rise (boleh juga guna ceri merah dan hijau)
Bakar dalam oven 150', api atas bawah selama 15-20 minit @ sehingga masak.

biskut raya : Biskut Swiss Tart

Resepi Biskut Swiss Tart
Bahan-bahan
225 gm butter
120 gm gula ising
1 biji telur
275 gm tepung gandum
75 gm tepung jagung
1 st vanilla
Badam cincang
Jem strawberry dibeli di kedai bakery (untuk buat tart)

Cara - cara
Pukul butter dengan gula 3 minit,masukkan esen.
Masukkan campuran tepung dan sedikit demi sedikit masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu.Sekiranya adunan masih lembik jangan risau masukkan sedikit lagi tepung.
Sediakan petitin dengan mangkok kertas,paipkan berpusar dengan nozle berbentuk bunga mcm buat semprit ,hiaskan dengan jem dan taburkan badam cincang.
Dibakar hingga masak.
Adunan ini boleh menghasilkan sebanyak lebih kurang 135 biji tart.

KEK MILO KUKUS

KEK MILO KUKUS
1 cwn milo
1 cwn gula
1 cwn susu pekat manis
1 cwn minyak masak
1 cwn air Panas
‪#‎semua‬ di masak hingga larut

2 cwn tpg gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bkarbonat
‪#‎di‬ ayak bersama
3 bj telur...di pukul kembang
Masukkan telur dlm campuran milo...kacau rata
Masukkan tepung ...sebatikan
Kukus 1 jam...

Resepi Kuih Lapis Pandan

Resepi Kuih Lapis Pandan
Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sduu besar tepung jagung
3/4 cawan gula
4 1/2 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam

(Bahan B)
Perisa pandan - boleh juga menggunakan jus pandan
pewarna hijau
Cara Penyediaan
Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
Masukkan perasa pandan dan pewarna hijau dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan.
Masukkan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus elama 5 minit.
Lapiskan pula 1 senduk adunan hijau dan kukus lagi selama 5 minit.
Lapiskan lagi adunan putih dan hijau berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 15 minit ).
Sejukkan dan bolehlah dipotong

BISKUT RAYA :FAMOUS AMOS CHOCOLATE CHIPS

FAMOUS AMOS CHOCOLATE CHIPS
Bahan-bahan:
1/2 lb butter ~ 250 gm (sebuku)
3/4 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
2 biji telur
2 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sd teh soda bikarbonat
4 oz hazelnut yang dah dipotong 8
12 oz choc chip
1 sd tehb vanilla
1/2 sd teh garam halus

Cara:
1. Pukul butter denga gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi.
3. Masukkan 1 sdt vanilla
4. Pukul lagi.
5. Masukkan tepung dan bikarbonat dan garam. Pukul dengan kelajuan yang perlahan.
6. Masukkan kacang dan choc chip dan gaul dengan perlahan sehingga rata.
7. Sudukan ke dalam dulang pembakar. Bakar dalam suhu sekitar 180C masa dalam 15-20 minit (agak2lah ye ikut panas oven masing2) Biskut tu dah masak kalau tengok bawah dia dah agak coklat dan garing.

BISKUT RAYA : CORNFLAKES CHOCOLATE

CORNFLAKES CHOCOLATE
Bahan-bahan:
1 kotak besar cornflakes(325gm)
1 sudu besar madu
5 sudu besar mentega/marjerin
1 sudu besar gula
6 bar cooking chocolate/450gm
3 sudu besar peanut butter *optional
50gm cocoa butter
manik hiasan jika suka
papercup secukupnya

Cara:
Panaskan mentega/marjerin dalam kuali hingga cair
Masukkan gula, madu dan peanut butter. Kacau sehingga gula larut. Selepas itu boleh lah dimasukkan cooking chocolate yg telah dipotong kecil2 supaya senang cair.
Bila kesemua bahan telah cair, masukkan cocoa butter, padamkan api dan kacau hingga cair dan masukkan cornflakes.Gaul hingga sebati.
Alihkan ke dalam bekas lain dan terus isikan kedalam papercup. Jika suka bolehlah tabur manik hiasan.

BISKUT RAYA :BISKUT SNOW ALMOND

BISKUT SNOW ALMOND

Bahan A:

110 gm mentega
1/2 sdb shortening
50 gm gula kastor
1/2 sdk esen kopi
1/2 bj kuning telur

Bahan B:

110 gm tepung gandum
25 gm nestum [kisar]
1 sdb coffeemate
35 gm tepung ubi
20 gm serbuk badam

Bahan hiasan:

serbuk roti putih [breadcrumb]
coklat masakan

Cara:

1. Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A tetapi sedikit demi sedikit dan ratakan.
3. Uli dan canai doh. Kemudian terapkan.
4. Bakar pada suhu 175'C selama 20 minit.
5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan. Selepas itu, golekkan pula ke dalam serbuk roti putih

BISKUT RAYA DR FB :CORNFLAKES CLUSTER PRALINE

CORNFLAKES CLUSTER PRALINE
Bahan-bahan:
150gm cornflakes (kellogs @ nestle)
50gm almond strip-bakar dahulu (saya tambah jadi 100gm)
20gm-50gm hazelnut paste @ nutella (sy guna haselnut paste)
200gm milk coklat
200gm dark coklat
Hiasan : White coklat - secukupnya & papercup

Cara:
1. Cairkan coklat dengan mengunakan kaedah double boiler
2. Masukkan haselnut paste, cornflakes dan badam hiris. Kacau sebati.
3. Supaya coklat tidak cepat keras sementara kita hendak memasukkan kedalam papercup, guna rice cooker yg dipanaskan airnya dan diletakkan bekas coklat diatas nya.
4. Masukkan kedalam papercup sehingga habis.
5. Hiaskan dengan coklat putih.

BISKUT RAYA : SEMPERIT KELAPA

SEMPERIT KELAPA
Bahan A:
250gm mentega
180gm gula kaster (saya kurangkan kepada 150gm)
1/4 sedu teh esen vanilla

Bahan B:
1 biji telur kuning
Bahan C:
350gm tepung jagung
50gm tepung gandum
secubit garam
2 sudu besar tepung kastard
*semua diayak
100gm parutan kelapa-dipanggang
Hiasan:
Kuning telur + pewarna egg yellow, ceri merah dan hijau
Cara:
1. Pukul bahan A sehingga ringgan dan kembang
2. Masukkan kuning telur. Pukul hingga sebati
3. Masukkan bahan C. Pukul perlahan-lahan sehingga menjadi doh
4. Ambil 1 camca teh doh dan bulatkan, susun didalam loyang pembakar. Sapu dengan kuning telur dan susun ceri merah dan hijau.
5. panaskan ketuhar. bakar pada suhu 150c selama 15-20 minit.

RESEPI ROTI CANAI DAN ROTI BOOM

RESEPI ROTI CANAI DAN ROTI BOOM
Bahan2;
1 kg tepung gandum
2 1/4 cwn air
3sdb susu pekat
3sdb gula
1sdb garam mesin
1sdb marjerin
1bj telor
Sedikit kunyit serbuk

Cara2;
Satukan air, susu , gula, garam,telor dan serbuk kunyit..kacau biar garam dan gula larut..masukkan gandum sedikit demi sedikit sambil gaul hingga sebati..uli sebati.masukkan marjerin..uli lg hngga sebati dan doh mnjadi kental
dan tdak melekat di tangan. Bulat2kn.susun dlm loyang..tutup dgn plastik selama 40 min.
Sapu marjerin pd setiap doh..susun dlm periuk yg disapu marjerin..peram 4@5 jam sebelum tebar..


panduan untuk kaum ibu yg hamil ...sumber fb

* Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
* Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
* Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
* Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
* Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
* dan sebagainya.

Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

panduan solat untuk wanita ....ambik dr fb


ara solat khas untuk wanita
“Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa’”

Dari Abdullah bin Amr r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda ,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..**

Sebuah artikel khusus dipinjam untuk tatapan para muslimah dan mukminah. Walaupun penulis asalnya tidak dapat dikenalpasti namun mudah- mudahan banyak darinya dapat kita jadikan pedoman dalam memperbaiki diri insha ALLAH.

Selamat menimba ilmu..

Baiki cara solat khas untuk perempuan. Ingatlah.. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita.

Kaum lelaki tolong forwardkan pada kawan2 perempuan anda dan isteri.

Ilmu yang terlalu bernilai, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Bila pergi solat di tempat awam, lihat macam2 gaya org dirikan solat, baru kini timbul kesedaran utk kongsi cara betul solat bagi muslimah agar solat kita berkualiti.

Bagaimana solat yg tidak berkualiti diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, kita dicadangkan mengambil masa 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.
Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal-lah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkatkedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya
kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara : i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh.
." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Perlu diingatkan bahawa kain yg digunakan utk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini).
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang.
Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung,
rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.
Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.

Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna.

‘Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa'.

**Dari Abdullah bin Amr r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda ,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..**

contoh surat pohon sumbangan dalaman sekolah untuk program lawatan ( pohon sumbangan koperasi , kantin , dewan makan dan ketua panitia )




Surat 1 : Pohon sumbangan koperasi sekolah


Nama setiausaha program dan alamat sekolah
                                                                                                                        22.4.2015

Koperasi
Alamat sekolah

 

Assalamualaikum w.b.t

Tuan,

MEMOHON PERUNTUKAN ROTI DAN AIR MINERAL

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Lawatan Sambil Belajar 2015 , dibawah Persatuan Sejarahdan Geografi , Persatuan Bahasa Melayu dan Kelab Bimbingan dan Kaunseling seperti maklumat berikut :-

Tarikh             
Tempat           
Bil. Peserta      :

3.         Sehubungan dengan itu adalah dimohon sumbangan  daripada pihak. Sebarang pertanyaan pihak tuan boleh hubungi nama guru
    
5.         Atas kerjasama daripada pihak tuan di dalam membantu kecemerlangan sahsiah anak-anak didik kita di dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. Harap Maklum

 

“BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA”



Saya Yang Menurut Perintah,




……………………
SETIAUSAHA



Surat 2  : Pohon sumbangan kantin sekolah

 
 
Nama setiausaha program dan alamat sekolah
                                                                                                                        22.4.2015

Kantin
Alamat sekolah



 

Assalamualaikum w.b.t

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN ( KEWANGAN ATAU MAKANAN)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Lawatan Sambil Belajar 2015 seperti maklumat berikut :-

Tarikh             
Tempat           
Bil. Peserta     

3.         Sehubungan dengan itu adalah dimohon sumbangan  daripada pihak. Sebarang pertanyaan pihak tuan boleh hubungi Nama guru
    
5.         Atas kerjasama daripada pihak tuan di dalam membantu kecemerlangan sahsiah anak-anak didik kita di dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. Harap Maklum

 

“BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA”



Saya Yang Menurut Perintah,




……………………
Setiausaha.




Surat 3   : Pohon sumbabgan asrama dan dewan makan sekolah


Nama setiausaha program dan alamat sekolah
                                                                                                                        22.4.2015

Pengetua
Alamat sekolah

Up : Asrama dan Dewan Makan

Assalamualaikum w.b.t
Tuan,

MEMOHON PERUNTUKAN DUIT DEWAN MAKAN PELAJAR BAGI LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2.         Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Lawatan Sambil Belajar 2015 , dibawah Persatuan Sejarahdan Geografi , Persatuan Bahasa Melayu dan Kelab Bimbingan dan Kaunseling seperti maklumat berikut :-

Tarikh            :
Tempat           :
Bil. Peserta     :
Masa Bertolak :
Masa Tiba      :
Kenderaan     : Bas

3.         Sehubungan dengan itu, adalah dimohon peruntukan wang dewan makan pelajar terlibat bagi menampung kos melaksanakan program tersebut.

4.         Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan di dalam membantu kecemerlangan sahsiah anak-anak didik kita didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum,

Saya Yang Menurut Perintah,



……………………
Setiausaha




Surat 4  : Pohon Sumbangan Ketua Panitia


Nama setiausaha program dan alamat sekolah
                                                                                                                        22.4.2015

Ketua Panitia ______________________
Alamat sekolah

Assalamualaikum w.b.t
Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PANITIA SEJARAH BAGI LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2.         Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Lawatan Sambil Belajar 2015 , dibawah Persatuan Sejarahdan Geografi , Persatuan Bahasa Melayu dan Kelab Bimbingan dan Kaunseling seperti maklumat berikut :-

Tarikh            :
Tempat           :
Bil. Peserta     :
Masa Bertolak :
Masa Tiba      :
Kenderaan     : Bas

3.         Sehubungan dengan itu, adalah dimohon sumbangan panitia _____________ sebanyak RM_______  bagi menampung kos melaksanakan program tersebut.

4.         Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan/puan di dalam membantu kecemerlangan sahsiah anak-anak didik kita didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum,

Saya Yang Menurut Perintah,



……………………
Setiausaha




BISKUT CHEESE..sumber dr fb ...

BISKUT CHEESE
Bahan-bahan:
1/2 tin susu pekat manis
250 gram krim keju
1 paket biskut Cracker Original
1 kotak kecil susu segar
150 gram nestum

Cara-cara Menyediakan:
1. Campurkan susu pekat bersama keju.
2. Pukul sebati hingga kembang.
3. Rendamkan sebentar biskut cracker dengan susu segar, jangan sampai kembang.
4. Susun rapat di dalam loyang empat segi
5. Buat satu lapisan keju di atas biskut tadi sehingga menutupi biskut cracker.
6. Taburkan nestum di atas lapisan keju. Ulang langkah3, 4 dan 5 mengikut ketebalan yang dikehendaki.
7. Sejukkan dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan.
‪#‎mingguanwanita‬ ‪#‎kuasawanitadiisini‬
Oleh: Nadia Mingguan Wanita
Klik sini untuk lihat pelbagai resepi menarik: http://mingguanwanita.karangkraf.com

Nugget ayam without tepung. (Stail diet atkins) ...sumber fb


Nugget ayam without tepung. (Stail diet atkins)
Dan without carbo.

1) rebus isi ayam. Lepas dah rebus. Hancur hancurkan.
2) rebus bunga kobis sampai lembut
3) telur 2 biji
4) bawang dan cili
5) blend kan bunga kobis dan cili bawang tu.
6) lepas itu gaulkan semua dan pecah 2 biji telur tadi.
7) goreng. Kalau suka garing buat la sampai garing

Isnin, 20 April 2015

Kek hati pari

CAKE HATI PAREK

Bahan-bahan ( acuan kek 7 x 7 )
250g butter
5 biji telur ayam
2 gelas gula
100g horlick
1/2 tin susu manis
2 gelas tepung gendum
400g kismis hitam(digaul bersama 1 gelas tepung gandum)
2 botol browning sugar
1 sudu teh baking powder
Cara-cara

pukul gula dan telur hingga kembang,masukkan butter dan pukul hingga kembang.kemudian masukkan susu,horlick dan gaul rata.Masukkan kismis yang telah di potong halus dan digaul bersama tepung,gaul rata dan kemudian masukkan 2 gelas tepung gandum yang di campur baking powder.Gaul rata,selepas itu masukkan browning ke dalam adunan tadi dan di gaul sebati.Akhir sekali,masukkkan adunan tadi ke dalam acuan dan kukus selama 4 jam.

KEK HITAM MANIS

KEK HITAM MANIS

Bahan-bahan ( Loyang 9x9 )

* 450g Mentega berkualiti
* 200g Gula halus-boleh kurangkan ke 180g
* 10 biji telur saiz A
* 1 penutup botol esen vanilla
* 1 tin kecil susu pekat manis/krimer manis
* 1 tin sederhana serikaya
* 1 tin kecil nestle cream.
* 200g horlicks
* 150g browning sugar atau secukupnya(sehingga adunan cukup hitam)
* 200g tepung hong kong/tepung gandum
* 1 sudu teh ovalete

Nestle cream yang digunakan dalam resepi ini..ada 2 saiz di pasaran.

Cara-cara:

1. Panaskan pengukus(pastikan air pengukus diisi hampir penuh agar tidak mudah kering), oleskan loyang dengan mentega dan ditaburkan rata dengan tepung.
2. Mentega(pastikan pada suhu bilik) dipukul bersama gula halus sehingga berkrim dan putih. Masukkan sebiji telur(pecahkan di dalam mangkuk terlebih dahulu untuk mengelakkan sekiranya ada telur busuk) dan pukul lagi..setelah sebati,baru masukkan sebiji lagi telur. Ulangi langkah ini sehingga telur habis.
3. Masukkan satu persatu- esen vanilla,susu,serikaya,nestle cream,horlicks,ovallete dan tepung gandum(setiap kali masukkan setiap bahan,pukul dengan sebati baru masukkan bahan seterusnya.
4. Kemudian,masukkan browning sugar dan gaul sehingga benar2 sebati.
5. Masukkan ke dalam loyang yg sudah dioles tadi dan kukuslah selama 4 jam. Pastikan air pengukus sudah mendidih ketika kek mula dikukus.
6. Pastikan kek sudah sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan daripada loyang. Selamat mencuba! smile emoticon

Kalau nak buat setengah adunan,boleh gunakan loyang 8x8 inci yer.. lepas tu ikut cara sebenar kek ni dikukus selama 6 jam..tapi jika bukan untuk disimpan lama memadai dah 4 jam tu...lagipun selepas sehari boleh laa simpan dalam peti sejuk

Sabtu, 18 April 2015

Resepi Biskut Raya.... BISKUT TIRAMISU

BISKUT TIRAMISU

Bahan-Bahannya:
1 peket biskut - dari apa-apa jenis (saya guna biskut cream creakers)
1 tin susu cair - saya guna susu full cream Dutch Lady
1/2 tin susu pekat - saya kurangkan sebab tak suka manis sangat
4 sudu makan tepung kastard
1 cawan air
Secubit garam
Serbuk milo

Cara-caranya:

Satukan susu cair, susu pekat, tepungkastard, air dan garam ke dalam periuk.
Menggunakan api yang perlahan, masak dan kacau campuran kastard hingga adunan menjadi likat.
Tutup api.

Susun biskut dalam bekas/ loyang.
Masukkan adunan kastard supaya menutupi lapisan biskut dan ratakan. Taburkan serbuk milo.

Susun lagi lapisan biskut di atas lapisan kastard tadi. Lapiskan lagi dengan adunan kastard dan taburkan milo. Ulang langkah ini hingga habis.
Lapisan atas sekali, lapiskan dengan adunan kastard dan lebihkan taburan serbuk milonya.
Simpan biskut tiramisu ini di dalam peti sejuk selama 2 - 3 jam.
Hidangkan.


Khamis, 16 April 2015

Pemusnah Sel Kanser ... sumber facebook

Pemusnah Sel Kanser

Air lemon panas boleh menolong anda seumur hidup

Harus baca dan sebarkan walau anda sibuk.

1. Lemon panas membunuh sel kanser.
2. 2-3 hirisan lemon dicelupkan dalam 1 gelas air panas, boleh menjadi air alkaline
3. Bermanfaat bagi tubuh, diminum tiap hari sngat bermanfaat bagi siapa sahaja.
4. Air lemon yang panas akan menghasilkan sejenis zat anti kanser yg terasa pahit, menjadi ubat kanser yang ampuh dalam perubatan moden.
5. Air lemon dingin hanya mengandungi vitamin C.
6. Ibarat tomato, harus dimasak terlebih dahulu baru blh muncul Lycopene yg bermanfaat.
7. Air lemon panas terbukti boleh menekan pembengkakan dan tumor dan boleh bantu atasi segala jenis tumor.
8. Lemon Extract boleh melemahkan sel kanser ganas tapi tidak merosak sel normal.
9. Citric Acid dan C Polifenol yg terdapat dalam juice lemon boleh menyesuaikan tekanan darah dan mencegah penyumbatan saluran darah, menyesuaikan sirkulasi darah, mengurangi penggumpalan darah.
10. Habis baca harus beritahu orang lain, sebarkan kasih sayang.

contoh surat pohon sumbangan untuk lawatan pelajar



Ruj Kami  :

                                                                                                                Tarikh       : 

 

    

 

PENGARAH,

(alamat penyumbang sumbangan yg dipohon)

 

Assalamualaikum w.b.t

Tuan,

POHON SUMBANGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa SMA ________________akan mengadakan Lawatan Sambil Belajar 2015. Berikut maklumat program yang akan dijalankan untuk makluman pihak tuan.

Tarikh         :
Tempat       
Pelajar         :

3.         Program ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar hubungan luar bersama masyarakat , menambah ilmu berkaitan pembelajaran diluar sekolah.

4.          Kami ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan sebanyak____________. Guru-guru yang boleh dihubungi _________________________.
          
5.         Atas kerjasama daripada pihak tuan di dalam membantu kecemerlangan sahsiah anak-anak didik kita di dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. Harap Maklum

 

“BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA”


Saya Yang Menjalankan Tugas,


……………………

PENGETUA