Resepi Kuih Lapis Pandan
Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sduu besar tepung jagung
3/4 cawan gula
4 1/2 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam
(Bahan B)
Perisa pandan - boleh juga menggunakan jus pandan
pewarna hijau
Cara Penyediaan
Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
Masukkan perasa pandan dan pewarna hijau dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan.
Masukkan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus elama 5 minit.
Lapiskan pula 1 senduk adunan hijau dan kukus lagi selama 5 minit.
Lapiskan lagi adunan putih dan hijau berselang-seli hingga habis.
(*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel
agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 15 minit
).
Sejukkan dan bolehlah dipotong