* Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
* Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
* Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
* Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
* dan sebagainya.
Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di
dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada
penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan
penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku
dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada
Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku
dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna
berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya,
sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya,
baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi
Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.