Khamis, 16 April 2015

Pau Goreng

Pau Goreng

Bahan-bahan ( 50-55 biji - kecil2 )
1 kg tepung gandum
120 g gula halus
1 sk rata garam halus
140 ml minyak sayur/makan
5 sk rata instant yeast * (cth - Mauripan dll.)
450 ml air paip *
(satukan bahan *)
Cara-cara
- Masukkan tepung, gula dan garam ke dlm mangkuk besar dan gaul rata.
- Kemudian masukkan minyak sedikit2 dan gaul lagi hingga rata.
- Akhir sekali masukkan air yeast sedikit2 dan uli hingga lembut dan tk melekit. Jika masih melekit, tambah sedikit tepung.
- Doh yg sudah siap diuli, tidak perlu diperap. Boleh segera di buat pau.
- Bulat2kan doh dan isi inti kesukaan masing2.
- Goreng pau 1/2 msk dan simpan dlm freezer jika ingin membuat pau goreng instant. Atau kukus pau dan simpan dlm freezer utk pau kukus instant.
- Inti pau pilihan seperti sambal tumis, kacang merah, kaya, kelapa manis, choc. dan lain2.
- Adunan akan lebih lembut jika menggunakan food mixer.