Rabu, 15 April 2015

CARA MEMBUAT TEPUNG PELITA

CARA MEMBUAT TEPUNG PELITA
Bahan-bahan ( 30 biji )
1 cawan tepung beras
2 cawan air pandan
3 cawan air
1 cawan gula
Pewarna hijau
Bahan atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan
Garam secukup rasa
Cara-cara

Sediakan periuk sederhana.
Masukkan tepung beras, gula, air pandan, pewarna hijau dan 3 cawan air dalam periuk..
Gaulkan sehingga sebati dan tidak berketul kemudian masak di atas dapur sehingga pekat.Pastikan tidak berketul apabila di masak.
Sebelum itu masukkan sedikit gula dalam acuan.Kemudian masukkan adunan itu yg panas dalam acuan yg berisi guna sehingga abis.
Untuk bahagian atas pun sama.Masukkan kesemua bahan kedalam periuk.Gaul rata dan masak hingga pekat dan hilang rasa tepung.Kemudian dalam acuan.
Acuan bole guna acuan tapai dan bubuh daun pisang atau daun pandan utk menambah aroma..