Selasa, 19 Disember 2017

my resepi : roti telur inti sardin

roti keping
3 biji telur yang dikacau bersama lada sulah dan sedikit garam
sedikit ikan sardin yang digaul bersama bawang besar , cili besar dan tomato yang dipotong halus2


roti bililing nipis, boleh je guna gelas .... letakkan sardin dibahagian tepi roti dan gulungkan roti..
celupkan dalam telur ...goreng dengan minyak/ marjerin yang sedikit .

bila siap boleh dihidangkan bersama sos dan mayonis ...



laksa kuah sardin tin

1 tin sardin saiz besar
3 ulas bawang merah
belacan sebesar ibu jari
1 sudu besar garan
sedikit serbuk perisa
blander semua ... masukkan dlm periuk
masukkan dlm periuk 3 keping asam keping , sekuntum bunga kantan yang diketuk / sedikit daun kesum dan se jag air ... masak hingga mendidih

rebus laksa dan hidangkan bersama ulaman dan telur rebus








simple kek kukus / bakar

2-21/2 cawan teping gandum
1 cawan gula halus
4 biji telur
1 1/2 cawan  coklat / pisang/kurma/ strawberi /oren
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat / eno
1 sudu ovalett
1 cawan minyak



tepung gandum diayak  .... bahan lain selain tepung gandum dibelender ....bila siap campur dengan tepung gandum ... adunkan ...ikut suka nak warna biasa atau campur dengan pewarna... bakar atau kukus pun boleh .... bakar suhu 150-180 cc selama 45-60 minit.... kukus pulak api berlahan , sehingga masak...









my craft : sheets of sheets







Ahad, 10 Disember 2017

SOMTAM VERSI CIK BUNGA

SEBIJI BUAH MANGGA/ MEMPELAM DISAGAT ..... SAYA GUNA MEMPELAM SALA SEBAB ADA RASA MASAM
1/3 BUAH BETIK MUDA DISAGAT
1-2 BIJI BUAT TOMATO DIPOTONG KECIL
1 BIJI BAWANG BESAR DIPOTONG KECIL
SEDIKIT KUBIS DIPOTONG KECIL
4 BATANG KACANG PANJANG DIPOTONG KECIL
5-8 BIJI CILI MELAKA DIPOTONG KECIL
2-3 SUDU UDANG GERAGAU
SEGENGGAM IKAN BILIS YANG DIGORENG
2 SUDU BESAR GULA THAI -- KALAU TAK DA 2 SUDU GULA KASAR
2-4 SUDU CUKA
SEBELAH LEMON ---PERAH AIRNYA
SATU SUDU KECIL GARAM HALUS .. BOLEH TAMBAH IKUT KESESUAIAN
3-4 SUDU BESAR KACANG TANAH YANG DIGORENG DAN DITUMBUK
SATU BATANG SERAI DIPOTONG KECIL
2 HELAI DAUN LIMAU PURUT DIPOTONG KECIL
1 KUNTUM BUNGA KANTAN DIPOTONG KECIL


GAUL SEMUA ...SIAP...







YONG TAU FU ..... SEDAPNYA .....

BARU -BARU NI CUBA BUAT YONG TAU FU ... IKUT RESEPI PAK CIK GOOGLES ... OK LA SEDAP JUGA.... BUAT SENDIRI NI SERONOK BOLEH MAKAN BANYAK ORANG DAN AMAT JIMAT .... KUAH YONG TAU FU NI KALAU BAKI SIMPAN SAJA DALAM PETI AIS ... NAK MAKAN PANASKAN SAJA....








ANTARA JENIS2 SIPUT LAUT DI UTARA

SIPUT LALA

KERANG


MENTARANG
KEPAH

RETAK SERIBU





3 HOMESTAY DI PERLIS BOLEH MENJADI PILIHAN ANDA : IMAN KASIH , D QASEH DAN NUR KASIH

IMAN KASEH HOMESTAY  , NO 31 TAMAN MASMUDA 5 , TAMAN MASMUDA ,BINTONG , KANGAR PERLIS


D QASEH HOMESTAY ,  NO 88 JALAN HIJRAH 18 ,TAMAN HIJRAH , KANGAR , PERLIS


NUR KASIH HOMESTAY , TAMAN TERATAI , DEPAN SEKOLAH MENENGAH SYED ALWI , JALAN RAJA SYED ALWI, KANGAR PERLIS

ImanKaseh Homestay
Bintong, Perlis

D'Qaseh Homestay
Kangar, Perlis

Nur Kasih Homestay
Kangar, Perlis

Pada yg masih tercari2 penginapan ..
Sila2 lh hubungi kami seperti talian yg tertera utk pertanyaan/tempahan.. 📲📞📱
- tempah awai xkalut..
- mai selit2 order..
- kita check tarikh yg masih ada kekosongan.
HUBUNGI : CALL , WHATAPPS ATAU SMS NOMBOR DIBAWAH

0124657327
0174397752
0125455400
0124399185
0125795705


MAI2 BERCUTI DIPERLIS ...... KITA SAMBUT DENGAN KASIH

Sabtu, 9 Disember 2017

panduan menyediakan makanan berpantang untuk wanita yang mengalami keguguran

Sebenarnya akupun tidak pakar tapi belajar dari cara emak menyediakan makanan berpantang untuk adik yang mengalami keguguran. Semoga panduan ni boleh  membantu orang lain juga.... ada orang kata berpantang 2 minggu saja tapi mak aku tetap juga teguh berpantang keguguran tetap jugak 44 hari.  Dari segi makanan pun dipantaulah.

SARAPAN , MAKAN PETANG  DAN MAKAN TENGAH MALAM
Air kopi
Roti canai tanpa kuah kedai ( boleh ja kuah kari tapi syaratnya dirumah... maksud dia bukan yang kedai masak, )
Roti kosong
Nasi putih tambah lauk2 yg seperti masakan tengahari dibawah.
 Kuih Apom
Biskut kering yang kat Perlis Kedah selalu panggil kuih sekut .... Biskut kering selalu org jual sekampit besar tu.

 MAKAN TENGAHARI DAN MAKAN MALAM
Stok yang wajid ada untuk sebulan...... ikan talang kering yang dipotong kecik2 .... digoreng bersama bawang merah , bawang putih dan halia, digoreng ranggup ....he.he.he ..kadang-kadang aku tumpang sekali makan sedap .... (lepas 2 minggu ikan talang kering boleh juga diganti dengan ikan haruan kering  atau ikan bilis).... selain itu sayur yang boleh makan dalam sebulan tu hanya sayur sawi dan lobak merah... ikan goreng ( ian tu syarat mak kata kena bersisik jadi ikan gelama , gelama tengkerong, ikan merah , ikan kerisi.... lepas semiggu berpantang boleh la goreng ikan temenung/ kembung .... mak kata ikan temenung pun bersisik)

Cara masak sayur sawi dan lobak merah, mula potong dulu lobak merah nipis2, sayur sawi diasingkan ketika potong daun dengan batang ( batang sawitak payah diketuk). Tumis bawang putih dan bawang merah, masukkan lobak merah dan batang sayur sawi, kacau dalam 2 minit, lepas tu masukkan air ( anggaran la nak kuah banyak mana), letakkan garam dan gula secukup rasa. Perasa untuk makanan berpantang hanya garam , gula dan lada saja .... jadi boleh la selang seli ada hari masak sayur letak lada dan ada hari tak letak ....

Minggu ke 3-4 boleh la tambah sikit menu masakan dengan
1.Ayam goreng ( letak kunyit dan garam saja untuk perapan)2.Ayam masak kunyit ( tumis bawang dan halia ,masukkan kunyit, masak ayam mcm biasa ... cuma bahan perasa hanya garam dan gula sahaja ....boleh tambah juga lada).
3. Daging masak kunyit ( resepi sama dengan ayam).
4. Sup ikan haruan ( cara masak lebih kurang sama , cuma jgn letak kunyit je ..he.he.he)
5. Sup ayam
6. Sup daging

Minggu penghujung minggu ke 4 dan hingga hari ke 44  Boleh tambah menu masakan dengan

 1. Kari ikan ( temenung@ tenggiri @ ikan talang masin) .... masakan lebih kurang sama ... tumis bawang putih , bawang merah, halia, rempah... masukkan santan dan air, masukkan ikan... seperti biasa bahan pelengkap rasa hanya garam dan gula.. ok untuk minggu ni boleh tambah dalam masakan tu air asam jawa atau asam keping ( asam keping tu pun paling tinggi 2 keping je)
2. Kari daging atau kari ayam atau kurma ayam atau daging....... sama ja resepi , cuma masukan mading atau ayam lepas tumis bawang dan rempah dulu ..baru masukkan santan ( apapun pastikan rempah betul2 masak).
3. Sup ikan merah , ikan seludu atau ikan tenggiri
4. Sambal tumis ikan bilis @ ayam@daging@ ikan talang kering

Dilarang sama sekali masukkan bahan lain dalam sup , kari atau masak kurma ....kalau nak letak juga setakat lobak merah .... yang lain tak boleh ....jangan sesekali letak kentang la , bendi la , terung la...

Dilarang juga letak bahan perisa lain seperti ajinomoto, perencah hilal, secukup rasa atau apa2..







Selasa, 5 Disember 2017

I THINK KURSUS KILT .... sedikit panduan i think untuk guru

1. Pergi ke  www.mygfl.moe.gov.my
2. Pergi ke  I THINK OFFLINE COURSE. Untuk guru pilih reacher , untuk pentadbir pilih leadership.
2. Pilih Window untuk laptop/ komputer. Apps untuk android. Mac untk i phone. Buatkan laptop lagi ok.
3. Klik window, download.



untuk login id kali ke2 dan seterusnya
1. off wifi / data
2. masukkan username : kad pengenalan kita
3. password: password
4. tekan login
5. on wifi semula
6. sila amalkan tekan update / progress untuk simpan kerja yang telah buat.

yg kali pertama perlukan talian internet.

boleh siapkan i think tanpa perlu talian internet hingga modul ke 26. Modul ke 27 final test perlu ada internet atau wifi