Ahad, 30 November 2014

menulis blog

Menulis blog ni kadangkala macam nasib, nasib baik tulis pun seronok begitunya sebaliknya. Adakala teringin tulis macam-macam, adakalanya boring teramat-amat. Kadangkala rasa banyak benda nak kongsi dan kadangkala rasa tak da langsung. Hmmm...siapa kata menulis blog ni sentiasa seronok, tak da la...kadang-kadang... mcm aku rasa minggu ni....waaaaa...hanya aku yang tahu...

Sate Ikan ...sumber fb

Resepi Lockching Atau Satay Ikan
Bahan-bahan:
250g isi ikan selayang (xpayah resbus)– dikisar lumat
100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
1/2 biji bawang besar - dikisar
1 sudu kecil garam
1/2 sudu teh serbuk perasa
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara2:
1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan soda bikarbonat
3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil. penyet2 sikit lepas bulat.
4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.
5. Cucukkan pada lidi dan bakar sekejap (api pelan aje ye kang rentung huhu)
p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.
resepi sos:
Sos manis
Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
2. Masukkan air.
3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.
(utk sos pedas resepi sama cam sos manis cuma tambah cili mesin (tumis bersama bawang putih) ikut pedas mana uols nak k)

 

baja semulajadi untuk pokok....mol bawang...sumber fb


sebenarnya bawang merah boleh digantikan juga dengan kulit buah dukong /langsat/ nangka / nenas dan lain2...

Salad Udang Mayo ...sumber fb

Resepi Salad Udang Mayo (5 minit siap)
Bahan-bahan;
Udang (direbus dan dibuang kulit)
Lemon
Mayonis
sedikit Garam & Gula

sayur-sayur boleh guna apa yang anda suka
Contoh
Buah Kiwi
Paprika
salad
kubis
timun
Caranya;
1. Buah kiwi dibuang kulit dan dipotong-potong. (kalau sayur bersihkan dan potong ikut selera anda)
2. Campurkan ke semua bahan, dan gaul sebati.
 

Kek Minyak Sunquick ...... sumber fb

Menu kek Minyak Sunquick yg gebus teramat la lembut
Bhn2
5 bj telor
2 cwn tpg kek
1 sudu besar ovelet
1 cwn susu pekat
1/2 cwn minyak
1/2 cwn pati sunquick
1/2 gula aising
Pewarna oren

Cara2
Pukul telor dgn gula smpai kembg pstu masukkn ovelet n susu pekat mix lg sebentar masukkn pati sunquick mix lg pastu masukkn tpg ckit2 guna senduk kaup blk dh sebati last skali masukkn minyak gaul lg. Bhgikn 2 satu warnakn oren. Acuan sapu minyak. Panaskn kukusan masukkn adunan selang seli warna siap kukus.
Resepi khas dari : Pn.Saodah Yazid
 

Sajak tajuk Hai Melayu (A. Samad Said) bagus untuk motivasi

Sedap sajak A. Samad Said ni

TAJUK SAJAK...HAI MELAYU..

Hai Melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?
harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!
Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!
Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....
Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau cuma tahu ber gaya,
Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!
Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!
Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa....
Utk renungan bersama.

Jumaat, 28 November 2014

Kentang putar .....sumber fb

Kentang Putar
Bahan-bahan ( 5 orang )
Bahan A untuk kentang putar
5 biji kentang dibuang kulit dan dipotong 4
Sedikit lada hitam(kalu nk pedas bubuh la lebih)
Garam secukup rasa
1 sudu susu pekat manis
Bahan B UNTUK SOS.
4 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar mentega
Sedikit lada
Cara-cara
- Rebus kentang sehingga empuk masuk kan garam sedikit. 1. Tos kan air dam lenyekkan, guna hand mixer putar kentang sehingga halus.masuk kan lada hitam dan susu.
- Kentang dah siap...untuk sos pulak..
1.rebus bawang merah,lobak merah dan kiub ayam dalam 10 minit 2.tos kan air rebusan td.
3.masuk kan mentega kedlm kuali dgn api yg kecil,kemudian msk kan tepung gandum,kacau jgn bergentel
4.masuk kan air rebusan td,bersama lada hitam,sos tiram dan beberapa titil kicap pekat.kacau2 dan dah siap

Maklumat ke Kolej Vokasional

Maklumat terbaru permohonan ke kolej vokasional;
Mohon bantuan kpd sahabat2 supaya dpt menghebahkan kpd pelajar jika ada perhimpunan pd hari ni. Permohonan secara on line
www.moe.gov.my Tarikh online : 3 Nov hingga 26 Dis 2014
Tarikh proses maklumat (bptv): 27 - 31 Dis
Tarikh Temuduga : 2 Jan - 10 Jan 2015
Tarikh proses pmilihan (bptv) :11 Jan 2015
Tarikh semak pmohonan plajar : 12 - 18 Jan 2015
Tarikh daftar pelajar : utk KV - 19 jan 2015.
Utk SMT : 26 Jan 2015
Daftar gantian : 27 - 28 Jan 2015
Keputusan PT3 keluar : 22 Dis 2014.
Sekian. Harap maklum.
Tambahan maklumat. Para pelajar yg berminat ke kv arau bolehlah 'walk in' terus ke kv arau waktu pejabat.

Iklan tarikh beli nombor pin upu/ipta sesi akademik 2015/2016

Iklan kemasukan MRSM


















Khamis, 27 November 2014

Makanan kegemaran Rasulullah S.A.W ...Sumber fb

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~

Resepi air asam berkerisik ..........sumber fb

RESEPI AIR ASAM BERKERISIK
Bahan-Bahannya:
** 3 biji cili merah
** 15 cili api
** 1 sudu makan belacan bakar
** 2 sudu teh garam
** 2 sudu teh gula
2 biji tomato - dibelah dua dan dihiris nipis
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris nipis
1 sudu makan kerisik
1 biji cili merah - dihiris bulat nipis
2 atau 3 biji limau kasturi - diambil jusnya. Kulitnya dihiris-hiris
2 sudu makan asam jawa + 1 cawan air masak - gaul dan asingkan bijinya.

Cara Membuatnya:
Di dalam lesung, tumbuk bahan ** hingga lumat.
Masukkan cili merah hiris. Lenyek-lenyekkan aje.
Masukkan bawang besar. Tumbuk manja-manja aje.
Masukkan tomato. Lenyek-lenyekkan aje.
Masukkan kerisik ke dalam air asam.Kacau rata.
Masukkan bahan tumbuk, gaul rata.
Masukkan jus limau kasturi dan kulitnya yang sudah dihiris. Gaul rata.
Hidangkan bersama ikan bakar @ daging bakar@ daging rebus@ paru rebus@ perut rebus... Memang sedap.

 

Petua Dapur Ringkas

1. Membuang hanyir ikan
Caranya dengan memerah limau kasturi dan lumur kepada ikan. Biarkan selama 2 minit. Kemudian basuh dengan air.

2. Hilangkan lumpur kepada kerang
Caranya memasukkan kerang dalam besen berisi air. Ramas kerang mengunakan surat khabar. Ramas dalam masa 5-10 minit. Seterusnya bilas dengan air.

3. Sayur kembali segar
Ambil sayur yang disimpan di dalam peti air, erendam dalam cuka selama beberapa minit. Kemudian bilas.

4.Hindarkan bau hanyir ayam
Caranya basuh ayam menggunakan teping gandum dan daun pisang. Seterusnya bilas.

5. Hilangkan pahit pucuk betik
Rebuskan pucuk betik bersama pucuk jambu batu selama 10 minit. Toskan kemudian.

6. Hilangkan bau petai
Sebelum memasak petai rendamkannya dalam air beras selama sejam. Kemudian bersihkan seperti biasa .

7. Menghilangkan hanyir bendi
Setiap masakan yang meletakkan bendi perlu dimasukkan bersama asam keping.

8. Menghilangkan pedih ketika mengupas bawang ( 3 cara)
1. Letak sebiji bawang yang dikupas dihujung muncung pisau.
2. Simpan bawang dahulu dalam peti ais.
3. Rendam bawang dalam air dahulu sebelum mengupas dan menghiris.

9. Menghilangkan getah nangka
Letakkan minyak masak ditanggan dan pisau ketika membelah buah nangka dan ketika mengambil isi buah nangka.

10.Menghilangkan bisa nanas
Setelah nanas dikupas, celur dalam air panas seketika. Kemudian baru potong untuk masakan.

rawatan awal mengurangkan panas badan / demam

 Cara 1
Mandi awal pagi terutama sebelum subuh. Untuk mandi mulakan dengan bahagian bawah dahulu atau bahagian kaki...terus peringkat2 hingga akhir sekali bahagian kepala.

Cara 2
Lumurkan air asam jawa yang pekat diseluruh badan, biar dalam sejam... selepas itu mandi

Cara 3
Banyak minum air kosong, sentiasa gerakkan tubuh untuk mengeluarkan peluh.

Cara 4
Masukkan air asam jawa dalam botol, tutup botol, rendam air asam itu dalam kolah air semalaman....keesokkannya minum

Cara 5
Rendam akar pinang @ daun sirih @ daun bunga raya putih @ daun bunga kertas  dalam air...guna air rendaman itu untuk demah / pupuk diseluruh badan terutama bahagian kepala.

Cara 6
Rendam nasi putih diwaktu malam. Embunkan air tersebut diluar rumah. Guna air keesokkan dengan lumurkan air tersebut dibadan, biarkan kering. Seterusnya boleh mandi bersama air biasa. Selepas mandi, makan nasi rendaman tersebut.



Rabu, 26 November 2014

rawatan mengurangkan batuk secara tradisional......

Cara mengurangkan batuk secara tradisional

Cara 1
Asam keping 3 keping direndam dalam segelas air panas.... minum air tersebut sebelum tidur

Cara 2
Guna dan ketumpit campur kapur ...ramas2 dgn tangan..air daun tu sapu dileher sebelum tidur

Cara 3
Sapukan kapur makan dileher

Cara 4
Gaulkan bunga belimbing buluh bersama nasi panas , seterusnya makan.

Cara 5
Rendam buah kemang semangkuk dalam air, keesokkannya makan buah kemang semangkuk dan minum air rendaman tersebut.

Cara 6
Minum air suam-suam panas sebelum tidur

Cara 7
Gula2 hack hitam sebuju direndam dalam segelas kecil air panas

Cara 8
Limau nipis dibelah 4, cicah dengan kicap, hisap air limau yg dicicah kicap


Cara 9
Kurangkan minum air ais tapi lebihkan air suam

Cara 10
Makan pucuk jambu batu , kunyah pelahan2.. ( petua ni juga bagus untuk rawat cirit birit)


Cukup kot petua ni...seelok-eloknya pergi ja klinik atau hospital....

Resepi nasi arab simple...sumber fb

Resepi Nasi Arab Simple
Bahan-Bahan untuk Ayam dan Nasi
1 kg beras basmati (basuh dan toskan)
1.5 liter air (untuk air rebusan ayam)
2 ekor ayam (potong kepada 2 atau 4 sahaja)
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
3 sudu besar minyak
5 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air)
Pewarna merah
Bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa
2 biji labu bawang besar saiz kecil (potong bulat)
1 biji tomato saiz kecil yang masak (potong dadu)
1 biji lada hijau (potong besar, tambahkan lagi kalau nak pedas)

Bahan-Bahan Tumis
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 cm halia
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 pokok daun sadri (daun sup) hiris
1 pokok daun ketumbar
Bahan-Bahan untuk Sos Salatoh
Buah tomato masak
Cili hijau (ikut kepedasan masing-masing)
Bawah putih
Bahan-Bahan untuk Sos Zabadi
Yogurt
Timun
Lobak merah
Timun
Bawang besar
Tomato
Limau nipis
Cara-Cara untuk Menyediakan Air Rebusan Ayam
1) Air disukat dalam periuk dan direbus terlebih dahulu. Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang digunakan.
2) Masukkan ayam dengan segera sementara mendidih. Ayam yang banyak direbus boleh dijadikan air rebusan yang lain.
 
3) Masukkan labu bawang besar dan buah tomato ke dalam periuk ayam.
4) Masukkan bahan-bahan tumisan ke dalam periuk ayam juga.
5) Kacau sedikit rempah yang telah dicampurkan dalam air rebusan. Tutup periuk dengan tudung. Rebuskan ayam tersebut dalam ½ jam dengan api yg sederhana kuat.
6) Selepas ½ jam, keluarkan ayam tesebut dari periuk dan susun ayam dalam bekas. Ketepikan dahulu.
Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi
1) Masukkan bahan-bahan yang ditumis ke dalam kuali atau periuk yang lain.
2) Kemudian barulah diisikan minyak masak dalam kuali dan goreng bahan-bahan tumis sehingga naik bau dan garing.
3) Masukkan bahan-bahan yang ditumis dalam periuk air rebusan ayam yang disediakan terlebih dahulu dan masukkan garam secukupnya.
4) Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau dengan rata.
5) Masukkan cili merah, cili hijau, air, gula dan garam. Biarkan mendidih.
6) Cucikan beras sampai bersih (beras ini adalah warna kekuningan).
7) Masukkan beras dalam periuk air rebusan ayam tersebut dan masak seperti nasi biasa.
8) Taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis semasa nasi telah masak.
9) Masukkan sedikit pewarna merah dan kacau dengan rata sekejap. Biarkan mendidih.
10) Tutupkan periuk dengan tudung dan perlahankan api. Nasi dimasak dengan api yang sederhana sahaja sampai hampir masak.
11) Kacau sekali lagi nasi semasa nasi hampir kering.
12) Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh dihidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori.
Cara-Cara untuk Memasak Ayam
1) Ayam disusun dalam dulang untuk dibakar. Percikkan atas ayam dengan sedikit air sejuk, panaskan oven/ grill kepada suhu 200°C.
2) Lumurkan ayam dengan sedikit garam yang telah bercampur dengan pewarna merah. Lumurkan keseluruhanya dan juga bahagian bawah ayam.
3) Ayam yang sudah siap diletakkan dengan garam secukup rasa.
4) Masukkan ayam ke dalam oven/ grill dengan sekejap lagi kerana hendak membalikkan ayam tersebut supaya bahagian bawah juga dapat dipanaskan.
Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Salatoh
1) Campurkan semua bahan untuk salatoh.
2) Tambahkan air dan garam secukupnya.
3) Semua bahan dikisar sekali dan akhirnya disediakan untuk campurkan dalam nasi dan ayam.
Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Zabadi
1) Campurkan yogurt dengan timun yang dicincang halus.
2) Campurkan dengan potongan lobak merah.
3) Akhirnya, sos ini dihidangkan bersama dengan potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.
Cara masak bagi Nasi Arab adalah lebih kurang sama dengan nasi ayam, tetapi ayam akan direbus dengan bahan-bahan rempah, air rebusan dan kemudian digunakan untuk memasak nasi. Ayam tersebut pula akan dibakar. Keistimewaan Resepi Nasi Arab telah menarik perhatian pelbagai bangsa untuk mengisi perut di restoran-restoran atau cafe yang terkenal dengan makanan tersebut, samada Orang Melayu, Orang Cina dan Orang India, kadangkala termasuk juga Orang-orang Arab.
 

Selasa, 25 November 2014

Detok Kesihatan / Diet

Detok Diet ( Sesuai untuk saraspan, minum petang dan makan malam)

Segelas susu
Sebiji buah ( ikut suka buah apa seperti pisang, epal, markisa, buah naga dan lain2)
3 sudu oat

Blander semua..... boleh diminum

Homemade mee sizzling...sumber fb

Homemade mee sizzling
sediakan utk kuahnya dulu ( yang ni saya buat dlm kuali tuk makan 6 orang)
4 ulas bawang putih di tumbuk halus
1biji bawang besar ditumbuk halus
sedikit Halia
Minyak masak utk menumis

Cendawan shitake (yg warna hitam kering)...bersihkan dan rebus smpai kmbang air bnyak sbb nak buat kuah sekali serta dihiris
sedikit cili kisar
2,3 biji cili kering direndam dan dipotong 3 bahagian
Ayam potong kecil (ikut suka bnyak mana nak)
Sos tiram
Sos tomato
Kicap pekat
Sos lada hitam
 Kiub ayam
Tpg jagung (untuk pekat kuah bancuh sedikit air)
Lada hitam ashio (ajinomoto)
Sikit minyak bijan
Garam(sesuai dulu rasa baru masuk)
Sikit gula
Yee mee (bhn utama) saya rendam sekejap dgn air panas
Sayur sawi
Telur ayam (klu suka)
Caranya:
panas minyak masukkan bwg yg telah ditumbuk halus
Dah garing masuk cili blend td smpai pecah minyak serta lada kering potong ~ ikut kepedasan yang disukai
kemudian masukkan kicap dan sos tiram, sos tomato/cili serta sedikit sos lada hitam
Baru masuk ayam kacau sebati masuk skt air...biar smpai ayam masak...baru tuang cendawan dan airnya sekali..masuk pula kiub ayam(hancurkan dulu)
Masuk sikit gula...sesuai dulu rasa baru masuk garam (klu dah ok jgn masuk garam sbb nnt dah masuk mee tu ada masin sikit-cara ksu x
masuk dah garam)
Tuang air tpg jagung tngok pekat mana kita suka
Dah mendidih ttp api..
Sediakan plate atau bg yg x ada plate guna kuali
Sendukkan kuah dan isi ayam yg kita sediakan td dlm plate atau kuali masukkan yee mee 1 ketul biar dia lembut masukkan sayur sawi pecahkan telur biar smpai layu...ttp api..
Dah blh dihidangkan nak makan dgn cili potong boleh yang mana suka pedas
Selamat mencuba...
 

tip utk susu badan, panduan para ibu .....sumber fb

tips untuk bantu susu badan keluar lebih banyak. Semoga bermanfaat!

1. Cara mengepam yang betul.

a) Pastikan Keselesaan
Anda perlu berada di dalam keadaan yang tenang, pastikan tangan dicuci bersih, gunakan bekas simpanan susu perahan yang bersih, lakukan urutan pada payu dara atau tuam untuk melancarkan aliran. Posisi anda juga perlu betul. Pastikan badan tegak dan corong pam diletakkan pada paras dada, pegang dengan baik supaya ia terletak dan melekap betul pada payu dara. Keselesaan adalah paling penting! Jika tidak selesa, ada yang tidak kena. Jika susu meleleh daripada corong, betulkan posisi anda.
Kini terdapat corong khas yang dipanggil angled breastshield seperti Pumping Pal Supershields yang membolehkan anda mengepam dalam keadaan menyandar dan tidak perlu berada dalam keadaan tegak sentiasa.
Apabila menggunakan pam elektrik, mulakan dengan sedutan perlahan kemudian naikkan sedikit demi sedikit sehingga mencapai tahap keselesaan. Elakkan daripada menggunakan tahap sedutan maksima kerana ini akan menyebabkan kecederaan pada puting dan payu dara. Tambahan lagi, tahap sedutan maksima TIDAK mengepam lebih banyak susu.

b) Periksa saiz corong yang anda gunakan kerana ia amat penting untuk memastikan keselesaan dan keberkesanan sesi mengepam.
Sehubungan itu juga, apabila mengepam, anda tidak perlu terlalu lama kerana ini akan menyebabkan puting membengkak dan menyebabkan ketidakselesaan. Tempoh 15 hingga 20 minit adalah memadai. Jika anda menggunakan pam berganda waktunya lebih singkat.
Untuk mengekalkan penghasilan susu, pastikan kekerapan penyusuan terus daripada payu dara bila bersama bayi dan hanya mengepam bila berpisah dengan bayi. Payu dara perlu dirangsang sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali sehari. (source: Pa & Ma)

2. Bersihkan puting. Boleh dilakukan dari usia kandungan masuk 9 bulan. Bersihkan dengan minyak zaitun (boleh juga digantikan dengan minyak kelapa dara etc) untuk memastikan tiada kekotoran di bahagian puting yang boleh menyebabkan puting tersumbat dan susu badan tidak dikeluarkan dengan sempurna.

3. Minum air kosong secukupnya. Ini kerana untuk membekalkan bayi anda susu, badan anda perlu mendapatkan air yang cukup sebelum boleh dibekalkan pada bayi anda. Kurangkan juga pengambilan caffeine kerana ia boleh melambatkan proses penyerapan khasiat yang akan ditukar kepada susu badan.

4. Diet yang seimbang dan elakkan stress.


 

RESEPI UDANG BLACKPEPPER...... sumber fb

RESEPI UDANG BLACKPEPPER
Bahan-bahannya :
● 350gm udang - saiz sederhana
● brokoli secukupnya
● 1 labu bawang besar - dipotong
● 3 ulas bawang putih - dicincang
● 1/2 in halia - dihiris halus
● 3 sudu besar sos blackpepper
● 2 sudu besar sos tiram
● 1/2 sudu teh garam halus
● 1/2 sudu teh serbuk kunyit
● minyak masak
● capsicum/lada benggala merah - jika suka

Cara membuatnya :
1. Perap udang bersama garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng udang hingga 3/4 masak. Ketepikan.
3. Sementara tu kukus brokoli selama 5 minit dlm air panas mendidih dan angkat.
4. Susun atur brokoli dlm pinggan.
5. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
6. Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang hampir layu.
7. Masukkan sos blackpepper dan sos tiram. Kacau hingga wangi dan masukkan udang.
8. Kacau2 sekejap. Jgn terlalu lama, nanti udang menjadi terlampau masak.
9. Tak perlu masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr garam yg kita perap dgn udang, juga dr sos tiram dan sos blackpepper.
10. Sebenarbya terpulanglah pd selera masing2, samada nak tambah garam lagi atau masukkan gula sikit.
11. Masukkan lada benggala yg didadukan dan kacau sekejap.
12. Padamkan api dan bolehlah diletak atas pinggan yg dah diatur brokoli.
 

Isnin, 24 November 2014

ayam sambal serai kunyit...sumber fb

AYAM SAMBAL SERAI KUNYIT

Bahan-bahan :
1 ekor ayam dipotong kecil
Sedikit asam jawa
Garam secukup rasa

Bahan kisar :
200 gram cili kering
10 tangkai cili hidup
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
10 batang serai

Cara memasak :
1. Bubuh 1 senduk minyak kedalam kuali dan tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak dan garing
2. Masukkan ayam, asam jawa dan garam dan jika perlu, tambah sedikit air
3. Kacau sehingga ayam empuk dan masak
4. Sedia dihidangkan


 

Banjir .... banjir....


BANJIR
Banjir merupakan keadaan di mana berlakunya limpahan air daripada sungai dan laut yang telah tengelamkan kawasan yang rendah seperti kawasan perumahan.

JENIS BANJIR
Banjir dapat diklasfikasikan dalam pelbagai keadaan iaitu
1 Banjir kilat
Banjir kilat adalah satu keadaan banjir yang berlaku secara tiba-tiba iaitu dimana hujan yang lebat dan berpanjangan telah mengakibatkan berlakunya banjir tersebut. keadaan banjir ini sering terjadi di kawasan bandar yang mempunyai bandar yang padat. banjir ini hanya berlaku dalam masa yang singkat sahaja akibat daripada kegagalan sistem peparitan. kawasan yang sering mengalami banjir kilat ini seperti di bandar kuala lumpur yang mempunyai tahap pembangunan yang tinggi. keadaan jalan yang berturap merupakan punca di mana berlakunya banjir kerana kadar telap air kurang akibat turapan jalan raya tersebut.
2 Banjir lumpur
banjir lumpur adalah banjir yang terjadi akibat daripada gelongsoran tanah. dalam erti kata lain banjir lumpur merupakan banjir yang membawa tanah lumpur sekali dengan air dalam satu keadaan. Banjir lumpur lebih berpunca daripada tiadanya pokok yang menjadi penampan kepada tanah tersebut. akibatnya air hujan akan membawa lumpur dan tanah ke kawasan yang rata.
3 Banjir monsun.
banjir monsun adalah banjir yang terjadi apablia musim banjir berlaku akibat daripada pegerakan angin yang membawa hujan. banjir ini lebih di khususkan di kawasan malaysia kerana mempunyai angin monsun yang berlaku pada bulan tengkujuh iaitu diantara bulan 9 hingga bulan 2. banjir monsun ini berlaku di kawasan tertentu sajaha seperti di kawasan pantai timur semenanjung malaysia iaitu Pahang,Kelantan,Terengganu dan juga sabah dan serawak.

Punca berlakunya banjir
terdapat pelbagai punca berlakunya banjir di negara ini antaranya adalah berpunca daripada sikap manusia,dan juga faktor semula jadi.


Apapun yang terjadi ..langkah2 yang perlu adalah
1. Berpindah di tempat selamat.
2. Letak barang2 penting dan dokumen penting tempat selamat .
3. Pastikan kanak-kanak tidak bermain kawasan air.
4. Pindahkan segera orang2 tua, org2 sakit dan kanak2 segera ditempat yang selamat.
5. Pastikan sius elektrik dipadamkan sebelum tinggal rumah.
6. Letak barangan elektrik ditempat tinggi agar tidak mudah rosak.
7. Sentiasa mengetahui tempat menempatan mangsa2 banjir.
8.Laporan segera kepada pihak berkaitan.
9. Pastikan makan makanan yang dimasak dan minuman yang dimasak.
10. Jangan biarkan diri dan keluarga terlampau terdedah kepada air banjir.
11. Parking kenderaan ditempat tinggi .
12. Pastikan hairan peliharan berada dikawasan yang tinggi.
13. Sentiasa menerima rawatan jika berasa tidak sihat seperti demam.

Ahad, 23 November 2014

kuzi ayam ----sumber fb

KUZI AYAM
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
30 ulas bawang merah-dimayang halus dan digoreng hingga garing. Hancurkan.
2 ulas bawang putih-diblend
1/2 inci halia-diblend
2 batang serai-diblend
3 sudu besar rempah kuzi
3 sudu besar sos tomato
1 cawan campuran kismis dan gajus/badam.
1/2 tin susu cair.
Air
Garam
Gula

Cara:
Perap ayam dengan bahan yang telah diblend (bawang putih, halia dan serai serta garam secukupnya) Perap sekurang-kurangnya satu jam. Goreng ayam. Goreng kismis dan gajus atau badam cincang-sejatkan. Tumiskan rempah kuzi (tidak perlu lama2) Masukkan susu cair. Masukkan sos tomato, bawang goreng, ayam, kismis, gajus/badam, garam dan gula secukupnya. Masukkan sedikit air. Masak hingga kuahnya pekat. Sedap dimakan bersama dengan roti jala, roti Arab, roti biasa atau dengan nasi.

 

Puding roti coklat ---- sumber fb

PUDING ROTI COKLAT

Bahan-bahan:-
1) 1 buku kecil roti
2) 1 liter susu coklat kotak
3) 3 sudu makan gula perang
4) 2 biji telur (pukul)
5) 1 sudu makan mentega cair
6) 1 sudu teh esen vanilla
7) 50 gram coklat urai
8) 50 gram coklat cair

Cara :
1) Potong-potong roti pada saiz kecil.
2) Gaul rata susu dengan mentega cair, gula dan telur.
3) Masukkan roti dan rendam selama 1 jam.
4) Masukkan coklat urai dan gaul rata.
5) Sapu rata mentega pada loyang. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180°c selama 1 jam.
6) Sejukkan dan tuang rata permukaan dengan coklat cair. Potong kecil dan hidangkan

Banana pancakes.....sumber fb

Banana pancakes

Bahan-bahan
-1 batang pisang
-2 biji telur
-1-2 sudu gula aising
- 1/2 cawan tepung
- 1/2 penutup esen vanila.

Cara-cara
- Gaulkan kesemua bahan kedalam food processor/blender sehingga sebati.
- Panaskan kuali leper yg disapu sedikit mentega
-Tuangkan 1 senduk ke dalam kuali yg panas.
-Masak sehingga warna menjadi coklat dan terbalikkan utk sebelah lg. *masak dgn api yg kecil dan jangan biarkan terlalu lama diatas kuali kerana batter mudah hangus. Selamat mencuba!

Resepi Talam Seri Muka Pandan ..... sumber fb

Resepi Talam Seri Muka Pandan

Bahan2 Lapisan Bawah:

500 gm beras pulut
200 ml santan pekat
400 ml air
2 tsp garam halus

Cara2nya:-
Rendam pulut sekurang2nya 4 jam.
Basuh bersih & toskan. Masukkan pulut bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang size 9"x9"x4" yang dialas plastik.

Bahan2 Lapisan Atas:

Bahan A

250 gm gula halus
150 gm tepung gandum
50 gm tepung ubi
400 ml santan pekat
350 ml air
20 gm daun pandan (dikisar dengan air diatas.
kemudian tapis.)

Bahan B

4 biji telur
1/2 tsp garam halus
1/2 tsp pandan essence
pewarna hijau- secukupnya

Cara2nya:
Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.
Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap jer.
Tuang keatas lapisan pulut tadi & kukus selama 30 minit.
*Pastikan Talam betul2 sejuk dahulu sebelum keluarkan dari loyang.


 

Sabtu, 22 November 2014

kata-kata alu aluan ( 4 )



KATA ALU-ALUAN ( 4 )

Assalamualaikum ,

Syukur kehadrat ilahi kerana atas limpah kurnianya dan inayahNYA dapat kita bertemu sekali lagi dalam majlis Hari Anugerah dan Kecemerlangan Pelajar ______________ Dalam majlis yang seumpama ini kita bukan sahaja dapat bertemu malah kita juga dapat sama-sama  berbincang tentang masa depan anak-anak yang bakal mewarisi kehidupan suatu hari nanti.

Majlis Anugerah Kecemerlangan ini diharapkan akan menjadi  satu mekanisme yang cukup bermakna bagi memberi semangat  kepada para pelajar yang dilahirkan oleh _________________ agar dapat terus cemerlang dari segi ilmu, sahsiah dan akhlak  yang mulia bertepatan dengan visi dan misi ___________ iaitu melahirkan insan muslim cemerlang  yang berilmu pengetahuan di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya anak-anak membesar begitu cepat sekali. Sehingga kadang kala menghairankan kita walaupun kita dan mereka sentiasa bersama. Apatah lagi apabila anak-anak tinggal di asrama dan kita sentiasa berjauhan dengan mereka. Oleh sebab cepatnya mereka membesar, dalam sekelip mata sahaja mereka sudah menjadi dewasa, seperti kita. Ini membuktikan  pengisian adalah sangat penting. Isikanlah jiwa anak-anak dengan ilmu dan agama, dan berikanlah kepada mereka input yang berguna yang boleh menyokong kehidupan mereka. Belailah mereka, sayangilah mereka. Ingatlah selalu bahawa anak-anak adalah zuriat kita, harta yang Allah amanahkan. Ilmu tanpa amal umpama si buta tanpa tongkat. Maka guru-guru rangsanglah jiwa dan minda pelajar-pelajar agar pelajar-pelajar dapat tumbuh dengan sempurna dan menjadi modal insan yang berguna. Ibubapa perlulah membantu pembentukkan bakal-bakal tokoh ini. Sepertimana firman Allah dalam  Surah Ar-Rad (ayat 11):

    “ Tuhan tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum kecuali kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka

Semoga melalui program ini kita dapat melahirkan anak- anak yang  berjuang ke arah pembentukan modal insan yang berguna dan berpotensi untuk keluarga, agama, masyarakat dan negara.

Pada kesempatan ini saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ibu bapa / waris pelajar kerana memberi sokongan kepada pihak sekolah dalam  menjayakan program ini. Terima kasih juga saya tujukan kepada semua warga sekolah , PIBG dan semua pihak  yang bertungkus-lumus merealisasikan program ini. Semoga hubungan baik kita dan anak-anak kita bertambah erat.

Sekian, terima kasih,


_____________________
 (                                              )                     
Pengetua


Kata-kata alu-alauan hari kecemerlangan (3)



KATA ALU-ALUAN (3)

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t….

Syukur kehadrat ilahi kerana atas limpah dan kurnianya dapat kita meraikan majlis Hari Anugerah dan Kecemerlangan Pelajar ______________. Dalam majlis yang seumpama ini kita bukan sahaja dapat bertemu malah kita juga dapat sama-sama  berbincang tentang masa depan anak-anak yang bakal mewarisi kehidupan suatu hari nanti.

Majlis seperti ini saya kira sangat penting. Hal ini disebabkan pelbagai program dapat diatur dan direalisasikan. Program penyampaian hadiah atau anugerah kepada anak-anak yang berjaya adalah antara yang terpenting. Disamping itu ibu bapa akan mendengar taklimat dan ucapan berhubung dengan perkembangan pelajar dan  hal-hal semasa sekolah. Selain itu guru-guru dan ibu bapa serta para pelajar dapat saling berkomunikasi dan bertukat-tukar pendapat bagi mengukuhkan talian silatulrahim sesama mereka.Justeru, ingatan ibu bapa terhadap masa depan anak-anak dan sekolah akan bertambah lantaran disebabkan berputiknya kejayaan anak-anak mereka di sekolah ini.Rangsanglah jiwa dan minda anak-anak agar mereka dapat tumbuh dengan sempurna dan menjadi modal insan yang berguna.

Perubahan zaman memberi cabaran secara tidak langsung kepada pelajar-pelajar untuk menghadapi cabaran dalam pelbagai bidang dan dimensi khasnya teknologi maklumat, perhubungan, ekonomi, politik  dan sosial. Pelajar - pelajar amat memerlukan peningkatan dan perkembangan pendidikan sistematik dan pantas bagi membantu perkembangan mereka dari segi  rohani dan jasmani. Bagi menentukan taraf pendidikan Negara bertaraf dunia, komitmen, sumbangan dan lonjakan berganda daripada setiap peringkat warga pendidik dan masyarakat terutama ibubapa amat diperlukan bagi melancarkan  misi dan visi Kementerian Pelajaran dan sekolah. Di samping itu, sahsiah  pelajar amat perlu dipertingkatkan bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian hidup kelak. Sehubungan itu, para pelajar disaran mengamalkan nilai-nilai murni yang dituntut oleh agama. Kerjasama guru-guru dalam mendidik amat ditagih demi membantu perkembangan akademik  dan sahsiah dengan memcemerlangkan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran serta mengadakan program-program yang membantu pelajar daripada aspek sahsiah. Kaedah-kaedah, teknik-teknik dan program-program yang dijalankan perlulah selari dengan perubahan  dan peredaran zaman supaya pelajar bersedia menghadapi cabaran ketika meninggalkan zaman persekolahan. Kejayaan dan kemenangan sesuatu bangsa adalah kehebatan mereka dalam penguasaan ilmunya, kekebalan sahsiahnya dan jati dirinya seiring dengan percakapannya.

Pada kesempatan ini saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua guru, kakitangan sekolah dan ibubapa dalam membantu, memberi sokongan  serta kerjasama kepada pihak Jabatan Pelajaran ________ dan sekolah  dalam  menjayakan setiap program sekolah melibatkan matapelajaran serta sahsiah pelajar. Semoga hubungan baik kita akan membantu kecemerlangan anak-anak kita di dunia dan akhirat.

Sekian, terima kasih


_____________________
Pengarah,

kata - kata aluan hari kecemerlangan sekolah ( 2 )



KATA –KATA ALU-ALUAN (2)


Assalamualaikum salam sejahtera.Syukur Alhamdulilah. Saya terlebih dahulu mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk memberi kata-kata  aluan..
           
            Sesungguhnya sekolah ini yang dikenali sekarang sebagai __________Sekolah ini ditubuhkan oleh __________________. Motif penubuhan sekolah ini  antaranya ialah untuk memajukan pelajaran agama dan menambahkan bilangan rakyat yang berkebolehan  dalam bidang agama. Walaupun pelajaran agama diajar di sekolah-sekolah lain, namun  sekolah ini  telah menekankan  perkara itu. Harapan yang diletakkan ialah pada suatu hari nanti, akan ramailah ahli-ahli agama serta tokoh-tokoh beraliran agama yang lahir di negeri ______ dan ramai pula yang boleh diketengahkan.
           
            Adalah, tidak salah kalau saya katakan bahawa _____________ lah yang menjadi pengimbang kepada perkembangan pelajaran agama di sekolah-sekolah lain. Memanglah benar, setakat ini pun __________ telah berjaya melahirkan ramai graduan yang berpotensi bukan sahaja di pentas pendidikan, malah juga di pentas masyarakat.
           
            Kita amat bergembira dengan kejayaan-kejayaan yang diraih oleh sekolah ini. Namanya menjadi semakin harum bukan sahaja di peringkat negeri tetapi juga diperingkat kebangsaan  yang diraih oleh sekolah ini. Namanya menjadi semakin harum  bukan sahaja diperingkat negeri tetapi juga di peringkat kebangsaan. Diperingkat negeri, sekolah ini pernah memenangi pertandingan kawat, pertandingan memanah, pertandingan pantun, pidato, pertandingan nasyid dan sebagainya. Malah kita juga menjulang nama sebagai antara sekolah terbaik di peringkat STAM dan antara yang terbaik di peringkat PMR dan SPM _____________. Semoga ___________ dapat terus menggondol kejayaan pada masa-masa yang akan datang.
           
            Majlis pada hari ini sebenarnya bertujuan untuk menghadiahkan penghargaan daripada pihak sekolah, guru-guru dan staf sokongan kepada para pelajar yang telah menunjukkan kejayaan dalam perjuangan mereka. Penghargaan yang akan merangsang perjuangan mereka kearah pembentukan modal insan yang berguna dan berpotensi untuk keluarga, agama, masyarakat dan negara.

Sama-samalah kita mendoakan kejayaan yang terus menerus  __________________..

Sekian, terima kasih.
­­
 —————————————
(                                                                    )