KATA ALU-ALUAN ( 4 )
Assalamualaikum ,
Syukur kehadrat
ilahi kerana atas limpah kurnianya dan inayahNYA dapat kita bertemu sekali lagi
dalam majlis Hari Anugerah dan Kecemerlangan Pelajar ______________ Dalam
majlis yang seumpama ini kita bukan sahaja dapat bertemu malah kita juga dapat
sama-sama berbincang tentang masa depan
anak-anak yang bakal mewarisi kehidupan suatu hari nanti.
Majlis Anugerah Kecemerlangan ini
diharapkan akan menjadi satu mekanisme
yang cukup bermakna bagi memberi semangat
kepada para pelajar yang dilahirkan oleh _________________ agar dapat
terus cemerlang dari segi ilmu, sahsiah dan akhlak yang mulia bertepatan dengan visi dan misi ___________
iaitu melahirkan insan muslim cemerlang yang berilmu pengetahuan di dunia dan akhirat.
Sesungguhnya
anak-anak membesar begitu cepat sekali. Sehingga kadang kala menghairankan kita
walaupun kita dan mereka sentiasa bersama. Apatah lagi apabila anak-anak
tinggal di asrama dan kita sentiasa berjauhan dengan mereka. Oleh sebab
cepatnya mereka membesar, dalam sekelip mata sahaja mereka sudah menjadi
dewasa, seperti kita. Ini membuktikan
pengisian adalah sangat penting. Isikanlah jiwa anak-anak dengan ilmu
dan agama, dan berikanlah kepada mereka input yang berguna yang boleh menyokong
kehidupan mereka. Belailah mereka, sayangilah mereka. Ingatlah selalu bahawa
anak-anak adalah zuriat kita, harta yang Allah amanahkan. Ilmu tanpa
amal umpama si buta tanpa tongkat. Maka guru-guru rangsanglah jiwa dan minda pelajar-pelajar agar pelajar-pelajar dapat
tumbuh dengan sempurna dan menjadi modal insan yang berguna. Ibubapa perlulah
membantu pembentukkan bakal-bakal tokoh ini. Sepertimana firman Allah dalam Surah Ar-Rad (ayat 11):
“ Tuhan tidak akan mengubah apa yang ada
pada sesuatu kaum kecuali kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka”
Semoga melalui
program ini kita dapat melahirkan anak- anak yang berjuang
ke arah pembentukan modal insan yang berguna dan berpotensi untuk keluarga,
agama, masyarakat dan negara.
Pada kesempatan ini
saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ibu bapa / waris
pelajar kerana memberi sokongan kepada pihak sekolah dalam menjayakan program ini. Terima kasih juga
saya tujukan kepada semua warga sekolah , PIBG dan semua pihak yang bertungkus-lumus merealisasikan program
ini. Semoga hubungan baik kita dan anak-anak kita bertambah erat.
Sekian, terima kasih,
_____________________
( )
Pengetua