Ahad, 9 November 2014

Kek Marble

Kek Marble

Bahan-bahan
250 gm mentega
240 gm gula
4 biji telur gred A
240 gm tepung gandum
1 sudu soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanila
15 gm serbuk koko

Cara Membuat
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik. Masukkan bahan ayak dalam adunan. Kacau hingga sebati.
4, Bahagikan 2 bahagian.
5. Satu bahagian dicampurkan serbuk koko. Kacau hingga sebati.
6. Alaskan loyang kek 9 inci dengan kertas minyak.
7. Masukkan adunan vanila dan koko secara berselang seli sehingga habis.
8. Bakar selama 45-60 minit pada suhu 180 darjah celcius.