KATA ALU-ALUAN (3)
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum
w.b.t….
Syukur kehadrat
ilahi kerana atas limpah dan kurnianya dapat kita meraikan majlis Hari Anugerah
dan Kecemerlangan Pelajar ______________. Dalam majlis yang seumpama ini kita
bukan sahaja dapat bertemu malah kita juga dapat sama-sama berbincang tentang masa depan anak-anak yang
bakal mewarisi kehidupan suatu hari nanti.
Majlis seperti ini
saya kira sangat penting. Hal ini disebabkan pelbagai program dapat diatur dan
direalisasikan. Program penyampaian hadiah atau anugerah kepada anak-anak yang
berjaya adalah antara yang terpenting. Disamping itu ibu bapa akan mendengar
taklimat dan ucapan berhubung dengan perkembangan pelajar dan hal-hal semasa sekolah. Selain itu guru-guru
dan ibu bapa serta para pelajar dapat saling berkomunikasi dan bertukat-tukar
pendapat bagi mengukuhkan talian silatulrahim sesama mereka.Justeru, ingatan
ibu bapa terhadap masa depan anak-anak dan sekolah akan bertambah lantaran
disebabkan berputiknya kejayaan anak-anak mereka di sekolah ini.Rangsanglah
jiwa dan minda anak-anak agar mereka dapat tumbuh dengan sempurna dan menjadi
modal insan yang berguna.
Perubahan zaman
memberi cabaran secara tidak langsung kepada pelajar-pelajar untuk menghadapi
cabaran dalam pelbagai bidang dan dimensi khasnya teknologi maklumat,
perhubungan, ekonomi, politik dan
sosial. Pelajar - pelajar amat memerlukan peningkatan dan perkembangan
pendidikan sistematik dan pantas bagi membantu perkembangan mereka dari
segi rohani dan jasmani. Bagi menentukan
taraf pendidikan Negara bertaraf dunia, komitmen, sumbangan dan lonjakan
berganda daripada setiap peringkat warga pendidik dan masyarakat terutama
ibubapa amat diperlukan bagi melancarkan
misi dan visi Kementerian Pelajaran dan sekolah. Di samping itu,
sahsiah pelajar amat perlu
dipertingkatkan bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian hidup kelak.
Sehubungan itu, para pelajar disaran mengamalkan nilai-nilai murni yang
dituntut oleh agama. Kerjasama guru-guru dalam mendidik amat ditagih demi
membantu perkembangan akademik dan
sahsiah dengan memcemerlangkan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran serta
mengadakan program-program yang membantu pelajar daripada aspek sahsiah.
Kaedah-kaedah, teknik-teknik dan program-program yang dijalankan perlulah
selari dengan perubahan dan peredaran
zaman supaya pelajar bersedia menghadapi cabaran ketika meninggalkan zaman
persekolahan. Kejayaan dan kemenangan sesuatu bangsa adalah kehebatan mereka
dalam penguasaan ilmunya, kekebalan sahsiahnya dan jati dirinya seiring dengan
percakapannya.
Pada kesempatan ini
saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua guru, kakitangan
sekolah dan ibubapa dalam membantu, memberi sokongan serta kerjasama kepada pihak Jabatan
Pelajaran ________ dan sekolah
dalam menjayakan setiap program
sekolah melibatkan matapelajaran serta sahsiah pelajar. Semoga hubungan baik
kita akan membantu kecemerlangan anak-anak kita di dunia dan akhirat.
Sekian, terima kasih
_____________________
Pengarah,