Sabtu, 22 November 2014

Kata-kata alu-aluan hari kecemerlangan sekolah (1 )



KATA-KATA YANG DIPERTUA PIBG  (1)

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

 Selayaknya kepada Tuhan Yang Maha Pemurah. Dia yang mengurniakan ilham, keringat dan semangat kepada guru-guru dan pelajar – pelajar untuk mencemerlangkan sekolah ________________

Tuntutan dalam memenuhi perubahan global yang meluas dan cabaran yang perlu  dihadapi memerlukan peningkatan dan perkembangan yang sistematik dan pantas. Bagi menentukan taraf   pendidikan Negara bertaraf dunia, sumbangan dan lonjakan yang berganda amat diperlukan dari semua warga pendidik, pelajar dan masyarakat. Sekolah merupakan institusi malahan asset penting yang memberi peluang pelajar menimba ilmu agar menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan Negara. Selaras dengan matlamat dan aspirasi Negara kerajaan menjadikan Malaysia Negara Maju 2020, maka secara realitinya pelajar perlu lebih berusaha menghadapi cabaran dan bersedia dengan peredaran masa bagi kecemerlangan masa depan mereka. Malahan kita semua tahu bahawa penubuhan sekolah ini juga adalah bertujuan melahirkan cendiakiawan yang berilmu, beragama serta bersahsiah cemerlang.Dunia sentiasa berubah, ilmu pengetahuan sentiasa bertambah. Orang yang tidak peduli dengan perkembangan baru akan ketinggalan jauh. Apa yang kita lakukan hari ini sudah tentu tidak sama caranya dengan sepuluh tahun dahulu, walaupun hasilnya sama.Dalam hal ini berpandukan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam, guru-guru dan pelajar perlu lebih berdaya saing untuk kecemerlangan sekolah

Kecemerlangan sekolah banyak bergantung sejauh mana sekolah ini dapat menghasilkan pelajar pelajar yang cemerlang dan bermutu tinggi dari segi pencapaian ilmu pengetahuan dan dari segi keupayaan memanfaatkan ilmu itu untuk kesejahteraan dan keharmonian. Kita perlu bersatu dalam setiap masa dan keadaan dalam membina jati diri anak-anak yang merupakan pewaris kita yang akan datang . Ia umpama sebatang lidi yang senang dipatahkan sebaliknya apabila diikat dalam satu ikatan, kekuatannnya menjadi begitu hebat. 

Semoga moto _______________________ betul-betul diserapkan dalam diri semua warga sekolah dengan kata-kata, perbuatan dan hasil yang diberikan selari dengan kehendak sekolah dalam melahirkan pelajar yang bukan saja cemerlang dari segi ilmunya tetapi juga tingkahlaku yang dapat dicontohi dan sahsiah yang terpuji.

Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan kerehaan Ilahi.

Sekian, terima kasih


....................................
(                                                                                   )

YDP PIBG