Jumaat, 14 November 2014

Resepi pisang goreng cheese...sumber fb

Resepi Pisang Goreng Cheese

Bahan bahan yang diperlukan
beberapa biji pisang (dipotong mengikut citarasa masing²)
Tepung gandum
Tepung beras
sebiji telur
satu sudu butter
secubit garam
Serbuk kunyit
minyak masak secukupnya untuk mengoreng
air
garam
Bahan² untuk sos dan topping
Cheddar cheese (diparut) @ready made
1 sudu besar susu pekat manis
satu sudu besar butter

Cara-cara
1. Tepung gandum dan tepung beras dicampurkan dalam satu bekas. Masukkan air dan telur serta serbuk kunyit. Masukkan sesudu butter didalam bancuhan tepung tadi serta sedikit garam.
2. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan.(deep fry).
3. Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, sedikit keju yang telah diparut dan 1 sudu susu pekat manis, Kemudian masukkan pisang dan gaul rata. Dah gaul rata masukkan dalam pinggan dan taburkan chedder cheese. Sedia untuk dihidang!


Boleh juga beli pisang goreng yang dah siap..lagi senang..