RESEPI KEK BUAH KUKUS MOIST
Bahan-bahannya:
300 gram tepung gandum
150 gram gula halus - akak guna 60g aje, tu pun dah cukup manis
3 biji telur A
200 gram mentega
250 gram buah-buahan campuran
50 gram Almond Flake (kalau tak ada tak apa) - akak letak
50 gram isi biji kuaci (kalau tak ada tak apa) - akak tak letak sbb tak de
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat - akak guna black treacle
1 cawan gula & 1/4 cwn air, untuk dibuat gula hangus
kertas aluminium foil
Cara-cara Membuatnya :
1.Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu.
2.(tips penting) Tepung gandum 300 gram, ambil sedikit dan gaulkan
dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan
buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar
kek sewaktu ia dikukus.
3.Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
4.Pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen
vanilla dan pewarna coklat dan pukul dengan tangan sehingga ia sebati.
5.Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah
sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh
terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi
memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan
adunan mentega.
6.Masukkan tepung yang telah diayak kedalam
adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu
pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan
terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga
tepung sebati.
7.Menggunakan periuk non-stick yang ada handle,
masak 1 cawan gula dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan
bertukar warna coklat dan berbuih. masukkan sedikit air, kacau bagi
sekata Hati-hati gula hangus ni panas . Sewaktu gula hangus panas, ia
akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi, tujuan
masukkan air untuk lambatkan gula hangus tu jadi keras. sewaktu ia panas
tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan
pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati.
Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika
anda rasa kekok membuat sendiri.
8.Akhir sekali, masukkan
campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup
hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan
mendap kedasar kek bila ia dikukus.
9.Alaskan kertas kuih
didalam tin/loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan
tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air
kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan
kukuslah selama 2 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi
untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam. biasanya saya kukus
sampai kek masak jer (cucuk dengan lidi, bersih masak le tu) rugi
gas.Kalau tak nak kukus boleh juga bakar, tapi kukus lagi moist dan
sedap.